Akan dibuka dalam tab baharu

Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis Berhad (YYP)

Pilihan Tepat untuk Pinjaman Peribadi yang Mesra dan Mudah

Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis Berhad (YYP)
Jenis Institusi:
Syarikat Kredit Komuniti (Pemberi Pinjam Wang Berlesen)
Alamat:
19th Floor, Menara AmMetLife, 1, Jalan Lumut, 50400 Kuala Lumpur
Telefon:
03-4047 0888
Faks:
03-4047 0856

Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis Berhad atau YYP adalah sebuah yayasan bumiputera yang berdaftar di bawah Akta Syarikat 1965. Dalam erti kata lain, Yayasan Perlis adalah sebuah syarikat dan bukan sebuah koperasi. Ramai pihak yang keliru dan ingat YYP adalah koperasi kerana perkataan yayasan pada nama syarikat.

Seperti kebanyakan syarikat yang menggunakan nama yayasan, syarikat ini ialah sebuah Kredit Komuniti atau Pemberi Pinjaman Wang (PPW) yang berdaftar dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Perniagaan utama Yayasan Perlis (YYP) adalah menawarkan produk dan perkhidmatan pembiayaan peribadi khusus untuk penjawat sektor awam seperti kakitangan kerajaan, kakitangan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan badan berkanun.

Untuk menawarkan produk dan pembiayaan peribadi ini, Yayasan Perlis telah bekerjasama dengan syarikat RCE Marketing Sdn Bhd. RCE Marketing bukanlah nama baru dalam dunia kewangan di Malaysia. Syarikat RCE adalah syarikat kewangan berlesen yang diiktiraf dan adalah milik penuh RCE Capital Berhad – iaitu anak syarikat kepada Amcorp Group Berhad.

Syarikat RCE Marketing telah memberi dana kepada banyak yayasan dan syarikat untuk membolehkan syarikat-syarikat ini menawarkan pelan pinjaman dan pembiayaan peribadi.

Pelan pinjaman peribadi yang ditawarkan oleh Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis Berhad adalah patuh Syariah dan mempunyai pelbagai ciri menarik berbanding pinjaman peribadi dari bank atau koperasi.

Pinjaman Peribadi Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis Berhad (YYP)

Pinjaman peribadi yang ditawarkan oleh Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis Berhad (YYP) menyediakan penyelesaian kewangan yang praktikal dan mudah untuk mereka yang memerlukan dana tambahan. Dengan kadar faedah yang berpatutan dan tempoh pembayaran balik yang fleksibel, pinjaman ini sesuai untuk pelbagai keperluan peribadi seperti pendidikan, pembaikan rumah, atau pengurusan perbelanjaan harian. Proses permohonan yang pantas dan syarat yang mesra peminjam menjadikan YYP sebagai pilihan yang ideal bagi mereka yang mencari bantuan kewangan.

Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis Pembiayaan Peribadi

Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis Pembiayaan Peribadi RCE
Kategori
Islamik (Tidak Bercagar)
Jumlah Pinjaman
RM2500 - RM150000
Kadar Faedah
5.99% p.a - 9.99% p.a
Tempoh Pinjaman
12 - 120 bulan
Kelayakan Gaji
RM1500
Tempoh Lulus
2 hari bekerja
Pembiayaan peribadi Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis dibuka permohonan kepada individu yang berkhidmat di sektor awam. Antara ciri menarik pembiayaan ini ialah anda layak mohon walaupun anda disenaraihitamkan di laporan CTOS atau mempunyai tunggakan di rekod CCRIS anda. Mereka yang mengikuti program Pengurusan Kredit AKPK juga layak mohon.
Baca selanjutnya

Berita dan Artikel Terkini Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis Berhad (YYP)

Dapatkan berita dan artikel terkini berkaitan Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis Berhad (YYP).
Pinjaman Peribadi Pantas
Ogos 15, 2019
Terdesak nak guna wang segera, sudah tentu anda akan cari pinjaman peribadi pantas, atau pinjaman...
Pinjaman peribadi kerajaan untuk CTOS CCRIS dan AKPK
Jun 18, 2020
Terdapat banyak kelebihan dan kemudahan yang disediakan untuk mereka yang berkhidmat sebagai penjawat awam. Antara...
Lihat Semua Artikel