Akan dibuka dalam tab baharu

Maybank Grab MasterCard Platinum

Maybank Grab MasterCard Platinum
badge-percent
Kadar Faedah Tahunan
15% p.a
money-bill-1-wave
Yuran Tahunan
Percuma seumur hidup
wallet
Kelayakan Gaji Bulanan
RM2000
square-dollar
Pelan Kewangan
Ansuran Tunai, Bayaran Ansuran Mudah, Pindahan Baki
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
MasterCard PayPass
list
Ciri Menarik
Mata Ganjaran, Premium, Tanpa Yuran Tahunan

Maybank Grab MasterCard Platinum adalah kad kredit yang dirancang khusus untuk pengguna tegar aplikasi Grab. Dengan kad kredit Maybank ini, setiap transaksi melalui aplikasi Grab akan memberikan anda mata ganjaran GrabRewards. Jadi, semakin banyak anda menggunakan aplikasi Grab, semakin banyak mata yang boleh anda kumpul.

Kad kredit Maybank GRAB MasterCard Platinum menawarkan 1x mata GrabRewards untuk setiap RM1 anda belanjakan melalui aplikasi GRAB, termasuk tambah nilai E-Wallet GRAB. Setiap transaksi di luar negara dan e-dagang juga akan memberikan anda 1x mata ganjaran bagi setiap transaksi RM3. Walaupun di mana sahaja anda berada, anda tetap dapat mata ganjaran GrabRewards melalui kad ini.

Anda juga dapat menikmati keistimewaan Grab Platinum dalam tempoh 6 bulan selepas anda mengaktifkan kad Maybank Grab MasterCard Platinum anda . Selain itu, anda juga akan menerima 5x Baucar GrabRide dan GrabFood bernilai RM5 apabila anda berbelanja sekurang-kurangnya RM300 melalui aplikasi Grab dalam tempoh 45 hari dari tarikh lulus kad.

Kad kredit MasterCard Maybank ini juga menawarkan pelan kad kredit yang lengkap. Anda boleh memindahkan baki dari kad kredit lama anda melalui Program Maybank Balance Transfer tanpa caj kadar faedah. Tidak lupa juga pelan bayaran ansuran mudah Maybankard EzyPay dan EzyPay Plus yang memudahkan anda membeli barangan idaman dengan tempoh bayaran balik sehingga 36 bulan.

Jika anda memerlukan wang tunai segera, Maybank GRAB MasterCard Platinum juga menawarkan pelan pinjaman tunai kad kredit melalui pelan Maybankard Cash Treats dan Maybankard EzyCash. Anda boleh menikmati kadar faedah yang lebih rendah dengan kedua-dua pelan pendahuluan tunai Maybank ini berbanding pinjaman peribadi.

Anda tidak perlu risau dibebani dengan yuran tahunan kerana kad ini menawarkan yuran percuma seumur hidup. Ini bermakna anda tidak perlu membayar yuran tahunan untuk kad utama dan kad tambahan, menjadikan kad ini sebagai pilihan yang berbaloi dan menjimatkan.

Kad kredit Maybank GRAB MasterCard Platinum ditawarkan kepada warganegara Malaysia dengan pendapatan tahunan tidak kurang daripada RM24,000. Kad ini ditawarkan kepada warganegara Malaysia berumur antara 21 hingga 65 tahun untuk kad utama, dan sekurang-kurangnya 18 tahun untuk kad tambahan.

Maybank Grab MasterCard Platinum adalah pilihan yang tepat jika anda adalah pengguna setia aplikasi Grab. Dengan setiap transaksi yang anda lakukan melalui aplikasi ini, anda akan mendapat ganjaran. Selain itu, dengan status Grab Platinum, anda akan menikmati lebih banyak keistimewaan. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk memohon kad ini untuk menikmati kelebihan yang ditawarkan.

Baca maklumat di bawah untuk maklumat lanjut tentang ciri-ciri lengkap kad ini, termasuk syarat dan cara mohon.

Kelebihan & Ciri Kad Kredit Maybank Grab MasterCard Platinum

Mata ganjaran (reward points)

Nikmati mata ganjaran dalam bentuk GrabRewards untuk setiap perbelanjaan anda, sama ada dengan aplikasi Grab ataupun tidak. Anda akan menerima 1,000 mata ganjaran bonus sebaik sahaja anda mengaktifkan kad Maybank Grab MasterCard Platinum anda. Selepas itu setiap transaksi RM1 melalui aplikasi Grab akan menerima 1x mata GrabRewards. Jika anda menggunakan kad ini untuk transaksi di dalam dan luar negara, atau transaksi e-dagang, anda akan menerima 1x mata GrabRewards untuk setiap RM3.

JUMLAH MATA GANJARAN (POINT) JUMLAH PERBELANJAAN (RM) JENIS PERBELANJAAN
1 RM1 Transaksi melalui aplikasi Grab, termasuk tambah nilai E-Dompet Grab
1 RM3 Perbelanjaan di luar negara dan e-dagang
1 RM3 Perbelanjaan dalam negara kecuali Grab dan e-dagang

Ciri premium

Dapatkan keistimewaan Grab Platinum selama 6 bulan selepas permohonan kad kredit Maybank Grab MasterCard Platinum anda lulus. Tidak lupa juga 5x Baucar GrabRide dan GrabFood yang bernilai RM5. Anda hanya perlu berbelanja sekurang-kurangnya RM300 melalui aplikasi Grab dalam tempoh 45 hari dari tarikh lulus kad untuk mendapatkan kedua-dua baucar ini.

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon
Warganegara Malaysia
Kelayakan Gaji
Gaji kasar RM2000 sebulan atau RM24000 setahun
Kelayakan Umur
21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal)
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary)

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Card)
Percuma seumur hidup
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card)
Percuma
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan)
Bayaran Bulanan Minimum
RM25 atau 5% daripada baki tertunggak.
Caj Lewat Bayar
RM10 atau 1% daripada amaun tertunggak.
Had Pendahuluan Tunai Harian
Tiada
Caj Pendahuluan Tunai
RM18 atau 5% daripada amaun pengeluaran (yang lebih tinggi)
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai
18%

Pelan Pembiayaan

Maybankard Balance Transfer Program
Maybankard Balance Transfer Program

Buat pindahan baki ke kad kredit Maybank dengan pindahan serendah RM1,000 tanpa caj pengendalian dan kadar faedah yang rendah. Tempoh bayaran semula sehingga 36 bulan.

Maklumat Lanjut
Maybankard EzyPay
Maybankard EzyPay

Gunakan pelan bayaran ansuran Maybank EzyPay untuk pembelian serendah RM50 dengan tempoh bayaran selama 36 bulan tanpa caj faedah dan tiada caj pengendalian.

Maklumat Lanjut
Maybankard EzyPay PLUS
Maybankard EzyPay PLUS

Tukar sebarang pembelian anda yang bernilai RM500 ke atas kepada pelan bayaran ansuran Maybank EzyPay Plus. Tempoh bayaran fleksibel dari 6 bulan hingga 24 bulan.

Maklumat Lanjut
Maybankard CashTreats
Maybankard CashTreats

Pinjaman tunai daripada Maybank serendah RM1,000 dengan tempoh pinjaman sehingga 36 bulan. Kadar faedah tetap dan proses permohonan yang ringkas.

Maklumat Lanjut
Maybankard EzyCash / EzyCash-i
Maybankard EzyCash / EzyCash-i

Pelan ansuran tunai kad kredit tanpa caj faedah (zero interest) dengan pinjaman minimum serendah RM2,000 dan tempoh pinjaman selama 6 bulan.

Maklumat Lanjut

Cara Mohon Maybank Grab MasterCard Platinum

Tip sebelum mohon

Sebelum anda mohon, pastikan anda telah meneliti Syarat Kelayakan Memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tiada guna anda mohon jika anda tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk kad kredit ini.

Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berkaitan kad kredit Maybank Grab MasterCard Platinum

Ya, anda boleh cuba mohon sekiranya anda mencukupi syarat kelayakan seperti yang dinyatakan pada maklumat di atas, iaitu status kerakyatan dan pendapatan minimum. Walau bagaimanapun, Maybank (Malayan Banking Berhad) mungkin memerlukan kriteria tambahan untuk permohonan pertama anda.

Boleh sekiranya anda mencukupi syarat-syarat kelayakan untuk mohon. Untuk pengetahuan anda, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan seseorang individu hanya boleh memiliki maksimum 2 kad kredit sekiranya pendapatan tahunan anda adalah kurang dari RM36,000.

Had kredit atau credit limit akan ditentukan oleh Maybank (Malayan Banking Berhad) berdasarkan faktor-faktor seperti sejarah kredit, pendapatan bulanan, dan sejarah perbelanjaan. Anda boleh mohon had kredit tertentu semasa permohonan, tetapi keputusan akhir masih terletak di tangan Maybank (Malayan Banking Berhad).

Ya, anda boleh buat pendahuluan tunai (cash advance) dengan kad ini. Tetapi anda mungkin akan dikenakan caj tambahan seperti yang dinyatakan di bahagian Caj dan Yuran pada maklumat di atas. Anda juga perlu pertimbangkan kadar faedah untuk pendahuluan tunai adalah lebih tinggi daripada kadar faedah tahunan.

Ya, anda boleh guna kad kredit Maybank Grab MasterCard Platinum untuk transaksi dalam talian dengan syarat pedagang atau laman e-Dagang (e-Commerce) tersebut menyokong skim bayaran MasterCard.

Ya, anda boleh mohon kad ini untuk tujuan pindahan baki. Walaubagaimanapun, pastikan had kredit anda mencukupi untuk menampung jumlah baki yang ingin dipindahkan. Bandingkan juga pelan pindahan baki (kadar faedah dan caj pengendalian) dengan kad kredit sedia ada.

Anda boleh cuba untuk mohon, tetapi peluang lulus mungkin rendah jika anda mempunyai skor kredit yang rendah, atau sejarah kredit yang buruk. Maybank (Malayan Banking Berhad) kebiasaannya menilai kelayakan kredit anda berdasarkan faktor-faktor seperti skor kredit, pendapatan, nisbah hutang kepada pendapatan, dan sejarah kredit. Anda mungkin perlu meningkatkan skor kredit anda terlebih dahulu sebelum mohon kad kredit Maybank Grab MasterCard Platinum

Maaf anda tak boleh mohon sebarang kad kredit sekiranya anda di bawah selaan atau pengawasan AKPK.

Ada soalan tambahan berhubung Maybank Grab MasterCard Platinum?

Guna tab “Pertanyaan” di atas untuk bertanyakan soalan anda dan dapatkan jawapan dalam masa terdekat.

Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

0 Comments
Terbaru
Terakhir

Penafian:

Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi atau hubungi Maybank (Malayan Banking Berhad) untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.

Sumber Tambahan

Jelajahi dunia kad kredit di Malaysia dengan sumber-sumber ini membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

Ketahui Lebih Lanjut Tentang Maybank (Malayan Banking Berhad)

Maybank Malayan Banking Berhad
Maybank (Malayan Banking Berhad), ditubuhkan pada 1960, kini adalah bank terbesar di Malaysia dengan rangkaian luas pejabat dan ATM di seluruh negara, serta kehadiran antarabangsa di 20 negara. Mengamalkan konsep Universal Banking, Maybank dan Maybank Islamic menawarkan rangkaian komprehensif produk dan perkhidmatan perbankan konvensional dan Islamik untuk memenuhi pelbagai keperluan kewangan individu dan perniagaan.
Baca Selanjutnya

Teroka Dunia Kad Kredit di Malaysia

Panduan Lengkap Kad Kredit

Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakannya dengan bijak.
Baca sekarang

Cari Kad Kredit Terbaik

Guna sistem cari kad kredit kami yang mudah untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
Cari & bandingkan

Glosari Kad Kredit

Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
Lihat Glosari

Soalan Lazim Kad Kredit

Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
Dapatkan Jawapan

Anda Juga Mungkin Berminat

AmBank BonusLink Visa Signature

Kad kredit AmBank BonusLink Visa Signature adalah kad 2-dalam-1, kad kredit dan juga kad BonusLink.…

Kad kredit CIMB PETRONAS Visa Infinite-i 

Kad Kredit CIMB PETRONAS Visa Infinite-i khusus untuk pelanggan utama PETRONAS dengan program pulangan tunai…

Standard Chartered Platinum MasterCard Basic

Kad kredit Standard Chartered Platinum MasterCard Basic sesuai bagi mereka yang baru berjinak dengan kad…

Citi PremierMiles Mastercard

Kad kredit terbaik untuk mereka yang gemar “travel” dan dalam masa yang sama inginkan keselesaan…