Akan dibuka dalam tab baharu

Maybank Islamic World MasterCard Ikhwan

Maybank Islamic World MasterCard Ikhwan
badge-percent
Kadar Faedah Tahunan
15% p.a
money-bill-1-wave
Yuran Tahunan
RM800
wallet
Kelayakan Gaji Bulanan
RM8333
square-dollar
Pelan Kewangan
Ansuran Tunai, Bayaran Ansuran Mudah, Pindahan Baki
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
MasterCard PayPass
list
Ciri Menarik
Ganjaran Perjalanan, Ganjaran Petrol, Islamik, Mata Ganjaran, Premium

Kad kredit Maybank Islamic World MasterCard Ikhwan adalah kad kredit Islamik yang ditawarkan oleh Maybank Islamic, cawangan perbankan Islam Maybank. Kad kredit ini bukan sahaja menawarkan ganjaran dan pulangan, tetapi juga akses kepada perkhidmatan yang akan memudahkan urusan harian anda.

Antara ciri utama yang ditawarkan oleh kad kredit Maybank Islamic ini adalah pulangan mata ganjaran Maybank TreatPoints. Dengan mengaktifkan kad ini sahaja anda akan menerima 10,000 mata TreatPoints. Setiap perbelanjaan berikutnya pula anda akan dihadiahkan dengan mata TreatPoints dari 1 hingga 5 mata.

Mata ini dikira bukan sahaja untuk perbelanjaan di dalam negara, tetapi juga di luar negara. Kategori perbelanjaan yang dibenarkan untuk menerima mata ialah perbelanjaan runcit, utiliti, petrol, pendidikan, insurans, dan Maybank EzyPay. Mata TreatPoints yang terkumpul boleh ditebus untuk Air Miles dari Asia Miles, KrisFlyer Miles, dan Enrich Miles.

Keistimewaan perjalanan yang anda nikmati dengan kad ini bukan sahaja dalam bentuk Air Miles, tetapi juga akses ke Premium Plaza Lounges di dalam dan luar negara. Tidak lupa juga perlindungan Takaful Perjalanan yang menawarkan perlindungan sehingga RM2 juta. Perlindungan ini juga merangkumi kategori seperti terlepas penerbangan, kehilangan bagasi, dan kelewatan bagasi. Anda hanya perlu dapatkan tiket kapal terbang dengan kad Maybank Islamic World MasterCard Ikhwan anda untuk layak menerima perlindungan ini.

Sebagai kad MasterCard dan World MasterCard, kad ini juga didatangkan dengan ciri premium. Nikmati pengalaman eksklusif di lapangan terbang seluruh dunia dengan ciri LoungeKey. Tidak lupa juga perkhidmatan 24/7 dari MasterCard untuk membantu anda buat tempahan atau sebarang bantuan. Pihak Maybank Islamic juga akan menyumbangkan 0.2% daripada kos penerbangan anda kepada badan Waqaf dan Zakat yang diuruskan oleh Maybank Islamic.

Anda juga boleh menggunakan pelan kredit lengkap yang datang bersama kad Maybank Islamic World MasterCard Ikhwan. Pihak Maybank menawarkan pelan pemindahan baki Maybankard Balance Transfer Islamic Ikhwan Card, pelan bayaran ansuran mudah Maybankard EzyPay dan EzyPay Plus, dan juga pelan ansuran tunai Maybankard Cash Treats. Gunakan sepenuhnya pelan-pelan kredit ini untuk memudahkan anda dalam pengurusan kewangan.

Kad kredit Maybank Islamic World MasterCard Ikhwan ditawarkan kepada warganegara Malaysia dan ekspatriat dengan pendapatan tahunan tidak kurang daripada RM100,000 setahun. Sekiranya anda layak untuk mohon, anda tidak perlu risau dengan yuran tahunan untuk tahun pertama kerana ia adalah percuma. Tahun berikutnya juga adalah percuma dengan syarat anda berbelanja lebih daripada RM50,000 pada tahun tersebut. Anda juga boleh mendapatkan empat kad kredit tambahan percuma. Yuran untuk kad tambahan berikutnya pula ditetapkan pada RM400 setahun.

Dengan ganjaran dan keistimewaan yang ditawarkan oleh kad kredit Maybank Islamic ini, tidak hairan kad ini sering menjadi pilihan individu inginkan kad yang boleh membantu dan memberi kelebihan dalam urusan mereka. Baca lebih lanjut maklumat di bawah untuk ciri lengkap kad ini dan cara untuk mohon.

Kelebihan & Ciri Kad Kredit Maybank Islamic World MasterCard Ikhwan

Mata ganjaran (reward points)

Dapatkan 1,000 mata TreatPoints sebagai bonus percuma apabila anda mengaktifkan kad kredit Maybank Islamic World MasterCard Ikhwan. Untuk perbelanjaan seterusnya pula, anda akan menerima 5 TreatPoints untuk setiap RM2 yang dibelanjakan untuk barangan runcit dalam negara, dan 5 TreatPoints untuk setiap RM1 untuk perbelanjaan runcit luar negara. Satu mata TreatPoints pula akan diterima untuk setiap RM1 yang anda belanjakan dalam kategori utiliti, petrol, pembelajaran, insurans, dan Maybank EzyPay.

JUMLAH MATA GANJARAN JUMLAH PERBELANJAAN (RM) JENIS PERBELANJAAN
5 RM2 Perbelanjaan runcit dalam negara
5 RM1 Perbelanjaan runcit luar negara
1 RM1 Utiliti, petrol, pembelajaran, insurans, dan Maybank EzyPay

ganjaran perjalanan

Lalui pengalaman santai di Plaza Premium Lounge di lapangan terbang setiap kali anda melancong untuk urusan perniagaan atau bercuti. Akses ini sah untuk lapangan terbang di dalam dan luar negara.

Anda juga akan dilindungi oleh insurans Takaful Perjalanan sehingga RM2 juta.

JENIS PERLINDUNGAN JUMLAH PERLINDUNGAN (RM)
Insurans perjalanan Sehingga RM2,000,000
Terlepas penerbangan Sehingga RM1,000
Kehilangan bagasi Sehingga RM3,000
Kelewatan bagasi Sehingga RM1,000

Ganjaran petrol

Ganjaran 1x mata TreatPoints untuk RM1 setiap kali anda mengisi petrol di sebarang stesen minyak.

Ciri premium

Nikmati kelebihan dan keistimewaan premium yang ditawarkan oleh MasterCard dan World MasterCard.

  • Pengalaman istimewa melalui global airport experiences by LoungeKey.
  • Talian kredit istimewa.
  • Perkhidmatan concierge 24/7 untuk keperluan perjalanan anda.

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon
Warganegara Malaysia dan ekspatriat
Kelayakan Gaji
Gaji kasar RM8333 sebulan atau RM100000 setahun
Kelayakan Umur
21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal)
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary)

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Card)
RM800
Tahun pertama adalah percuma. Tahun berikutnya yuran diketepikan untuk transaksi lebih daripada RM50,000.
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card)
RM400
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan)
Bayaran Bulanan Minimum
RM25 atau 5% daripada baki tertunggak.
Caj Lewat Bayar
RM10 atau 1% daripada amaun tertunggak.
Had Pendahuluan Tunai Harian
Tiada
Caj Pendahuluan Tunai
RM18 atau 5% daripada amaun pengeluaran (yang lebih tinggi)
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai
18%

Pelan Pembiayaan

Maybankard Balance Transfer Islamic Ikhwan Card
Maybankard Balance Transfer Islamic Ikhwan Card

Buat pindahan baki ke kad kredit Maybank dengan pindahan serendah RM1,000 tanpa caj pengendalian dan kadar faedah yang rendah. Tempoh bayaran semula sehingga 36 bulan.

Maklumat Lanjut
Maybankard EzyPay
Maybankard EzyPay

Gunakan pelan bayaran ansuran Maybank EzyPay untuk pembelian serendah RM50 dengan tempoh bayaran selama 36 bulan tanpa caj faedah dan tiada caj pengendalian.

Maklumat Lanjut
Maybankard EzyPay PLUS
Maybankard EzyPay PLUS

Tukar sebarang pembelian anda yang bernilai RM500 ke atas kepada pelan bayaran ansuran Maybank EzyPay Plus. Tempoh bayaran fleksibel dari 6 bulan hingga 24 bulan.

Maklumat Lanjut
Maybankard CashTreats
Maybankard CashTreats

Pinjaman tunai daripada Maybank serendah RM1,000 dengan tempoh pinjaman sehingga 36 bulan. Kadar faedah tetap dan proses permohonan yang ringkas.

Maklumat Lanjut

Cara Mohon Maybank Islamic World MasterCard Ikhwan

Tip sebelum mohon

Sebelum anda mohon, pastikan anda telah meneliti Syarat Kelayakan Memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tiada guna anda mohon jika anda tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk kad kredit ini.

Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berkaitan kad kredit Maybank Islamic World MasterCard Ikhwan

Ya, anda boleh cuba mohon sekiranya anda mencukupi syarat kelayakan seperti yang dinyatakan pada maklumat di atas, iaitu status kerakyatan dan pendapatan minimum. Walau bagaimanapun, Maybank (Malayan Banking Berhad) mungkin memerlukan kriteria tambahan untuk permohonan pertama anda.

Boleh sekiranya anda mencukupi syarat-syarat kelayakan untuk mohon. Untuk pengetahuan anda, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan seseorang individu hanya boleh memiliki maksimum 2 kad kredit sekiranya pendapatan tahunan anda adalah kurang dari RM36,000.

Had kredit atau credit limit akan ditentukan oleh Maybank (Malayan Banking Berhad) berdasarkan faktor-faktor seperti sejarah kredit, pendapatan bulanan, dan sejarah perbelanjaan. Anda boleh mohon had kredit tertentu semasa permohonan, tetapi keputusan akhir masih terletak di tangan Maybank (Malayan Banking Berhad).

Ya, anda boleh buat pendahuluan tunai (cash advance) dengan kad ini. Tetapi anda mungkin akan dikenakan caj tambahan seperti yang dinyatakan di bahagian Caj dan Yuran pada maklumat di atas. Anda juga perlu pertimbangkan kadar faedah untuk pendahuluan tunai adalah lebih tinggi daripada kadar faedah tahunan.

Ya, anda boleh guna kad kredit Maybank Islamic World MasterCard Ikhwan untuk transaksi dalam talian dengan syarat pedagang atau laman e-Dagang (e-Commerce) tersebut menyokong skim bayaran MasterCard.

Ya, anda boleh mohon kad ini untuk tujuan pindahan baki. Walaubagaimanapun, pastikan had kredit anda mencukupi untuk menampung jumlah baki yang ingin dipindahkan. Bandingkan juga pelan pindahan baki (kadar faedah dan caj pengendalian) dengan kad kredit sedia ada.

Anda boleh cuba untuk mohon, tetapi peluang lulus mungkin rendah jika anda mempunyai skor kredit yang rendah, atau sejarah kredit yang buruk. Maybank (Malayan Banking Berhad) kebiasaannya menilai kelayakan kredit anda berdasarkan faktor-faktor seperti skor kredit, pendapatan, nisbah hutang kepada pendapatan, dan sejarah kredit. Anda mungkin perlu meningkatkan skor kredit anda terlebih dahulu sebelum mohon kad kredit Maybank Islamic World MasterCard Ikhwan

Maaf anda tak boleh mohon sebarang kad kredit sekiranya anda di bawah selaan atau pengawasan AKPK.

Ada soalan tambahan berhubung Maybank Islamic World MasterCard Ikhwan?

Guna tab “Pertanyaan” di atas untuk bertanyakan soalan anda dan dapatkan jawapan dalam masa terdekat.

Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

0 Comments
Terbaru
Terakhir

Penafian:

Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi atau hubungi Maybank (Malayan Banking Berhad) untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.

Sumber Tambahan

Jelajahi dunia kad kredit di Malaysia dengan sumber-sumber ini membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

Ketahui Lebih Lanjut Tentang Maybank (Malayan Banking Berhad)

Maybank Malayan Banking Berhad
Maybank (Malayan Banking Berhad), ditubuhkan pada 1960, kini adalah bank terbesar di Malaysia dengan rangkaian luas pejabat dan ATM di seluruh negara, serta kehadiran antarabangsa di 20 negara. Mengamalkan konsep Universal Banking, Maybank dan Maybank Islamic menawarkan rangkaian komprehensif produk dan perkhidmatan perbankan konvensional dan Islamik untuk memenuhi pelbagai keperluan kewangan individu dan perniagaan.
Baca Selanjutnya

Teroka Dunia Kad Kredit di Malaysia

Panduan Lengkap Kad Kredit

Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakannya dengan bijak.
Baca sekarang

Cari Kad Kredit Terbaik

Guna sistem cari kad kredit kami yang mudah untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
Cari & bandingkan

Glosari Kad Kredit

Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
Lihat Glosari

Soalan Lazim Kad Kredit

Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
Dapatkan Jawapan

Anda Juga Mungkin Berminat

Kad kredit Bank Muamalat Pos Visa Platinum-i

Nikmati ganjaran tunai 8% di Pos Malaysia dan 1% di luar negara dengan Kad Kredit…

AmBank BonusLink Visa Signature

Kad kredit AmBank BonusLink Visa Signature adalah kad 2-dalam-1, kad kredit dan juga kad BonusLink.…

Maybank 2 Platinum Cards

Mohon kad kredit Maybank 2 Platinum American Express dan dapatkan kad Maybank 2 Visa atau…

Public Islamic Bank MasterCard Platinum Credit Card-i

Kad kredit Islamik ini menawarkan ganjaran pulangan tunai sehingga 4% setiap bulan dengan perlindungan pembelian…