Akan dibuka dalam tab baharu

Petronas Maybank Visa Gold

Petronas Maybank Visa Gold
badge-percent
Kadar Faedah Tahunan
15% p.a
money-bill-1-wave
Yuran Tahunan
Percuma
wallet
Kelayakan Gaji Bulanan
RM2500
square-dollar
Pelan Kewangan
Ansuran Tunai, Bayaran Ansuran Mudah, Pindahan Baki
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
Visa PayWave
list
Ciri Menarik
Ganjaran Perjalanan, Ganjaran Petrol, Mata Ganjaran

Petronas Maybank Visa Gold adalah kad kredit hasil daripada kerjasama antara pihak Petronas dan pihak Maybank. Kad ini sangat sesuai bagi individu yang memilih jenama Petronas sebagai petrol pilihan mereka.

Kad ini menawarkan keistimewaan dalam bentuk mata ganjaran (Reward Points). Anda akan diberikan mata ganjaran Maybank TreatPoints setiap kali anda berbelanja menggunakan kad Petronas Maybank ini. Mata ganjaran diberikan sama ada ketika anda mengisi minyak petrol di stesen Petronas seluruh Malaysia, atau untuk perbelanjaan lain seperti perbelanjaan runcit, pembelajaran, insurans, utiliti dan program Maybank EzyPay.

Mata ganjaran TreatPoints yang terkumpul boleh anda tebus untuk barangan idaman, petrol percuma, atau diskaun untuk tiket penerbangan ke destinasi pilihan anda.

Pihak Maybank juga menawarkan pelan pindahan baki Maybank Balance Transfer Program bagi pemilik kad kredit Petronas Maybank Visa Gold. Ini sangat memudahkan bagi mereka yang ingin buat pemindahan baki daripada kad lama. Buat pindahan serendah RM1,000 tanpa caj kadar faedah, dan bayaran ansuran sehingga 36 bulan.

Bagi yang gemar berbelanja pula, anda boleh dapatkan barangan idaman anda dengan pelan ansuran mudah (Easy Payment Plan) yang ditawarkan oleh Maybank. Anda boleh pilih antara pelan Maybank EzyPay atau EzyPay Plus. Buat pembelian dari serendah RM50 tanpa caj kadar faedah dan bayaran ansuran sehingga 36 bulan.

Maybank juga menyediakan dua pelan ansuran tunai (Cash Advance) untuk kad Petronas Maybank Visa Gold, iaitu Maybank EzyCash dan Maybank CashTreats. Anda boleh buat pendahuluan tunai serendah RM1,000. Pilih tempoh bayaran semula dari 6 hingga 36 bulan dengan caj kadar faedah yang tidak membebankan

Baca lebih lanjut tentang kelebihan kad ini, syarat kelayakan lengkap untuk mohon, caj dan yuran yang dikenakan, dan bagaimana anda boleh mohon kad ini secara atas talian (online).

Kelebihan & Ciri Kad Kredit Petronas Maybank Visa Gold

Mata ganjaran (reward points)

Dapatkan mata ganjaran Maybank TreatPoints dengan kad ini. Sama ada untuk mengisi minyak petrol di stesen Petronas, atau perbelanjaan harian – anda akan menerima mata ganjaran daripada 1 hingga 8x TreatPoints.

Jumlah Mata Ganjaran (Point) Jumlah Perbelanjaan (RM) Jenis Perbelanjaan
8 RM1 Isian petrol di Petronas setiap hujung minggu
5 RM1 Isian petrol di Petronas pada hari biasa
8 RM1 Perbelanjaan barang dapur
1 RM1 Perbelanjaan runcit, pembelajaran, insurans dan EzyPay

ganjaran perjalanan

Selain petrol dan barangan, anda juga boleh tukar mata TreatPoints yang terkumpul kepada air miles daripada Malaysia Airlines, Singapore Airlines atau mana-mana syarikat penerbangan yang dibenarkan oleh Maybank. Kumpul mata ganjaran sebanyak mungkin untuk melancong ke destinasi pilihan anda dengan percuma.

Ganjaran petrol

Swipe kad Petronas Maybank Visa Gold setiap kali mengisi petrol di stesen Petronas pada hujung minggu dan akan menerima 8x mata ganjaran Maybank TreatPoints. Pada hari biasa pula, anda akan menerima 5x mata TreatPoints.

Mata ganjaran yang anda kumpul boleh anda tebus untuk baucar petrol percuma di stesen Petronas.

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon
Sesiapa sahaja
Kelayakan Gaji
Gaji kasar RM2500 sebulan atau RM30000 setahun
Kelayakan Umur
21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal)
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary)

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Card)
Percuma
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card)
Percuma
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan)
Bayaran Bulanan Minimum
RM25 atau 5% daripada baki tertunggak.
Caj Lewat Bayar
RM10 atau 1% daripada amaun tertunggak.
Had Pendahuluan Tunai Harian
Tiada
Caj Pendahuluan Tunai
RM18 atau 5% daripada amaun pengeluaran (yang lebih tinggi)
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai
18%

Pelan Pembiayaan

Maybankard Balance Transfer Program
Maybankard Balance Transfer Program

Buat pindahan baki ke kad kredit Maybank dengan pindahan serendah RM1,000 tanpa caj pengendalian dan kadar faedah yang rendah. Tempoh bayaran semula sehingga 36 bulan.

Maklumat Lanjut
Maybankard EzyPay
Maybankard EzyPay

Gunakan pelan bayaran ansuran Maybank EzyPay untuk pembelian serendah RM50 dengan tempoh bayaran selama 36 bulan tanpa caj faedah dan tiada caj pengendalian.

Maklumat Lanjut
Maybankard EzyPay PLUS
Maybankard EzyPay PLUS

Tukar sebarang pembelian anda yang bernilai RM500 ke atas kepada pelan bayaran ansuran Maybank EzyPay Plus. Tempoh bayaran fleksibel dari 6 bulan hingga 24 bulan.

Maklumat Lanjut
Maybankard CashTreats
Maybankard CashTreats

Pinjaman tunai daripada Maybank serendah RM1,000 dengan tempoh pinjaman sehingga 36 bulan. Kadar faedah tetap dan proses permohonan yang ringkas.

Maklumat Lanjut
Maybankard EzyCash / EzyCash-i
Maybankard EzyCash / EzyCash-i

Pelan ansuran tunai kad kredit tanpa caj faedah (zero interest) dengan pinjaman minimum serendah RM2,000 dan tempoh pinjaman selama 6 bulan.

Maklumat Lanjut

Cara Mohon Petronas Maybank Visa Gold

Tip sebelum mohon

Sebelum anda mohon, pastikan anda telah meneliti Syarat Kelayakan Memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tiada guna anda mohon jika anda tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk kad kredit ini.

Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berkaitan kad kredit Petronas Maybank Visa Gold

Ya, anda boleh cuba mohon sekiranya anda mencukupi syarat kelayakan seperti yang dinyatakan pada maklumat di atas, iaitu status kerakyatan dan pendapatan minimum. Walau bagaimanapun, Maybank (Malayan Banking Berhad) mungkin memerlukan kriteria tambahan untuk permohonan pertama anda.

Boleh sekiranya anda mencukupi syarat-syarat kelayakan untuk mohon. Untuk pengetahuan anda, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan seseorang individu hanya boleh memiliki maksimum 2 kad kredit sekiranya pendapatan tahunan anda adalah kurang dari RM36,000.

Had kredit atau credit limit akan ditentukan oleh Maybank (Malayan Banking Berhad) berdasarkan faktor-faktor seperti sejarah kredit, pendapatan bulanan, dan sejarah perbelanjaan. Anda boleh mohon had kredit tertentu semasa permohonan, tetapi keputusan akhir masih terletak di tangan Maybank (Malayan Banking Berhad).

Ya, anda boleh buat pendahuluan tunai (cash advance) dengan kad ini. Tetapi anda mungkin akan dikenakan caj tambahan seperti yang dinyatakan di bahagian Caj dan Yuran pada maklumat di atas. Anda juga perlu pertimbangkan kadar faedah untuk pendahuluan tunai adalah lebih tinggi daripada kadar faedah tahunan.

Ya, anda boleh guna kad kredit Petronas Maybank Visa Gold untuk transaksi dalam talian dengan syarat pedagang atau laman e-Dagang (e-Commerce) tersebut menyokong skim bayaran Visa.

Ya, anda boleh mohon kad ini untuk tujuan pindahan baki. Walaubagaimanapun, pastikan had kredit anda mencukupi untuk menampung jumlah baki yang ingin dipindahkan. Bandingkan juga pelan pindahan baki (kadar faedah dan caj pengendalian) dengan kad kredit sedia ada.

Anda boleh cuba untuk mohon, tetapi peluang lulus mungkin rendah jika anda mempunyai skor kredit yang rendah, atau sejarah kredit yang buruk. Maybank (Malayan Banking Berhad) kebiasaannya menilai kelayakan kredit anda berdasarkan faktor-faktor seperti skor kredit, pendapatan, nisbah hutang kepada pendapatan, dan sejarah kredit. Anda mungkin perlu meningkatkan skor kredit anda terlebih dahulu sebelum mohon kad kredit Petronas Maybank Visa Gold

Maaf anda tak boleh mohon sebarang kad kredit sekiranya anda di bawah selaan atau pengawasan AKPK.

Ada soalan tambahan berhubung Petronas Maybank Visa Gold?

Guna tab “Pertanyaan” di atas untuk bertanyakan soalan anda dan dapatkan jawapan dalam masa terdekat.

Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

2 Comments
Terbaru
Terakhir

Penafian:

Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi atau hubungi Maybank (Malayan Banking Berhad) untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.

Sumber Tambahan

Jelajahi dunia kad kredit di Malaysia dengan sumber-sumber ini membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

Ketahui Lebih Lanjut Tentang Maybank (Malayan Banking Berhad)

Maybank Malayan Banking Berhad
Maybank (Malayan Banking Berhad), ditubuhkan pada 1960, kini adalah bank terbesar di Malaysia dengan rangkaian luas pejabat dan ATM di seluruh negara, serta kehadiran antarabangsa di 20 negara. Mengamalkan konsep Universal Banking, Maybank dan Maybank Islamic menawarkan rangkaian komprehensif produk dan perkhidmatan perbankan konvensional dan Islamik untuk memenuhi pelbagai keperluan kewangan individu dan perniagaan.
Baca Selanjutnya

Teroka Dunia Kad Kredit di Malaysia

Panduan Lengkap Kad Kredit

Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakannya dengan bijak.
Baca sekarang

Cari Kad Kredit Terbaik

Guna sistem cari kad kredit kami yang mudah untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
Cari & bandingkan

Glosari Kad Kredit

Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
Lihat Glosari

Soalan Lazim Kad Kredit

Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
Dapatkan Jawapan

Anda Juga Mungkin Berminat

AmBank BonusLink Visa Signature

Kad kredit AmBank BonusLink Visa Signature adalah kad 2-dalam-1, kad kredit dan juga kad BonusLink.…

Kad kredit CIMB PETRONAS Visa Infinite-i 

Kad Kredit CIMB PETRONAS Visa Infinite-i khusus untuk pelanggan utama PETRONAS dengan program pulangan tunai…

Standard Chartered Priority Banking Visa Infinite

Kad kredit Standard Chartered Priority Banking Visa Infinite menawarkan mata ganjaran AirMiles, akses tanpa had…

Citi PremierMiles Mastercard

Kad kredit terbaik untuk mereka yang gemar “travel” dan dalam masa yang sama inginkan keselesaan…