KWSP i-Lindung Fasa 2 Dilancarkan – Perlindungan Seisi Keluarga

calendar-range
Dikirim 05/02/2024
KWSP i-Lindung Fasa 2 dilancarkan

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengumumkan pelancaran program KWSP i-Lindung Fasa 2, sebuah inisiatif di bawah Pelan Perlindungan Ahli (PPA). PPA KWSP merujuk kepada pelan yang membolehkan ahli mengeluarkan dana daripada akaun 2, akaun 55, atau akaun untuk produk insurans atau Takaful.

Melalui KWSP i-Lindung Fasa 2, boleh menggunakan guna dana di dalam Akaun 2 menyertai perlindungan insurans dan takaful daripada syarikat yang diiktiraf oleh KWSP seperti pelan perlindungan nyawa dan penyakit kritikal untuk ahli keluarga terdekat.

Perincian Jenis Perlindungan KWSP i-Lindung Fasa 2

Ahli boleh memilih untuk mendapatkan perlindungan dalam bentuk perlindungan hayat, atau perlindungan penyakit kritikal, atau kedua-duanya sekali.

Perlindungan hayat merujuk kepada manfaat kewangan kepada ahli KWSP atau waris sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal (total permanent disability) kepada pemegang polisi.

Perlindungan penyakit kritikal pula memberikan manfaat kewangan sekiranya pemegang polisi disahkan menghidap penyakit kritikal seperti kanser, serangan jantung, atau strok. Perlindungan ini juga menawarkan pendapatan sekiranya pesakit tidak dapat bekerja seperti biasa.

Siapa Yang Layak?

KWSP i-Lindung ditawarkan kepada warganegara Malaysia, iaitu ahli KWSP dengan baki simpanan yang cukup di dalam akaun 2, akaun 55, atau akaun Emas.

Pelan perlindungan insurans dan Takaful pula akan melindungi kategori berikut:

  1. Ahli KWSP – Diri sendiri atau orang utama yang dilindungi.
  2. Pasangan Ahli KWSP atau tanggungan.
  3. Anak-anak Ahli KWSP – Anak kandung, anak tiri, dan anak angkat.

Cara Menggunakan KWSP i-Lindung

Ahli yang berminat boleh membeli produk insurans dan menyertai produk takaful melalui platform i-Lindung yang terdapat dalam aplikasi KWSP i-Akaun (Ahli).

Sejak dilancarkan pada Julai 2022 hingga Disember 2023, lebih daripada 102,301 ahli telah memanfaatkan peluang ini dengan membeli 118,166 polisi dan produk takaful.

Ini termasuk insurans nyawa dan insurans penyakit kritikal dengan premium yang berpatutan, dengan dana daripada Akaun 2 mereka.

Ciri Terkini Platform i-Lindung

Peningkatan signifikan dalam permintaan ini telah mendorong KWSP untuk memperkenalkan penambahbaikan dalam pengurusan polisi dan sijil. Fokus kepada pengurusan jangka panjang melebihi satu tahun, mencerminkan komitmen KWSP untuk menyediakan perlindungan lanjutan kepada ahli.

KWSP menegaskan bahawa penambahbaikan ini merupakan satu kemajuan penting dalam evolusi platform i-Lindung. Platform yang dinaik taraf ini menawarkan ciri-ciri mesra pengguna untuk memudahkan pengurusan polisi yang diperkemas dan pembayaran berulang untuk perlindungan jangka panjang.

Maklumat Lanjut

Bagi mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut tentang i-Lindung, boleh merujuk laman web rasmi KWSP di (www.kwsp.gov.my) atau menghubungi Pusat Pengurusan Pelanggan KWSP di talian 03-8922 6000.

Laman web rasmi KWSP i-Lindung

KWSP i-Lindung Pilihan Terbaik

Program KWSP i-Lindung Fasa 2 merupakan langkah proaktif KWSP dalam menyediakan perlindungan yang holistik untuk ahli dan keluarga.

Dengan peluang untuk memanfaatkan dana Akaun 2, ahli KWSP dapat menjana perlindungan kewangan yang seimbang dan memberi manfaat tambahan.

Peningkatan dalam pengurusan polisi dan sijil menunjukkan komitmen KWSP untuk terus meningkatkan pengalaman ahli dalam mendapatkan perlindungan yang optimum.

Dengan platform yang dinaik taraf, i-Lindung Fasa 2 membawa pelbagai ciri yang memudahkan ahli dalam menguruskan perlindungan jangka panjang mereka.

Bagi mereka yang mencari perlindungan yang komprehensif, i-Lindung Fasa 2 adalah pilihan yang tepat.

share-nodes
Kongsi
Admin Pinjaman Peribadi Malaysia

Admin Pinjaman Peribadi Malaysia

Pengasas laman web Pinjaman Peribadi Malaysia yang ditubuhkan untuk berkongsi maklumat berkaitan pinjaman peribadi, pinjaman ASB, dan kad kredit dari institusi kewangan di Malaysia.

Tinggalkan soalan, mesej & komen

Ada sebarang soalan, mesej atau nak komen? Tanya atau tinggalkan mesej anda di bawah.
Subscribe
Notify of

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments