Akan dibuka dalam tab baharu

Singapore Airlines KrisFlyer American Express Gold

Nikmati keistimewaan eksklusif KrisFlyer, penjimatan berganda, dan diskaun untuk Plaza Premium Lounge di dalam dan luar negara

Kad kredit Singapore Airlines KrisFlyer American Express Gold
badge-percent
Kadar Faedah Tahunan
15% p.a
money-bill-1-wave
Yuran Tahunan
RM100
wallet
Kelayakan Gaji Bulanan
RM3000
square-dollar
Pelan Kewangan
Ansuran Tunai, Bayaran Ansuran Mudah, Pindahan Baki
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
Amex Contactless
list
Ciri Menarik
Mata ganjaran KrisFlyer miles, perlindungan insurans perjalanan, diskaun ke Plaza Premium Lounge

Kad kredit Singapore Airlines KrisFlyer American Express Gold daripada Maybank menawarkan mata KrisFlyer miles dengan setiap transaksi di dalam dan luar negara. Selain itu, sebagai kad kredit perjalanan, kad kredit AMEX ini juga datang dengan perlindungan insurans perjalanan dan diskaun sehingga 50% untuk akses ke Plaza Premium Lounge di seluruh dunia.

Kelebihan & Ciri Kad Kredit Singapore Airlines KrisFlyer American Express Gold

  • 1 KrisFlyer mile bagi setiap RM4 untuk perbelanjaan di dalam dan luar negara.
  • 1 KrisFlyer mile bagi setiap RM3 untuk transaksi dalam talian.
  • 1 KrisFlyer mile bagi setiap RM1 untuk transaksi berkaitan Singapore Airlines, Scoot, dan laman web KrisShop.
  • 3,000 bonus KrisFlyer mile untuk transaksi pertama.
  • 5x diskaun sehingga 50% untuk akses ke Plaza Premium Lounge di dalam dan luar negara.
  • Perlindungan insurans perjalanan sehingga RM750,000 termasuk kesulitan perjalanan seperti terlepas penerbangan, kehilangan dan kelewatan bagasi.
  • Keahlian Hertz Gold Plus Rewards untuk diskaun, naik taraf kereta, dan layanan istimewa di kaunter Hertz.
  • Diskaun sehingga 15% untuk tempahan kereta sewa melalui Avis.
  • Pelan pindahan baki dengan bayaran ansuran sehingga 36 bulan dengan pelan Maybankard Balance Transfer Program.
  • Pelan bayaran ansuran mudah tanpa kadar faedah dengan pelan Maybankard EzyPay dan EzyPay Plus.
  • Pelan ansuran tunai di saat kecemasan melalui Maybankard Cash Treats.

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon
Warganegara Malaysia
Kelayakan Gaji
Gaji kasar RM3000 sebulan atau RM36000 setahun
Kelayakan Umur
21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal)
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary)

Dokumen Yang Diperlukan

Bekerja Makan Gaji:

  1. Kad pengenalan (MyKad).
  2. Penyata slip gaji terkini atau Borang EA atau penyata KWSP terkini.

Bekerja Sendiri:

  1. Kad pengenalan (MyKad).
  2. Borang BE dengan resit bayaran cukai.
  3. Penyata akaun bank 6 bulan terkini.
  4. Salinan pendaftaran syarikat.

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Card)
RM100
Percuma untuk tahun pertama
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card)
RM50
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan)
Bayaran Bulanan Minimum
RM50 atau 5% daripada baki tertunggak. Yang lebih tinggi
Caj Lewat Bayar
RM10 atau 1% daripada amaun tertunggak. Dihadkan kepada RM100
Had Pendahuluan Tunai Harian
Tiada
Caj Pendahuluan Tunai
RM10 atau 5% daripada amaun pengeluaran (yang lebih tinggi)
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai
18%

Maklumat Tambahan

  • Kadar faedah 15% setahun hanya sah untuk pembayaran bulanan tepat pada masa.
  • Kad kredit Maybank ini boleh digunakan untuk Apple Pay.

Pelan Pembiayaan

Maybankard Balance Transfer Program
Maybankard Balance Transfer Program

Buat pindahan baki ke kad kredit Maybank dengan pindahan serendah RM1,000 tanpa caj pengendalian dan kadar faedah yang rendah. Tempoh bayaran semula sehingga 36 bulan.

Maklumat Lanjut
Maybankard EzyPay
Maybankard EzyPay

Gunakan pelan bayaran ansuran Maybank EzyPay untuk pembelian serendah RM50 dengan tempoh bayaran selama 36 bulan tanpa caj faedah dan tiada caj pengendalian.

Maklumat Lanjut
Maybankard EzyPay PLUS
Maybankard EzyPay PLUS

Tukar sebarang pembelian anda yang bernilai RM500 ke atas kepada pelan bayaran ansuran Maybank EzyPay Plus. Tempoh bayaran fleksibel dari 6 bulan hingga 24 bulan.

Maklumat Lanjut
Maybankard CashTreats
Maybankard CashTreats

Pinjaman tunai daripada Maybank serendah RM1,000 dengan tempoh pinjaman sehingga 36 bulan. Kadar faedah tetap dan proses permohonan yang ringkas.

Maklumat Lanjut

Cara Mohon Singapore Airlines KrisFlyer American Express Gold

Tip sebelum mohon

Sebelum anda mohon, pastikan anda telah meneliti Syarat Kelayakan Memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tiada guna anda mohon jika anda tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk kad kredit ini.

Anda boleh mohon kad kredit Singapore Airlines KrisFlyer American Express Gold melalui kaedah berikut:

Khidmat Pelanggan

Gunakan saluran berikut sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan berhubung kad kredit Singapore Airlines KrisFlyer American Express Gold.

Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berkaitan kad kredit Singapore Airlines KrisFlyer American Express Gold

Ya, anda boleh cuba mohon sekiranya anda mencukupi syarat kelayakan seperti yang dinyatakan pada maklumat di atas, iaitu status kerakyatan dan pendapatan minimum. Walau bagaimanapun, Maybank (Malayan Banking Berhad) mungkin memerlukan kriteria tambahan untuk permohonan pertama anda.

Boleh sekiranya anda mencukupi syarat-syarat kelayakan untuk mohon. Untuk pengetahuan anda, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan seseorang individu hanya boleh memiliki maksimum 2 kad kredit sekiranya pendapatan tahunan anda adalah kurang dari RM36,000.

Had kredit atau credit limit akan ditentukan oleh Maybank (Malayan Banking Berhad) berdasarkan faktor-faktor seperti sejarah kredit, pendapatan bulanan, dan sejarah perbelanjaan. Anda boleh mohon had kredit tertentu semasa permohonan, tetapi keputusan akhir masih terletak di tangan Maybank (Malayan Banking Berhad).

Ya, anda boleh buat pendahuluan tunai (cash advance) dengan kad ini. Tetapi anda mungkin akan dikenakan caj tambahan seperti yang dinyatakan di bahagian Caj dan Yuran pada maklumat di atas. Anda juga perlu pertimbangkan kadar faedah untuk pendahuluan tunai adalah lebih tinggi daripada kadar faedah tahunan.

Ya, anda boleh guna kad kredit Singapore Airlines KrisFlyer American Express Gold untuk transaksi dalam talian dengan syarat pedagang atau laman e-Dagang (e-Commerce) tersebut menyokong skim bayaran American Express.

Ya, anda boleh mohon kad ini untuk tujuan pindahan baki. Walaubagaimanapun, pastikan had kredit anda mencukupi untuk menampung jumlah baki yang ingin dipindahkan. Bandingkan juga pelan pindahan baki (kadar faedah dan caj pengendalian) dengan kad kredit sedia ada.

Anda boleh cuba untuk mohon, tetapi peluang lulus mungkin rendah jika anda mempunyai skor kredit yang rendah, atau sejarah kredit yang buruk. Maybank (Malayan Banking Berhad) kebiasaannya menilai kelayakan kredit anda berdasarkan faktor-faktor seperti skor kredit, pendapatan, nisbah hutang kepada pendapatan, dan sejarah kredit. Anda mungkin perlu meningkatkan skor kredit anda terlebih dahulu sebelum mohon kad kredit Singapore Airlines KrisFlyer American Express Gold

Maaf anda tak boleh mohon sebarang kad kredit sekiranya anda di bawah selaan atau pengawasan AKPK.

Ada soalan tambahan berhubung Singapore Airlines KrisFlyer American Express Gold?

Guna tab “Pertanyaan” di atas untuk bertanyakan soalan anda dan dapatkan jawapan dalam masa terdekat.

Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

0 Comments
Terbaru
Terakhir

Penafian:

Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi atau hubungi Maybank (Malayan Banking Berhad) untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.

Sumber Tambahan

Jelajahi dunia kad kredit di Malaysia dengan sumber-sumber ini membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

Ketahui Lebih Lanjut Tentang Maybank (Malayan Banking Berhad)

Maybank Malayan Banking Berhad
Maybank (Malayan Banking Berhad), ditubuhkan pada 1960, kini adalah bank terbesar di Malaysia dengan rangkaian luas pejabat dan ATM di seluruh negara, serta kehadiran antarabangsa di 20 negara. Mengamalkan konsep Universal Banking, Maybank dan Maybank Islamic menawarkan rangkaian komprehensif produk dan perkhidmatan perbankan konvensional dan Islamik untuk memenuhi pelbagai keperluan kewangan individu dan perniagaan.
Baca Selanjutnya

Teroka Dunia Kad Kredit di Malaysia

Panduan Lengkap Kad Kredit

Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakannya dengan bijak.
Baca sekarang

Cari Kad Kredit Terbaik

Guna sistem cari kad kredit kami yang mudah untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
Cari & bandingkan

Glosari Kad Kredit

Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
Lihat Glosari

Soalan Lazim Kad Kredit

Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
Dapatkan Jawapan

Anda Juga Mungkin Berminat

Standard Chartered JustOne Platinum MasterCard

Kad kredit Standard Chartered JustOne Platinum MasterCard menawarkan pulangan rebat tunai bertingkat (tiered cashback rate)…

Kad kredit Affin MasterCard Basic-i

Kad Kredit AFFIN Mastercard Basic-i menawarkan kemudahan tanpa yuran tahunan seumur hidup, sesuai untuk mereka…

Public Bank Quantum MasterCard

Kad kredit Public Bank Quantum MasterCard menawarkan yuran tahunan percuma untuk kad kredit utama (principal)…

Affinbank World MasterCard

Dapatkan kelebihan servis Concierge daripada MasterCard dan 6 kali akses ke lounge lapangan terbang setiap…