Akan dibuka dalam tab baharu

Koperasi Ukhwah Malaysia Berhad

Pilihan Pinjaman Peribadi Anda

Koperasi Ukhwah Malaysia Berhad
Jenis Institusi:
Koperasi
Alamat:
No 8, Lorong Medan Tuanku 1, 50300 Kuala Lumpur, Malaysia
Telefon:
03-2692 9222
Faks:
03-2691 2530

Koperasi Ukhwah Malaysia Berhad (UKHWAH) adalah sebuah koperasi kredit yang popular di Malaysia. Koperasi ini ditubuhkan pada 1998 sebagai Koperasi Usahawan Islam Malaysia Berhad di Kuala Lumpur. Pada tahun 2002 koperasi ini telah menukar namanya kepada Koperasi Pendidikan Islam Malaysia Berhad (UKHWAH).

Koperasi UKHWAH telah menjalinkan kerjasama strategik dengan beberapa institusi kewangan di Malaysia. Antaranya ialah Maybank Islamic, Ambank Berhad, dan juga Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (Bank Rakyat). Kerjasama ini membolehkan Koperasi Ukhwah menawarkan pelan pinjaman peribadi yang menarik dan berpatutan kepada rakyat Malaysia, khususnya kakitangan kerajaan dan kakitangan GLC.

Pakej pinjaman peribadi yang terkenal dari Koperasi Ukhwah Malaysia ialah UKHWAH Cash-i. Pelan ini ditawarkan kepada kakitangan kerajaan, kakitangan GLC, dan pekerja badan berkanun yang terpilih.

Selain pembiayaan peribadi, Koperasi Ukhwah turut menawarkan beberapa produk dan perkhidmatan kepada ahli koperasi. Antaranya ialah Pakej UKHWAHCare yang ditawarkan kepada anggota koperasi memberi kelebihan-kelebihan seperti pengurusan khairat kematian, kelahiran anak, dermasiswa IPTA, kemudahan penginapan di sekitar Kuala Lumpur dan pelbagai lagi kemudahan untuk keselesaan ahli koperasi.

Ukhwah Ar-Rahnu Xchange pula adalah sistem pajak gadai Islam yang memberi kemudahan kepada ahli untuk melakukan pajak gadai dengan margin pembiayaan yang tinggi berbanding sistem pajak gadai yang lain. Koperasi Ukhwah Malaysia Berhad juga menyediakan perkhidmatan penulisan wasiat dengan harga yang berpatutan berbanding agensi penulisan wasiat yang lain.

Ukhwah Computer pula menyediakan pembelian produk komputer atau telefon pintar dengan bayaran ansuran sehingga 36 bulan. Bagi ahli koperasi yang inginkan kemudahan penginapan pula, Koperasi Ukhwah menyediakan beberapa lokasi penginapan di dalam negara, dan juga luar negara dengan harga sewa yang berpatutan untuk kemudahan ahli.

Pinjaman Peribadi Koperasi Ukhwah Malaysia Berhad

Koperasi Ukhwah Malaysia Berhad menawarkan pinjaman peribadi yang disesuaikan dengan keperluan kewangan anggota koperasi dan awam. Dengan kadar faedah kompetitif, proses permohonan yang mudah, dan pilihan tempoh bayaran fleksibel, pinjaman peribadi Koperasi Ukhwah Malaysia Berhad membantu anda mencapai matlamat kewangan anda dengan lebih mudah.

UKHWAH Cash-i

Ukhwah Cash-i
Kategori
Islamik (Tidak Bercagar)
Jumlah Pinjaman
RM2000 - RM200000
Kadar Faedah
4.35% p.a - 4.99% p.a
Tempoh Pinjaman
24 - 120 bulan
Kelayakan Gaji
RM1500
Tempoh Lulus
5 hari bekerja
Pinjaman peribadi Koperasi UKHWAH Malaysia Berhad menawarkan jumlah pembiayaan sehingga RM200,000 dan caj kadar keuntungan tahunan yang sangat berpatutan. Individu yang menghadapi masalah senarai hitam di CTOS dan tunggakan di CCRIS layak mohon.
Baca selanjutnya

Cawangan Koperasi Ukhwah Malaysia Berhad

Berikut ialah senarai cawangan Koperasi Ukhwah Malaysia Berhad di Malaysia.

Koperasi UKHWAH Ibu Pejabat

map-location-dot
No. 8, Tingkat Bawah, Lorong Medan Tuanku 1, 50300 Kuala Lumpur.
phone-rotary
03-2692 9222

Koperasi UKHWAH Unit Pemasaran

map-location-dot
No. 27, Tingkat Bawah, Jalan Medan Tuanku, 50300 Kuala Lumpur.
phone-rotary
03-2694 5922

Koperasi UKHWAH Sarawak

map-location-dot
Second Floor, 10H, Lorong 4, Jalan Nanas, 93400 Kuching, Sarawak.
phone-rotary
082-418 676

Koperasi UKHWAH Sabah

map-location-dot
Lot 5, Tingkat 2, Taman Jumbo Commercial Centre Petagas 88200 Kota Kinabalu, Sabah.
phone-rotary
088-761 611

Berita dan Artikel Terkini Koperasi Ukhwah Malaysia Berhad

Dapatkan berita dan artikel terkini berkaitan Koperasi Ukhwah Malaysia Berhad.
Pinjaman peribadi kerajaan untuk CTOS CCRIS dan AKPK
Jun 18, 2020
Terdapat banyak kelebihan dan kemudahan yang disediakan untuk mereka yang berkhidmat sebagai penjawat awam. Antara...
Lihat Semua Artikel