Akan dibuka dalam tab baharu

Maybank Islamic Ikhwan MasterCard Platinum Card-i

Kad Kredit Maybank Islamic Ikhwan MasterCard Platinum Card-i
badge-percent
Kadar Faedah Tahunan
15% p.a
money-bill-1-wave
Yuran Tahunan
Percuma seumur hidup
wallet
Kelayakan Gaji Bulanan
RM3333
square-dollar
Pelan Kewangan
Ansuran Tunai, Bayaran Ansuran Mudah, Pindahan Baki
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
MasterCard PayPass
list
Ciri Menarik
Ganjaran Petrol, Islamik, Mata Ganjaran, Premium, Pulangan Tunai, Tanpa Yuran Tahunan

Maybank Islamic Ikhwan MasterCard Platinum Card-i adalah sebuah kad kredit Islamik daripada Maybank. Kad ini sesuai jika anda sedang mencari kad kredit 100% patuh Syariah tetapi masih didatangkan dengan pelbagai ganjaran dan faedah yang menarik.

Jika anda mendapatkan kad kredit Maybank Islamic ini, anda tidak perlu risau tentang yuran tahunan kerana kad ini adalah kad kredit tanpa yuran tahunan. Bukan sahaja untuk kad utama, tetapi juga untuk kad tambahan. Anda cuma perlu bayar caj SST ketika pertama kali mengaktifkan kad dan setiap tarikh ulang tahun untuk tahun berikutnya.

Seperti kebanyakan kad kredit Maybank, kad ini bukan sahaja menawarkan ciri pulangan tunai, tetapi juga mata ganjaran, kelebihan premium, dan pelan kad kredit yang lengkap.

Dapatkan lebih nilai untuk wang anda dengan ciri pulangan tunai (cashback) yang ditawarkan oleh kad Maybank Islamic Ikhwan MasterCard Platinum Card-i. Anda akan menerima pulangan tunai sehingga 5% untuk setiap perbelanjaan runcit dan petrol pada hari Jumaat dan Sabtu. Pulangan tunai ini dihadkan kepada RM50 setiap bulan dan hanya sah untuk kad utama.

Anda juga akan dihadiahkan dengan 1x mata Maybank TreatPoints untuk setiap RM1 yang dibelanjakan di dalam dan luar negara. Pulangan mata ganjaran ini sah untuk perbelanjaan runcit, pendidikan, insurans, utiliti, dan bayaran ansuran Maybank EzyPay. Kumpul sebanyak mana mata TreatPoints yang anda ingini dan tebus dengan barangan, tawaran, atau perkhidmatan dari katalog Maybank.

Mata ganjaran ini juga boleh anda tukar kepada mata Asia Miles, KrisFlyer Miles, atau Enrich Miles. Sangat menjimatkan sekiranya anda sering melancong.

Pihak Maybank Islamic juga memberi peluang kepada pemegang kad ini untuk memenangi Pakej Umrah bagi Muslim, atau pakej percutian bagi non-Muslim. Anda hanya perlu berbelanja runcit tidak kurang daripada RM200 dalam satu resit untuk layak menyertai pertandingan ini.

Bagi yang selalu menderma pula, lebih banyak anda berbelanja dengan kad Maybank Islamic Ikhwan MasterCard Platinum, lebih banyak anda menderma. Ini kerana pihak Maybank Islamic akan mendermakan sejumlah 0.1% dari setiap transaksi anda kepada badan kebajikan terpilih.

Kad ini juga menawarkan kelebihan kad kredit premium MasterCard melalui program MasterCard Priceless, seperti perlindungan pembelian dalam talian, perkhidmatan concierge MasterCard, dan pelbagai lagi tawaran hebat.

Kad kredit Maybank Islamic ini ditawarkan kepada warganegara Malaysia dan ekspatriat yang berumur antara 21 hingga 65 tahun dengan pendapatan tahunan tidak kurang daripada RM40,000. Untuk mohon anda perlu menyediakan butiran pengenalan diri dan bukti pendapatan dalam bentuk slip gaji atau penyata akaun bank syarikat bagi yang bekerja sendiri. Ekspatriat pula perlu surat pengesahan majikan untuk mengesahkan status pekerjaan di Malaysia.

Kad Maybank Islamic Ikhwan MasterCard Platinum Card-i bukan sahaja 100% patuh Syariah, tetapi menawarkan pelbagai keistimewaan dalam bentuk pulangan dan ganjaran, dan kelebihan kad premium MasterCard.

Kelebihan & Ciri Kad Kredit Maybank Islamic Ikhwan MasterCard Platinum Card-i

Pulangan tunai (cashbacks)

Dapatkan 5% pulangan tunai dengan perbelanjaan runcit dan petrol pada setiap hari Jumaat dan Sabtu. Cashback ini dihadkan kepada RM50 setiap bulan.

JENIS REBAT TUNAI KADAR REBAT TUNAI HAD BULANAN PERBELANJAAN
Perbelanjaan runcit dan petrol setiap hari Jumaat dan Sabtu 5% RM50 Sebarang amaun

Mata ganjaran (reward points)

Kumpul mata ganjaran TreatPoints tanpa had dan tebus dengan barangan dan perkhidmatan atau tukar kepada mata Asia Miles, Kris Flyer, dan Enrich Miles.

JUMLAH MATA GANJARAN (POINT) JUMLAH PERBELANJAAN (RM) JENIS PERBELANJAAN
1 RM1 Perbelanjaan runcit di dalam dan luar negara (kecuali hari Jumaat dan Sabtu dan transaksi berkaitan badan kerajaan)
1 RM1 Pendidikan, insurans, utiliti, Maybank 0% EzyPay

Ganjaran petrol

Terima cashback sebanyak 5% untuk setiap isian minyak pada hari Jumaat atau Sabtu.

Ciri premium

Nikmati keistimewaan yang ditawarkan oleh pihak Maybank dan MasterCard melalui kad kredit Maybank Islamic Ikhwan MasterCard Platinum Card-i.

  • Kelebihan program MasterCard Priceless yang menawarkan perkhidmatan concierge, tawaran dan diskaun hebat untuk sukan, beli-belah, hiburan dan pelbagai lagi. Baca lebih lanjut di laman MasterCard Priceless.
  • Berpeluang untuk memenangi pakej Umrah atau percutian dengan setiap RM200 yang dibelanjakan pada satu resit.
  • Setiap 0.1% daripada perbelanjaan anda akan didermakan oleh pihak Maybank kepada badan kebajikan terpilih.

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon
Warganegara Malaysia dan Ekspatriat
Kelayakan Gaji
Gaji kasar RM3333 sebulan atau RM40000 setahun
Kelayakan Umur
21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal)
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary)

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Card)
Percuma seumur hidup
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card)
Percuma
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan)
Bayaran Bulanan Minimum
RM25 atau 5% daripada baki tertunggak.
Caj Lewat Bayar
RM10 atau 1% daripada amaun tertunggak.
Had Pendahuluan Tunai Harian
Tiada
Caj Pendahuluan Tunai
RM18 atau 5% daripada amaun pengeluaran (yang lebih tinggi)
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai
18%

Pelan Pembiayaan

Maybankard Balance Transfer Islamic Ikhwan Card
Maybankard Balance Transfer Islamic Ikhwan Card

Buat pindahan baki ke kad kredit Maybank dengan pindahan serendah RM1,000 tanpa caj pengendalian dan kadar faedah yang rendah. Tempoh bayaran semula sehingga 36 bulan.

Maklumat Lanjut
Maybankard EzyPay
Maybankard EzyPay

Gunakan pelan bayaran ansuran Maybank EzyPay untuk pembelian serendah RM50 dengan tempoh bayaran selama 36 bulan tanpa caj faedah dan tiada caj pengendalian.

Maklumat Lanjut
Maybankard EzyPay PLUS
Maybankard EzyPay PLUS

Tukar sebarang pembelian anda yang bernilai RM500 ke atas kepada pelan bayaran ansuran Maybank EzyPay Plus. Tempoh bayaran fleksibel dari 6 bulan hingga 24 bulan.

Maklumat Lanjut
Maybankard CashTreats
Maybankard CashTreats

Pinjaman tunai daripada Maybank serendah RM1,000 dengan tempoh pinjaman sehingga 36 bulan. Kadar faedah tetap dan proses permohonan yang ringkas.

Maklumat Lanjut

Cara Mohon Maybank Islamic Ikhwan MasterCard Platinum Card-i

Tip sebelum mohon

Sebelum anda mohon, pastikan anda telah meneliti Syarat Kelayakan Memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tiada guna anda mohon jika anda tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk kad kredit ini.

Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berkaitan kad kredit Maybank Islamic Ikhwan MasterCard Platinum Card-i

Ya, anda boleh cuba mohon sekiranya anda mencukupi syarat kelayakan seperti yang dinyatakan pada maklumat di atas, iaitu status kerakyatan dan pendapatan minimum. Walau bagaimanapun, Maybank (Malayan Banking Berhad) mungkin memerlukan kriteria tambahan untuk permohonan pertama anda.

Boleh sekiranya anda mencukupi syarat-syarat kelayakan untuk mohon. Untuk pengetahuan anda, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan seseorang individu hanya boleh memiliki maksimum 2 kad kredit sekiranya pendapatan tahunan anda adalah kurang dari RM36,000.

Had kredit atau credit limit akan ditentukan oleh Maybank (Malayan Banking Berhad) berdasarkan faktor-faktor seperti sejarah kredit, pendapatan bulanan, dan sejarah perbelanjaan. Anda boleh mohon had kredit tertentu semasa permohonan, tetapi keputusan akhir masih terletak di tangan Maybank (Malayan Banking Berhad).

Ya, anda boleh buat pendahuluan tunai (cash advance) dengan kad ini. Tetapi anda mungkin akan dikenakan caj tambahan seperti yang dinyatakan di bahagian Caj dan Yuran pada maklumat di atas. Anda juga perlu pertimbangkan kadar faedah untuk pendahuluan tunai adalah lebih tinggi daripada kadar faedah tahunan.

Ya, anda boleh guna kad kredit Maybank Islamic Ikhwan MasterCard Platinum Card-i untuk transaksi dalam talian dengan syarat pedagang atau laman e-Dagang (e-Commerce) tersebut menyokong skim bayaran MasterCard.

Ya, anda boleh mohon kad ini untuk tujuan pindahan baki. Walaubagaimanapun, pastikan had kredit anda mencukupi untuk menampung jumlah baki yang ingin dipindahkan. Bandingkan juga pelan pindahan baki (kadar faedah dan caj pengendalian) dengan kad kredit sedia ada.

Anda boleh cuba untuk mohon, tetapi peluang lulus mungkin rendah jika anda mempunyai skor kredit yang rendah, atau sejarah kredit yang buruk. Maybank (Malayan Banking Berhad) kebiasaannya menilai kelayakan kredit anda berdasarkan faktor-faktor seperti skor kredit, pendapatan, nisbah hutang kepada pendapatan, dan sejarah kredit. Anda mungkin perlu meningkatkan skor kredit anda terlebih dahulu sebelum mohon kad kredit Maybank Islamic Ikhwan MasterCard Platinum Card-i

Maaf anda tak boleh mohon sebarang kad kredit sekiranya anda di bawah selaan atau pengawasan AKPK.

Ada soalan tambahan berhubung Maybank Islamic Ikhwan MasterCard Platinum Card-i?

Guna tab “Pertanyaan” di atas untuk bertanyakan soalan anda dan dapatkan jawapan dalam masa terdekat.

Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

2 Comments
Terbaru
Terakhir

Penafian:

Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi atau hubungi Maybank (Malayan Banking Berhad) untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.

Sumber Tambahan

Jelajahi dunia kad kredit di Malaysia dengan sumber-sumber ini membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

Ketahui Lebih Lanjut Tentang Maybank (Malayan Banking Berhad)

Maybank Malayan Banking Berhad
Maybank (Malayan Banking Berhad), ditubuhkan pada 1960, kini adalah bank terbesar di Malaysia dengan rangkaian luas pejabat dan ATM di seluruh negara, serta kehadiran antarabangsa di 20 negara. Mengamalkan konsep Universal Banking, Maybank dan Maybank Islamic menawarkan rangkaian komprehensif produk dan perkhidmatan perbankan konvensional dan Islamik untuk memenuhi pelbagai keperluan kewangan individu dan perniagaan.
Baca Selanjutnya

Teroka Dunia Kad Kredit di Malaysia

Panduan Lengkap Kad Kredit

Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakannya dengan bijak.
Baca sekarang

Cari Kad Kredit Terbaik

Guna sistem cari kad kredit kami yang mudah untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
Cari & bandingkan

Glosari Kad Kredit

Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
Lihat Glosari

Soalan Lazim Kad Kredit

Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
Dapatkan Jawapan

Anda Juga Mungkin Berminat

Affinbank Visa/ MasterCard Gold

Kad kredit Affinbank Visa/MasterCard Gold menawarkan pulangan mata ganjaran Affin Rewards yang boleh ditebus dengan…

Kad kredit CIMB PETRONAS Visa Infinite-i 

Kad Kredit CIMB PETRONAS Visa Infinite-i khusus untuk pelanggan utama PETRONAS dengan program pulangan tunai…

Standard Chartered Platinum MasterCard Basic

Kad kredit Standard Chartered Platinum MasterCard Basic sesuai bagi mereka yang baru berjinak dengan kad…

Citi PremierMiles Mastercard

Kad kredit terbaik untuk mereka yang gemar “travel” dan dalam masa yang sama inginkan keselesaan…