Akan dibuka dalam tab baharu

Maybank Islamic Ikhwan American Express Platinum Card-i 

Kad kredit Maybank Islamic Ikhwan American Express Platinum Card-i
badge-percent
Kadar Faedah Tahunan
15% p.a
money-bill-1-wave
Yuran Tahunan
Percuma seumur hidup
wallet
Kelayakan Gaji Bulanan
RM3333
square-dollar
Pelan Kewangan
Ansuran Tunai, Bayaran Ansuran Mudah, Pindahan Baki
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
Amex Contactless
list
Ciri Menarik
Ganjaran Petrol, Islamik, Mata Ganjaran, Premium, Pulangan Tunai, Tanpa Yuran Tahunan

Kad kredit Maybank Islamic Ikhwan American Express Platinum Card-i menawarkan ganjaran mata TreatPoints untuk setiap perbelanjaan anda. Kad kredit Islamik daripada Maybank ini juga didatangkan dengan rangkaian American Express yang diterima di seluruh dunia. 

Pulangan dan Ganjaran Berganda 

Maybank Islamic bukan sahaja menawarkan mata ganjaran, tetapi juga pulangan tunai dengan kad Maybank Islamic Ikhwan American Express Platinum Card-i. Kumpul mata TreatPoints atau dapatkan tunai kembali dengan ciri cashback. 

Mata Maybank TreatPoints  

Anda akan menerima sehingga 3x mata TreatPoints bagi setiap perbelanjaan di peniaga mesra alam, dan antara 1x hingga 2x mata untuk perbelanjaan dalam negara. Walau bagaimanapun, mata TreatPoints dikecualikan untuk transaksi dalam talian. 

Mata TreatPoints yang terkumpul boleh ditebus dengan hadiah, barangan, baucar, diskaun, dan juga mata AirMiles dari Enrich, KrisFlyer, dan Air Asia. 

Cashback Sehingga 8%  

Ciri pulangan tunai kad kredit Maybank ini pula menawarkan cashback sehingga 8% untuk perbelanjaan online RM100 ke atas, dan dihadkan kepada RM50 setiap bulan.  

Yang menariknya, had bulanan digandakan kepada RM100 sebulan untuk perbelanjaan dalam talian pada bulan Ramadhan dan bulan Syawal. Termasuk juga bonus RM25 sebagai hadiah sekiranya anda berbelanja lebih daripada RM300 dalam tempoh 30 hari daripada tarikh mengaktifkan kad. 

Pelan Kewangan Lengkap 

 Kad kredit Maybank Islamic Ikhwan American Express Platinum ini juga didatangkan dengan pelan kewangan yang lengkap, iaitu pelan pindahan baki, pelan bayaran ansuran mudah, dan juga pelan ansuran tunai. 

Ketiga-tiga pelan ini menawarkan kadar faedah dari zero interest hingga kadar berpatutan, tidak kira pelan yang anda gunakan. 

Buat pemindahan baki daripada kad kredit lama kepada kad Maybank Ikhwan anda melalui pelan Maybank Balance Transfer Islamic Ikhwan card. Anda juga boleh dapatkan barangan idaman dengan pelan Maybankard EzyPay atau EzyPay PLUS. Untuk tunai segera pula, guna antara pelan Maybank EzyCash atau Maybank Cash Treats di saat kecemasan. 

Tanpa Yuran Tahunan Seumur Hidup 

Seperti kebanyakan kad kredit Maybank Islamic, anda tidak perlu tentang bayaran yuran tahunan kerana kad Maybank American Express Platinum tidak mengenakan sebarang caj yuran tahunan kad kredit, untuk kad utama dan juga kad tambahan. 

Anda cuma perlu bayar caj SST sebanyak RM25 setiap tahun pada tarikh pengaktifan kad. Pihak Maybank juga membenarkan anda buat bayaran bulanan minimum sebanyak RM25 setiap bulan, atau 5% daripada tunggakan – yang lebih tinggi. 

Sekiranya anda gagal buat bayaran bulanan, anda akan dikenakan caj penalti lewat bayar sebanyak RM10 atau RM1% daripada baki. Walau bagaimanapun, caj maksimum ditetapkan kepada RM100. 

Syarat Kelayakan Mohon Yang Ringkas  

Kad kredit Maybank Islamic Ikhwan AMEX Platinum Card-i ditawarkan kepada -warganegara Malaysia dan ekspatriat berumur antara 21 hingga 65 tahun dengan pendapatan tahunan tidak kurang daripada RM40,000.   

Kad kredit Islamik Maybank ini bukan sahaja menawarkan pulangan tunai dan mata ganjaran, tetapi juga datang dengan pelan kredit yang lengkap untuk memudahkan pengurusan kewangan anda. Dengan yuran tahunan percuma dan syarat kelayakan memohon yang sangat ringkas, kad ini sesuai dimohon jika anda ingin pulangan berganda tanpa perlu risau tentang bil tahunan. Baca lebih lanjut maklumat tambahan termasuk bagaimana cara untuk mohon secara dalam talian. 

Kelebihan & Ciri Kad Kredit Maybank Islamic Ikhwan American Express Platinum Card-i 

Pulangan tunai (cashbacks)

Dapatkan sehingga 8% pulangan tunai (cashback) sepanjang bulan Ramadan dan Syawal dengan had bulanan RM100. Hanya belanja dalam talian dengan tidak kurang daripada RM100 untuk layak mendapatkan pulangan menarik ini.

JENIS REBAT TUNAI KADAR REBAT TUNAI HAD BULANAN PERBELANJAAN
Perbelanjaan dalam talian sepanjang bulan Ramadan dan Syawal 8% RM100 RM100 ke atas
Perbelanjaan dalam talian kecuali bulan Ramadan dan Syawal 8% RM50 RM100 ke atas

Mata ganjaran (reward points)

3x mata ganjaran TreatPoint untuk perbelanjaan di pedagang mesra alam, 2x mata TreatPoint untuk transaksi terpilih dalam negara, dan 1x mata untuk petrol, urusan kerajaan, pelajaran, dan Takaful.

JUMLAH MATA GANJARAN (POINT) JUMLAH PERBELANJAAN (RM) JENIS PERBELANJAAN
3 RM1 Pedagang mesra alam (rujuk senarai di bawah)
2 RM1 Perbelanjaan dalam negara (kecuali transaksi dalam talian, petrol, urusan kerajaan, pelajaran, dan insurans/takaful
1 RM1 Transaksi Petrol, urusan kerajaan, pelajaran, dan insurans/takaful

Mata TreatPoint yang anda kumpul sah sehingga 3 tahun, jadi jangan tunggu lama dan tebus mata anda untuk hadiah, baucar, diskaun dan barangan menarik. Mata terkumpul juga boleh ditukar kepada Air Miles dari syarikat penerbangan yang mengambil bahagian.

Senarai Pedagang Mesra Alam yang mengambil bahagian

  • Suria Infiniti Sdn Bhd
  • Gsparx Sdn Bhd
  • Tnbx Sdn Bhd
  • Pekat Solar Sdn Bhd
  • Sfs Energy Sdn Bhd
  • Eco Solar Solutions Sdn Bhd
  • Pathgreen Energy Sdn Bhd
  • Solar Sunyield Sdn Bhd
  • Hd Solar New Energy Sdn Bhd
  • Sg Energy Sg Energy Sdn Bhd
  • Kts Trading Sdn Bhd
  • Solartech Sales & Services S/B
  • Solar Electronic & Electrical
  • Solar-Mate Sdn Bhd
  • Easy Solar Sdn Bhd
  • Giga Tech Solar Sb
  • Verdant Solar Sdn Bhd
  • Solar Bee Sdn Bhd
  • Hd Solar New Energy Sdn Bhd
  • Ai Solar Sdn Bhd
  • Ers Energy Sdn Bhd
  • Sols Energy Sdn Bhd

Ganjaran petrol

Dapatkan 1x mata Maybank TreatPoint dengan setiap RM1 isian minyak anda di sebarang stesen minyak seluruh Malaysia.  

Ciri premium

Nikmati keistimewaan premium seperti tawaran menarik dan diskaun hebat dari program American Express SELECTS, termasuk AMEX Global Experience dan AMEX Express Essentials. Maklumat lanjut di laman American Express Malaysia (https://www.americanexpress.com/en-my/network/benefits/)

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon
Warganegara Malaysia dan Ekspatriat
Kelayakan Gaji
Gaji kasar RM3333 sebulan atau RM40000 setahun
Kelayakan Umur
21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal)
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary)

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Card)
Percuma seumur hidup
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card)
Percuma
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan)
Bayaran Bulanan Minimum
RM25 atau 5% daripada baki tertunggak.
Caj Lewat Bayar
RM10 atau 1% daripada amaun tertunggak.
Had Pendahuluan Tunai Harian
Tiada
Caj Pendahuluan Tunai
RM18 atau 5% daripada amaun pengeluaran (yang lebih tinggi)
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai
18%

Pelan Pembiayaan

Maybankard Balance Transfer Islamic Ikhwan Card
Maybankard Balance Transfer Islamic Ikhwan Card

Buat pindahan baki ke kad kredit Maybank dengan pindahan serendah RM1,000 tanpa caj pengendalian dan kadar faedah yang rendah. Tempoh bayaran semula sehingga 36 bulan.

Maklumat Lanjut
Maybankard EzyPay
Maybankard EzyPay

Gunakan pelan bayaran ansuran Maybank EzyPay untuk pembelian serendah RM50 dengan tempoh bayaran selama 36 bulan tanpa caj faedah dan tiada caj pengendalian.

Maklumat Lanjut
Maybankard EzyPay PLUS
Maybankard EzyPay PLUS

Tukar sebarang pembelian anda yang bernilai RM500 ke atas kepada pelan bayaran ansuran Maybank EzyPay Plus. Tempoh bayaran fleksibel dari 6 bulan hingga 24 bulan.

Maklumat Lanjut
Maybankard CashTreats
Maybankard CashTreats

Pinjaman tunai daripada Maybank serendah RM1,000 dengan tempoh pinjaman sehingga 36 bulan. Kadar faedah tetap dan proses permohonan yang ringkas.

Maklumat Lanjut
Maybankard EzyCash / EzyCash-i
Maybankard EzyCash / EzyCash-i

Pelan ansuran tunai kad kredit tanpa caj faedah (zero interest) dengan pinjaman minimum serendah RM2,000 dan tempoh pinjaman selama 6 bulan.

Maklumat Lanjut

Cara Mohon Maybank Islamic Ikhwan American Express Platinum Card-i 

Tip sebelum mohon

Sebelum anda mohon, pastikan anda telah meneliti Syarat Kelayakan Memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tiada guna anda mohon jika anda tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk kad kredit ini.

Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berkaitan kad kredit Maybank Islamic Ikhwan American Express Platinum Card-i 

Ya, anda boleh cuba mohon sekiranya anda mencukupi syarat kelayakan seperti yang dinyatakan pada maklumat di atas, iaitu status kerakyatan dan pendapatan minimum. Walau bagaimanapun, Maybank (Malayan Banking Berhad) mungkin memerlukan kriteria tambahan untuk permohonan pertama anda.

Boleh sekiranya anda mencukupi syarat-syarat kelayakan untuk mohon. Untuk pengetahuan anda, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan seseorang individu hanya boleh memiliki maksimum 2 kad kredit sekiranya pendapatan tahunan anda adalah kurang dari RM36,000.

Had kredit atau credit limit akan ditentukan oleh Maybank (Malayan Banking Berhad) berdasarkan faktor-faktor seperti sejarah kredit, pendapatan bulanan, dan sejarah perbelanjaan. Anda boleh mohon had kredit tertentu semasa permohonan, tetapi keputusan akhir masih terletak di tangan Maybank (Malayan Banking Berhad).

Ya, anda boleh buat pendahuluan tunai (cash advance) dengan kad ini. Tetapi anda mungkin akan dikenakan caj tambahan seperti yang dinyatakan di bahagian Caj dan Yuran pada maklumat di atas. Anda juga perlu pertimbangkan kadar faedah untuk pendahuluan tunai adalah lebih tinggi daripada kadar faedah tahunan.

Ya, anda boleh guna kad kredit Maybank Islamic Ikhwan American Express Platinum Card-i  untuk transaksi dalam talian dengan syarat pedagang atau laman e-Dagang (e-Commerce) tersebut menyokong skim bayaran American Express.

Ya, anda boleh mohon kad ini untuk tujuan pindahan baki. Walaubagaimanapun, pastikan had kredit anda mencukupi untuk menampung jumlah baki yang ingin dipindahkan. Bandingkan juga pelan pindahan baki (kadar faedah dan caj pengendalian) dengan kad kredit sedia ada.

Anda boleh cuba untuk mohon, tetapi peluang lulus mungkin rendah jika anda mempunyai skor kredit yang rendah, atau sejarah kredit yang buruk. Maybank (Malayan Banking Berhad) kebiasaannya menilai kelayakan kredit anda berdasarkan faktor-faktor seperti skor kredit, pendapatan, nisbah hutang kepada pendapatan, dan sejarah kredit. Anda mungkin perlu meningkatkan skor kredit anda terlebih dahulu sebelum mohon kad kredit Maybank Islamic Ikhwan American Express Platinum Card-i 

Maaf anda tak boleh mohon sebarang kad kredit sekiranya anda di bawah selaan atau pengawasan AKPK.

Ada soalan tambahan berhubung Maybank Islamic Ikhwan American Express Platinum Card-i ?

Guna tab “Pertanyaan” di atas untuk bertanyakan soalan anda dan dapatkan jawapan dalam masa terdekat.

Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

0 Comments
Terbaru
Terakhir

Penafian:

Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi atau hubungi Maybank (Malayan Banking Berhad) untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.

Sumber Tambahan

Jelajahi dunia kad kredit di Malaysia dengan sumber-sumber ini membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

Ketahui Lebih Lanjut Tentang Maybank (Malayan Banking Berhad)

Maybank Malayan Banking Berhad
Maybank (Malayan Banking Berhad), ditubuhkan pada 1960, kini adalah bank terbesar di Malaysia dengan rangkaian luas pejabat dan ATM di seluruh negara, serta kehadiran antarabangsa di 20 negara. Mengamalkan konsep Universal Banking, Maybank dan Maybank Islamic menawarkan rangkaian komprehensif produk dan perkhidmatan perbankan konvensional dan Islamik untuk memenuhi pelbagai keperluan kewangan individu dan perniagaan.
Baca Selanjutnya

Teroka Dunia Kad Kredit di Malaysia

Panduan Lengkap Kad Kredit

Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakannya dengan bijak.
Baca sekarang

Cari Kad Kredit Terbaik

Guna sistem cari kad kredit kami yang mudah untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
Cari & bandingkan

Glosari Kad Kredit

Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
Lihat Glosari

Soalan Lazim Kad Kredit

Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
Dapatkan Jawapan

Anda Juga Mungkin Berminat

Affinbank Visa/ MasterCard Gold

Kad kredit Affinbank Visa/MasterCard Gold menawarkan pulangan mata ganjaran Affin Rewards yang boleh ditebus dengan…

Kad kredit CIMB PETRONAS Visa Infinite-i 

Kad Kredit CIMB PETRONAS Visa Infinite-i khusus untuk pelanggan utama PETRONAS dengan program pulangan tunai…

Standard Chartered Platinum MasterCard Basic

Kad kredit Standard Chartered Platinum MasterCard Basic sesuai bagi mereka yang baru berjinak dengan kad…

Citi PremierMiles Mastercard

Kad kredit terbaik untuk mereka yang gemar “travel” dan dalam masa yang sama inginkan keselesaan…