Petronas Maybank Visa Platinum

Petronas Maybank Visa Platinum
Maybank Malayan Banking Berhad
Kad kredit daripada
share-nodes
Kongsi
badge-percent
Kadar faedah
15% p.a
money-bill-1-wave
Yuran tahunan
Percuma
wallet
Kelayakan Pendapatan
RM5000
stars
Ciri utama
Ganjaran Petrol, Mata Ganjaran, Premium
square-list
Pelan kad kredit
Ansuran Tunai, Bayaran Ansuran Mudah, Pindahan Baki
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
Visa PayWave

Jika anda sering mengisi minyak di Stesen Petronas, kad kredit Petronas Maybank Visa Platinum boleh menjadi pilihan utama. Kad ini menawarkan pelbagai keistimewaan, antaranya ialah yuran tahunan percuma seumur hidup untuk pemegang kad utama dan juga pemegang kad tambahan.

Kad kredit Maybank ini juga memberi pulangan dalam bentuk mata ganjaran TreatPoints. Anda boleh mendapatkan sehingga 8x mata ganjaran untuk setiap RM1 yang anda belanjakan. Mata ganjaran atau rewards point ini bukan sahaja boleh didapati apabila anda berbelanja di stesen Petronas, tetapi juga sah untuk perbelanjaan lain seperti barangan runcit, pembelajaran, utiliti, Maybank EzyPay, dan lain-lain.

Sebagai pemegang kad Visa Platinum, anda akan mendapat akses kepada perkhidmatan concierge. Perkhidmatan ini boleh anda guna untuk tempahan tiket kapal terbang, urusan tempahan hotel, makan malam, dan pelbagai lagi untuk memudahkan urusan perjalanan anda.

Kad kredit Petronas Maybank Visa Platinum juga menyediakan dua pelan bayaran ansuran mudah (easy payment plan) bagi mereka yang gemar berbelanja. Dengan pelan Maybank EzyPay, anda boleh buat pembelian secara ansuran serendah RM50, dan pilih untuk bayar sehingga 36 bulan. Pelan ini tidak mengenakan caj kadar faedah mahupun caj pengendalian.

Pelan Maybank EzyPay Plus pula sesuai jika ingin buat pembelian yang lebih besar. Pelan ini menyokong pembelian barangan sehingga RM30,000.

Sekiranya anda ingin wang tunai segera, anda boleh guna pelan pinjaman tunai Maybank EzyCash atau Maybank Cash Treats. Kedua-dua pelan pinjaman tunai Maybank ini membenarkan anda buat pinjaman tunai kad kredit sehingga 90% daripada had kredit (credit limit) anda.

Pelan pindahan baki Maybank Balance Transfer Program yang didatangkan bersama kad kredit Maybank ini pula memudahkan anda buat pemindaan baki dari kad kredit sedia ada kepada kad Petronas Maybank Visa Platinum. Pelan ini sangat membantu mengurangkan caj faedah yang perlu anda bayar untuk urusan menukar kad kredit.

Baca lebih lanjut maklumat di bawah untuk syarat kelayakan mohon, caj dan yuran tambahan yang dikenakan, dan cara untuk mohon kad kredit ini.

Kelebihan & Ciri Kad Kredit Petronas Maybank Visa Platinum

Mata ganjaran (reward points)

Dapatkan 8x mata ganjaran TreatPoints  dengan setiap RM1 untuk perbelanjaan hari minggu di stesen minyak Petronas dan 5x mata TreatPoints pada hari bekerja. Mata ganjaran ini sah untuk isian minyak atau perbelanjaan di kedai Mesra Petronas. Untuk perbelanjaan lain pula, 8x mata ganjaran untuk barangan runcit, dan 1 mata ganjaran untuk pendidikan, insurans, utiliti dan pelan Maybank EzyPay. Mata ganjaran ini boleh anda semak dan tebus melalui laman web Maybank2u.

JUMLAH MATA GANJARAN (POINT) JUMLAH PERBELANJAAN (RM) JENIS PERBELANJAAN
8 RM1 Stesen minyak Petronas hari minggu
5 RM1 Stesen minyak Petronas hari bekerja
8 RM1 Barangan runcit hari minggu
1 RM1 Insurans, pendidikan, dan utiliti
1 RM1 Maybank EzyPay

Ganjaran petrol

Nikmati pulangan mata ganjaran apabila anda mengisi minyak di stesen minyak Petronas. Pulangan mata TreatPoints sehingga 8x pada hari minggu, dan 5x pada hari bekerja.

Ciri premium

Kad Petronas Maybank Visa Platinum menawarkan perkhidmatan Visa Concierge yang memudahkan urusan perjalanan anda. Guna perkhidmatan ini untuk tempahan hotel, makan-makan, tiket kapal terbang, pengangkutan, dan sebagainya.

Pelan Kad Kredit Petronas Maybank Visa Platinum

Pelan pemindahan baki (balance transfer)

Maybankard Balance Transfer Program
Buat pindahan baki ke kad kredit Maybank dengan pindahan serendah RM1,000 tanpa caj pengendalian dan kadar faedah yang rendah. Tempoh bayaran semula sehingga 36 bulan.
Tempoh Bayaran (Bulan) Caj Pengendalian (%) Kadar Faedah (% p.a) Jumlah Pindahan Minimum (RM)
6 1.88% Tiada RM1,000
9 Tiada 9% p.a RM1,000
12 3% Tiada RM1,000
24 Tiada 4.5% p.a RM2,000
36 Tiada 4.95% p.a RM2,000

Pelan bayaran ansuran (easy payment plan)

Maybankard EzyPay

Gunakan pelan bayaran ansuran Maybank EzyPay untuk pembelian serendah RM50 dengan tempoh bayaran selama 36 bulan tanpa caj faedah dan tiada caj pengendalian.

Tempoh Bayaran (Bulan)Caj Pengendalian (%)Kadar Faedah (% p.a)Pembelian Minimum (RM)
3TiadaTiadaRM50
6TiadaTiadaRM50
12TiadaTiadaRM50
18TiadaTiadaRM50
24TiadaTiadaRM50
36TiadaTiadaRM50
Maybankard EzyPay PLUS

Tukar sebarang pembelian anda yang bernilai RM500 ke atas kepada pelan bayaran ansuran Maybank EzyPay Plus. Tempoh bayaran fleksibel dari 6 bulan hingga 24 bulan.

Tempoh Bayaran (Bulan)Caj Pengendalian (%)Kadar Faedah (% p.a)Pembelian Minimum (RM)
6Tiada4.5% p.aRM500
12Tiada9% p.aRM500
18Tiada9% p.aRM3,000
24Tiada9% p.aRM5,000

Pelan ansuran tunai (cash instalment plan)

Maybankard CashTreats

Pinjaman tunai daripada Maybank serendah RM1,000 dengan tempoh pinjaman sehingga 36 bulan. Kadar faedah tetap dan proses permohonan yang ringkas.

Tempoh Pinjaman (Bulan)Kadar Faedah (% p.a)
68.88% p.a
128.88% p.a
188.88% p.a
248.88% p.a
308.88% p.a
368.88% p.a
Maybankard EzyCash EzyCash-i

Pelan ansuran tunai kad kredit tanpa caj faedah (zero interest) dengan pinjaman minimum serendah RM2,000 dan tempoh pinjaman selama 6 bulan.

Tempoh Pinjaman (Bulan)Kadar Faedah (% p.a)
60% p.a

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon Warganegara Malaysia dan Ekspatriat
Kelayakan Gaji Gaji kasar RM5000 Sebulan atau RM60000 Setahun
Kelayakan Umur 21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal).
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary).

Tak layak?

Sekiranya anda tak cukup syarat untuk mohon kad kredit ini, anda boleh cari kad yang sesuai dengan kelayakan anda melalui Sistem Cari Kad Kredit yang kami sediakan.

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Cardholder) Percuma
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card) Percuma
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan).
Bayaran Bulanan Minimum RM25 atau 5% dari amaun tertunggak.
Caj Lewat Bayar RM10 atau 1% dari amaun tertunggak.
Had Pendahuluan Tunai Harian Tiada
Caj Pendahuluan Tunai RM18 atau 5% dari amaun pengeluaran (yang lebih tinggi).
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai 18%

Cara Mohon Petronas Maybank Visa Platinum

Tip sebelum mohon

Sebelum anda mohon, pastikan anda telah meneliti Syarat Kelayakan Memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tiada guna anda mohon jika anda tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk kad kredit ini.

Anda boleh mohon Petronas Maybank Visa Platinum dengan mengunjungi mana-mana cawangan Maybank (Malayan Banking Berhad) berdekatan anda.

Anda juga boleh mohon secara atas talian (online) melalui laman web Maybank (Malayan Banking Berhad).

Soalan Lazim

Pertanyaan

Berikut adalah jawapan untuk soalan-soalan yang sering ditanyakan berkaitan kad kredit Petronas Maybank Visa Platinum
Apakah kad Kredit Petronas Maybank Visa Platinum?
chevron-down

Kad kredit Petronas Maybank Visa Platinum adalah kad kredit yang ditawarkan oleh Maybank (Malayan Banking Berhad).

Apakah kelebihan kad Kredit ini berbanding kad kredit yang lain?
chevron-down

Kad kredit Petronas Maybank Visa Platinum menawarkan ciri-ciri menarik seperti Ganjaran Petrol, Mata Ganjaran, Premium dan Ansuran Tunai, Bayaran Ansuran Mudah, Pindahan Baki. Untuk maklumat lanjut sila rujuk bahagian Ciri-Ciri Kad Kredit di atas.

Siapakah yang boleh mohon kad kredit ini?
chevron-down

Kad ini boleh dimohon oleh Warganegara Malaysia dan Ekspatriat yang berumur 21 tahun ke atas dengan pendapatan bulanan RM5000 ke atas atau pendapatan tahunan RM60000 ke atas. Untuk maklumat lanjut sila rujuk bahagian Syarat Kelayakan di atas.

Saya tidak pernah mempunyai sebarang kad kredit sebelum ini, bolehkah saya mohon Kad Kredit Petronas Maybank Visa Platinum?
chevron-down

Boleh, tiada masalah untuk anda mohon Kad Kredit ini sekiranya ini kali pertama anda ingin mohon Kad Kredit dan anda mencukupi syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan untuk mohon.

Saya adalah pemegang kad kredit Maybank (Malayan Banking Berhad) yang sedang aktif, bolehkah saya mohon kad kredit ini?
chevron-down

Boleh sekiranya anda mencukupi syarat-syarat kelayakan untuk mohon. Untuk pengetahuan anda, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan seseorang individu hanya boleh memiliki maksimum 2 kad kredit sekiranya pendapatan tahunan anda adalah kurang dari RM36,000.

Saya adalah pemegang kad kredit dari bank lain, bolehkah saya mohon kad kredit Petronas Maybank Visa Platinum?
chevron-down

Boleh sekiranya anda mencukupi syarat-syarat kelayakan untuk mohon. Untuk pengetahuan anda, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan seseorang individu hanya boleh memiliki maksimum 2 kad kredit sekiranya pendapatan tahunan anda adalah kurang dari RM36,000.

Berapakah kadar faedah (interest rate) yang dikenakan untuk kad kredit ini?
chevron-down

Maybank (Malayan Banking Berhad) mengenakan kadar faedah tahunan sebanyak 15% p.a.

Berapakah had kredit (credit limit) yang dibenarkan?
chevron-down

Had kredit atau credit limit akan ditentukan oleh pihak bank berdasarkan sejarah kredit dan pendapatan bulanan anda.

Apakah caj atau fi yang dikenakan untuk kad kredit ini?
chevron-down

Sila rujuk pada bahagian Caj dan Yuran yang Dikenakan di atas.

Bolehkah saya keluarkan wang tunai melalui mesin ATM dengan kad ini?
chevron-down

Ya, anda boleh buat pendahuluan tunai (cash advance) dengan kad ini. Tetapi anda akan dikenakan caj tambahan seperti yang dinyatakan di bahagian Caj dan Yuran pada maklumat di atas.

Bolehkah saya mohon kad kredit ini semata-mata untuk pindahan baki (balance transfer)?
chevron-down

Boleh. Tetapi pastikan had kredit anda mencukupi untuk menampung jumlah baki yang ingin dipindahkan.

Bolehkah saya mohon kad kredit ini sekiranya saya ada rekod senarai hitam (blacklist) di laporan CTOS saya?
chevron-down

Soalan ini adalah sangat subjektif apabila memohon kad kredit. Faktor yang memainkan peranan utama ialah skor kredit, bukannya jumlah senarai hitam anda. Dalam erti kata lain, lulus atau tidak adalah bergantung sepenuhnya kepada pihak bank. Anda boleh rujuk dengan pihak Maybank (Malayan Banking Berhad) sekiranya anda layak atau tidak untuk mohon dengan mengemukakan laporan CTOS anda.

Bolehkah saya mohon kad kredit ini sekiranya rekod kredit saya tidak cantik di laporan CCRIS saya?
chevron-down

Seperti juga jawapan untuk soalan tentang senarai hitam di laporan CTOS. Keputusan permohonan adalah bergantung kepada skor kredit anda, dan faktor-faktor lain seperti pendapatan, risiko, rekod kredit, dan sebagainya. Anda boleh rujuk dengan pihak Maybank (Malayan Banking Berhad) sekiranya anda layak atau tidak untuk mohon dengan mengemukakan laporan CCRIS anda.

Bolehkah saya mohon kad kredit ini sekiranya saya di bawah selaan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)?
chevron-down

Maaf anda tak boleh mohon sebarang kad kredit sekiranya anda di bawah selaan atau pengawasan AKPK.

Bagaimana saya nak mohon kad kredit Petronas Maybank Visa Platinum?
chevron-down

Sila rujuk bahagian Cara Memohon di atas.

Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.
Subscribe
Notify of

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
newspaper