Akan dibuka dalam tab baharu

Maybank Islamic Petronas Ikhwan Visa Platinum Card-i

Maybank Islamic Petronas Ikhwan Visa Platinum Card-i
badge-percent
Kadar Faedah Tahunan
15% p.a
money-bill-1-wave
Yuran Tahunan
Percuma
wallet
Kelayakan Gaji Bulanan
RM5000
square-dollar
Pelan Kewangan
Ansuran Tunai, Bayaran Ansuran Mudah, Pindahan Baki
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
Visa PayWave
list
Ciri Menarik
Ganjaran Perjalanan, Ganjaran Petrol, Islamik, Mata Ganjaran, Pulangan Tunai

Kad Maybank Islamic Petronas Ikhwan Visa Platinum Card-i adalah sebuah kad kredit Islamik patuh Syariah daripada Maybank Islamic Berhad dengan kerjasama Petronas. Kad ini menawarkan pelbagai faedah dan kelebihan menarik khusus jika anda adalah pelanggan utama stesen minyak Petronas.

Antara ciri utama ialah kad ini tidak mengenakan caj yuran tahunan. Anda tidak perlu membayar yuran tahunan sepanjang pemilikan kad.

Kad kredit Maybank ini bukan sahaja didatangkan dengan pulangan rebat tunai (cashbacks), tetapi juga mata ganjaran (rewards points) dalam bentuk Maybank TreatPoints. Nikmati pulangan tunai sebanyak 8% setiap kali anda mengisi minyak atau berbelanja di kedai Mesra Petronas. Untuk perbelanjaan lain pula, ganjaran 1x mata TreatPoints akan diberikan. 

Anda boleh tebus mata TreatPoints dengan pelbagai tawaran menarik dari katalog Maybank. Mata ganjaran ini juga boleh anda tebus untuk baucar petrol percuma untuk isian minyak di Petronas.

Kad kredit Maybank Islamic Petronas Ikhwan Visa Platinum Card-i juga didatangkan bersama Maybankard Touch ‘n Go Zing Card.  Anda juga boleh menebus sehingga 2,000,000 mata Air Miles setiap tahun, daripada sebarang syarikat penerbangan.

Sekiranya anda ingin memindahkan baki atau hutang daripada kad kredit sedia ada ke kad kredit Maybank Islamic ini, anda boleh guna pelan pindahan baki Maybankard Balance Transfer Islamic Ikhwan Card. Pelan ini menawarkan caj kadar faedah yang rendah dengan bayaran balik sehingga 36 bulan.

Bagi yang gemar berbelanja pula, gunakan kelebihan pelan bayaran ansuran mudah Maybank EzyPay atau EzyPay Plus untuk mendapatkan barangan idaman anda. Buat pembelian serendah RM50 sehingga RM30,000 untuk melayakkan anda menggunakan salah satu pelan tersebut. Bayaran ansuran pula adalah antara 3 hingga 36 bulan.

Jika anda memerlukan wang segera, kad kredit Maybank Islamic Petronas Ikhwan Visa Platinum Card-i juga membenarkan anda buat pinjaman tunai kad kredit melalui pelan Maybank EzyCash dan Cash Treats. Nikmati kadar faedah yang lebih rendah dengan kedua-dua pelan ini berbanding pinjaman peribadi.

Dengan kelebihan yang menarik dan ganjaran hebat, anda sesuai mohon kad ini jika selalu berbelanja di Stesen Minyak Petronas, sama ada mengisi minyak atau membeli barangan di Kedai Mesra. Baca lebih lanjut maklumat di bawah untuk syarat kelayakan, caj dikenakan, dan bagaimana cara untuk mohon atas talian.

Kelebihan & Ciri Kad Kredit Maybank Islamic Petronas Ikhwan Visa Platinum Card-i

Pulangan tunai (cashbacks)

Isi minyak di Stesen Petronas pada hari minggu untuk dapatkan 8% pulangan rebat tunai. Hari bekerja pula anda akan menerima 1% rebat. Pulangan tunai ini dihadkan kepada RM50 setiap bulan.

JENIS REBAT TUNAI KADAR REBAT TUNAI HAD BULANAN PERBELANJAAN
Perbelanjaan di Stesen Petronas pada hari minggu 8% RM50 Sebarang amaun
Perbelanjaan di Stesen Petronas pada hari bekerja 1% RM50 Sebarang amaun

Mata ganjaran (reward points)

Nikmati ganjaran mata Maybank TreatPoints untuk setiap RM1 yang anda belanjakan dengan kad Maybank Islamic Petronas Ikhwan Visa Platinum Card-i anda.

JUMLAH MATA GANJARAN (POINT) JUMLAH PERBELANJAAN (RM) JENIS PERBELANJAAN
1 RM1 Barangan runcit, pembelajaran, insurans, petrol, utiliti, dan Maybank EzyPay

Mata ganjaran tidak sah untuk transaksi berkaitan badan kerajaan.

ganjaran perjalanan

Gunakan sepenuhnya kad MaybankCard Touch ‘n Go Zing yang diberikan percuma bersama kad kredit Maybank Islamic ini. Jangan lupa untuk menebus sehingga 2,000,000 mata air miles di syarikat penerbangan kegemaran anda.

Ganjaran petrol

Ganjaran pulangan tunai dan mata ganjaran TreatPoints setiap kali anda buat isian minyak di Petronas. Dapatkan rebat tunai untuk penjimatan maksimum setiap bulan, atau tebus mata TreatPoints untuk baucar petrol dan isi minyak percuma.

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon
Warganegara Malaysia dan Ekspatriat
Kelayakan Gaji
Gaji kasar RM5000 sebulan atau RM60000 setahun
Kelayakan Umur
21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal)
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary)

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Card)
Percuma
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card)
Percuma
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan)
Bayaran Bulanan Minimum
RM25 atau 5% daripada baki tertunggak.
Caj Lewat Bayar
RM10 atau 1% daripada amaun tertunggak.
Had Pendahuluan Tunai Harian
Tiada
Caj Pendahuluan Tunai
RM18 atau 5% daripada amaun pengeluaran (yang lebih tinggi)
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai
18%

Pelan Pembiayaan

Maybankard Balance Transfer Islamic Ikhwan Card
Maybankard Balance Transfer Islamic Ikhwan Card

Buat pindahan baki ke kad kredit Maybank dengan pindahan serendah RM1,000 tanpa caj pengendalian dan kadar faedah yang rendah. Tempoh bayaran semula sehingga 36 bulan.

Maklumat Lanjut
Maybankard EzyPay
Maybankard EzyPay

Gunakan pelan bayaran ansuran Maybank EzyPay untuk pembelian serendah RM50 dengan tempoh bayaran selama 36 bulan tanpa caj faedah dan tiada caj pengendalian.

Maklumat Lanjut
Maybankard EzyPay PLUS
Maybankard EzyPay PLUS

Tukar sebarang pembelian anda yang bernilai RM500 ke atas kepada pelan bayaran ansuran Maybank EzyPay Plus. Tempoh bayaran fleksibel dari 6 bulan hingga 24 bulan.

Maklumat Lanjut
Maybankard EzyCash / EzyCash-i
Maybankard EzyCash / EzyCash-i

Pelan ansuran tunai kad kredit tanpa caj faedah (zero interest) dengan pinjaman minimum serendah RM2,000 dan tempoh pinjaman selama 6 bulan.

Maklumat Lanjut
Maybankard CashTreats
Maybankard CashTreats

Pinjaman tunai daripada Maybank serendah RM1,000 dengan tempoh pinjaman sehingga 36 bulan. Kadar faedah tetap dan proses permohonan yang ringkas.

Maklumat Lanjut

Cara Mohon Maybank Islamic Petronas Ikhwan Visa Platinum Card-i

Tip sebelum mohon

Sebelum anda mohon, pastikan anda telah meneliti Syarat Kelayakan Memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tiada guna anda mohon jika anda tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk kad kredit ini.

Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berkaitan kad kredit Maybank Islamic Petronas Ikhwan Visa Platinum Card-i

Ya, anda boleh cuba mohon sekiranya anda mencukupi syarat kelayakan seperti yang dinyatakan pada maklumat di atas, iaitu status kerakyatan dan pendapatan minimum. Walau bagaimanapun, Maybank (Malayan Banking Berhad) mungkin memerlukan kriteria tambahan untuk permohonan pertama anda.

Boleh sekiranya anda mencukupi syarat-syarat kelayakan untuk mohon. Untuk pengetahuan anda, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan seseorang individu hanya boleh memiliki maksimum 2 kad kredit sekiranya pendapatan tahunan anda adalah kurang dari RM36,000.

Had kredit atau credit limit akan ditentukan oleh Maybank (Malayan Banking Berhad) berdasarkan faktor-faktor seperti sejarah kredit, pendapatan bulanan, dan sejarah perbelanjaan. Anda boleh mohon had kredit tertentu semasa permohonan, tetapi keputusan akhir masih terletak di tangan Maybank (Malayan Banking Berhad).

Ya, anda boleh buat pendahuluan tunai (cash advance) dengan kad ini. Tetapi anda mungkin akan dikenakan caj tambahan seperti yang dinyatakan di bahagian Caj dan Yuran pada maklumat di atas. Anda juga perlu pertimbangkan kadar faedah untuk pendahuluan tunai adalah lebih tinggi daripada kadar faedah tahunan.

Ya, anda boleh guna kad kredit Maybank Islamic Petronas Ikhwan Visa Platinum Card-i untuk transaksi dalam talian dengan syarat pedagang atau laman e-Dagang (e-Commerce) tersebut menyokong skim bayaran Visa.

Ya, anda boleh mohon kad ini untuk tujuan pindahan baki. Walaubagaimanapun, pastikan had kredit anda mencukupi untuk menampung jumlah baki yang ingin dipindahkan. Bandingkan juga pelan pindahan baki (kadar faedah dan caj pengendalian) dengan kad kredit sedia ada.

Anda boleh cuba untuk mohon, tetapi peluang lulus mungkin rendah jika anda mempunyai skor kredit yang rendah, atau sejarah kredit yang buruk. Maybank (Malayan Banking Berhad) kebiasaannya menilai kelayakan kredit anda berdasarkan faktor-faktor seperti skor kredit, pendapatan, nisbah hutang kepada pendapatan, dan sejarah kredit. Anda mungkin perlu meningkatkan skor kredit anda terlebih dahulu sebelum mohon kad kredit Maybank Islamic Petronas Ikhwan Visa Platinum Card-i

Maaf anda tak boleh mohon sebarang kad kredit sekiranya anda di bawah selaan atau pengawasan AKPK.

Ada soalan tambahan berhubung Maybank Islamic Petronas Ikhwan Visa Platinum Card-i?

Guna tab “Pertanyaan” di atas untuk bertanyakan soalan anda dan dapatkan jawapan dalam masa terdekat.

Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

0 Comments
Terbaru
Terakhir

Penafian:

Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi atau hubungi Maybank (Malayan Banking Berhad) untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.

Sumber Tambahan

Jelajahi dunia kad kredit di Malaysia dengan sumber-sumber ini membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

Ketahui Lebih Lanjut Tentang Maybank (Malayan Banking Berhad)

Maybank Malayan Banking Berhad
Maybank (Malayan Banking Berhad), ditubuhkan pada 1960, kini adalah bank terbesar di Malaysia dengan rangkaian luas pejabat dan ATM di seluruh negara, serta kehadiran antarabangsa di 20 negara. Mengamalkan konsep Universal Banking, Maybank dan Maybank Islamic menawarkan rangkaian komprehensif produk dan perkhidmatan perbankan konvensional dan Islamik untuk memenuhi pelbagai keperluan kewangan individu dan perniagaan.
Baca Selanjutnya

Teroka Dunia Kad Kredit di Malaysia

Panduan Lengkap Kad Kredit

Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakannya dengan bijak.
Baca sekarang

Cari Kad Kredit Terbaik

Guna sistem cari kad kredit kami yang mudah untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
Cari & bandingkan

Glosari Kad Kredit

Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
Lihat Glosari

Soalan Lazim Kad Kredit

Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
Dapatkan Jawapan

Anda Juga Mungkin Berminat

AmBank BonusLink Visa Signature

Kad kredit AmBank BonusLink Visa Signature adalah kad 2-dalam-1, kad kredit dan juga kad BonusLink.…

Kad kredit CIMB PETRONAS Visa Infinite-i 

Kad Kredit CIMB PETRONAS Visa Infinite-i khusus untuk pelanggan utama PETRONAS dengan program pulangan tunai…

Standard Chartered Priority Banking Visa Infinite

Kad kredit Standard Chartered Priority Banking Visa Infinite menawarkan mata ganjaran AirMiles, akses tanpa had…

Citi PremierMiles Mastercard

Kad kredit terbaik untuk mereka yang gemar “travel” dan dalam masa yang sama inginkan keselesaan…