Akan dibuka dalam tab baharu

Maybank Islamic Ikhwan Visa Infinite Card-i

Maybank Islamic Ikhwan Visa Infinite Card-i
badge-percent
Kadar Faedah Tahunan
15% p.a
money-bill-1-wave
Yuran Tahunan
RM800
wallet
Kelayakan Gaji Bulanan
RM8333
square-dollar
Pelan Kewangan
Ansuran Tunai, Bayaran Ansuran Mudah, Pindahan Baki
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
Visa PayWave
list
Ciri Menarik
Ganjaran Perjalanan, Ganjaran Petrol, Mata Ganjaran, Premium

Maybank Islamic Ikhwan Visa Infinite Card-i adalah sebuah kad kredit Islamik yang patuh Syariah daripada pihak Maybank Islamic. Kad ini ditawarkan khusus untuk mereka yang ingin menikmati gaya hidup mewah dengan pelbagai ganjaran dan faedah.

Keistimewaan utama yang ditawarkan oleh kad kredit Maybank Islamic ini adalah mata ganjaran (reward points) dalam bentuk Maybank TreatPoints. Sebaik sahaja anda mengaktifkan kad dan buat pembelian pertama, anda akan menerima ganjaran 10,000 mata TreatPoints sebagai bonus. Dengan perbelanjaan seterusnya pula, anda akan menerima antara 1x hingga 5x mata ganjaran, bergantung kepada jenis transaksi yang dilakukan dengan kad ini.

Mata ganjaran TreatPoints ini boleh anda tebus untuk baucar, hadiah, dan juga mata air miles dari Asia Miles, KrisFlyer, atau Enrich Miles.

Bukan sahaja mata ganjaran hebat, kad Maybank Islamic Ikhwan Visa Infinite Card-i juga menawarkan ganjaran perjalanan yang menarik. Selain penebusan mata TreatPoints yang terkumpul kepada Air Miles, anda juga akan menikmati 5x akses percuma ke Plaza Premium Lounges di dalam dan luar negara. Perjalanan anda juga akan dilindungi oleh Takaful perjalanan sehingga mencecah angka RM2 juta. Perlindungan ini juga merangkumi terlepas penerbangan, kehilangan bagasi, dan kelewatan bagasi.

Maybank Islamic Ikhwan Visa Infinite Card-i juga menawarkan ciri-ciri premium yang menarik. Anda boleh menikmati Green Fees percuma di kelab golf premium terpilih dan diskaun sehingga 40% untuk makan malam di hotel dan resort yang mengambil bahagian.

Kad ini juga menawarkan pelbagai pelan untuk membantu anda mengurus kewangan dengan lebih mudah. Anda boleh guna pelan pemindahan baki Maybank dengan caj kadar faedah serendah 0% dan tempoh pembayaran sehingga 36 bulan. Pelan bayaran ansuran mudah yang ditawarkan melalui Maybankard EzyPay dan EzyPay PLUS pula memudahkan anda mendapatkan barangan idaman dengan bayaran bulanan yang tidak membebankan. Jika anda terdesak dan perlu tunai dengan segera, program Maybankard Cash Treats menawarkan akses kepada tunai di saat kecemasan dengan kelulusan segera.

Yuran tahunan kad kredit Maybank Islamic Ikhwan Visa Infinite Card-i adalah percuma untuk tahun pertama dan akan dikecualikan untuk tahun berikutnya jika anda membelanjakan lebih daripada RM80,000 pada tahun tersebut. Anda juga layak mendapatkan empat kad tambahan percuma sebagai pilihan. Walau bagaimanapun, kad tambahan kelima dan seterusnya akan dikenakan caj sebanyak RM400.

Kad kredit Maybank Islamic ini ditawarkan kepada warganegara Malaysia dan ekspatriat berumur 21 tahun ke atas dengan pendapatan tahunan minimum tidak kurang daripada RM100,000.

Maybank Islamic Ikhwan Visa Infinite Card-i bukan sahaja menawarkan mata ganjaran yang menarik, tetapi juga memberikan anda akses kepada gaya hidup yang selesa dan mudah. Dari ganjaran perjalanan sehinggalah kepada pelan kad kredit yang lengkap, kad kredit Maybank Islamic ini boleh membantu anda menjalani urusan seharian dengan lebih menyenangkan.

Baca lebih lanjut maklumat di bawah untuk ciri lengkap, caj yang dikenakan, syarat permohonan, dan bagaimana untuk mohon secara dalam talian.

Kelebihan & Ciri Kad Kredit Maybank Islamic Ikhwan Visa Infinite Card-i

Mata ganjaran (reward points)

Dapatkan 10,000 mata ganjaran Maybank TreatPoints hanya dengan mengaktifkan kad Maybank Ikhwan Visa Infinite Card-i anda. 5x mata TreatPoints bagi setiap transaksi RM1 di luar negara dan 2x mata untuk transaksi di dalam negara. 1x mata TreatPoints pula akan diterima untuk transaksi melibatkan petrol, utiliti, insurans, pembelajaran, dan bayaran bulanan Maybank EzyPay. Selain hadiah, baucar, dan promosi, anda juga boleh tebus mata ganjaran TreatPoints anda untuk air miles dalam bentuk Asia Miles, Enrich Miles, dan KrisFlyer Miles.

JUMLAH MATA GANJARAN (POINT) JUMLAH PERBELANJAAN (RM) JENIS PERBELANJAAN
5 RM1 Transaksi luar negara
2 RM1 Transaksi dalam negara
1 RM1 Utiliti, petrol, pembelajaran, insurans, Maybank EzyPay

ganjaran perjalanan

Nikmati 5x akses percuma ke plaza premium lounge di lapangan terbang yang mengambil bahagian di dalam dan luar negara. Tidak lupa juga perlindungan Takaful sekiranya anda menempah tiket penerbangan dengan kad kredit Maybank Ikhwan Visa Infinite Card-i.

JENIS PERLINDUNGAN JUMLAH PERLINDUNGAN (RM)
Kemalangan Peribadi Sehingga RM2,000,000
Terlepas penerbangan Sehingga RM1,000
Kehilangan bagasi Sehingga RM3,000
Kelewatan bagasi Sehingga RM1,000

Ganjaran petrol

Anda akan menerima 1x mata ganjaran Maybank TreatPoints dengan setiap isian petrol di stesen minyak kegemaran anda.

Ciri premium

Bagi peminat sukan golf, kad kredit Maybank Islamic ini menawarkan green fees percuma kepada pemegang kad di padang golf di dalam dan luar negara.  Tetamu anda juga akan menerima diskaun sehingga 10% untuk green fees.

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon
Warganegara Malaysia dan Ekspatriat
Kelayakan Gaji
Gaji kasar RM8333 sebulan atau RM100000 setahun
Kelayakan Umur
21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal)
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary)

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Card)
RM800
Tahun pertama percuma. Tahun berikutnya yuran tahunan diketepikan untuk perbelanjaan melebihi RM80,000 setahun
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card)
RM400
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan)
Bayaran Bulanan Minimum
RM25 atau 5% daripada baki tertunggak.
Caj Lewat Bayar
RM10 atau 1% daripada amaun tertunggak.
Had Pendahuluan Tunai Harian
Tiada
Caj Pendahuluan Tunai
RM18 atau 5% daripada amaun pengeluaran (yang lebih tinggi)
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai
18%

Pelan Pembiayaan

Maybankard Balance Transfer Islamic Ikhwan Card
Maybankard Balance Transfer Islamic Ikhwan Card

Buat pindahan baki ke kad kredit Maybank dengan pindahan serendah RM1,000 tanpa caj pengendalian dan kadar faedah yang rendah. Tempoh bayaran semula sehingga 36 bulan.

Maklumat Lanjut
Maybankard EzyPay
Maybankard EzyPay

Gunakan pelan bayaran ansuran Maybank EzyPay untuk pembelian serendah RM50 dengan tempoh bayaran selama 36 bulan tanpa caj faedah dan tiada caj pengendalian.

Maklumat Lanjut
Maybankard EzyPay PLUS
Maybankard EzyPay PLUS

Tukar sebarang pembelian anda yang bernilai RM500 ke atas kepada pelan bayaran ansuran Maybank EzyPay Plus. Tempoh bayaran fleksibel dari 6 bulan hingga 24 bulan.

Maklumat Lanjut
Maybankard CashTreats
Maybankard CashTreats

Pinjaman tunai daripada Maybank serendah RM1,000 dengan tempoh pinjaman sehingga 36 bulan. Kadar faedah tetap dan proses permohonan yang ringkas.

Maklumat Lanjut

Cara Mohon Maybank Islamic Ikhwan Visa Infinite Card-i

Tip sebelum mohon

Sebelum anda mohon, pastikan anda telah meneliti Syarat Kelayakan Memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tiada guna anda mohon jika anda tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk kad kredit ini.

Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berkaitan kad kredit Maybank Islamic Ikhwan Visa Infinite Card-i

Ya, anda boleh cuba mohon sekiranya anda mencukupi syarat kelayakan seperti yang dinyatakan pada maklumat di atas, iaitu status kerakyatan dan pendapatan minimum. Walau bagaimanapun, Maybank (Malayan Banking Berhad) mungkin memerlukan kriteria tambahan untuk permohonan pertama anda.

Boleh sekiranya anda mencukupi syarat-syarat kelayakan untuk mohon. Untuk pengetahuan anda, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan seseorang individu hanya boleh memiliki maksimum 2 kad kredit sekiranya pendapatan tahunan anda adalah kurang dari RM36,000.

Had kredit atau credit limit akan ditentukan oleh Maybank (Malayan Banking Berhad) berdasarkan faktor-faktor seperti sejarah kredit, pendapatan bulanan, dan sejarah perbelanjaan. Anda boleh mohon had kredit tertentu semasa permohonan, tetapi keputusan akhir masih terletak di tangan Maybank (Malayan Banking Berhad).

Ya, anda boleh buat pendahuluan tunai (cash advance) dengan kad ini. Tetapi anda mungkin akan dikenakan caj tambahan seperti yang dinyatakan di bahagian Caj dan Yuran pada maklumat di atas. Anda juga perlu pertimbangkan kadar faedah untuk pendahuluan tunai adalah lebih tinggi daripada kadar faedah tahunan.

Ya, anda boleh guna kad kredit Maybank Islamic Ikhwan Visa Infinite Card-i untuk transaksi dalam talian dengan syarat pedagang atau laman e-Dagang (e-Commerce) tersebut menyokong skim bayaran Visa.

Ya, anda boleh mohon kad ini untuk tujuan pindahan baki. Walaubagaimanapun, pastikan had kredit anda mencukupi untuk menampung jumlah baki yang ingin dipindahkan. Bandingkan juga pelan pindahan baki (kadar faedah dan caj pengendalian) dengan kad kredit sedia ada.

Anda boleh cuba untuk mohon, tetapi peluang lulus mungkin rendah jika anda mempunyai skor kredit yang rendah, atau sejarah kredit yang buruk. Maybank (Malayan Banking Berhad) kebiasaannya menilai kelayakan kredit anda berdasarkan faktor-faktor seperti skor kredit, pendapatan, nisbah hutang kepada pendapatan, dan sejarah kredit. Anda mungkin perlu meningkatkan skor kredit anda terlebih dahulu sebelum mohon kad kredit Maybank Islamic Ikhwan Visa Infinite Card-i

Maaf anda tak boleh mohon sebarang kad kredit sekiranya anda di bawah selaan atau pengawasan AKPK.

Ada soalan tambahan berhubung Maybank Islamic Ikhwan Visa Infinite Card-i?

Guna tab “Pertanyaan” di atas untuk bertanyakan soalan anda dan dapatkan jawapan dalam masa terdekat.

Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

0 Comments
Terbaru
Terakhir

Penafian:

Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi atau hubungi Maybank (Malayan Banking Berhad) untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.

Sumber Tambahan

Jelajahi dunia kad kredit di Malaysia dengan sumber-sumber ini membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

Ketahui Lebih Lanjut Tentang Maybank (Malayan Banking Berhad)

Maybank Malayan Banking Berhad
Maybank (Malayan Banking Berhad), ditubuhkan pada 1960, kini adalah bank terbesar di Malaysia dengan rangkaian luas pejabat dan ATM di seluruh negara, serta kehadiran antarabangsa di 20 negara. Mengamalkan konsep Universal Banking, Maybank dan Maybank Islamic menawarkan rangkaian komprehensif produk dan perkhidmatan perbankan konvensional dan Islamik untuk memenuhi pelbagai keperluan kewangan individu dan perniagaan.
Baca Selanjutnya

Teroka Dunia Kad Kredit di Malaysia

Panduan Lengkap Kad Kredit

Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakannya dengan bijak.
Baca sekarang

Cari Kad Kredit Terbaik

Guna sistem cari kad kredit kami yang mudah untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
Cari & bandingkan

Glosari Kad Kredit

Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
Lihat Glosari

Soalan Lazim Kad Kredit

Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
Dapatkan Jawapan

Anda Juga Mungkin Berminat

AmBank BonusLink Visa Signature

Kad kredit AmBank BonusLink Visa Signature adalah kad 2-dalam-1, kad kredit dan juga kad BonusLink.…

Kad kredit CIMB PETRONAS Visa Infinite-i 

Kad Kredit CIMB PETRONAS Visa Infinite-i khusus untuk pelanggan utama PETRONAS dengan program pulangan tunai…

Standard Chartered Platinum MasterCard Basic

Kad kredit Standard Chartered Platinum MasterCard Basic sesuai bagi mereka yang baru berjinak dengan kad…

Citi PremierMiles Mastercard

Kad kredit terbaik untuk mereka yang gemar “travel” dan dalam masa yang sama inginkan keselesaan…