Akan dibuka dalam tab baharu

Maybank 2 Cards Premier

Maybank 2 Cards Premier
badge-percent
Kadar Faedah Tahunan
15% p.a
money-bill-1-wave
Yuran Tahunan
RM800
wallet
Kelayakan Gaji Bulanan
RM8333
square-dollar
Pelan Kewangan
Ansuran Tunai, Bayaran Ansuran Mudah, Pindahan Baki
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
Visa PayWave, Amex Contactless
list
Ciri Menarik
Ganjaran Perjalanan, Mata Ganjaran, Premium

Mohon satu kad kredit dapat satu kad percuma. Ini adalah keistimewaan yang ditawarkan oleh kad kredit Maybank 2 Cards Premier. Dengan permohonan kad ini, anda akan menerima 2 kad, iaitu kad Maybank 2 Cards Premier Reserve American Express dan kad Maybank 2 Premier Visa. Yang menariknya anda hanya akan menerima satu penyata kad kredit sahaja untuk kedua-dua kad ini.

Selain kelebihan dua kad, kad kredit Maybank 2 Cards Premier juga menawarkan keistimewaan dan kelebihan seperti pulangan mata ganjaran TreatPoints yang tinggi. Anda boleh dapatkan sehingga 5x mata Maybank TreatPoints dengan setiap RM1 yang dibelanjakan di dalam dan luar negara dengan kad Maybank 2 Cards Premier Reserve American Express.

Malah anda akan menerima 10,000 mata TreatPoints sebagai bonus percuma untuk transaksi pertama dengan kad ini. Tebus mata ganjaran untuk barangan, baucar, perkhidmatan, atau Air Miles.

Bagi yang gemar melancong pula anda tidak perlu risau jika anda buat tempahan tiket kapal terbang dengan kad kredit Maybank 2 Cards Premier kerana anda akan dilindungi oleh insurans perjalanan sehingga RM1 juta. Perlindungan ini juga merangkumi kelewatan penerbangan dan juga kelewatan atau kehilangan bagasi.

Tidak lupa juga akses percuma sebanyak lima kali setahun ke Plaza Premium Lounge untuk tempahan perjalanan dengan kad Maybank 2 Cards Premier Reserve American Express. Anda juga layak untuk menerima penjimatan sehingga 20% dari kadar walk-in, dan juga tambahan penjimatan 20% untuk tetamu anda.

Peminat sukan golf juga tidak dikecualikan. Nikmati yuran hijau percuma di kelab golf terpilih seluruh dunia untuk tempahan dengan kad ini. Malah, tetamu anda juga akan diberikan diskaun penjimatan sehingga 10%.

Seperti kebanyakan kad kredit Maybank, kad Maybank 2 Cards Premier menawarkan pelan kad kredit yang lengkap. Guna pelan pemindahan baki Maybankard Balance Transfer Program dengan caj kadar faedah rendah dan tempoh bayaran sehingga 36 bulan. Atau, dapatkan barangan idaman anda melalui pelan bayaran ansuran mudah Maybank EzyPay dengan zero-interest dan tempoh bayaran sehingga 36 bulan. Pelan EzyPay Plus pula membenarkan anda buat pembelian sehingga RM30,000 dengan bayaran ansuran. Jika anda perlukan wang segera di saat kecemasan, guna pelan ansuran tunai Maybankard Cash Treats yang boleh dimohon tanpa sebarang dokumen.

Yuran tahunan Maybank 2 Cards Premier adalah percuma untuk tahun pertama dan yuran akan dikecualikan bagi tahun berikutnya untuk perbelanjaan lebih daripada RM80,000 pada tahun tersebut. Anda juga akan menerima empat kad tambahan (supplementary card) percuma dengan kad ini.

Pihak Maybank menawarkan kad kredit Maybank 2 Cards Premier kepada warganegara Malaysia dan ekspatriat berumur 21 tahun ke atas dengan pendapatan tahunan tidak kurang daripada RM100,000. Sekiranya anda layak dan berminat untuk mohon, baca maklumat di bawah untuk ciri lengkap kad ini, termasuk pulangan ganjaran, caj yang dikenakan, yuran, dan bagaimana untuk mohon.

Kelebihan & Ciri Kad Kredit Maybank 2 Cards Premier

Mata ganjaran (reward points)

Dapatkan mata ganjaran Maybank TreatPoints dengan setiap RM1 yang anda belanjakan dengan kad kredit Maybank 2 Cards Premier. Transaksi pertama yang anda buat dengan kad ini akan dihadiahkan dengan 10,000 mata TreatPoints. Transaksi berikutnya pula akan menerima 5x mata untuk perbelanjaan di dalam dan luar negara, kecuali perbelanjaan utiliti, pembelajaran, insurans, dan bayaran EzyPay yang menerima 1x mata TreatPoints.

Pulangan mata ganjaran TreatPoints juga dikecualikan untuk perbelanjaan berkaitan badan kerajaan, JomPAY, FPX, dan tambah nilai E-Dompet (E-Wallet reload).

Mata TreatPoints boleh anda tebus untuk barangan, perkhidmatan, baucar tawaran, dan Air Miles dari AirAsia, Enrich dan KrisFlyer. Anda boleh dapatkan 1,000 Air Miles dengan menebus 7,000 TreatPoints.

JUMLAH MATA GANJARAN (POINT) JUMLAH PERBELANJAAN (RM) JENIS PERBELANJAAN
5 RM1 Perbelanjaan dalam dan luar negara
1 RM1 Utiliti, insurans, pembelajaran, dan bayaran bulanan Maybank EzyPay

ganjaran perjalanan

Nikmati perjalanan yang selesa dengan akses ke Plaza Premium Lounge dan perlindungan insurans perjalanan sehingga RM1 juta.

JENIS PERLINDUNGAN JUMLAH PERLINDUNGAN (RM)
Insurans perjalanan Sehingga RM1,000,000
Penerbangan lewat Sehingga RM1,600
Tertinggal penerbangan Sehingga RM1,600
Bagasi hilang Sehingga RM5,000
Bagasi lewat Sehingga RM1,600

Ciri premium

Dapatkan yuran hijau (green fees) percuma di kelab golf terpilih seluruh dunia. Tidak lupa juga diskaun sehingga 10% jika anda membawa tetamu bersama.

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon
Warganegara Malaysia dan Ekspatriat
Kelayakan Gaji
Gaji kasar RM8333 sebulan atau RM100000 setahun
Kelayakan Umur
21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal)
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary)

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Card)
RM800
Tahun pertama adalah percuma. Tahun berikutnya yuran dikecualikan untuk perbelanjaan RM80,000 ke atas
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card)
RM400
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan)
Bayaran Bulanan Minimum
RM25 atau 5% daripada baki tertunggak.
Caj Lewat Bayar
RM10 atau 1% daripada amaun tertunggak.
Had Pendahuluan Tunai Harian
Tiada
Caj Pendahuluan Tunai
RM18 atau 5% daripada amaun pengeluaran (yang lebih tinggi)
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai
18%

Pelan Pembiayaan

Maybankard Balance Transfer Program
Maybankard Balance Transfer Program

Buat pindahan baki ke kad kredit Maybank dengan pindahan serendah RM1,000 tanpa caj pengendalian dan kadar faedah yang rendah. Tempoh bayaran semula sehingga 36 bulan.

Maklumat Lanjut
Maybankard EzyPay
Maybankard EzyPay

Gunakan pelan bayaran ansuran Maybank EzyPay untuk pembelian serendah RM50 dengan tempoh bayaran selama 36 bulan tanpa caj faedah dan tiada caj pengendalian.

Maklumat Lanjut
Maybankard EzyPay PLUS
Maybankard EzyPay PLUS

Tukar sebarang pembelian anda yang bernilai RM500 ke atas kepada pelan bayaran ansuran Maybank EzyPay Plus. Tempoh bayaran fleksibel dari 6 bulan hingga 24 bulan.

Maklumat Lanjut
Maybankard CashTreats
Maybankard CashTreats

Pinjaman tunai daripada Maybank serendah RM1,000 dengan tempoh pinjaman sehingga 36 bulan. Kadar faedah tetap dan proses permohonan yang ringkas.

Maklumat Lanjut

Cara Mohon Maybank 2 Cards Premier

Tip sebelum mohon

Sebelum anda mohon, pastikan anda telah meneliti Syarat Kelayakan Memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tiada guna anda mohon jika anda tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk kad kredit ini.

Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berkaitan kad kredit Maybank 2 Cards Premier

Ya, anda boleh cuba mohon sekiranya anda mencukupi syarat kelayakan seperti yang dinyatakan pada maklumat di atas, iaitu status kerakyatan dan pendapatan minimum. Walau bagaimanapun, Maybank (Malayan Banking Berhad) mungkin memerlukan kriteria tambahan untuk permohonan pertama anda.

Boleh sekiranya anda mencukupi syarat-syarat kelayakan untuk mohon. Untuk pengetahuan anda, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan seseorang individu hanya boleh memiliki maksimum 2 kad kredit sekiranya pendapatan tahunan anda adalah kurang dari RM36,000.

Had kredit atau credit limit akan ditentukan oleh Maybank (Malayan Banking Berhad) berdasarkan faktor-faktor seperti sejarah kredit, pendapatan bulanan, dan sejarah perbelanjaan. Anda boleh mohon had kredit tertentu semasa permohonan, tetapi keputusan akhir masih terletak di tangan Maybank (Malayan Banking Berhad).

Ya, anda boleh buat pendahuluan tunai (cash advance) dengan kad ini. Tetapi anda mungkin akan dikenakan caj tambahan seperti yang dinyatakan di bahagian Caj dan Yuran pada maklumat di atas. Anda juga perlu pertimbangkan kadar faedah untuk pendahuluan tunai adalah lebih tinggi daripada kadar faedah tahunan.

Ya, anda boleh guna kad kredit Maybank 2 Cards Premier untuk transaksi dalam talian dengan syarat pedagang atau laman e-Dagang (e-Commerce) tersebut menyokong skim bayaran MasterCard, Visa.

Ya, anda boleh mohon kad ini untuk tujuan pindahan baki. Walaubagaimanapun, pastikan had kredit anda mencukupi untuk menampung jumlah baki yang ingin dipindahkan. Bandingkan juga pelan pindahan baki (kadar faedah dan caj pengendalian) dengan kad kredit sedia ada.

Anda boleh cuba untuk mohon, tetapi peluang lulus mungkin rendah jika anda mempunyai skor kredit yang rendah, atau sejarah kredit yang buruk. Maybank (Malayan Banking Berhad) kebiasaannya menilai kelayakan kredit anda berdasarkan faktor-faktor seperti skor kredit, pendapatan, nisbah hutang kepada pendapatan, dan sejarah kredit. Anda mungkin perlu meningkatkan skor kredit anda terlebih dahulu sebelum mohon kad kredit Maybank 2 Cards Premier

Maaf anda tak boleh mohon sebarang kad kredit sekiranya anda di bawah selaan atau pengawasan AKPK.

Ada soalan tambahan berhubung Maybank 2 Cards Premier?

Guna tab “Pertanyaan” di atas untuk bertanyakan soalan anda dan dapatkan jawapan dalam masa terdekat.

Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

0 Comments
Terbaru
Terakhir

Penafian:

Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi atau hubungi Maybank (Malayan Banking Berhad) untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.

Sumber Tambahan

Jelajahi dunia kad kredit di Malaysia dengan sumber-sumber ini membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

Ketahui Lebih Lanjut Tentang Maybank (Malayan Banking Berhad)

Maybank Malayan Banking Berhad
Maybank (Malayan Banking Berhad), ditubuhkan pada 1960, kini adalah bank terbesar di Malaysia dengan rangkaian luas pejabat dan ATM di seluruh negara, serta kehadiran antarabangsa di 20 negara. Mengamalkan konsep Universal Banking, Maybank dan Maybank Islamic menawarkan rangkaian komprehensif produk dan perkhidmatan perbankan konvensional dan Islamik untuk memenuhi pelbagai keperluan kewangan individu dan perniagaan.
Baca Selanjutnya

Teroka Dunia Kad Kredit di Malaysia

Panduan Lengkap Kad Kredit

Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakannya dengan bijak.
Baca sekarang

Cari Kad Kredit Terbaik

Guna sistem cari kad kredit kami yang mudah untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
Cari & bandingkan

Glosari Kad Kredit

Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
Lihat Glosari

Soalan Lazim Kad Kredit

Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
Dapatkan Jawapan

Anda Juga Mungkin Berminat

AmBank BonusLink Visa Signature

Kad kredit AmBank BonusLink Visa Signature adalah kad 2-dalam-1, kad kredit dan juga kad BonusLink.…

Kad kredit CIMB PETRONAS Visa Infinite-i 

Kad Kredit CIMB PETRONAS Visa Infinite-i khusus untuk pelanggan utama PETRONAS dengan program pulangan tunai…

Standard Chartered Platinum MasterCard Basic

Kad kredit Standard Chartered Platinum MasterCard Basic sesuai bagi mereka yang baru berjinak dengan kad…

Citi PremierMiles Mastercard

Kad kredit terbaik untuk mereka yang gemar “travel” dan dalam masa yang sama inginkan keselesaan…