Maybankard EzyPay

Maybankard EzyPay adalah pelan bayaran ansuran mudah kad kredit (Easy Payment Plan) yang ditawarkan oleh Maybank. Pelan ini adalah antara pelan yang popular untuk pemegang kad kredit Maybank kerana anda hanya perlu buat pembelian minimum sebanyak RM50 untuk melayakkan anda menyertai program ini.

Walau bagaimanapun, Maybank tidak menawarkan pelan ini kepada semua pembelian anda. Anda hanya boleh menggunakan pelan ini sekiranya anda buat pembelian di peniaga atau pasar raya yang menyertai program ini.

Lihat senarai peniaga/pasaraya yang menyertai Program Maybankard EzyPay

Jika anda ingin pelan bayaran ansuran mudah daripada Maybank untuk semua belian tanpa had peniaga, anda boleh dapatkan pelan Maybankard EzyPay Plus.

Anda boleh pilih untuk buat bayaran ansuran antara 6 bulan sehingga 36 bulan. Pihak Maybank tidak mengenakan sebarang caj faedah untuk pelan. Juga, tiada caj pengendalian (upfront handling fee) yang dikenakan. Ciri-ciri ini menjadikan pelan Maybankard EzyPay ini antara pelan bayaran ansuran mudah kad kredit yang mesra pengguna.

Sekiranya anda sukar untuk buat bayaran ansuran setiap bulan, Maybank membenarkan anda buat bayaran bulanan minimum. Jumlah yang dibenarkan untuk bayaran bulanan minimum ialah RM50 atau 5% daripada jumlah baki – yang mana yang lebih tinggi. Tetapi, anda harus ingat jika anda hanya buat bayaran minimum setiap bulan, anda akan dikenakan caj kadar faedah biasa.

Maybank tidak mengenakan sebarang caj sekiranya anda berhasrat untuk membayar baki yang tinggal lebih awal daripada tempoh yang dipersetujui. Tiada caj penamatan awal (early settlement fee) yang dikenakan.

Maybankard EzyPay
Pembelian Minimum RM50
Tempoh bayaran 6 bulan hingga 36 bulan
Kadar faedah Tiada kadar faedah (Zero Interest)
Caj pengendalian Tiada caj upfront
Bayaran minimum (bulanan) RM50 atau 5% daripada baki yang tertunggak (yang lebih tinggi)
Caj penamatan awal Tiada
share-nodes
Kongsi

Jadual pelan Maybankard EzyPay

Gunakan pelan bayaran ansuran Maybank EzyPay untuk pembelian serendah RM50 dengan tempoh bayaran selama 36 bulan tanpa caj faedah dan tiada caj pengendalian.

Tempoh Bayaran (Bulan) Caj Pengendalian (%) Kadar Faedah (% p.a) Pembelian Minimum (RM)
3 Tiada Tiada RM50
6 Tiada Tiada RM50
12 Tiada Tiada RM50
18 Tiada Tiada RM50
24 Tiada Tiada RM50
36 Tiada Tiada RM50

Cara mohon Maybankard EzyPay

  1. Hubungi Pusat Khidmat Pelanggan Maybank di talian 1300 88 6688 dan maklumkan transaksi pembelian yang anda ingin tukar kepada pelan bayaran ansuran mudah.
  2. Pilih tempoh bayaran ansuran yang anda ingini.

Kad kredit Maybankard EzyPay

Berikut adalah senarai kad kredit yang menawarkan pelan Maybankard EzyPay. Pilih dari senarai kad kredit berikut untuk info lengkap dan bagaimana anda boleh mohon secara online.

Singapore Airlines KrisFlyer American Express Gold

Kad kredit Singapore Airlines KrisFlyer American Express Gold

Kad kredit Singapore Airlines KrisFlyer American Express Gold daripada Maybank menawarkan keistimewaan eksklusif KrisFlyer, penjimatan berganda, dan diskaun untuk Plaza Premium Lounge di dalam dan luar negara

Maybank Islamic Ikhwan American Express Platinum Card-i 

Kad kredit Maybank Islamic Ikhwan American Express Platinum Card-i

Kad kredit Maybank Islamic Ikhwan American Express Platinum Card-i menawarkan ganjaran dan pulangan berganda sepanjang bulan Ramadan dan Syawal.

Maybank Islamic Ikhwan MasterCard Platinum Card-i

Kad Kredit Maybank Islamic Ikhwan MasterCard Platinum Card-i

Kad kredit Maybank Islamic Ikhwan MasterCard Platinum Card-i menawarkan pulangan tunai, mata ganjaran, dan pelan kad kredit lengkap tanpa yuran tahunan.

Maybank Islamic Ikhwan Visa Infinite Card-i

Maybank Islamic Ikhwan Visa Infinite Card-i

Kad kredit Maybank Islamic Ikhwan Visa Infinite Card-i menawarkan mata ganjaran TreatPoints, perlindungan perjalanan sehingga RM2 juta, dan juga tawaran hebat untuk peminat sukan Golf.

Maybank Grab MasterCard Platinum

Maybank Grab MasterCard Platinum

Pengguna tegar aplikasi Grab? Mohon kad kredit Maybank Grab MasterCard Platinum dan dapatkan mata ganjaran GrabRewards dengan setiap perbelanjaan anda

Maybank World MasterCard

Maybank World MasterCard

Kad kredit Maybank World MasterCard menawarkan kelebihan mata ganjaran Treats AirMiles yang boleh anda tebus untuk Enrich Miles. Nikmati juga ganjaran perjalanan dan ciri premium istimewa dengan kad ini.

Maybank American Express Platinum

Maybank American Express Platinum

Kad kredit Maybank American Express Platinum menawarkan sehingga 5x pulangan mata ganjaran Maybank TreatPoints untuk setiap ringgit yang anda belanjakan.

Maybank 2 Cards Premier

Maybank 2 Cards Premier

Mohon kad Maybank 2 Cards Premier dan dapatkan 2 kad kredit dengan satu penyata. Nikmati ganjaran Maybank TreatPoints, perlindungan insurans perjalanan sehingga RM1 juta, dan yuran hijau golf percuma.

Maybank Visa Infinite

Maybank Visa Infinite

Kad kredit Maybank Visa Infinite menawarkan pulangan mata ganjaran Maybank TreatPoints dan keistimewaan eksklusif Visa Infinite.

Maybank Manchester United Visa Infinite

Maybank Manchester United Visa Infinite

Kad kredit Maybank Manchester United Visa Infinite ditawarkan khusus kepada peminat tegar pasukan bola sepak Manchester United. Dapat diskaun dan layanan VIP daripada MU, dan mata ganjaran Maybank TreatPoints dengan kad ini.

Maybank 2 Platinum Cards

Maybank 2 Platinum Cards

Mohon kad kredit Maybank 2 Platinum American Express dan dapatkan kad Maybank 2 Visa atau MasterCard dengan percuma. Nikmati pulangan rebat tunai, mata ganjaran Maybank TreatPoints, perlindungan insurans perjalanan, dan pelan kad kredit lengkap.

Maybank Islamic World MasterCard Ikhwan

Maybank Islamic World MasterCard Ikhwan

Kad kredit Maybank Islamic World MasterCard Ikhwan menawarkan mata ganjaran TreatPoints dan keisitimewaan perjalanan, termasuk kelebihan plaza premium dan perlindungan insurans perjalanan. Dapatkan juga kelebihan premium dari Word MasterCard.

Maybank FC Barcelona Visa Signature

Maybank FC Barcelona Visa Signature

Maybank FC Barcelona Visa Signature ditawarkan khusus kepada penyokong tegar FC Barcelona dan Spanish la liga. Dapatkan keistimewaan pulangan tunai, ciri premium, perlindungan perjalanan dan pelan kredit lengkap dengan kad ini.

Maybank Islamic Petronas Ikhwan Visa Platinum Card-i

Maybank Islamic Petronas Ikhwan Visa Platinum Card-i

Kad kredit Maybank Islamic Petronas Ikhwan Visa Platinum Card-i menawarkan pulangan rebat tunai, mata ganjaran, dan pelan kad kredit lengkap. Sangat sesuai jika anda sering berbelanja di Stesen Minyak Petronas, untuk mengisi minyak atau berbelanja di Kedai Mesra Petronas.

Petronas Maybank Visa Platinum

Petronas Maybank Visa Platinum

Kad kredit Petronas Maybank Visa Platinum menawarkan yuran tahunan percuma, ganjaran Treatpoints yang tinggi untuk perbelanjaan di Stesen Minyak Petronas, sama ada isian minyak atau kedai Mesra, dan pelbagai keistimewaan eksklusif untuk memudahkan pengurusan kewangan anda.

Maybank Visa Signature

Maybank Visa Signature

Kad kredit Maybank Visa Signature menawarkan ciri premium dengan kelebihan pulangan tunai, mata ganjaran, ganjaran petrol, perlindungan insurans perjalanan, dan keistimewaan perkhidmatan Visa Concierge.

Maybank American Express Cash Back Gold

Maybank American Express Cash Back Gold

Maybank American Express Cash Back Gold menawarkan ciri rebat tunai (Cash Back) tanpa belanja minimum dan tanpa had dengan setiap transaksi kad ini. Dapatkan seberapa banyak rebat tunai yang anda ingini. Kad ini juga didatangkan dengan pelan pindahan baki (Balance Transfer Plan), pelan bayaran ansuran mudah (Easy Payment Plan), dan juga pelan ansuran tunai (Cash Advance) di saat anda perlukan tunai untuk kecemasan.

Petronas Maybank Visa Gold

Petronas Maybank Visa Gold

Peminat tegar jenama Petronas? Kad kredit Petronas Maybank Visa Gold adalah untuk anda. Dapatkan ganjaran mata TreatPoints setiap kali anda berbelanja di Petronas dan tebus untuk petrol percuma, mata air miles dan juga barangan idaman anda.

Maybank Manchester United Visa Card

Maybank Manchester United Visa Card

Peminat tegar Manchester United? Kad kredit Maybank Manchester United Visa Card dicipta khusus untuk anda. Dapatkan mata ganjaran Maybank TreatPoints setiap kali anda berbelanja. Anda juga akan menerima diskaun hebat untuk produk dan perkhidmatan berkaitan Manchester United.

Maybank Islamic Petronas Ikhwan Visa Gold Card-i

Maybank Islamic Petronas Ikhwan Visa Gold Card-i

Kad kredit Maybank Islamic Petronas Ikhwan Visa Gold Card-i menawarkan ganjaran petrol dalam bentuk rebat tunai dan juga mata ganjaran TreatPoints Maybank. Dapatkan cashback dan reward points setiap kali anda mengisi minyak di stesen minyak Petronas seluruh Malaysia, dan juga untuk sebarang perbelanjaan menggunakan kad kredit ini.

Maybank Islamic MasterCard Ikhwan Gold Card

Maybank Islamic MasterCard Ikhwan Gold Card

Kad Kredit Maybank Islamic MasterCard Ikhwan Gold Card menawarkan keistimewaan dalam bentuk rebat tunai (cashback) dan mata ganjaran Maybank TreatPoints. Pihak Maybank juga akan menyumbang 0.1% daripada perbelanjaan kad anda kepada badan amal. Pemilik kad ini juga berpeluang untuk mendapat pakej Umrah percuma daripada pihak Maybank Islamic.

Maybank 2 Gold Cards

Maybank 2 Gold Cards

Kad Kredit Maybank 2 Gold ini adalah kad kredit American Express (Amex) yang unik kerana dengan setiap kelulusan kad ini, anda akan menerima satu kad kredit Maybank 2 MasterCard atau Visa dengan percuma.

Maybank Shopee Visa Platinum

Maybank Shopee Visa Platinum

Kad kredit Maybank ini menawarkan keistimewaan mata ganjaran (reward points) dalam bentuk Shopee Coin dan TreatPoints. Pulangan Shopee Coin dan TreatPoints ini bukan sahaja untuk perbelanjaan di Shopee, tetapi juga untuk perbelanjaan lain menggunakan kad ini.