Menu

Hong Leong Mach IOU

Hong Leong Mach IOU atau lebih dikenali sebagai Pinjaman Peribadi Mach I.O.U adalah pelan pinjaman peribadi yang ditawarkan oleh pihak Hong Leong Bank. Ini adalah pinjaman peribadi konvensional tak bercagar. Ini bermaksud anda tidak perlu menyediakan cagaran atau penjamin untuk mohon pinjaman ini.

Mach IOU adalah antara pinjaman peribadi yang menawarkan tempoh lulus yang pantas. Anda boleh dapatkan keputusan permohonan pinjaman anda hanya dalam tempoh 60 minit.

Pinjaman peribadi dari Hong Leong ini juga menawarkan jumlah pembiayaan sehingga RM250,000 dan dibuka kepada semua sektor pekerjaan tidak kira anda kakitangan kerajaan, swasta mahupun bekerja sendiri.

Baca lebih lanjut tentang syarat-syarat yang diperlukan untuk mohon Mach I.O.U dan bagaimana anda boleh mohon secara online.

Hong Leong Mach IOU
Pinjaman daripada

Hong Leong Bank Berhad

Jenis PinjamanKonvensional (Tak Bercagar)
Jumlah PembiayaanRM5000 hingga RM250000
Tempoh Pembiayaan24 Bulan hingga 60 Bulan
Kadar Faedah12.50% p.a hingga 12.50% p.a
Sektor PekerjaanPesara / Kakitangan Swasta / Kakitangan Kerajaan / Kakitangan GLC / Bekerja Sendiri
Kelayakan GajiGaji Kasar RM2000 sebulan atau RM24000 setahun
Had Umur21 hingga 60 Tahun
Ciri MenarikJumlah Tinggi, Keputusan Pantas, Penyatuan Hutang
Tempoh Lulus60 Minit
Share on facebook
Share on twitter
Share on google
Share on pinterest
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on email

Ciri-Ciri & Kelebihan Hong Leong Mach IOU

Hong Leong Mach IOU mempunyai ciri-ciri menarik dan kelebihan berbanding pelan pinjaman peribadi lain di Malaysia.

  • Pinjaman Peribadi Tak Bercagar Mach IOU adalah pinjaman peribadi konvensional tak bercagar. Pemohon tidak perlu sediakan cagaran atau penjamin.
  • Tempoh pembiayaan fleksibel Hong Leong menawarkan tempoh pembiayaan antara 2 hingga 5 tahun untuk Mach I.O.U.
  • Jumlah pembiayaan yang fleksibel dan tinggi Anda boleh memilih untuk buat pinjaman dari RM5,000 hingga mencecah RM250,000.
  • Tiada caj proses Anda tidak akan dikenakan sebarang caj proses jika permohonan Mach IOU anda lulus. Hong Leong Bank cuma akan kenakan caj duti setem sebanyak 0.5% dari jumlah pinjaman yang lulus.
  • Keputusan pantas Pemohon cuma perlu menunggu dalam tempoh 60 minit* untuk mengetahui keputusan permohonan Mach I.O.U mereka. *Tempoh lulus 60 minit hanya untuk permohonan RM50,000 dan ke bawah.
  • 20% cashback Hong Leong Bank menawarkan 20% cashback daripada jumlah pinjaman anda jika pembayaran bulanan anda cantik.

Syarat Kelayakan Untuk Memohon

Hong Leong tidak mengenakan syarat yang ketat untuk pinjaman ini. Berikut adalah syarat-syarat untuk memohon Hong Leong Mach I.O.U.

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 21 hingga 60 tahun.
  • Dibuka kepada semua jenis pekerjaan dengan jawatan tetap.
  • Berpendapatan bulanan RM2,000 ke atas atau pendapatan tahunan RM24,000 ke atas.
  • Tidak disenaraihitamkan oleh mana-mana Bank di Malaysia atau AEON Credit.
  • Tiada akaun di bawah Pemerhatian Khas – Special Attention Account (SAA).
  • Bukan di bawah selaan AKPK.

Dokumen Yang Diperlukan

Seperti syarat kelayakan, dokumen yang diperlukan untuk mohon Hong Leong Mach IOU juga sangat ringkas. Berikut ialah dokumen-dokumen yang perlu anda sediakan jika anda ingin mohon pinjaman ini.

  1. Salinan Kad Pengenalan (MyKad) depan dan belakang.
  2. Salinan penyata KWSP (EPF) terkini.
  3. Salinan penyata akan bank yang mempunyai nama penuh pemohon dan nombor akaun.

Jadual Pembayaran Balik

Berikut ialah jadual bayaran balik atau jadual instalment pinjaman peribadi Hong Leong Mach IOU. Klik pada gambar untuk paparan saiz yang lebih besar.

Jadual bayaran balik Hong Leong Mach IOU
Jadual pembayaran Hong Leong Mach IOU.
Jadual ini hanya sebagai rujukan semata. Jumlah bayaran semula boleh berubah berdasarkan faktor-faktor seperti Promosi,kadar faedah/keuntungan, jumlah pinjaman, tempoh pembiayaan, base rate (BR), dan sebagainya. Jumlah pembayaran akhir masih bergantung kepada pihak Hong Leong Bank Berhad.

Caj Yang Dikenakan

Berikut adalah caj yang dikenakan oleh pihak Hong Leong Bank untuk pinjaman peribadi Mach I.O.U.

  1. Tiada caj proses.
  2. Caj duti setem sebanyak 0.5% dari jumlah pinjaman yang lulus.
  3. Tiada caj penamatan awal. Anda cuma perlu sediakan notis bertulis 3 bulan lebih awal dari tarikh anda ingin bayar baki pinjaman. Pihak Hong Leong Bank akan memberikan rebat terhadap baki faedah.
  4. Caj lewat bayar sebanyak 1% dari baki tunggakan.

Cara Memohon Hong Leong Mach IOU

Pihak Hong Leong Bank Berhad tidak membuka permohonan pembiayaan peribadi Hong Leong Mach IOU secara atas-talian (online).

Hong Leong telah menamatkan produk pinjaman peribadi Mach I.O.U. Untuk mohon pinjaman peribadi Hong Leong Bank, anda boleh baca lebih lanjut tentang:

Hong Leong Mach IOU Review

Hong Leong Mach I.O.U adalah pelan pinjaman peribadi yang popular daripada pihak Hong Leong Bank. Salah satu faktor yang buat pinjaman ini menarik untuk dimohon adalah keputusan permohonan yang sangat pantas – anda hanya perlu tunggu 60 minit sebelum tahu keputusan pinjaman anda. Walaupun tempoh 60 minit ini hanya ditawarkan kepada jumlah pinjaman RM50,000 dan ke bawah, ini adalah antara pinjaman peribadi dengan keputusan terpantas. Dokumen yang diperlukan juga sangat ringkas dan tidak membebankan pemohon. Oleh kerana pinjaman ini dibuka kepada semua warganegara Malaysia dengan pendapatan tetap, Mach IOU adalah pinjaman peribadi konvensional tak bercagar yang sangat sesuai untuk mereka yang perlukan wang dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, tempoh pembiayaan maksimum selama 5 tahun agak singkat berbanding pinjaman lain yang menawarkan tempoh maksimum antara 7 hingga 10 tahun. Jika anda ingin wang segera dan mencukupi syarat-syarat kelayakan, Hong Leong Mach IOU adalah antara pilihan terbaik.

Kelebihan

  • Keputusan permohonan yang pantas hanya dalam tempoh 60 minit.
  • Tempoh pembiayaan yang tinggi sehingga RM250,000.
  • Ditawarkan kepada semua sektor pekerjaan.
  • Keperluan dokumen yang ringkas.
  • Cashback 20%.

Kekurangan

  • Tempoh pembiayaan maksimum hanya 5 tahun.

Rating

4.3/5

Soalan Lazim Pinjaman Peribadi Hong Leong Mach IOU

Berikut adalah jawapan untuk soalan-soalan yang sering ditanyakan berkaitan pinjaman peribadi Hong Leong Mach IOU

Apakah pinjaman peribadi Hong Leong Mach IOU?

Pinjaman peribadi Hong Leong Mach IOU adalah pinjaman peribadi Konvensional Tak Bercagar yang ditawarkan oleh Hong Leong Bank Berhad.

Siapa yang boleh mohon Hong Leong Mach IOU?

Pembiayaan peribadi “Hong Leong Mach IOU” ditawarkan kepada Warganegara Malaysia yang bekerja sebagai Bekerja Sendiri, Kakitangan GLC, Kakitangan Kerajaan, Kakitangan Swasta, Pesara dengan had umur dari 21 hingga 60 tahun. Untuk syarat lengkap, sila rujuk pada bahagian Syarat Kelayakan di atas.

Saya belum pernah mohon sebarang pinjaman sebelum ni, ini pertama kali – boleh kah saya mohon pinjaman Hong Leong Mach IOU?

Anda boleh mohon sebarang pinjaman kecuali syarat kelayakan pinjaman tersebut menyatakan anda perlu ada rekod pinjaman atau komitmen bulanan untuk mohon. Sekiranya anda masih risau tentang keberangkalian untuk lulus adalah rendah kerana anda tidak pernah buat pinjaman (akaun kredit), anda boleh baca lebih lanjut tentang credit score di panduan Skor Kredit.  

Saya tak ada komitmen bulanan, boleh kah saya mohon pinjaman Hong Leong Mach IOU?

Sila rujuk jawapan sebelum ini.

Potongan gaji saya dah lebih 60%, boleh kah saya mohon pinjaman ini?

Syarat kelayakan umum untuk pelan pembiayaan peribadi ialah potongan gaji tidak melebihi 60%, kecuali dinyatakan sebaliknya pada bahagian syarat kelayakan memohon di atas. Walau bagaimanapun, ini bukanlah faktor utama yang menentukan permohonan pinjaman anda lulus atau tidak kerana terdapat banyak lagi faktor lain yang memainkan peranan. Dalam erti kata lain, walaupun potongan gaji anda lebih 60%, tetapi rekod kredit dan nisbah khidmat hutang (Debt Service Ratio) anda cantik – boleh cuba mohon.

Saya baru sahaja lulus pinjaman dari institusi kewangan yang lain, bolehkah saya mohon Hong Leong Mach IOU?

Sekiranya anda baru sahaja lulus sebarang pinjaman dari institusi kewangan (bank/koperasi/ppw) yang direkodkan di CCRIS seperti pembiayaan peribadi, pembiayaan kenderaan, atau pembiayaan perumahan – anda dinasihatkan tunggu tempoh bertenang antara 4 hingga 6 bulan sebelum anda mohon pinjaman lain untuk meningkatkan peluang lulus permohonan anda. Untuk menjaga skor kredit anda, anda dinasihatkan hanya mohon maksimum 3 akaun kredit (sebarang pinjaman/kad kredit) dalam tempoh 12 bulan.

Berapa jumlah pinjaman yang boleh saya mohon dengan Hong Leong Mach IOU?

Anda boleh mohon dari RM5000 hingga RM250000. Walau bagaimanapun, jumlah lulus akhir yang akan ditawarkan kepada anda akan ditentukan oleh pihak Hong Leong Bank Berhad setelah mengambil kira faktor-faktor seperti jumlah pinjaman, skor kredit, skor pemarkahan dan sebagainya.

Berapa lamakah tempoh pembiayaan yang ditawarkan oleh pinjaman peribadi ini?

Hong Leong Mach IOU menawarkan tempoh pembiayaan dari 24 bulan hingga 60 bulan. Walau bagaimanapun, tempoh pembiayaan yang boleh dimohon akan ditentukan oleh pihak Hong Leong Bank Berhad berdasarkan faktor-faktor seperti jumlah pinjaman, skor kredit, skor pemarkahan dan sebagainya.

Bagaimana saya nak mohon pinjaman ini?

Sila rujuk pada bahagian Cara Mohon Hong Leong Mach IOU di atas.

Berapa lama tempoh yang perlu saya tunggu untuk tahu keputusan permohonan Hong Leong Mach IOU saya?

Anggaran untuk tahu keputusan permohonan pinjaman anda adalah 60 Minit selepas menghantar permohonan berserta dokumen yang lengkap. Ini adalah anggaran yang diberikan oleh pihak Hong Leong Bank Berhad – Jangkamasa ini mungkin berbeza bergantung kepada pihak Hong Leong Bank Berhad.

Apakah caj yang dikenakan untuk pinjaman Hong Leong Mach IOU?

Sila rujuk pada bahagian Caj Yang Dikenakan di atas untuk maklumat lengkap berkaitan caj yang dikenakan pihak Hong Leong Bank Berhad untuk pelan pembiayaan peribadi ini.

Berapa yang perlu saya bayar setiap bulan jika saya mohon pinjaman ini?

Jumlah bayaran bulanan adalah bergantung kepada beberapa faktor seperti jumlah pinjaman yang lulus, tempoh pembiayaan dan kadar faedah/keuntungan yang dikenakan. Anda boleh rujuk panduan bayaran bulanan untuk pinjaman ini pada bahagian Jadual Bayaran Balik Hong Leong Mach IOU.

Bagaimana saya nak bayar balik atau apakah kaedah bayaran ansuran pinjaman ini?

Anda boleh bayar balik pinjaman Hong Leong Mach IOU melalui kaedah Arahan tetap (standing instruction/order), Auto Debit/Direct Debit, Bayaran di kaunter.

Bolehkah saya buat Penyatuan Hutang (Debt Consolidation) dengan pinjaman ini?

Ya, anda boleh buat penyatuan hutang atau “debt consolidation” dengan Hong Leong Mach IOU. Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan pihak Hong Leong Bank Berhad. Sekiranya anda inginkan pinjaman peribadi yang membenarkan penyatuan hutang, sila lihat senarai pinjaman peribadi penyatuan hutang.

Saya dah ada pinjaman Hong Leong Mach IOU yang aktif, bolehkah saya buat Pinjaman Bertindih (Overlapping Facility) untuk pinjaman ini?

Boleh dikatakan hampir semua institusi kewangan menawarkan fungsi pinjaman bertindih atau overlap untuk pelan pembiayaan peribadi mereka. Walau bagaimanapun, kaedah overlapping facility adalah agak rumit dan institusi kewangan perlu mengambil kira banyak faktor sebelum membenarkan pelanggan mereka melakukan overlap terhadap pembiayaan yang sedia ada. Sekiranya anda ingin membuat overlap terhadap Hong Leong Mach IOU, anda boleh berhubung terus dengan pihak Hong Leong Bank Berhad untuk nasihat dan panduan memohon pinjaman bertindih. Rujuk pada bahagian Cara Mohon Hong Leong Mach IOU di atas di atas.

Saya ada blacklist di laporan CTOS. Bolehkah saya mohon pinjaman ini?

Pinjaman ini tidak ditawarkan kepada mereka yang mempunyai blacklist di laporan CTOS. Walau bagaimanapun jika rekod senaraihitam di laporan CTOS anda bukan dari institusi kewangan (bank/koperasi/AEON/PPW) dan adalah daripada syarikat telco, kedai motor, dan sebagainya anda boleh cuba mohon.

Saya ada tunggakan di laporan CCRIS. Bolehkah saya mohon pinjaman ini?

Pinjaman ini tidak ditawarkan kepada mereka yang mempunyai tunggakan di rekod CCRIS atau yang mempunyai akaun di bawah pemerhatian khas (SAA).

Saya ada tunggakan PTPTN di laporan CCRIS (CCRIS PTPTN). Bolehkah saya mohon pinjaman ini?

Sila rujuk jawapan sebelum ini.

Saya di bawah selaan AKPK. Bolehkah saya mohon pinjaman ini?

Maaf tak boleh. Anda tidak boleh memohon sebarang pinjaman dari institusi kewangan sekiranya anda di bawah selaan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit(AKPK).

Saya dah mohon Hong Leong Mach IOU. Bagaimana saya nak tahu permohonan saya lulus atau tidak?

Selalunya keputusan permohonan pinjaman anda (lulus atau tidak) akan dimaklumkan oleh oleh pihak Hong Leong Bank Berhad melalui SMS, E-Mel atau panggilan telefon. Sekiranya anda masih belum mendapat keputusan permohonan lebih daripada 14 hari bekerja, anda dinasihatkan supaya berhubung terus dengan pihak Hong Leong Bank Berhad.

Saya dah mohon Hong Leong Mach IOU tetapi tak lulus. Boleh tahu kenapa permohonan saya tak lulus?

Banyak faktor yang menentukan kenapa permohonan pinjaman peribadi tidak diluluskan oleh institusi kewangan. Boleh dikatakan setiap institusi kewangan tidak akan memberitahu sebab lengkap kenapa mereka menolak permohonan pinjaman anda. Ini adalah untuk mengelakkan persaingan antara institusi kewangan, dan juga mengelakkan sistem mereka dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab – Selalunya anda cuma akan dapat jawapan “Fail Score”. Untuk mengetahui lebih lanjut apakah faktor-faktor yang menyebabkan permohonan anda tidak diluluskan oleh pihak Hong Leong Bank Berhad, sila rujuk artikel panduan Kenapa Permohonan Pinjaman Peribadi Tidak Diluluskan.

Saya ada soalan tambahan tentang Hong Leong Mach IOU

Sila tinggalkan soalan anda pada borang reply/komen di bawah. Pihak kami akan cuba menjawabnya seberapa segera yang mungkin.

Ada Soalan Tentang Hong Leong Mach IOU?

Atau sekadar ingin berkongsi pengalaman anda? Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen anda. Pihak kami akan cuba menjawab soalan anda seberapa segera yang mungkin.

  • Abby88 says:

    Sy tiada sebarang komitmen dgn bank jadi blh ke sy memohom

    • Admin Pinjaman Peribadi Bank says:

      @Abby88

      Mohon tuan/puan luangkan sedikit masa untuk baca maklumat di atas, terutama bahagian “Soalan Lazim” kerana jawapan untuk soalan tuan/puan telah terjawab di situ.

      Terima kasih.

  • Trish says:

    Saya ada rekod pembayaran lambat dengan bank rhb dan aeon tapi pembayaran saya sebelum genap satu bulan.

    • Admin Pinjaman Peribadi Bank says:

      @Trish

      Maaf saya kurang faham apa yang cik maksudkan dengan “pembayaran saya sebelum genap satu bulan”.

      Hong Leong Mach IOU tidak membenarkan mereka yang mempunyai tunggakan dengan bank di rekod CCRIS untuk mohon. Walau bagaimanapun jika tunggakan tidak lebih satu bulan, boleh cuba mohon.

      Terima kasih.

  • Darren Sus says:

    Mcm mane dgn Cara potongan bagi pekerja goverment kalau loan dengan mach iou nie?

    • Admin Pinjaman Peribadi Bank says:

      Pembayaran balik adalah melalui standing intruction dari Bank pilihan ke akaun pinjaman, atau bayaran melalui kaunter Hong Leong Bank. Tidak ada potongan di slip gaji – kerajaan atau swasta.

      Semua pelan pinjaman secara asas menggunakan cara pembayaran sebegini, kecuali dinyatakan ada potongan gaji melalui kaedah lain pada laman pinjaman tersebut.

      Terima kasih

  • Noorasyikin binti jakariah says:

    Sy ada buat loan dengan aeon dan bayaran tak pernah lewat

  • Noorasyikin binti jakariah says:

    Saya ada buka account cimb bank untuk simpanan/semasa,tetapi gaji sy di bayar cash..boleh tak memohon

  • >