Akan dibuka dalam tab baharu

Tiada Lagi Rebat Bil Elektrik 2024 Bermula 1 Januari

calendar-check
Dikirim pada: 22/12/2023
alarm-clock
Tiada lagi rebat bil elektrik bermula 1 Januari 2024

Kerajaan mengumumkan keputusan untuk menamatkan rebat bil elektrik bagi isi rumah yang menggunakan antara 600 hingga 1,500 kWh elektrik setiap bulan. Keputusan ini, yang akan dilaksanakan bermula 1 Januari tahun depan (2024), merupakan sebahagian daripada penetapan kadar tarif baru untuk separuh pertama tahun 2024.

Tarif dan caj tambahan untuk perniagaan akan kekal pada kadar yang sama untuk separuh pertama tahun 2024. Penamatan rebat ini dijangka dapat menjimatkan kerajaan sebanyak RM266 juta dalam subsidi.

Jumlah subsidi elektrik yang dijangka akan dibayar kepada Tenaga Nasional (TNB) oleh Kementerian Kewangan (KKM) untuk separuh pertama tahun 2024 masih adalah kira-kira RM1.4 bilion.

Kerajaan juga menyatakan lebih daripada 50% subsidi elektrik diberikan kepada isi rumah berpendapatan menengah tinggi dan kaya di bawah pemberian subsidi secara menyeluruh, yang akan digantikan bermula tahun depan.

Keputusan ini turut sejajar dengan inisiatif kerajaan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengurangkan perbelanjaan subsidi secara menyeluruh pada tahun 2024. Beliau berhasrat untuk menyusun semula bantuan kerajaan dengan memberikannya hanya kepada golongan yang benar-benar memerlukan, dalam usaha untuk mengurangkan pembaziran.

Kerajaan menyatakan lebih daripada 50 peratus subsidi elektrik pergi kepada isi rumah berpendapatan menengah tinggi dan kaya di bawah pemberian subsidi secara menyeluruh, yang akan digantikan bermula tahun depan.

Kesan Terhadap Pengguna Domestik dan Perniagaan

Sejuta pengguna domestik dijangka akan mengalami peningkatan bil elektrik bulanan sebanyak RM12 hingga RM32, bergantung kepada penggunaan bulanan.

Isi rumah yang menggunakan elektrik kurang daripada 600 kWh masih menikmati potongan RM0.2 sen bagi setiap kWh, yang merangkumi 88% pengguna domestik. Bagi pengguna yang menggunakan lebih daripada 1,500 kWh, mereka akan terus dikenakan caj tambahan sebanyak 10 sen bagi setiap kWh.

Walaubagaimanapun, keputusan ini hanya melibatkan pengguna domestik dan tidak memberi kesan kepada perniagaan. Ini membantu kestabilan operasi perniagaan dalam urusan perancangan bajet peniaga.

Kesan Kepada Kewangan dan Pasaran

Walaupun kerajaan mampu menjimatkan subsidi sehingga RM266 juta, pihak kerajaan masih perlu membayar RM1.4 bilion dalam bentuk subsidi elektrik kepada Tenaga Nasional Berhad. Ini mungkin meningkatkan pendapatan TNB hasil daripada bil pengguna yang akan meningkat pada tahun 2024 kesan daripada pengumuman ini.

Kenaikan tarif bil elektrik ini juga mungkin akan menyumbang kepada kenaikan inflasi, terutama terhadap isi rumah yang terjejas akibat terpaksa membayar bil elektrik yang lebih tinggi. Dalam masa yang sama, industri tenaga boleh diperbaharui (renewable energy) mungkin mengalami impak positif sebagai alternatif dengan kos yang lebih efektif.

Dasar tarif baharu mencerminkan peralihan kepada subsidi yang disasarkan dan peningkatan kecekapan kos bagi kerajaan. Walaupun beberapa isi rumah mungkin menghadapi tekanan kewangan, matlamat jangka panjang dalam pengagihan sumber yang lebih efisien dan pembangunan tenaga lestari dapat memberi faedah kepada ekonomi secara keseluruhan.

Sumber: The Malay Mail

share-nodes
Kongsi
Pasukan Editorial Pinjaman Peribadi Malaysia

Pasukan Editorial Pinjaman Peribadi Malaysia

Kami adalah pakar dalam menyaring maklumat kewangan peribadi yang kompleks seperti pinjaman, kad kredit, pelaburan ASB, dan pengurusan kewangan, dan menyajikannya dalam bentuk panduan yang tepat dan mudah difahami untuk setiap lapisan masyarakat. Fokus kami adalah penyediaan maklumat, bukan nasihat kewangan peribadi. Setiap artikel dihasilkan melalui penyelidikan yang teliti daripada sumber rasmi dan sentiasa dikemaskini untuk memberikan maklumat yang tepat dan terkini, selari dengan misi kami untuk membantu anda untuk membuat keputusan kewangan yang bijak.
Tinggalkan Komencomments

Penafian: Maklumat yang diberikan di laman ini adalah bertujuan sebagai maklumat umum dan bukan nasihat kewangan khusus. Pihak kami bukan institusi kewangan atau pemberi pinjaman dan tidak menyebelahi sebarang produk kewangan tertentu.

Tinggalkan soalan, mesej & komen

Ada sebarang soalan, mesej atau nak komen? Tanya atau tinggalkan mesej anda di bawah.

0 Comments
Terbaru
Terakhir