Akan dibuka dalam tab baharu

Maybank World MasterCard

Maybank World MasterCard
badge-percent
Kadar Faedah Tahunan
15% p.a
money-bill-1-wave
Yuran Tahunan
RM800
wallet
Kelayakan Gaji Bulanan
RM8333
square-dollar
Pelan Kewangan
Ansuran Tunai, Bayaran Ansuran Mudah, Pindahan Baki
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
MasterCard PayPass
list
Ciri Menarik
Ganjaran Perjalanan, Mata Ganjaran, Premium

Maybank World MasterCard adalah kad kredit premium yang ditawarkan oleh Maybank. Kad ini menawarkan pelbagai faedah, sesuai bagi individu yang gemar melancong dan berbelanja, dan juga ingin menikmati pengalaman hidup mewah dengan keistimewaan eksklusif.

Ciri utama yang ditawarkan oleh kad kredit Maybank ini ialah pulangan mata ganjaran dalam bentuk mata Maybank Treats AirMiles. Pemegang kad ini dapat memperolehi pulangan mata ganjaran dari pelbagai jenis transaksi dan mata ganjaran ini boleh ditebus untuk Enrich Miles.

Sebaik sahaja permohonan Maybank World MasterCard anda lulus, anda akan menerima 50,000 mata Treats AirMiles percuma sebagai bonus. Gunakan kad kredit Maybank World MasterCard untuk transaksi seterusnya dan kumpul mata Treats AirMiles untuk transaksi dalam dan luar negara.

Selain itu, mata ganjaran juga akan diberikan untuk transaksi petrol, utiliti, pendidikan, insurans, dan bayaran bulanan Maybank EzyPay.

Kad kredit Maybank ini juga adalah pilihan yang tepat jika anda gemar melancong. Kad ini didatangkan dengan pelbagai kemudahan perjalanan yang hebat untuk menjadikan pengalaman melancong anda lebih menyenangkan.

Antara kelebihan perjalanan yang ditawarkan oleh Maybank World MasterCard ialah 5x akses kepada Plaza Premium Lounge di lapangan terbang terpilih di dalam dan luar negara. Nikmati keselesaan menunggu penerbangan anda dengan keistimewaan ini. 

Pemegang kad ini juga akan dilindungi dengan insurans perjalanan sehingga RM2 juga. Anda hanya perlu tempah tiket penerbangan anda dengan kad Maybank World MasterCard untuk menikmati perlindungan ini.

Tidak lupa juga perkhidmatan MasterCard Concierge yang menawarkan layanan dan bantuan 24 jam 7 hari seminggu untuk memudahkan anda buat tempahan tiket kapal terbang, hotel, menjamu selera, atau keperluan di saat kecemasan sepanjang perjalanan anda.

Bagi yang gemar dengan sukan golf pula, Maybank World MasterCard menawarkan pengalaman golf istimewa di 100 kelab golf seluruh dunia yang mengambil bahagian. Nikmati juga diskaun sehingga 10% jika anda membawa tetamu bersama.

Kad kredit Maybank ini juga menawarkan pelan kad kredit yang lengkap, termasuk pelan pindahan baki, pelan bayaran ansuran mudah, dan juga pelan ansuran tunai. 

Pelan Maybankard Balance Transfer Program memudahkan anda buat pindahan baki ke kad kredit Maybank World MasterCard. Buat pindahan serendah RM1,000 dan nikmati kadar faedah yang rendah sehingga 36 bulan.

Maybank EzyPay dan EzyPay Plus pula menawarkan pelan ansuran mudah untuk anda dapatkan barangan idaman. Anda boleh buat pembelian serendah RM50 untuk layak menggunakan pelan ini. Pilih tempoh bayaran balik sehingga 36 bulan tanpa caj faedah. 

Pelan Maybankard CashTreats juga memberi kemudahan kepada pemilik kad kredit Maybank World MasterCard di saat kecemasan. Gunakan pelan ansuran tunai Maybank ini mendapatkan tunai segera ketika anda memerlukan tunai tambahan.

Kad kredit Maybank ini ditawarkan kepada warganegara Malaysia dan ekspatriat berumur 21 tahun ke atas dengan pendapatan tahunan tidak kurang daripada RM100,000.

Yuran tahunan yang dikenakan pula adalah RM800 untuk kad utama, dan RM500 untuk kad tambahan. Walaubagaimanapun, yuran tahunan untuk kad utama diketepikan sekiranya anda berbelanja lebih daripada RM80,000 pada tahun tersebut. Selain itu, anda juga akan menerima empat kad tambahan percuma sebagai pilihan.

Dengan ciri hebat dan kelebihan yang ditawarkan, kad ini sesuai bagi mereka yang ingin mendapatkan manfaat tambahan dari setiap perbelanjaan. Baca lebih lanjut maklumat di bawah tentang ciri lengkap kad Maybank World MasterCard dan bagaimana untuk mohon.

Kelebihan & Ciri Kad Kredit Maybank World MasterCard

Mata ganjaran (reward points)

Dapatkan mata ganjaran Maybank Treats AirMiles dengan setiap perbelanjaan anda. 5x mata ganjaran bagi setiap RM1 yang dibelanjakan di dalam negara, dan 5x mata untuk setiap transaksi RM2 di luar negara. 1x mata ganjaran pula untuk RM1 bagi kategori utiliti, insurans, pembelajaran, petrol, dan bayaran bulanan Maybank EzyPay. Tebus mata ganjaran yang terkumpul untuk Enrich Miles.

JUMLAH MATA GANJARAN (POINT) JUMLAH PERBELANJAAN (RM) JENIS PERBELANJAAN
5 RM1 Perbelanjaan dalam dan luar negara
5 RM1 Perbelanjaan dalam dan luar negara
1 RM1 Utiliti, insurans, pembelajaran, petrol, dan bayaran bulanan Maybank EzyPay

ganjaran perjalanan

Nikmati lima kali akses percuma kepada Plaza Premium Lounge di Malaysia dan lapangan terbang terpilih seluruh dunia. Tidak lupa juga perlindungan insurans perjalanan sehingga RM2 juga apabila anda buat tempahan tiket kapal terbang dengan kad kredit Maybank World MasterCard anda.

JENIS PERLINDUNGAN JUMLAH PERLINDUNGAN (RM)
Insurans perjalanan Sehingga RM2,000,000
Terlepas penerbangan Sehingga RM1,o00
Bagasi hilang Sehingga RM3,000
Bagasi lewat Sehingga RM1,000

Ciri premium

Program MasterCard Concierge memberikan anda menawarkan perkhidmatan 24 jam sehari 7 hari seminggu untuk memudahkan urusan perjalanan anda. Gunakan perkhidmatan ini untuk tempahan perjalanan seperti tiket penerbangan, penginapan, menjamu selera, pengangkutan, dan sebagainya.

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon
Warganegara Malaysia dan ekspatriat
Kelayakan Gaji
Gaji kasar RM8333 sebulan atau RM100000 setahun
Kelayakan Umur
21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal)
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary)

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Card)
RM800
Yuran tahunan diketepikan untuk perbelanjaan melebihi RM80,000 setahun
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card)
RM500
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan)
Bayaran Bulanan Minimum
RM25 atau 5% daripada baki tertunggak.
Caj Lewat Bayar
RM10 atau 1% daripada amaun tertunggak.
Had Pendahuluan Tunai Harian
Tiada
Caj Pendahuluan Tunai
RM18 atau 5% daripada amaun pengeluaran (yang lebih tinggi)
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai
18%

Pelan Pembiayaan

Maybankard Balance Transfer Program
Maybankard Balance Transfer Program

Buat pindahan baki ke kad kredit Maybank dengan pindahan serendah RM1,000 tanpa caj pengendalian dan kadar faedah yang rendah. Tempoh bayaran semula sehingga 36 bulan.

Maklumat Lanjut
Maybankard EzyPay
Maybankard EzyPay

Gunakan pelan bayaran ansuran Maybank EzyPay untuk pembelian serendah RM50 dengan tempoh bayaran selama 36 bulan tanpa caj faedah dan tiada caj pengendalian.

Maklumat Lanjut
Maybankard EzyPay PLUS
Maybankard EzyPay PLUS

Tukar sebarang pembelian anda yang bernilai RM500 ke atas kepada pelan bayaran ansuran Maybank EzyPay Plus. Tempoh bayaran fleksibel dari 6 bulan hingga 24 bulan.

Maklumat Lanjut
Maybankard CashTreats
Maybankard CashTreats

Pinjaman tunai daripada Maybank serendah RM1,000 dengan tempoh pinjaman sehingga 36 bulan. Kadar faedah tetap dan proses permohonan yang ringkas.

Maklumat Lanjut

Cara Mohon Maybank World MasterCard

Tip sebelum mohon

Sebelum anda mohon, pastikan anda telah meneliti Syarat Kelayakan Memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tiada guna anda mohon jika anda tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk kad kredit ini.

Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berkaitan kad kredit Maybank World MasterCard

Ya, anda boleh cuba mohon sekiranya anda mencukupi syarat kelayakan seperti yang dinyatakan pada maklumat di atas, iaitu status kerakyatan dan pendapatan minimum. Walau bagaimanapun, Maybank (Malayan Banking Berhad) mungkin memerlukan kriteria tambahan untuk permohonan pertama anda.

Boleh sekiranya anda mencukupi syarat-syarat kelayakan untuk mohon. Untuk pengetahuan anda, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan seseorang individu hanya boleh memiliki maksimum 2 kad kredit sekiranya pendapatan tahunan anda adalah kurang dari RM36,000.

Had kredit atau credit limit akan ditentukan oleh Maybank (Malayan Banking Berhad) berdasarkan faktor-faktor seperti sejarah kredit, pendapatan bulanan, dan sejarah perbelanjaan. Anda boleh mohon had kredit tertentu semasa permohonan, tetapi keputusan akhir masih terletak di tangan Maybank (Malayan Banking Berhad).

Ya, anda boleh buat pendahuluan tunai (cash advance) dengan kad ini. Tetapi anda mungkin akan dikenakan caj tambahan seperti yang dinyatakan di bahagian Caj dan Yuran pada maklumat di atas. Anda juga perlu pertimbangkan kadar faedah untuk pendahuluan tunai adalah lebih tinggi daripada kadar faedah tahunan.

Ya, anda boleh guna kad kredit Maybank World MasterCard untuk transaksi dalam talian dengan syarat pedagang atau laman e-Dagang (e-Commerce) tersebut menyokong skim bayaran MasterCard.

Ya, anda boleh mohon kad ini untuk tujuan pindahan baki. Walaubagaimanapun, pastikan had kredit anda mencukupi untuk menampung jumlah baki yang ingin dipindahkan. Bandingkan juga pelan pindahan baki (kadar faedah dan caj pengendalian) dengan kad kredit sedia ada.

Anda boleh cuba untuk mohon, tetapi peluang lulus mungkin rendah jika anda mempunyai skor kredit yang rendah, atau sejarah kredit yang buruk. Maybank (Malayan Banking Berhad) kebiasaannya menilai kelayakan kredit anda berdasarkan faktor-faktor seperti skor kredit, pendapatan, nisbah hutang kepada pendapatan, dan sejarah kredit. Anda mungkin perlu meningkatkan skor kredit anda terlebih dahulu sebelum mohon kad kredit Maybank World MasterCard

Maaf anda tak boleh mohon sebarang kad kredit sekiranya anda di bawah selaan atau pengawasan AKPK.

Ada soalan tambahan berhubung Maybank World MasterCard?

Guna tab “Pertanyaan” di atas untuk bertanyakan soalan anda dan dapatkan jawapan dalam masa terdekat.

Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

0 Comments
Terbaru
Terakhir

Penafian:

Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi atau hubungi Maybank (Malayan Banking Berhad) untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.

Sumber Tambahan

Jelajahi dunia kad kredit di Malaysia dengan sumber-sumber ini membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

Ketahui Lebih Lanjut Tentang Maybank (Malayan Banking Berhad)

Maybank Malayan Banking Berhad
Maybank (Malayan Banking Berhad), ditubuhkan pada 1960, kini adalah bank terbesar di Malaysia dengan rangkaian luas pejabat dan ATM di seluruh negara, serta kehadiran antarabangsa di 20 negara. Mengamalkan konsep Universal Banking, Maybank dan Maybank Islamic menawarkan rangkaian komprehensif produk dan perkhidmatan perbankan konvensional dan Islamik untuk memenuhi pelbagai keperluan kewangan individu dan perniagaan.
Baca Selanjutnya

Teroka Dunia Kad Kredit di Malaysia

Panduan Lengkap Kad Kredit

Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakannya dengan bijak.
Baca sekarang

Cari Kad Kredit Terbaik

Guna sistem cari kad kredit kami yang mudah untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
Cari & bandingkan

Glosari Kad Kredit

Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
Lihat Glosari

Soalan Lazim Kad Kredit

Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
Dapatkan Jawapan

Anda Juga Mungkin Berminat

Citi PremierMiles Visa Signature

Kad kredit terbaik untuk mereka yang gemar “travel” dan dalam masa yang sama inginkan keselesaan…

Kad kredit CIMB Petronas Platinum MasterCard

Kad kredit CIMB Petronas Platinum MasterCard sesuai untuk mereka yang selalu mengisi minyak di Stesen…

Standard Chartered Liverpool FC Cashback

Kad kredit Standard Chartered Liverpool FC Cashback khusus untuk peminat pasukan Liverpool ini menawarkan pulangan…

Kad kredit RHB Rewards Visa/MasterCard 

Kad kredit RHB Rewards Visa/MasterCard menawarkan sehingga 10x Mata Ganjaran dengan transaksi pembelian terpilih