Pinjaman Peribadi Gaji Rendah – Sesuai Untuk Pendapatan RM1,000 Ke Bawah

calendar-range
Dikirim 25/07/2019
(dikemaskini 21/12/2023)
Pinjaman Peribadi Gaji Rendah

Ramai individu yang bergaji rendah teragak-agak untuk mohon pinjaman peribadi dari institusi kewangan yang diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia (BNM) seperti bank kerana takut mereka tidak cukup syarat kelayakan untuk mohon. Mereka yang berpendapatan rendah ini menganggap syarat gaji minimum yang dikenakan oleh bank adalah tinggi dan mereka tidak mampu untuk mohon.

Tidak dinafikan syarat kelayakan gaji yang dikenakan untuk mohon pinjaman peribadi oleh sesetengah institusi kewangan seperti bank dan koperasi adalah tinggi dan tidak sesuai dimohon oleh mereka dengan pendapatan rendah – tambahan pula untuk pinjaman peribadi tak bercagar (unsecured personal loan).

Walau bagaimanapun, tidak semua pinjaman peribadi di Malaysia memerlukan kelayakan gaji yang tinggi. Terdapat beberapa pelan pembiayaan peribadi tak bercagar yang mengenakan syarat kelayakan gaji minimum yang rendah, dan sangat sesuai dimohon oleh mereka yang bergaji rendah.

Berikut saya senaraikan beberapa pinjaman peribadi yang sesuai untuk mereka yang bergaji rendah, iaitu berpendapatan bulanan RM1,000 dan RM2,000 ke bawah.

Pinjaman Peribadi Untuk Gaji RM1,000 Ke Bawah

Terdapat dua pinjaman peribadi untuk individu dengan pendapatan RM1,000 dan ke bawah. Pinjaman-pinjaman yang disenaraikan di bawah adalah pinjaman peribadi tak bercagar, oleh itu anda tidak perlu sediakan sebarang penjamin atau cagaran untuk mohon.

CIMB Xpress Cash Financing-i

CIMB Xpress Cash Financing-i
Kelayakan GajiGaji bersih RM800
Kelayakan Umur21 hingga 60 tahun
Jumlah PembiayaanRM3,000 – RM50,000
Tahun Pembiayaan6 bulan hingga 5 tahun
Sektor KerjaKakitangan Swasta & Bekerja Sendiri

Pembiayaan peribadi CIMB Xpress Cash Financing-i adalah pinjaman peribadi Islamik daripada CIMB Islamic – iaitu salah satu anak syarikat CIMB Berhad. Pinjaman ini 100% patuh syariah dan ditawarkan kepada kakitangan swasta dan mereka yang bekerja sendiri.

Salah satu ciri menarik pinjaman CIMB ini ialah syarat kelayakan gaji minimum yang diperlukan hanya gaji bersih RM800 sebulan, atau RM9,600 setahun.

CIMB Xpress Cash menawarkan jumlah pembiayaan dari RM3,000 hingga RM50,000 dengan tempoh pembiayaan dari 6 bulan hingga 5 tahun. Oleh kerana ini adalah pinjaman Islamik, tiada kadar faedah yang dikenakan. Cuma ada caj kadar keuntungan tahunan sebanyak 18% p.a hingga 24% p.a – bergantung kepada jumlah pinjaman dan tempoh bayaran semula.

Caj keuntungan tahunan ini mungkin agak tinggi jika dibandingkan pelan pinjaman peribadi lain. Tetapi oleh kerana syarat kelayakan gaji yang rendah, CIMB perlu menanggung risiko yang lebih tinggi jika peminjam tidak bayar pinjaman. Ini adalah salah satu faktor yang buat pinjaman ini mempunyai caj keuntungan yang tinggi.

Klik pautan di bawah untuk maklumat lengkap tentang CIMB Xpress Cash seperti syarat kelayakan, dokumen yang diperlukan dan bagaimana anda boleh mohon pinjaman ini secara online dengan kelulusan pantas.

Mohon CIMB Xpress Cash Financing-i

Bank Rakyat Pembiayaan Peribadi-i Untuk Pesara

Bank Rakyat Personal Financing-i Untuk Pesara
Kelayakan GajiGaji bersih RM800
Kelayakan Umur45 hingga 65 tahun
Jumlah PembiayaanRM5,000 – RM100,000
Tahun Pembiayaan1 tahun hingga 5 tahun
Sektor Pekerjaan Pesara Kerajaan & Pesara Tentera

Pelan pinjaman peribadi daripada Bank Rakyat ini adalah khas untuk para pesara kerajaan dan pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Pembiayaan Peribadi-i Untuk Pesara adalah pinjaman peribadi Islamik tak bercagar dengan kelayakan pendapatan gaji bersih minimum cuma RM800 sebulan. Had umur yang ditetapkan untuk mohon pula ialah dari 45 tahun hingga 65 tahun.

Anda boleh mohon jumlah pinjaman dari RM5,000 hingga RM100,000 dengan tempoh bayaran semula dari 1 tahun hingga 10 tahun.

Pinjaman ini menawarkan caj kadar keuntungan terendah antara pelan pinjaman peribadi yang lain, iaitu kadar keuntungan tahun tetap sebanyak 4.79% p.a.

Selain caj kadar keuntungan yang rendah, salah satu ciri yang buat pinjaman ini sangat menarik ialah nilai lulus yang sangat tinggi jika dibandingkan dengan pinjaman lain. Jika pinjaman lain hanya boleh meluluskan antara 8 hingga 10 kali ganda gaji bersih, pinjaman peribadi Bank Rakyat untuk Pesara ini boleh meluluskan sehingga 15 kali ganda pencen bulanan pemohon.

Baca lebih lanjut tentang pinjaman ini melalui pautan di bawah dan bagaimana anda boleh mohon pinjaman ini secara online.

Mohon Bank Rakyat Pembiayaan Peribadi-i Untuk Pesara

Pinjaman Peribadi untuk Gaji RM2,000 Ke Bawah

Jika anda berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah, terdapat beberapa pelan pinjaman peribadi yang boleh anda mohon selain pelan pinjaman peribadi yang telah dinyatakan di atas.

Agrobank AgroCash-i

Agrobank AgroCash-i
Kelayakan GajiGaji kasar RM1,000
Kelayakan Umur18 hingga 60 tahun
Jumlah PembiayaanRM1,000 – RM200,000
Tahun Pembiayaan1 tahun hingga 10 tahun
Sektor Pekerjaan Sektor Awam (Kerajaan & GLC)

Ramai yang ingat Agrobank hanya menawarkan pinjaman kepada sektor pertanian, perladangan atau agrikultur – tetapi sebenarnya Agrobank juga mempunyai produk yang ditawarkan kepada umum.

Antara produk daripada Agrobank ialah pelan pembiayaan peribadi AgroCash-i. Pinjaman ini adalah pinjaman peribadi Islamik tak bercagar dan ditawarkan kepada pekerja sektor awam, iaitu kakitangan kerajaan dan kakitangan syarikat berkaitan kerajaan (GLC). 

Jumlah pembiayaan pula adalah dari RM1,000 hingga RM200,000 dengan tempoh pembiayaan dari 1 tahun hingga 10 tahun.

Pendapatan minimum yang diperlukan untuk mohon cuma gaji kasar RM1,000 sebulan dan kelayakan umur yang layak mohon ialah dari 18 tahun dan dihadkan kepada 60 tahun.

Walaupun kelayakan umur minimum ialah 18 tahun, Agrobank memerlukan pemohon telah berkhidmat selama 3 tahun untuk layak mohon – ada konflik antara had umur dan tempoh berkhidmat.

Baca lebih lanjut tentang pinjaman peribadi Agrobank AgroCash-i iaitu syarat kelayakan lengkap, dokumen yang diperlukan untuk mohon dan bagaimana anda boleh mohon pinjaman ini secara online melalui pautan di bawah.

Mohon Agrobank AgroCash-i Online

Bank Rakyat Pembiayaan Peribadi-i Sektor Awam

Bank Rakyat Pembiayaan Peribadi-i Sektor Awam
Kelayakan GajiGaji kasar RM1,000
Kelayakan Umur18 hingga 68 tahun
Jumlah PembiayaanRM5,000 – RM200,000
Tahun Pembiayaan1 tahun hingga 10 tahun
Sektor Pekerjaan Kakitangan Kerajaan, GLC & Tentera

Pelan pinjaman peribadi Islamik tak bercagar daripada Bank Rakyat ini ditawarkan khas kepada pekerja sektor awam, termasuk anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Kelayakan gaji minimum yang diperlukan untuk mohon cuma gaji kasar RM1,000 sebulan. Had umur pula sangat fleksibel iaitu dari 18 tahun hingga 68 tahun. Anda cuma perlu berkhidmat lebih dari 3 bulan untuk melayakkan anda mohon pinjaman Bank Rakyat ini.

Salah satu ciri menarik pinjaman ini ialah caj kadar keuntungan yang dikenakan cuma 3.57% p.a hingga 4.09% p.a – sangat berpatutan. Tambahan pula anda boleh mohon dari RM5,000 hingga RM200,000 dengan tempoh pembiayaan dari 1 tahun hingga 10 tahun.

Ciri-ciri ini menjadikan pinjaman ini antara pelan pembiayaan peribadi untuk kakitangan awam yang sangat fleksibel dan menarik.

Baca lebih lanjut tentang Pinjaman Bank Rakyat Pembiayaan Peribadi-i Sektor Awam melalui pautan di bawah dan bagaimana anda boleh mohon pinjaman ini secara online dengan mudah.

Mohon Bank Rakyat Pembiayaan Peribadi-i Sektor Awam

Pembiayaan Peribadi JCL

JCL Pembiayaan Peribadi
Kelayakan GajiGaji kasar RM1,000
Kelayakan Umur18 hingga 60 tahun
Jumlah PembiayaanRM500 – RM50,000
Tahun Pembiayaan1 tahun hingga 5 tahun
Sektor Pekerjaan Kakitangan Kerajaan, GLC, Swasta & Bekerja Sendiri

Ini adalah pelan pinjaman peribadi yang ditawarkan oleh Japan Credit Leasing Sdn. Bhd. (JCL). JCL adalah sebuah pemberi pinjaman wang (PPW) yang berdaftar di Malaysia di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 dan telah beroperasi sejak tahun 1996 lagi.

JCL personal loan adalah pinjaman peribadi konvensional tak bercagar dan juga bercagar – dalam erti kata lain ini adalah pinjaman peribadi hybrid. Pinjaman ini mengenakan caj kadar faedah sebanyak 18% p.a jika anda mohon tanpa cagaran, dan 12% p.a jika anda mohon dengan cagaran.

Pinjaman ini ditawarkan kepada warganegara Malaysia tanpa mengira sektor pekerjaan. Tidak kira anda kakitangan swasta, kakitangan kerajaan, kakitangan GLC, atau anda bekerja sendiri – anda boleh mohon pinjaman ini. Kelayakan gaji minimum yang diperlukan pula cuma gaji kasar RM1,000 sebulan atau RM12,000 setahun.

Walau bagaimanapun, buat masa ini permohonan secara online hanya ditawarkan kepada mereka yang menetap di kawasan Lembah Klang sahaja.

Salah satu ciri yang buat pinjaman ini menarik ialah pinjaman ini dibuka kepada mereka yang mempunyai tunggakan di rekod CCRIS mereka.

Klik pautan di bawah dan baca lebih lanjut tentang syarat lengkap yang diperlukan untuk mohon JCL Personal Loan, dokumen perlu disediakan dan bagaimana anda boleh mohon pinjaman ini secara online.

Mohon Pembiayaan Peribadi JCL  Online

AEON iCash Personal Financing

aeon icash personal financing
Kelayakan GajiGaji kasar RM1,500
Kelayakan Umur18 hingga 65 tahun
Jumlah PembiayaanRM1,000 – RM100,000
Tahun Pembiayaan6 bulan hingga 7 tahun
Sektor Pekerjaan Semua sektor pekerjaan

Pembiayaan Peribadi AEON iCash adalah antara pinjaman peribadi Islamik yang popular. Sebelum ini syarat kelayakan gaji minimum yang diperlukan untuk mohon ialah gaji bersih RM800 sebulan. Walau bagaimanapun pada bulan Februari 2019 AEON telah menukar syarat kelayakan pendapatan kepada gaji kasar RM1,500 atau RM18,000 setahun

Pinjaman AEON ini dibuka kepada semua sektor pekerjaan termasuk Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan para pesara swasta mahupun pesara kerajaan. Had umur yang dibenarkan juga sangat fleksibel iaitu dari 18 tahun hingga 65 tahun.

Anda boleh mohon dari serendah RM1,000 hingga mencecah RM100,000 dengan tempoh pembiayaan dari 6 bulan hingga 7 tahun. Caj kadar keuntungan tahunan yang dikenakan ialah 7.92% p.a hingga 14.4% p.a, bergantung kepada jumlah pinjaman dan tempoh pembiayaan.

Klik pautan di bawah untuk baca lebih lanjut tentang syarat kelayakan lengkap untuk mohon pinjaman ini dan bagaimana untuk mohon online dengan tempoh lulus pantas.

Mohon AEON iCash Personal Financing

RHB Easy-Pinjaman Ekspres

RHB Easy-Pinjaman Ekspres
Kelayakan GajiGaji kasar RM1,500
Kelayakan Umur21 hingga 55 tahun
Jumlah PembiayaanRM2,000 – RM150,000
Tahun Pembiayaan1 tahun hingga 5 tahun
Sektor Pekerjaan Swasta & Bekerja Sendiri

Sesuai dengan namanya, pinjaman RHB Easy adalah antara pinjaman peribadi tak bercagar dengan tempoh lulus yang sangat pantas – selalunya dalam 24 jam hari bekerja. Anda hanya perlu bergaji kasar RM1,500 sebulan atau RM18,000 setahun untuk mohon pinjaman ini.

Pinjaman Easy by RHB ini ditawarkan kepada kakitangan swasta dan mereka yang bekerja sendiri dengan jumlah pembiayaan dari RM2,000 hingga RM150,000. Tempoh pinjaman yang dibenarkan pula dari 12 bulan hingga 5 tahun. Anda perlu berumur antara 21 hingga 55 tahun untuk melayakkan anda mohon RHB Easy.

RHB Bank mengenakan caj kadar faedah tahunan dari 8.18% p.a hingga 14.52% p.a bergantung kepada jumlah pinjaman dan tempoh pembiayaan yang anda pilih.

Salah satu ciri yang membezakan pinjaman RHB Easy ini berbanding pelan pinjaman lain ialah ciri “Reducing Balance”. Ciri ini akan mengurangkan caj faedah setiap kali anda buat bayaran ansuran bulanan.

Klik pautan di bawah untuk baca lebih lanjut tentang RHB Easy-Pinjaman Ekspres dan bagaimana anda boleh mohon pinjaman ini secara online dengan tempoh lulus 24 jam hari bekerja.

Mohon RHB Easy-Pinjaman Ekspres

Affin Islamic Personal Financing-i

Affin Islamic Personal Financing-i
Kelayakan GajiGaji kasar RM1,500
Kelayakan Umur21 hingga 58 tahun
Jumlah PembiayaanRM2,500 – RM150,000
Tahun Pembiayaan2 tahun hingga 10 tahun
Sektor Pekerjaan Kakitangan GLC, Swasta & Tentera

Pinjaman peribadi daripada Affin Islamic ini adalah pinjaman peribadi tak bercagar yang ditawarkan kepada pekerja sektor awam dan juga sektor swasta. Dalam erti kata lain, kakitangan kerajaan, kakitangan GLC dan kakitangan swasta boleh mohon.

Walau bagaimanapun, syarat kelayakan gaji kasar minimum RM1,500 hanya dibuka kepada kakitangan kerajaan dan kakitangan syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Untuk kakitangan swasta pula, Affinbank menetapkan kelayakan gaji minimum kepada gaji kasar RM2,500 sebulan.

Pinjaman Affin Islamic Pembiayaan Peribadi-i menawarkan caj kadar keuntungan tetap yang rendah, iaitu hanya 5.50% p.a. Anda boleh mohon dari RM2,500 hingga RM150,000 dengan tempoh pembiayaan dari 2 tahun hingga 10 tahun.

Had umur yang ditetapkan pula ialah dari 21 tahun hingga 58 tahun pada tarikh tamat tempoh bayaran.

Tidak seperti pinjaman peribadi Islamik yang lain, Affin Islamic memerlukan anda menyatakan tujuan pinjaman anda. Jika anda menyatakan tujuan pinjaman adalah untuk kegunaan yang tidak patuh Syariah – pihak Affinbank mungkin akan menolak permohonan anda.

Sekiranya anda ingin mohon pinjaman ini, klik pautan di bawah untuk maklumat lengkap seperti syarat kelayakan, dokumen yang diperlukan dan cara mohon pinjaman ini secara online.

Mohon Pembiayaan Peribadi-i Affin Islamic

AmBank Islamic Pembiayaan Peribadi-i

Ambank Islamic Personal Financing-i
Kelayakan GajiGaji kasar RM1,500
Kelayakan Umur18 hingga 60 tahun
Jumlah PembiayaanRM5,000 – RM200,000
Tahun Pembiayaan2 tahun hingga 10 tahun
Sektor Pekerjaan Kakitangan Kerajaan, GLC & Swasta

AmBank menawarkan beberapa pelan pembiayaan peribadi, dan AmBank Islamic Pembiayaan Peribadi-i adalah produk yang disasarkan khusus kepada mereka yang berpendapatan rendah. Kelayakan gaji minimum untuk mohon pinjaman ini ialah gaji kasar RM1500 sebulan.

Had umur untuk mohon juga tidak ketat. Jika anda berumur 18 tahun hingga 60 tahun, anda boleh mohon pinjaman ini.

Oleh kerana had kelayakan umur minimum dan kelayakan gaji minimum yang rendah, dan juga syarat tambahan seperti hanya perlu berkhidmat selama 3 bulan untuk layak mohon menjadikan AmBank Islamic Personal Financing-i sangat sesuai bagi mereka yang baru bekerja.

Anda boleh mohon dari RM5,000 hingga maksimum RM200,000 dengan tempoh pembiayaan dari 2 tahun hingga 10 tahun. Caj kadar keuntungan yang dikenakan pula adalah dari 4.35% p.a hingga 6.90% p.a – bergantung kepada jumlah dan tempoh pinjaman.

AmBank membuka permohonan skim pembiayaan ini kepada mereka yang berkhidmat di sektor awam dan juga sektor swasta. Semua kakitangan kerajaan dan kakitangan GLC boleh mohon. Walau bagaimanapun, untuk kakitangan swasta pula – pinjaman ini hanya ditawarkan kepada syarikat yang terpilih.

Baca lebih lanjut sama ada majikan anda tersenarai atau tidak di laman info AmBank Islamic Pembiayaan Peribadi-i melalui pautan di bawah. Ketahui juga tentang syarat kelayakan lengkap dan bagaimana anda boleh mohon pinjaman ini secara online.

Mohon AmBank Islamic Pembiayaan Peribadi-i

BSN SKAN (Skim Kakitangan Awam Negeri) & BSN SKAP (Skim Kakitangan Awam Persekutuan)

Bank Simpanan Nasional
Kelayakan GajiGaji kasar RM1,500
Kelayakan Umur21 hingga 60 tahun
Jumlah PembiayaanRM5,000 – RM200,000
Tahun Pembiayaan2 tahun hingga 10 tahun
Sektor Pekerjaan Kakitangan Kerajaan Persekutuan (SKAP) atau Kakitangan Kerajaan Negeri (SKAN)

Bank Simpanan Nasional menawarkan dua jenis pelan pinjaman peribadi gaji rendah untuk kakitangan kerajaan, iaitu BSN SKAN dan BSN SKAP.

Kedua-dua pelan pembiayaan peribadi ini tidak ada perbezaan dari segi ciri-ciri yang ditawarkan, syarat kelayakan mohon, dokumen yang diperlukan, dan caj yang dikenakan. Yang membezakan cuma BSN SKAN hanya dibuka permohonan kepada kakitangan awam negeri manakala BSN SKAP pula hanya untuk kakitangan awam persekutuan.

Jumlah pinjaman yang ditawarkan ialah dari RM5,000 hingga RM200,000 dengan tempoh pembiayaan dari 2 tahun hingga 10 tahun. Caj kadar keuntungan tahunan yang dikenakan adalah berpatutan iaitu dari 4.60% p.a hingga 4.75% p.a.

Syarat kelayakan yang diperlukan untuk mohon BSN SKAN atau SKAP ialah berumur 21 hingga 60 tahun dengan gaji kasar RM1,500 sebulan. Untuk mereka yang berjawatan tetap – anda perlu berkhidmat lebih dari 3 bulan untuk melayakkan anda mohon pinjaman ini.

Untuk status jawatan kontrak atau sementara pula – anda perlu berkhidmat lebih dari 12 bulan dan perlu sediakan penjamin.

Sekiranya anda berminat untuk mohon pinjaman ini, klik pautan di bawah untuk maklumat lengkap tentang syarat kelayakan dan dokumen yang perlu anda sediakan untuk mohon. Baca juga bagaimana anda boleh mohon pinjaman ini secara online pada laman maklumat lengkap pinjaman peribadi Bank Rakyat ini.

Mohon BSN SKAN atau mohon BSN SKAP

RCE Yayasan Ihsan Rakyat

Yayasan Ihsan Rakyat Pembiayaan Peribadi-i
Kelayakan GajiGaji kasar RM1,500
Kelayakan Umur20 hingga 55 tahun
Jumlah PembiayaanRM2,500 – RM150,000
Tahun Pembiayaan1 tahun hingga 10 tahun
Sektor Pekerjaan Kakitangan Kerajaan Persekutuan, UPM, UiTM & PDRM

Pelan pinjaman peribadi RCE Yayasan Ihsan Rakyat, atau juga dikenali sebagai Yayasan Ihsan Rakyat Personal Financing-i adalah skim pembiayaan peribadi Islamik yang ditawarkan oleh Yayasan Ihsan Rakyat (YIR).

YIR adalah sebuah syarikat pemberi pinjaman wang (PPW) berlesen yang telah berdaftar sejak tahun 2012 lagi. Syarikat ini telah bekerjasama dengan syarikat RCE Marketing/Capital untuk menyediakan perkhidmatan pembiayaan peribadi kepada rakyat Malaysia.

Walaupun Pelan Yayasan Ihsan Rakyat Pembiayaan Peribadi-i adalah untuk kakitangan sektor awam, pelan ini tidak ditawarkan kepada semua. Permohonan hanya dibuka kepada kakitangan kerajaan persekutuan, anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), kakitangan UPM, dan kakitangan UiTM.

Anggota PDRM digalakkan mohon pinjaman ini kerana tidak banyak pinjaman yang ditawarkan khusus kepada anggota polis.

Syarat kelayakan utama ialah berumur dari 20 tahun hingga 55 tahun, berjawatan tetap dan berkhidmat lebih dari 6 bulan dengan gaji minimum RM1,500 sebulan (gaji kasar).

Sekiranya anda layak, anda boleh mohon dari RM2,500 hingga RM150,000 dengan tempoh bayaran semula dari 1 tahun hingga 10 tahun. Caj kadar keuntungan tahunan pula ialah kadar tetap dari 6.99% p.a atau 9.99% p.a – bergantung kepada jumlah pinjaman dan tempoh pembiayaan.

Jika anda layak dan ingin mohon pinjaman ini, klik pautan di bawah untuk maklumat yang lebih lengkap dan cara mohon pinjaman ini secara online.

Mohon Yayasan Ihsan Rakyat Pembiayaan Peribadi-i

KOBETA Cash-i

KOBETA Cash-i
Kelayakan GajiGaji kasar RM1,500
Kelayakan Umur21 hingga 59 tahun
Jumlah PembiayaanRM2,000 – RM250,000
Tahun Pembiayaan2 tahun hingga 10 tahun
Sektor Pekerjaan Kakitangan Kerajaan & GLC

KOBETA atau Koperasi Bersatu Tenaga Malaysia Berhad menawarkan pelan pinjaman peribadi KOBETA Cash-i untuk mereka yang bergaji rendah. Anda layak mohon pinjaman ini sekiranya anda berumur 21 hingga 59 tahun dengan pendapatan bulanan gaji kasar RM1,500 ke atas.

Pelan pembiayaan peribadi ini membenarkan anda buat pinjaman dengan jumlah yang tinggi, iaitu dari RM2,000 hingga RM250,000. Tempoh pembiayaan pula ialah dari 2 tahun hingga 10 tahun.

Caj kadar keuntungan tahunan yang dikenakan ialah sebanyak 4.99% p.a. Ini adalah antara kadar keuntungan terendah untuk pinjaman peribadi di negara kita.

KOBETA tidak membuka permohonan pinjaman ini untuk semua sektor pekerjaan. Anda hanya boleh mohon sekiranya anda berkhidmat di sektor awam – iaitu kakitangan kerajaan dan kakitangan syarikat berkaitan kerajaan (Government Linked Companies – GLC).

Oleh kerana ini adalah pinjaman peribadi Koperasi, anda boleh mohon walaupun anda mempunyai tunggakan di laporan CCRIS anda. Ini adalah antara kelebihan pinjaman Koperasi berbanding pinjaman bank.

Sekiranya anda berminat untuk mohon pinjaman KOBETA Cash-i, klik pautan di bawah untuk tahu lebih lanjut bagaimana anda boleh mohon pinjaman ini secara online.

Mohon KOBETA Cash-i

KOWAMAS e-Wawasan

KOWAMAS e-Wawasan pembiayaan peribadi
Kelayakan GajiGaji kasar RM1,500
Kelayakan Umur21 hingga 55 tahun
Jumlah PembiayaanRM3,000 – RM200,000
Tahun Pembiayaan2 tahun hingga 10 tahun
Sektor Pekerjaan Kakitangan Kerajaan & GLC

Koperasi Wawasan Malaysia Berhad (KOWAMAS) menawarkan pelan pembiayaan peribadi KOWAMAS e-Wawasan kepada kakitangan kerajaan, kakitangan GLC, kakitangan badan berkanun dan kakitangan Majlis yang berpendapatan bulanan gaji kasar RM1,500 ke bawah.

Jika anda berumur antara 21 hingga 55 tahun, telah berkhidmat di sektor awam lebih dari 1 tahun dan berjawatan tetap – anda boleh mohon pinjaman ini.

KOWAMAS e-Wawasan menawarkan jumlah pinjaman dari RM3,000 hingga RM200,000 dengan tempoh bayaran semula dari 2 tahun sehingga 10 tahun, dan kadar keuntungan tahunan pula sangat rendah – cuma 3.99% p.a.

Seperti pinjaman Koperasi yang lain, KOWAMAS membenarkan anda mohon walaupun rekod kredit anda kurang cantik. Walau bagaimanapun, lulus atau tidak masih bergantung kepada kelayakan anda yang lain.

Anda boleh baca lebih lanjut tentang pelan pembiayaan peribadi KOWAMAS e-Wawasan melalui pautan di bawah. Baca juga cara nak mohon online untuk pinjaman ini.

Mohon KOWAMAS e-Wawasan

UKHWAH Cash-i

Ukhwah Cash-i
Kelayakan GajiGaji kasar RM1,500
Kelayakan Umur19 hingga 56 tahun
Jumlah PembiayaanRM2,000 – RM200,000
Tahun Pembiayaan2 tahun hingga 10 tahun
Sektor Pekerjaan Kakitangan Kerajaan & GLC

Pelan pinjaman peribadi UKHWAH Cash-i daripada Koperasi Ukhwah Malaysia Berhad boleh dimohon oleh pekerja sektor awam, iaitu kakitangan kerajaan, GLC, badan berkanun dan kakitangan DBKL dengan gaji kasar minimum RM1,500 sebulan.

Pinjaman ini adalah pinjaman peribadi Islamik tak bercagar – tak perlu sediakan cagaran atau penjamin untuk mohon.

Anda boleh mohon jumlah pinjaman dari RM2,000 hingga RM200,000 dengan tempoh pembiayaan dari 2 tahun hingga 10 tahun. Kadar keuntungan tahunan yang dikenakan akan bergantung kepada jumlah pinjaman dan tempoh pembiayaan yang anda persetujui – dari 4.35% p.a hingga 4.99% p.a.

Ciri paling menarik yang ada pada pinjaman UKHWAH Cash-i ialah anda boleh mohon walaupun ada “blacklist” di CTOS, atau ada tunggakan di laporan CCRIS. Ini adalah keistimewaan pinjaman peribadi Koperasi Ukhwah berbanding pelan pembiayaan peribadi yang lain.

Selain syarat kelayakan yang ringan, anda juga akan mendapat kelebihan sebagai ahli UkhwahCARE. Pelbagai kelebihan yang ditawarkan oleh kelab ini. Antaranya ialah perkhidmatan perubatan, bantuan kewangan, bantuan guaman, produk Takaful, dan pelbagai lagi.

Baca lebih lanjut tentang pinjaman UKHWAH Cash-i melalui pautan di bawah. Anda juga boleh mohon pinjaman ini secara online dengan mudah.

Mohon UKHWAH Cash-i

KOPUTRI Pembiayaan Tawarruq

KOPUTRI Pembiayaan Tawarruq (CIMB)
Kelayakan GajiGaji kasar RM1,800
Kelayakan Umur21 hingga 54 tahun
Jumlah PembiayaanRM1,000 – RM100,000
Tahun Pembiayaan1 tahun hingga 10 tahun
Sektor Pekerjaan Kakitangan Kerajaan & GLC

Koperasi Putri Terbilang Malaysia Berhad (KOPUTRI) menawarkan pelan Pembiayaan Peribadi Tawarruq kepada mereka yang berkhidmat di sektor awam. Pelan pinjaman ini adalah hasil daripada kerjasama antara KOPUTRI dan CIMB Bank Berhad.

Pinjaman ini adalah pinjaman peribadi tak bercagar, oleh itu anda tidak perlu menyediakan cagaran atau mengemukakan penjamin untuk mohon pinjaman KOPUTRI ini.

Antara ciri menarik yang ditawarkan oleh pinjaman ini adalah kadar keuntungan tahunan yang rendah berbanding pelan pinjaman peribadi yang lain. Selain kadar keuntungan yang berpatutan, pinjaman ini juga ditawarkan kepada mereka yang mempunyai masalah CTOS dan CCRIS, dan juga penjawat awam dengan komitmen luar yang tinggi.

Anda boleh mohon dari RM1,000 hingga RM100,000 dengan tempoh pembayaran dari 12 bulan hingga 120 bulan. Kelayakan yang diperlukan ialah anda perlu bekerja di sektor awam lebih dari 8 bulan dan berpendapatan bulanan tidak kurang dari RM1,800 sebulan.

Baca lebih lanjut tentang Pinjaman KOPUTRI Tawarruq dan bagaimana anda boleh mohon secara online dengan mudah.

Mohon KOPUTRI Pembiayaan Tawarruq secara online

Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis Pembiayaan Peribadi

Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis Pembiayaan Peribadi RCE
Kelayakan GajiGaji kasar RM1,500
Kelayakan Umur20 hingga 58 tahun
Jumlah PembiayaanRM2,500 – RM150,000
Tahun Pembiayaan1 tahun hingga 10 tahun
Sektor Pekerjaan Kakitangan Kerajaan & GLC

Pelan pembiayaan peribadi dari Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis (YYP) ini adalah skim pembiayaan peribadi yang ditawarkan kepada kakitangan kerajaan dan kakitangan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Ini adalah pelan pinjaman peribadi Islamik, 100% patuh Syariah dan tidak bercagar. Caj kadar keuntungan yang ditawarkan sangat berpatutan iaitu bermula dari serendah 6.50%p.a.

Pinjaman daripada YYP ini adalah pinjaman yang menggunakan dana RCE Marketing – seperti juga pinjaman dari Yayasan Ihsan Rakyat. Anda boleh mohon dari RM2,500 sehingga RM150,000 dengan tempoh bayaran balik sehingga 10 tahun. Kaedah pembayaran adalah melalui potongan gaji.

Syarat kelayakan untuk memohon juga tidak membebankan. Syarat kelayakan pendapatan ialah gaji kasar RM1,500 ke atas dan anda perlu berkhidmat lebih daripada 6 bulan untuk melayakkan anda mohon pinjaman ini.

Antara kelebihan utama pinjaman peribadi YYP RCE ini ialah pinjaman ini dibuka permohonannya kepada mereka yang mempunyai masalah kredit, iaitu senarai hitam CTOS, rekod CCRIS kurang cantik, dan juga mereka yang sedang mengikuti Program Pengurusan Kredit AKPK.

Sekiranya anda mempunyai masalah-masalah ini, baca lebih lanjut bagaimana anda boleh mohon pinjaman ini untuk menyelesaikan masalah kewangan anda.

Mohon Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis Pembiayaan Peribadi secara online

Ringkasan Pinjaman Peribadi Bagi Gaji Rendah

Untuk memudahkan anda buat pilihan, saya susun semula senarai pelan-pelan pinjaman peribadi di atas mengikut kategori yang terlibat.

Pinjaman Peribadi Bank Gaji Rendah

  1. CIMB Xpress Cash Financing-i
  2. Bank Rakyat Pembiayaan Peribadi-i Untuk Pesara
  3. Agrobank AgroCash-i
  4. Bank Rakyat Pembiayaan Peribadi-i Sektor Awam
  5. AEON iCash Personal Financing
  6. RHB Easy-Pinjaman Ekspres
  7. Affin Islamic Pembiayaan Peribadi-i
  8. Ambank Islamic Pembiayaan Peribadi-i
  9. BSN SKAN
  10. BSN SKAP

Pinjaman Peribadi Koperasi Gaji Rendah

  1. KOBETA Cash-i
  2. UKHWAH Cash-i
  3. KOWAMAS e-Wawasan
  4. KOPUTRI Pembiayaan Tawarruq

Pinjaman Peribadi Pemberi Pinjaman Wang (PPW) Berlesen Gaji Rendah

  1. JCL Personal Financing
  2. Yayasan Ihsan Rakyat Pembiayaan Peribadi-i
  3. Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis Pembiayaan Peribadi

Pinjaman Peribadi Gaji Rendah untuk Kakitangan Kerajaan

  1. AEON iCash Personal Financing
  2. Agrobank AgroCash-i
  3. Bank Rakyat Pembiayaan Peribadi-i Sektor Awam
  4. Ambank Islamic Pembiayaan Peribadi-i
  5. BSN SKAN
  6. BSN SKAP
  7. JCL Personal Financing
  8. KOBETA Cash-i
  9. UKHWAH Cash-i
  10. KOWAMAS e-Wawasan
  11. Yayasan Ihsan Rakyat Pembiayaan Peribadi-i
  12. KOPUTRI Pembiayaan Tawarruq
  13. Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis Pembiayaan Peribadi

Pinjaman Peribadi Gaji Rendah untuk Kakitangan Swasta

  1. AEON iCash Personal Financing
  2. Affin Islamic Pembiayaan Peribadi-i
  3. Ambank Islamic Pembiayaan Peribadi-i
  4. CIMB Xpress Cash Financing-i
  5. JCL Personal Financing
  6. RHB Easy-Pinjaman Ekspres

Pinjaman Peribadi Gaji Rendah untuk Bekerja Sendiri

  1. AEON iCash Personal Financing
  2. CIMB Xpress Cash Financing-i
  3. JCL Personal Financing
  4. RHB Easy-Pinjaman Ekspres

Pinjaman Peribadi Gaji Rendah untuk Kakitangan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC)

Pinjaman Peribadi Gaji Rendah untuk Pesara

  1. AEON iCash Personal Financing
  2. Bank Rakyat Pembiayaan Peribadi-i Untuk Pesara

Pinjaman Peribadi Gaji Rendah untuk Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM)

  1. AEON iCash Personal Financing
  2. Affin Islamic Pembiayaan Peribadi-i

Penting Anda Pilih Pinjaman Peribadi Berpendapatan Rendah Yang Sesuai

Sekarang anda dah tahu sebenarnya banyak pelan pembiayaan peribadi untuk mereka dengan gaji rendah yang ditawarkan oleh institusi kewangan di Malaysia. Tetapi, walaupun anda mencukupi syarat kelayakan gaji untuk mohon, tidak bermaksud permohonan anda pasti akan lulus.

Seperti yang selalu saya katakan, terdapat banyak faktor yang menentukan lulus atau tidak permohonan pinjaman yang dimohon.

Oleh itu, adalah penting anda pilih pelan pinjaman yang paling sesuai dengan kelayakan anda. Klik pada pinjaman-pinjaman yang saya senaraikan di atas untuk melihat syarat kelayakan lengkap dan dokumen lengkap yang anda perlu sediakan untuk mohon.

Jangan mohon sekiranya anda tidak mencukupi syarat kelayakan atau tidak dapat sediakan dokumen yang lengkap – merugikan masa anda sahaja.

Sekiranya anda keliru nak pilih pinjaman yang mana satu, anda boleh guna Sistem Semak Kelayakan Pinjaman Peribadi yang kami sediakan. Anda cuma perlu masukkan jenis kerja, gaji, jumlah yang ingin dimohon, tahun pembiayaan, dan ciri-ciri pinjaman yang anda ingini.

Sistem akan mencari pinjaman yang paling sesuai dengan maklumat yang anda key-in – sangat mudah.

Klik di sini untuk cari pinjaman peribadi gaji rendah yang paling sesuai untuk anda.

share-nodes
Kongsi
Admin Pinjaman Peribadi Malaysia

Admin Pinjaman Peribadi Malaysia

Pengasas laman web Pinjaman Peribadi Malaysia yang ditubuhkan untuk berkongsi maklumat berkaitan pinjaman peribadi, pinjaman ASB, dan kad kredit dari institusi kewangan di Malaysia.

Tinggalkan soalan, mesej & komen

Ada sebarang soalan, mesej atau nak komen? Tanya atau tinggalkan mesej anda di bawah.
Subscribe
Notify of

14 Comments
Inline Feedbacks
View all comments