Akan dibuka dalam tab baharu

Maybank 2 Gold Cards

Maybank 2 Gold Cards
badge-percent
Kadar Faedah Tahunan
15% p.a
money-bill-1-wave
Yuran Tahunan
Percuma
wallet
Kelayakan Gaji Bulanan
RM2500
square-dollar
Pelan Kewangan
Ansuran Tunai, Bayaran Ansuran Mudah, Pindahan Baki
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
Amex Contactless
list
Ciri Menarik
Ganjaran Petrol, Mata Ganjaran, Premium, Pulangan Tunai

Maybank 2 Gold Cards adalah sebuah kad kredit daripada Malayan Banking Berhad (Maybank). Kad Kredit Maybank 2 Gold ini adalah kad kredit American Express (Amex) yang unik kerana dengan setiap kelulusan kad ini, anda akan menerima satu kad kredit Maybank 2 MasterCard atau Visa dengan percuma.

Kad kredit Maybank ini menawarkan keistimewaan dalam bentuk rebat tunai (cashback) dan juga mata ganjaran (reward points). Ganjaran rebat tunai adalah melalui program Maybank 5% Weekend Cash. Anda akan menerima rebat tunai sebanyak 5% dengan semua perbelanjaan anda pada hujung minggu. Mata ganjaran (reward points) pula diberikan dalam bentuk TreatPoints untuk semua perbelanjaan menggunakan kad Maybank 2 MasterCard atau Visa.

Sebagai pemegang kad kredit Amex, anda juga akan menerima keistimewaan tambahan seperti diskaun sehingga 50% untuk perbelanjaan terpilih.

Sekiranya anda ingin buat pindahan baki dari kad yang lain, pihak Maybank menawarkan pelan Maybank Balance Transfer Program untuk memudahkan anda. Anda boleh buat pemindahan baki serendah RM1,000 dengan bayaran semula sehingga 36 bulan.

Pihak Maybank juga menawarkan sehingga dua pelan bayaran ansuran mudah (Easy Payment Plan) bersama kad kredit Maybank 2 Gold ini. Pilih antara pelan Maybankard Ezypay atau Maybankard Ezypay plus untuk mendapatkan barangan idaman anda. Anda hanya perlu buat belian serendah RM50 untuk melayakkan anda menggunakan pelan ini.

Anda juga tidak perlu risau jika anda inginkan tunai segera kerana pihak Maybank menawarkan dua pelan ansuran tunai (Cash Advance/Loan) bersama kad ini, iaitu pelan Maybankard Ezycash dan pelan Maybankard Cash Treats.

Baca lebih lanjut tentang ciri-ciri istimewa yang ditawarkan oleh kad kredit Maybank 2 Gold Cards, syarat kelayakan lengkap untuk mohon, caj dan yuran yang dikenakan, dan bagaimana anda boleh mohon kad ini secara atas talian (online) dengan mudah.

Kelebihan & Ciri Kad Kredit Maybank 2 Gold Cards

Pulangan tunai (cashbacks)

Dapatkan rebat tunai sebanyak 5% dari setiap perbelanjaan anda menggunakan kad Maybank 2 American Express Gold pada hujung minggu melalui program Maybank 5% Weekend Cash. Rebat tunai ini dihadkan kepada RM50 setiap bulan.

Jenis Rebat Tunai Kadar Rebat Tunai Had Bulanan Perbelanjaan
Semua perbelanjaan (dalam dan luar negara) 5% RM50 Sebarang amaun setiap hujung minggu

Mata ganjaran (reward points)

Dapatkan 5 mata ganjaran untuk setiap perbelanjaan RM1 menggunakan kad Maybank 2 Amex Gold anda pada hari biasa (selain hari minggu). Anda juga boleh mendapatkan 1 mata ganjaran untuk setiap perbelanjaan RM1 menggunakan kad Maybank2 MasterCard atau Visa. Semua mata ganjaran ini diberikan dalam Maybank TreatPoints.

Jumlah Mata Ganjaran (Point) Jumlah Perbelanjaan (RM) Jenis Perbelanjaan
5 RM1 Semua perbelanjaan runcit dengan Maybank 2 American Express pada hari biasa
1 RM1 Semua perbelanjaan dalam kategori utiliti, pembelajaran, insurans dan ansuran EzyPay dengan Maybank 2 American Express
1 RM2 Semua perbelanjaan dengan Maybank 2 MasterCard atau Visa

Ganjaran petrol

Anda boleh mendapatkan 5 mata ganjaran TreatPoints setiap kali anda isi minyak menggunakan kad American Express, atau 1 mata ganjaran TreatPoints dengan kad MasterCard atau Visa. Mata ganjaran petrol dihadkan kepada RM500 setiap transaksi dan untuk transaksi lebih dari RM500, anda akan mendapat 1 TreatPoints.

Ciri premium

Dapatkan penjimatan sehingga 50% dengan setiap transaksi menggunakan Maybank 2 Gold American Express di SPG hotel dan resorts di Malaysia.

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon
Sesiapa sahaja
Kelayakan Gaji
Gaji kasar RM2500 sebulan atau RM30000 setahun
Kelayakan Umur
21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal)
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary)

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Card)
Percuma
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card)
Percuma
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan)
Bayaran Bulanan Minimum
RM25 atau 5% daripada baki tertunggak.
Caj Lewat Bayar
RM19 atau 1% daripada amaun tertunggak.
Had Pendahuluan Tunai Harian
Tiada
Caj Pendahuluan Tunai
RM18 atau 5% daripada amaun pengeluaran (yang lebih tinggi)
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai
18%

Pelan Pembiayaan

Maybankard Balance Transfer Program
Maybankard Balance Transfer Program

Buat pindahan baki ke kad kredit Maybank dengan pindahan serendah RM1,000 tanpa caj pengendalian dan kadar faedah yang rendah. Tempoh bayaran semula sehingga 36 bulan.

Maklumat Lanjut
Maybankard EzyPay
Maybankard EzyPay

Gunakan pelan bayaran ansuran Maybank EzyPay untuk pembelian serendah RM50 dengan tempoh bayaran selama 36 bulan tanpa caj faedah dan tiada caj pengendalian.

Maklumat Lanjut
Maybankard EzyPay PLUS
Maybankard EzyPay PLUS

Tukar sebarang pembelian anda yang bernilai RM500 ke atas kepada pelan bayaran ansuran Maybank EzyPay Plus. Tempoh bayaran fleksibel dari 6 bulan hingga 24 bulan.

Maklumat Lanjut
Maybankard CashTreats
Maybankard CashTreats

Pinjaman tunai daripada Maybank serendah RM1,000 dengan tempoh pinjaman sehingga 36 bulan. Kadar faedah tetap dan proses permohonan yang ringkas.

Maklumat Lanjut
Maybankard EzyCash / EzyCash-i
Maybankard EzyCash / EzyCash-i

Pelan ansuran tunai kad kredit tanpa caj faedah (zero interest) dengan pinjaman minimum serendah RM2,000 dan tempoh pinjaman selama 6 bulan.

Maklumat Lanjut

Cara Mohon Maybank 2 Gold Cards

Tip sebelum mohon

Sebelum anda mohon, pastikan anda telah meneliti Syarat Kelayakan Memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tiada guna anda mohon jika anda tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk kad kredit ini.

Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berkaitan kad kredit Maybank 2 Gold Cards

Ya, anda boleh cuba mohon sekiranya anda mencukupi syarat kelayakan seperti yang dinyatakan pada maklumat di atas, iaitu status kerakyatan dan pendapatan minimum. Walau bagaimanapun, Maybank (Malayan Banking Berhad) mungkin memerlukan kriteria tambahan untuk permohonan pertama anda.

Boleh sekiranya anda mencukupi syarat-syarat kelayakan untuk mohon. Untuk pengetahuan anda, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan seseorang individu hanya boleh memiliki maksimum 2 kad kredit sekiranya pendapatan tahunan anda adalah kurang dari RM36,000.

Had kredit atau credit limit akan ditentukan oleh Maybank (Malayan Banking Berhad) berdasarkan faktor-faktor seperti sejarah kredit, pendapatan bulanan, dan sejarah perbelanjaan. Anda boleh mohon had kredit tertentu semasa permohonan, tetapi keputusan akhir masih terletak di tangan Maybank (Malayan Banking Berhad).

Ya, anda boleh buat pendahuluan tunai (cash advance) dengan kad ini. Tetapi anda mungkin akan dikenakan caj tambahan seperti yang dinyatakan di bahagian Caj dan Yuran pada maklumat di atas. Anda juga perlu pertimbangkan kadar faedah untuk pendahuluan tunai adalah lebih tinggi daripada kadar faedah tahunan.

Ya, anda boleh guna kad kredit Maybank 2 Gold Cards untuk transaksi dalam talian dengan syarat pedagang atau laman e-Dagang (e-Commerce) tersebut menyokong skim bayaran American Express.

Ya, anda boleh mohon kad ini untuk tujuan pindahan baki. Walaubagaimanapun, pastikan had kredit anda mencukupi untuk menampung jumlah baki yang ingin dipindahkan. Bandingkan juga pelan pindahan baki (kadar faedah dan caj pengendalian) dengan kad kredit sedia ada.

Anda boleh cuba untuk mohon, tetapi peluang lulus mungkin rendah jika anda mempunyai skor kredit yang rendah, atau sejarah kredit yang buruk. Maybank (Malayan Banking Berhad) kebiasaannya menilai kelayakan kredit anda berdasarkan faktor-faktor seperti skor kredit, pendapatan, nisbah hutang kepada pendapatan, dan sejarah kredit. Anda mungkin perlu meningkatkan skor kredit anda terlebih dahulu sebelum mohon kad kredit Maybank 2 Gold Cards

Maaf anda tak boleh mohon sebarang kad kredit sekiranya anda di bawah selaan atau pengawasan AKPK.

Ada soalan tambahan berhubung Maybank 2 Gold Cards?

Guna tab “Pertanyaan” di atas untuk bertanyakan soalan anda dan dapatkan jawapan dalam masa terdekat.

Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

12 Comments
Terbaru
Terakhir

Penafian:

Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi atau hubungi Maybank (Malayan Banking Berhad) untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.

Sumber Tambahan

Jelajahi dunia kad kredit di Malaysia dengan sumber-sumber ini membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

Ketahui Lebih Lanjut Tentang Maybank (Malayan Banking Berhad)

Maybank Malayan Banking Berhad
Maybank (Malayan Banking Berhad), ditubuhkan pada 1960, kini adalah bank terbesar di Malaysia dengan rangkaian luas pejabat dan ATM di seluruh negara, serta kehadiran antarabangsa di 20 negara. Mengamalkan konsep Universal Banking, Maybank dan Maybank Islamic menawarkan rangkaian komprehensif produk dan perkhidmatan perbankan konvensional dan Islamik untuk memenuhi pelbagai keperluan kewangan individu dan perniagaan.
Baca Selanjutnya

Teroka Dunia Kad Kredit di Malaysia

Panduan Lengkap Kad Kredit

Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakannya dengan bijak.
Baca sekarang

Cari Kad Kredit Terbaik

Guna sistem cari kad kredit kami yang mudah untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
Cari & bandingkan

Glosari Kad Kredit

Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
Lihat Glosari

Soalan Lazim Kad Kredit

Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
Dapatkan Jawapan

Anda Juga Mungkin Berminat

AmBank BonusLink Visa Signature

Kad kredit AmBank BonusLink Visa Signature adalah kad 2-dalam-1, kad kredit dan juga kad BonusLink.…

Kad kredit CIMB PETRONAS Visa Infinite-i 

Kad Kredit CIMB PETRONAS Visa Infinite-i khusus untuk pelanggan utama PETRONAS dengan program pulangan tunai…

Standard Chartered Priority Banking Visa Infinite

Kad kredit Standard Chartered Priority Banking Visa Infinite menawarkan mata ganjaran AirMiles, akses tanpa had…

Citi PremierMiles Mastercard

Kad kredit terbaik untuk mereka yang gemar “travel” dan dalam masa yang sama inginkan keselesaan…