Akan dibuka dalam tab baharu

Maybank Visa Signature

Maybank Visa Signature
badge-percent
Kadar Faedah Tahunan
15% p.a
money-bill-1-wave
Yuran Tahunan
RM550
wallet
Kelayakan Gaji Bulanan
RM5833
square-dollar
Pelan Kewangan
Ansuran Tunai, Bayaran Ansuran Mudah, Pindahan Baki
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
Visa PayWave
list
Ciri Menarik
Ganjaran Perjalanan, Ganjaran Petrol, Mata Ganjaran, Premium, Pulangan Tunai

Maybank Visa Signature adalah kad kredit premium daripada Maybank yang didatangkan dengan pulangan dan ganjaran hebat. Dengan kad ini, anda bukan sahaja akan menerima pulangan tunai dengan setiap perbelanjaan, anda juga akan mendapat mata ganjaran yang boleh anda tukar kepada pulangan tunai.

Ciri pulangan tunai (cashback) oleh kad kredit Maybank ini menawarkan rebat tunai sehingga 5% setiap kali anda mengisi minyak atau berbelanja untuk barangan runcit. Ciri mata ganjaran TreatPoints pula memberi pulangan mata ganjaran sehingga 5x untuk setiap RM1 yang anda belanjakan. Anda boleh tebus mata ganjaran ini bukan sahaja untuk barangan atau hadiah, tetapi mata TreatPoints ini boleh ditukar kepada wang tunai.

Sebagai kad Visa Signature, pemegang kad layak untuk menikmati perkhidmatan Visa Concierge Service & Global Assist yang ditawarkan 24/7 seluruh dunia. Anda boleh menggunakan kelebihan ini untuk tempahan tiket kapal terbang dan hotel, perkhidmatan limousine, dan pelbagai lagi perkhidmatan yang memudahkan perjalanan anda.

Pemegang kad kredit Maybank Visa Signature juga akan menerima perlindungan insurans perjalanan sehingga RM2 juta, termasuk kemalangan peribadi sekiranya anda menempah tiket kapal terbang anda menggunakan kad ini.

Sekiranya anda ingin memindahkan baki kad kredit lama kepada kad kredit Maybank ini, anda boleh menggunakan pelan pemindahan baki Maybank Balance Transfer Program. Pelan ini membenarkan anda buat pindahan baki dari RM1,000 dan bayaran sehingga 36 bulan. Sedikit caj kadar faedah akan dikenakan bergantung kepada tempoh bayaran balik.

Bagi yang gemar membeli-belah pula, anda boleh mendapatkan barangan idaman dengan pelan ansuran mudah Maybank EzyPay atau Maybank EzyPay PLUS. Anda hanya perlu berbelanja serendah RM50 untuk layak menggunakan pelan ini. Maybank EzyPay adalah pelan zero-interest, manakala pelan EzyPay Plus pula mengenakan caj kadar faedah tahunan yang berpatutan.

Kad kredit Maybank Visa Signature juga menawarkan pelan pinjaman tunai Maybank Cash Treats sekiranya untuk tunai segera. Anda boleh buat ansuran tunai sehingga 90% had kredit (credit limit) kad anda dan bayar semula sehingga 36 bulan.

Berminat untuk mohon kad kredit Maybank ini? Baca maklumat di bawah untuk syarat kelayakan mohon, caj yang dikenakan, dan bagaimana untuk mohon secara dalam talian melalui laman web rasmi Maybank.

Kelebihan & Ciri Kad Kredit Maybank Visa Signature

Pulangan tunai (cashbacks)

Nikmati pulangan tunai sehingga 5% untuk perbelanjaan petrol dan barangan runcit, tanpa sebarang had belanja minimum. Rebat tunai ini dihadkan kepada RM88 setiap bulan.

JENIS REBAT TUNAI KADAR REBAT TUNAI HAD BULANAN PERBELANJAAN
Isian minyak kenderaan 5% RM88 Sebarang perbelanjaan
Perbelanjaan barangan runcit 5% RM88 Sebarang perbelanjaan

Mata ganjaran (reward points)

Dapatkan mata ganjaran Maybank TreatPoints dengan setiap perbelanjaan. Ganjaran 1x mata TreatPoints untuk perbelanjaan dalam negara, kecuali petrol dan barangan runcit. 5x mata TreatPoints pula akan dihadiahkan untuk setiap RM1 yang anda belanjakan di luar negara. Tukar setiap 50,000 mata TreatPoints kepada RM100.

Mata TreatPoints ini tiada had. Jadi anda boleh kumpul dan himpun seberapa banyak mata yang anda ingini.

JUMLAH MATA GANJARAN (POINT) JUMLAH PERBELANJAAN (RM) JENIS PERBELANJAAN
5 RM1 Perbelanjaan luar negara
1 RM1 Perbelanjaan runcit dalam negara
1 RM1 Utiliti
1 RM1 Insurans
1 RM1 Kesihatan
1 RM1 Pelan EzyPay

ganjaran perjalanan

Nikmati perjalanan tanpa masalah dengan perlindungan insurans perjalanan PA yang ditawarkan dengan kad kredit Maybank Visa Signature. Anda akan dilindungi untuk kemalangan peribadi, terlepas penerbangan, kehilangan bagasi, dan kelewatan bagasi. Buat tempahan tiket kapal terbang dengan kad anda untuk menikmati kelebihan ini.

JENIS PERLINDUNGAN JUMLAH PERLINDUNGAN (RM)
Kemalangan Peribadi Sehingga RM1,000,000
Insurans Perjalanan Sehingga RM2,000,000
Terlepas Penerbangan Sehingga RM1,000
Kelewatan Bagasi Sehingga RM1,000
Kehilangan Bagasi Sehingga RM3,000

Ganjaran petrol

Isi minyak petrol di sebarang stesen minyak seluruh negara dan nikmati pulangan tunai sehingga 5% untuk setiap isian. Cashback ini dihadkan kepada RM88 setiap bulanan.

Ciri premium

Pemegang kad Visa Signature layak untuk menerima perkhidmatan Visa Concierge Service & Global Assist. Naik taraf perjalanan anda dengan perkhidmatan tempahan hotel, sewaan kereta, dan keistimewaan khas di lapangan terbang terpilih. Pihak Visa juga boleh menempah restoran kegemaran anda di dalam dan luar negara.

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon
Warganegara Malaysia dan Ekspatriat
Kelayakan Gaji
Gaji kasar RM5833 sebulan atau RM70000 setahun
Kelayakan Umur
21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal)
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary)

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Card)
RM550
Percuma tahun pertama. Tahun berikutnya yuran diketepikah untuk perbelanjaan RM30,000 dan ke atas.
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card)
Percuma
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan)
Bayaran Bulanan Minimum
RM25 atau 5% daripada baki tertunggak.
Caj Lewat Bayar
RM10 atau 1% daripada amaun tertunggak.
Had Pendahuluan Tunai Harian
Tiada
Caj Pendahuluan Tunai
RM18 atau 5% daripada amaun pengeluaran (yang lebih tinggi)
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai
18%

Pelan Pembiayaan

Maybankard Balance Transfer Program
Maybankard Balance Transfer Program

Buat pindahan baki ke kad kredit Maybank dengan pindahan serendah RM1,000 tanpa caj pengendalian dan kadar faedah yang rendah. Tempoh bayaran semula sehingga 36 bulan.

Maklumat Lanjut
Maybankard EzyPay
Maybankard EzyPay

Gunakan pelan bayaran ansuran Maybank EzyPay untuk pembelian serendah RM50 dengan tempoh bayaran selama 36 bulan tanpa caj faedah dan tiada caj pengendalian.

Maklumat Lanjut
Maybankard EzyPay PLUS
Maybankard EzyPay PLUS

Tukar sebarang pembelian anda yang bernilai RM500 ke atas kepada pelan bayaran ansuran Maybank EzyPay Plus. Tempoh bayaran fleksibel dari 6 bulan hingga 24 bulan.

Maklumat Lanjut
Maybankard CashTreats
Maybankard CashTreats

Pinjaman tunai daripada Maybank serendah RM1,000 dengan tempoh pinjaman sehingga 36 bulan. Kadar faedah tetap dan proses permohonan yang ringkas.

Maklumat Lanjut

Cara Mohon Maybank Visa Signature

Tip sebelum mohon

Sebelum anda mohon, pastikan anda telah meneliti Syarat Kelayakan Memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tiada guna anda mohon jika anda tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk kad kredit ini.

Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berkaitan kad kredit Maybank Visa Signature

Ya, anda boleh cuba mohon sekiranya anda mencukupi syarat kelayakan seperti yang dinyatakan pada maklumat di atas, iaitu status kerakyatan dan pendapatan minimum. Walau bagaimanapun, Maybank (Malayan Banking Berhad) mungkin memerlukan kriteria tambahan untuk permohonan pertama anda.

Boleh sekiranya anda mencukupi syarat-syarat kelayakan untuk mohon. Untuk pengetahuan anda, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan seseorang individu hanya boleh memiliki maksimum 2 kad kredit sekiranya pendapatan tahunan anda adalah kurang dari RM36,000.

Had kredit atau credit limit akan ditentukan oleh Maybank (Malayan Banking Berhad) berdasarkan faktor-faktor seperti sejarah kredit, pendapatan bulanan, dan sejarah perbelanjaan. Anda boleh mohon had kredit tertentu semasa permohonan, tetapi keputusan akhir masih terletak di tangan Maybank (Malayan Banking Berhad).

Ya, anda boleh buat pendahuluan tunai (cash advance) dengan kad ini. Tetapi anda mungkin akan dikenakan caj tambahan seperti yang dinyatakan di bahagian Caj dan Yuran pada maklumat di atas. Anda juga perlu pertimbangkan kadar faedah untuk pendahuluan tunai adalah lebih tinggi daripada kadar faedah tahunan.

Ya, anda boleh guna kad kredit Maybank Visa Signature untuk transaksi dalam talian dengan syarat pedagang atau laman e-Dagang (e-Commerce) tersebut menyokong skim bayaran Visa.

Ya, anda boleh mohon kad ini untuk tujuan pindahan baki. Walaubagaimanapun, pastikan had kredit anda mencukupi untuk menampung jumlah baki yang ingin dipindahkan. Bandingkan juga pelan pindahan baki (kadar faedah dan caj pengendalian) dengan kad kredit sedia ada.

Anda boleh cuba untuk mohon, tetapi peluang lulus mungkin rendah jika anda mempunyai skor kredit yang rendah, atau sejarah kredit yang buruk. Maybank (Malayan Banking Berhad) kebiasaannya menilai kelayakan kredit anda berdasarkan faktor-faktor seperti skor kredit, pendapatan, nisbah hutang kepada pendapatan, dan sejarah kredit. Anda mungkin perlu meningkatkan skor kredit anda terlebih dahulu sebelum mohon kad kredit Maybank Visa Signature

Maaf anda tak boleh mohon sebarang kad kredit sekiranya anda di bawah selaan atau pengawasan AKPK.

Ada soalan tambahan berhubung Maybank Visa Signature?

Guna tab “Pertanyaan” di atas untuk bertanyakan soalan anda dan dapatkan jawapan dalam masa terdekat.

Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

0 Comments
Terbaru
Terakhir

Penafian:

Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi atau hubungi Maybank (Malayan Banking Berhad) untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.

Sumber Tambahan

Jelajahi dunia kad kredit di Malaysia dengan sumber-sumber ini membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

Ketahui Lebih Lanjut Tentang Maybank (Malayan Banking Berhad)

Maybank Malayan Banking Berhad
Maybank (Malayan Banking Berhad), ditubuhkan pada 1960, kini adalah bank terbesar di Malaysia dengan rangkaian luas pejabat dan ATM di seluruh negara, serta kehadiran antarabangsa di 20 negara. Mengamalkan konsep Universal Banking, Maybank dan Maybank Islamic menawarkan rangkaian komprehensif produk dan perkhidmatan perbankan konvensional dan Islamik untuk memenuhi pelbagai keperluan kewangan individu dan perniagaan.
Baca Selanjutnya

Teroka Dunia Kad Kredit di Malaysia

Panduan Lengkap Kad Kredit

Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakannya dengan bijak.
Baca sekarang

Cari Kad Kredit Terbaik

Guna sistem cari kad kredit kami yang mudah untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
Cari & bandingkan

Glosari Kad Kredit

Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
Lihat Glosari

Soalan Lazim Kad Kredit

Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
Dapatkan Jawapan

Anda Juga Mungkin Berminat

Kad kredit Hong Leong Visa Infinite

Nikmati keistimewaan eksklusif dengan pengalaman perjalanan yang lancar, dan ganjaran luar biasa dengan kad kredit…

Kad kredit RHB Visa Infinite

Kad kredit RHB Visa Infinite menawarkan ciri premium dengan pulangan mata ganjaran, perlindungan insurans perjalanan, akses tanpa…

ICBC Visa Gold

Kad kredit ICBC Visa Gold menawarkan ganjaran dalam bentuk reward points tanpa had dan tanpa…

Citibank Citi Prestige Mastercard

Inginkan kad kredit dengan ciri premium dan mata ganjaran hebat? Kad kredit Citi Prestige Mastercard…