BSN MyRinggit-i menawarkan jumlah pembiayaan yang tinggi dengan tempoh pembiayaan panjang. Pinjaman peribadi BSN ini adalah pelan pembiayaan Islamik yang sepenuhnya patuh Syariah dengan konsep Tawarruq. Pelan ini juga adalah pinjaman tidak bercagar. Jadi tidak ada cagaran atau penjamin yang perlu anda sediakan untuk layak mohon.
Sekiranya anda lebih berminat untuk mohon pinjaman konvensional BSN, lihat Pinjaman BSN MyRinggit.
Pelan pembiayaan BSN MyRinggit-i ditawarkan kepada kakitangan kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), dan agensi berkaitan kerajaan (GLA), dengan jawatan tetap, kontrak atau sementera. Anda cuma perlu mempunyai keupayaan untuk buat potongan gaji melalui Skim Potongan Gaji Angkasa (SPGA). Pembiayaan peribadi BSN ini juga ditawarkan kepada pemegang akaun bank BSN GIRO/i.
Untuk layak mohon pinjaman peribadi BSN untuk kakitangan kerajaan ini, anda perlu berumur tidak kurang daripada 21 tahun dan tidak lebih daripada 60 tahun pada tarikh akhir pembiayaan. Mereka yang berjawatan tetap perlu berkhidmat tidak kurang daripada 3 bulan, dan mereka yang berjawatan sementara pula perlu berkhidmat lebih daripada 12 bulan. Kelayakan gaji yang ditetapkan ialah tidak kurang daripada RM1,500 sebulan atau RM18,000 setahun.
Anda diberi pilihan untuk mengambil pelan BSN MyRinggit-i dengan caj kadar keuntungan tetap atau terapung. Untuk maklumat lanjut berkaitan caj ini, rujuk jadual caj kadar keuntungan di bahagian ciri pinjaman di bawah.
Pinjaman peribadi BSN terkini ini membenarkan anda buat penyatuan hutang, atau debt consolidation. Ciri penyatuan hutang ini memudahkan anda untuk menyelesaikan semua pinjaman yang sedia ada dengan pelan MyRinggit-i. Cuma anda perlu pastikan caj kadar keuntungan yang dikenakan oleh pelan pembiayaan ini lebih rendah daripada pinjaman atau pembiayaan yang sedia ada.
Baca lebih lanjut maklumat di bawah untuk syarat kelayakan tambahan, penyediaan dokumen, jadual pinjaman peribadi, caj dikenakan dan bagaimana untuk anda mohon BSN MyRinggit-i online.