Akan dibuka dalam tab baharu

Maybank Visa Infinite

Maybank Visa Infinite
badge-percent
Kadar Faedah Tahunan
15% p.a
money-bill-1-wave
Yuran Tahunan
RM800
wallet
Kelayakan Gaji Bulanan
RM8333
square-dollar
Pelan Kewangan
Ansuran Tunai, Bayaran Ansuran Mudah, Pindahan Baki
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
Visa PayWave
list
Ciri Menarik
Ganjaran Perjalanan, Ganjaran Petrol, Mata Ganjaran, Premium

Kad kredit Maybank Visa Infinite adalah sebuah kad kredit premium daripada Maybank yang menawarkan kelebihan eksklusif dan ganjaran hebat. Jika anda seorang kaki golf, gemar menjamu selera, dan ingin dilayan seperti VIP ketika melancong, kad ini mungkin kad kredit terbaik untuk anda.

Dengan kelebihan Visa Infinite, anda akan mendapat akses ke bilik tunggu Plaza Premium di lapangan terbang terpilih, dalam dan luar negara. Tidak lupa juga diskaun sebanyak 20% jika anda membawa tetamu bersama. Perjalanan anda juga akan dilindungi oleh insurans perjalanan sehingga RM2 juta sekiranya anda buat tempahan tiket dengan kad kredit Maybank Visa Infinite anda. Bagi penggemar golf pula, nikmati akses eksklusif tanpa had ke kelab golf premium seluruh Malaysia. Tetamu anda pula akan diberikan diskaun sebanyak 10%.

Dari segi ganjaran pula, kad Maybank Visa Infinite menawarkan pulangan mata ganjaran dalam bentuk Maybank TreatPoints. Sebaik sahaja anda mengaktifkan kad ini, anda akan menerima 10,000 mata bonus TreatPoints. Dapatkan sehingga 5x mata TreatPoints untuk transaksi berikutnya. Mata ini sah sehingga 3 tahun. Jadi anda tidak perlu risau mata TreatPoints anda tamat tempoh. Tebus mata TreatPoints anda untuk barangan, perkhidmatan, diskaun, atau Air Miles.

Kad Maybank Visa Infinite juga didatangkan dengan pelan kad kredit lengkap. Pelan pindahan baki Maybankard Balance Transfer Program membenarkan anda buat pemindahan baki daripada kad kredit sebelumnya dengan tempoh bayaran balik sehingga 36 bulan. Pelan bayaran ansuran mudah Maybank EzyPay dan EzyPay Plus pula memudahkan anda mendapatkan barangan idaman dengan kadar faedah yang berpatutan. Tidak lupa juga pelan Maybankard Cash Treats yang sangat membantu jika anda memerlukan tunai dengan kadar segera.

Anda tidak perlu risau tentang yuran tahunan pada tahun pertama kerana yuran tahun pertama adalah percuma. Tahun berikutnya pula yuran tahunan Maybank Visa Infinite ditetapkan pada RM800 setahun. Walaubagaimanapun, yuran dibatalkan sekiranya anda berbelanja lebih daripada RM80,000 dengan kad ini. Anda juga akan menerima 4 kad tambahan percuma. Kad tambahan berikutnya pula akan di caj sebanyak RM400.

Kad ini ditawarkan kepada warganegara Malaysia dan ekspatriat berumur 21 tahun ke atas dengan pendapatan tahunan tidak kurang daripada RM100,000. Baca lebih lanjut maklumat di bawah untuk ciri-ciri lengkap sekiranya anda ingin mohon kad kredit Maybank Visa Infinite.

Kelebihan & Ciri Kad Kredit Maybank Visa Infinite

Mata ganjaran (reward points)

Dapatkan mata ganjaran Maybank TreatPoints dengan setiap transaksi kad Maybank Visa Infinite anda. 5x mata ganjaran untuk perbelanjaan di luar negara, 2x mata untuk perbelanjaan dalam negara, dan 1 mata TreatPoints untuk perbelanjaan utiliti, pembelajaran, petrol, insurans dan bayaran bulanan Maybank EzyPay. Mata ganjaran TreatPoints anda sah sehingga 3 tahun dan boleh ditebus untuk barangan seperti gajet, baucar tunai, dan Air Miles dari syarikat penerbangan.

JUMLAH MATA GANJARAN (POINT) JUMLAH PERBELANJAAN (RM) JENIS PERBELANJAAN
5 RM1 Perbelanjaan luar negara
2 RM1 Perbelanjaan dalam negara
1 RM1 Utiliti, petrol, insurans, pembelajaran, dan bayaran bulanan Maybank EzyPay

ganjaran perjalanan

Buat pembelian tiket kapal terbang dengan kad kredit Maybank Visa Infinite dan anda secara automatik akan dilindungi oleh insurans perjalanan sehingga RM2 juta, terlepas kapal terbang, kehilangan bagasi, dan kelewatan bagasi. Tidak lupa juga kelebihan Visa Airport Speed Pass untuk memudahkan urusan imigresen, dan akses kepada bilik tunggu Plaza Premium di lapangan terbang yang mengambil bahagian.

Ganjaran petrol

Isi petrol di mana-mana stesen minyak pilihan anda dan dapatkan 1x mata Maybank TreatPoints untuk setiap RM1.

Ciri premium

Nikmati keistimewaan eksklusif di kelab golf seluruh dunia, dengan syarat anda berbelanja tidak kurang daripada RM5,000 bulan sebelumnya.

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon
Warganegara Malaysia dan Ekspatriat
Kelayakan Gaji
Gaji kasar RM8333 sebulan atau RM100000 setahun
Kelayakan Umur
21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal)
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary)

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Card)
RM800
Tahun pertama adalah Percuma. Tahun ber
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card)
RM400
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan)
Bayaran Bulanan Minimum
RM25 atau 5% daripada baki tertunggak.
Caj Lewat Bayar
RM10 atau 1% daripada amaun tertunggak.
Had Pendahuluan Tunai Harian
Tiada
Caj Pendahuluan Tunai
RM18 atau 5% daripada amaun pengeluaran (yang lebih tinggi)
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai
18%

Pelan Pembiayaan

Maybankard Balance Transfer Program
Maybankard Balance Transfer Program

Buat pindahan baki ke kad kredit Maybank dengan pindahan serendah RM1,000 tanpa caj pengendalian dan kadar faedah yang rendah. Tempoh bayaran semula sehingga 36 bulan.

Maklumat Lanjut
Maybankard EzyPay
Maybankard EzyPay

Gunakan pelan bayaran ansuran Maybank EzyPay untuk pembelian serendah RM50 dengan tempoh bayaran selama 36 bulan tanpa caj faedah dan tiada caj pengendalian.

Maklumat Lanjut
Maybankard EzyPay PLUS
Maybankard EzyPay PLUS

Tukar sebarang pembelian anda yang bernilai RM500 ke atas kepada pelan bayaran ansuran Maybank EzyPay Plus. Tempoh bayaran fleksibel dari 6 bulan hingga 24 bulan.

Maklumat Lanjut
Maybankard CashTreats
Maybankard CashTreats

Pinjaman tunai daripada Maybank serendah RM1,000 dengan tempoh pinjaman sehingga 36 bulan. Kadar faedah tetap dan proses permohonan yang ringkas.

Maklumat Lanjut

Cara Mohon Maybank Visa Infinite

Tip sebelum mohon

Sebelum anda mohon, pastikan anda telah meneliti Syarat Kelayakan Memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tiada guna anda mohon jika anda tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk kad kredit ini.

Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berkaitan kad kredit Maybank Visa Infinite

Ya, anda boleh cuba mohon sekiranya anda mencukupi syarat kelayakan seperti yang dinyatakan pada maklumat di atas, iaitu status kerakyatan dan pendapatan minimum. Walau bagaimanapun, Maybank (Malayan Banking Berhad) mungkin memerlukan kriteria tambahan untuk permohonan pertama anda.

Boleh sekiranya anda mencukupi syarat-syarat kelayakan untuk mohon. Untuk pengetahuan anda, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan seseorang individu hanya boleh memiliki maksimum 2 kad kredit sekiranya pendapatan tahunan anda adalah kurang dari RM36,000.

Had kredit atau credit limit akan ditentukan oleh Maybank (Malayan Banking Berhad) berdasarkan faktor-faktor seperti sejarah kredit, pendapatan bulanan, dan sejarah perbelanjaan. Anda boleh mohon had kredit tertentu semasa permohonan, tetapi keputusan akhir masih terletak di tangan Maybank (Malayan Banking Berhad).

Ya, anda boleh buat pendahuluan tunai (cash advance) dengan kad ini. Tetapi anda mungkin akan dikenakan caj tambahan seperti yang dinyatakan di bahagian Caj dan Yuran pada maklumat di atas. Anda juga perlu pertimbangkan kadar faedah untuk pendahuluan tunai adalah lebih tinggi daripada kadar faedah tahunan.

Ya, anda boleh guna kad kredit Maybank Visa Infinite untuk transaksi dalam talian dengan syarat pedagang atau laman e-Dagang (e-Commerce) tersebut menyokong skim bayaran Visa.

Ya, anda boleh mohon kad ini untuk tujuan pindahan baki. Walaubagaimanapun, pastikan had kredit anda mencukupi untuk menampung jumlah baki yang ingin dipindahkan. Bandingkan juga pelan pindahan baki (kadar faedah dan caj pengendalian) dengan kad kredit sedia ada.

Anda boleh cuba untuk mohon, tetapi peluang lulus mungkin rendah jika anda mempunyai skor kredit yang rendah, atau sejarah kredit yang buruk. Maybank (Malayan Banking Berhad) kebiasaannya menilai kelayakan kredit anda berdasarkan faktor-faktor seperti skor kredit, pendapatan, nisbah hutang kepada pendapatan, dan sejarah kredit. Anda mungkin perlu meningkatkan skor kredit anda terlebih dahulu sebelum mohon kad kredit Maybank Visa Infinite

Maaf anda tak boleh mohon sebarang kad kredit sekiranya anda di bawah selaan atau pengawasan AKPK.

Ada soalan tambahan berhubung Maybank Visa Infinite?

Guna tab “Pertanyaan” di atas untuk bertanyakan soalan anda dan dapatkan jawapan dalam masa terdekat.

Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

0 Comments
Terbaru
Terakhir

Penafian:

Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi atau hubungi Maybank (Malayan Banking Berhad) untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.

Sumber Tambahan

Jelajahi dunia kad kredit di Malaysia dengan sumber-sumber ini membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

Ketahui Lebih Lanjut Tentang Maybank (Malayan Banking Berhad)

Maybank Malayan Banking Berhad
Maybank (Malayan Banking Berhad), ditubuhkan pada 1960, kini adalah bank terbesar di Malaysia dengan rangkaian luas pejabat dan ATM di seluruh negara, serta kehadiran antarabangsa di 20 negara. Mengamalkan konsep Universal Banking, Maybank dan Maybank Islamic menawarkan rangkaian komprehensif produk dan perkhidmatan perbankan konvensional dan Islamik untuk memenuhi pelbagai keperluan kewangan individu dan perniagaan.
Baca Selanjutnya

Teroka Dunia Kad Kredit di Malaysia

Panduan Lengkap Kad Kredit

Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakannya dengan bijak.
Baca sekarang

Cari Kad Kredit Terbaik

Guna sistem cari kad kredit kami yang mudah untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
Cari & bandingkan

Glosari Kad Kredit

Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
Lihat Glosari

Soalan Lazim Kad Kredit

Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
Dapatkan Jawapan

Anda Juga Mungkin Berminat

Maybank Islamic MasterCard Ikhwan Gold Card

Kad Kredit Maybank Islamic MasterCard Ikhwan Gold Card menawarkan keistimewaan dalam bentuk rebat tunai (cashback)…

Maybank 2 Platinum Cards

Mohon kad kredit Maybank 2 Platinum American Express dan dapatkan kad Maybank 2 Visa atau…

HSBC Visa Signature

Kad kredit HSBC Visa Signature menawarkan sehingga 8x mata ganjaran untuk setiap RM1 bagi perbelanjaan…

Kad Kredit AmBank BonusLink Visa Gold

Kad ini dicipta khusus kepada mereka inginkan mata ganjaran BonusLink. Dapatkan sehingga 30 BonusLink Points…