Scam Memo JCL Credit Leasing Sdn Bhd

calendar-range
Dikirim 01/02/2024
Scam Memo JCL

JCL Credit Leasing Sdn Bhd dalam satu hantaran di laman Facebook mereka telah memaklumkan taktik terbaru “scammer” yang menyamar sebagai pihak JCL untuk mengelirukan dan menipu pelanggan.

Dalam perkongsian itu, individu yang menggunakan memo dengan kepala surat (letterhead) yang mempunyai logo rasmi JCL dan bertajuk “Perjanjian Jualan Kredit (CS) dan Sewa Beli (HP) Antara JCL dan Pelanggan” cuba mengumpul bayaran daripada pelanggan JCL dengan menyeleweng daripada kaedah bayaran yang sah.

Menurut pihak JCL lagi, scammer tersebut beroperasi melalui syarikat Northern Man Smart Venture dengan nombor akaun bank 03101129399, dan menggunakan wakil dengan nama Justin Ooi di alamat E-Mel [email protected].

Para pelanggan JCL diingatkan hanya memindahkan bayaran bulanan ke akaun bank rasmi JCL Credit Leasing Sdn Bhd dan bukan kepada akaun bank pihak ketiga. Kaedah bayaran telah dinyatakan oleh JCL di laman sesawang rasmi mereka di pautan (https://jcl.my/bm/how-to-pay/). Pemindahan dana bayaran kepada akaun pihak lain tidak akan dianggap sebagai bayaran untuk akaun pinjaman pelanggan.

Sekiranya anda telah menjadi mangsa penipuan memo JCL ini, atau sebarang penipuan berkaitan JCL Credit Leasing, anda boleh hubungi talian JCL careline di nombor 03-26167900 untuk mengelakkan situasi yang tidak diingini dan melindungi akaun anda.

Berikut adalah tangkap layar memo yang disebarkan oleh scammer terbabit.

Analisa Scam

Melalui memo yang dipaparkan, kita boleh kenal pasti tanda-tanda utama yang digunakan oleh scammer.

  • Mendesak: Scammer seringkali mewujudkan situasi cemas dan mendesak mangsa untuk mengambil tindakan segera tanpa berfikir panjang. Contohnya memo terbabit mengingatkan pelanggan untuk buat bayaran dalam tempoh 7 hari.
  • Maklumat tidak berkaitan: Jelas di sini nama syarikat, maklumat akaun bank, dan alamat E-Mel tidak mempunyai kaitan dengan JCL Credit Leasing Sdn Bhd.
  • Informasi tidak lengkap: Memo terbabit tidak memaklumkan butiran khusus terhadap perjanjian dan transaksi yang didakwa.

Faktor-faktor ini sahaja boleh membantu pelanggan daripada menjadi mangsa penipuan scammer.

Kesan Terhadap JCL

Walaupun kes penipuan ini melibatkan JCL Credit Leasing Sdn Bhd, mereka tidak boleh disalahkan dalam perkara ini. Tanggungjawab sepenuhnya masih terletak kepada pihak pelanggan untuk melindungi dari daripada penipuan digital yang semakin berleluasa pada masa sekarang.

Anda boleh baca berita terkini berhubung scam dan panduan bagaimana untuk mengelak daripada ditipu di laman penipuan dan scam yang pihak kami sediakan.

Dapatkan info berhubung scam dan penipuan terkini.

Sedikit sebanyak kes ini akan memberi kesan kepada reputasi JCL dan melibatkan kerugian kepada mangsa yang terlibat. Mungkin pada masa hadapan pihak JCL boleh meningkatkan ciri-ciri keselamatan terhadap akaun pelanggan mereka.

Dalam situasi ini, pihak JCL telah mengambil langkah yang tepat dengan memaklumkan kepada pelanggan mereka berhubung penipuan ini, dan bertindak secara proaktif untuk melindungi pelanggan daripada ditipu.

Sumber:
share-nodes
Kongsi
Admin Pinjaman Peribadi Malaysia

Admin Pinjaman Peribadi Malaysia

Pengasas laman web Pinjaman Peribadi Malaysia yang ditubuhkan untuk berkongsi maklumat berkaitan pinjaman peribadi, pinjaman ASB, dan kad kredit dari institusi kewangan di Malaysia.

Tinggalkan soalan, mesej & komen

Ada sebarang soalan, mesej atau nak komen? Tanya atau tinggalkan mesej anda di bawah.
Subscribe
Notify of

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments