Kenaikan Cukai SST Google Mac 2024 – Apa yang Anda Perlu Tahu

calendar-range
Dikirim 06/02/2024
Kenaikan Cukai SST Google Workspace

Google telah mengumumkan kenaikan kadar Cukai Perkhidmatan dan Jualan (SST) mereka dari 6% kepada 8% kepada pengguna di Malaysia melalui kiriman E-Mel kepada pengguna Google Workspace. Menurut pihak Google lagi, kenaikan ini akan bermula pada Mac 2024 dan akan dipaparkan di dalam invois terbaru kepada pelanggan.

Sedikit sebanyak pengguna yang bergantung kepada ‘environment’ Google Workspace sudah pasti akan terkesan dengan kenaikan SST ini. Berikut adalah beberapa perkara yang anda perlu tahu berkaitan kenaikan cukai SST Google.

Kenaikan SST Google Workspace

Peningkatan SST Google Workspace dari 6% kepada 8% akan berlaku secara automatik, tanpa tindakan yang diperlukan dari pelanggan. Pengguna menerima e-mel yang mengesahkan bahawa invois mereka akan dicaj dengan kadar cukai baru ini.

Walaupun tiada tindakan diperlukan, penting untuk diingat bahawa perubahan ini akan menyebabkan peningkatan dalam bayaran bulanan perkhidmatan Google anda.

Kesan ke atas Perkhidmatan Lain

Google Workspace bukan satu-satunya perkhidmatan yang terkesan. Dijangkakan perkhidmatan dalam talian lain seperti perkhidmatan penstriman video (video streaming) dan permainan video (video game) akan mengalami peningkatan kadar SST yang sama.

Syarikat seperti Netflix, Disney Hotstar, dan Viu mungkin akan buat kenyataan berikutan kenaikan SST ini dalam masa terdekat. Penambahan SST ke atas perkhidmatan penstriman sebelum ini pada Januari 2020 yang lalu menyebabkan peningkatan dalam bayaran yuran bulanan.

Permainan video juga tidak terkecuali, di mana perkhidmatan seperti Steam, PlayStation Network, dan PC Game Pass dijangka melihat peningkatan yuran bulanan seiring dengan peningkatan kadar SST. Namun, perlu diingat bahawa beberapa perkhidmatan dikecualikan daripada kenaikan SST ini, termasuk makanan dan minuman (F&B), telekomunikasi, tempat letak kereta, dan perkhidmatan logistik.

Langkah Kerajaan untuk Meningkatkan Pendapatan

SST (Sales and Service Tax) adalah cukai perkhidmatan yang dikenakan oleh kerajaan Malaysia terhadap barangan dan perkhidmatan. SST mula diperkenalkan pada tahun 2018 untuk menggantikan GST dengan kadar 6%. Walau bagaimanapun, kerajaan telah menaikkan kadar SST kepada 8% seperti yang diumumkan pada belanjawan 2024 yang lalu.

Kenaikan SST ini merupakan sebahagian daripada rancangan kerajaan untuk meningkatkan pendapatan guna mencipta lebih banyak dana untuk infrastruktur awam. Di samping itu, dalam belanjawan yang diumumkan, kerajaan turut memperkenalkan cukai barangan mewah dan pelaksanaan cukai keuntungan modal.

Kadar SST di Malaysia boleh dikatakan lebih rendah berbanding kadar cukai jualan dan perkhidmatan yang dikenakan di negara lain. Sebagai contoh, Singapura mengenakan kadar GST sebanyak 9% dengan kenaikan tetap dari kadar 3% pada tahun 1994.

Kesimpulan

Peningkatan kadar SST Google Workspace menandakan perubahan dalam caj cukai dalam talian. Pengguna perlu bersedia menghadapi peningkatan ini dan mengemaskini kos perbelanjaan bulanan untuk perkhidmatan dalam talian. S

elain daripada Google Workspace, perkhidmatan penstriman dan permainan video juga akan mengalami peningkatan yang serupa. Adalah penting untuk terus mengikuti kenyataan rasmi daripada penyedia perkhidmatan untuk maklumat terkini dan perincian lanjut.

share-nodes
Kongsi
Admin Pinjaman Peribadi Malaysia

Admin Pinjaman Peribadi Malaysia

Pengasas laman web Pinjaman Peribadi Malaysia yang ditubuhkan untuk berkongsi maklumat berkaitan pinjaman peribadi, pinjaman ASB, dan kad kredit dari institusi kewangan di Malaysia.

Tinggalkan soalan, mesej & komen

Ada sebarang soalan, mesej atau nak komen? Tanya atau tinggalkan mesej anda di bawah.
Subscribe
Notify of

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments