Akan dibuka dalam tab baharu

Maybank FC Barcelona Visa Signature

Maybank FC Barcelona Visa Signature
badge-percent
Kadar Faedah Tahunan
15% p.a
money-bill-1-wave
Yuran Tahunan
Percuma
wallet
Kelayakan Gaji Bulanan
RM4000
square-dollar
Pelan Kewangan
Ansuran Tunai, Bayaran Ansuran Mudah, Pindahan Baki
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
Visa PayWave
list
Ciri Menarik
Ganjaran Perjalanan, Premium, Pulangan Tunai

Maybank FC Barcelona Visa Signature adalah sebuah kad kredit premium Maybank. Seperti namanya, kad ini dipasarkan khusus kepada peminat Spanish la liga, terutama pasukan FC Barcelona. Kad ini didatangkan dengan pelbagai ciri premium menarik dan keistimewaan yang disertakan bersama kad Visa Signature.

Ciri utama yang akan menarik minat anda untuk mohon kad ini sudah pasti yuran tahunan percuma seumur hidup, untuk kad utama dan juga kad tambahan. Dengan kad kredit Maybank tanpa yurang tahunan ini, anda tidak perlu risau perlu membayar yuran kad kredit setiap tahun.

Kad kredit Maybank FC Barcelona Visa Signature juga menawarkan ganjaran dalam bentuk pulangan tunai. Ciri rebat tunai (cashback) menawarkan 1% cashback untuk setiap transaksi yang anda lakukan dengan kad ini. Tiada sebarang amaun minimum untuk mendapatkan pulangan tunai. Walau bagaimanapun, had rebat tunai dihadkan kepada RM50 setiap bulan.

Anda juga akan menerima diskaun sebanyak 5% dan cashback 1% untuk semua barangan FC Barcelona yang anda beli di kedai rasmi FCBotiga di Camp Nuo.

Sebagai sebuah kad Premium Visa Signature, kad Maybank FC Barcelona Visa Signature juga menawarkan keistimewaan istimewa dari Visa untuk memudahkan hidup anda. Nikmati keistimewaan seperti Visa Airport Speed Pass, Visa Signature Concierge Services, dan Visa Concierge Service and Global Assist.

Dapatkan juga perlindungan insurans perjalanan dengan kad kredit Maybank ini. Anda akan dilindungi sehingga RM500,000 sepanjang perjalanan anda.

Kad ini juga menawarkan pelan kredit yang lengkap. Anda boleh buat pemindahan baki dari kad kredit lama dengan pelan Maybank Balance Transfer Program. Pelan bayaran ansuran mudah Maybank EzyPay dan EzyPay Plus pula membenarkan anda buat belian barangan idaman dan bayar semula setiap bulan dengan zero interest. Jika anda ingin guna wang tunai segera, pelan ansuran tunai Maybank Cash Treats boleh membantu.

Kad kredit Maybank FC Barcelona Visa Signature ditawarkan kepada warganegara Malaysia dan ekspatriat dengan pendapatan tahunan tidak kurang daripada RM48,000. Jangan lepaskan peluang anda untuk mohon kad ini sekiranya anda layak dan adalah peminat tegar liga bola sepak Sepanyol, terutama kelab FC Barcelona.

Baca lebih lanjut maklumat di bawah untuk ciri-ciri lengkap kad ini, termasuk syarat dan cara untuk mohon.

Kelebihan & Ciri Kad Kredit Maybank FC Barcelona Visa Signature

Pulangan tunai (cashbacks)

Dapatkan pulangan tunai (cashback) berjumlah 1% daripada setiap transaksi anda dengan kad ini. Jumlah rebat tunai dihadkan kepada RM50 setiap bulan. Ganjaran ini sah untuk semua transaksi kecuali yang melibatkan badan kerajaan, utiliti, dan tambah nilai e-dompet (e-wallet reload).

JENIS REBAT TUNAI KADAR REBAT TUNAI HAD BULANAN PERBELANJAAN
Sebarang perbelanjaan kecuali badan kerajaan, utiliti, dan tambah nilai e-dompet 1% RM50 Sebarang amaun

ganjaran perjalanan

Nikmati perjalanan tanpa risau dengan perlindungan insurans perjalanan Maybank. Anda akan dilindungi sehingga RM500,000 untuk kemalangan peribadi, penerbangan lewat, kehilangan bagasi, kelewatan bagasi, dan pelbagai lagi perlindungan berkaitan.

Ciri premium

Kad kredit Maybank FC Barcelona Visa Signature didatangkan lengkap dengan keistimewaan Visa Signature. Nikmati kelebihan berikut:

  • Visa Airport Speed Pass – ciri ini memudahkan urusan permohonan imigresen anda di 280 lapangan terbang antarabangsa.
  • Visa Signature Concierge Services – pembantu peribadi yang akan memudahkan urusan beli-belah, tempahan tiket kapal terbang, tempahan hotel, restoran dan pelbagai lagi urusan.
  • Visa Concierge Service and Global Assist – dapatkan sebarang maklumat dengan perkhidmatan ini di saat kecemasan, atau jika anda ingin sebarang bantuan.

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon
Warganegara Malaysia dan Ekspatriat
Kelayakan Gaji
Gaji kasar RM4000 sebulan atau RM48000 setahun
Kelayakan Umur
21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal)
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary)

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Card)
Percuma
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card)
Percuma
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan)
Bayaran Bulanan Minimum
RM25 atau 5% daripada baki tertunggak.
Caj Lewat Bayar
RM10 atau 1% daripada amaun tertunggak.
Had Pendahuluan Tunai Harian
Tiada
Caj Pendahuluan Tunai
RM18 atau 5% daripada amaun pengeluaran (yang lebih tinggi)
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai
18%

Pelan Pembiayaan

Maybankard Balance Transfer Program
Maybankard Balance Transfer Program

Buat pindahan baki ke kad kredit Maybank dengan pindahan serendah RM1,000 tanpa caj pengendalian dan kadar faedah yang rendah. Tempoh bayaran semula sehingga 36 bulan.

Maklumat Lanjut
Maybankard EzyPay
Maybankard EzyPay

Gunakan pelan bayaran ansuran Maybank EzyPay untuk pembelian serendah RM50 dengan tempoh bayaran selama 36 bulan tanpa caj faedah dan tiada caj pengendalian.

Maklumat Lanjut
Maybankard EzyPay PLUS
Maybankard EzyPay PLUS

Tukar sebarang pembelian anda yang bernilai RM500 ke atas kepada pelan bayaran ansuran Maybank EzyPay Plus. Tempoh bayaran fleksibel dari 6 bulan hingga 24 bulan.

Maklumat Lanjut
Maybankard CashTreats
Maybankard CashTreats

Pinjaman tunai daripada Maybank serendah RM1,000 dengan tempoh pinjaman sehingga 36 bulan. Kadar faedah tetap dan proses permohonan yang ringkas.

Maklumat Lanjut

Cara Mohon Maybank FC Barcelona Visa Signature

Tip sebelum mohon

Sebelum anda mohon, pastikan anda telah meneliti Syarat Kelayakan Memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tiada guna anda mohon jika anda tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk kad kredit ini.

Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berkaitan kad kredit Maybank FC Barcelona Visa Signature

Ya, anda boleh cuba mohon sekiranya anda mencukupi syarat kelayakan seperti yang dinyatakan pada maklumat di atas, iaitu status kerakyatan dan pendapatan minimum. Walau bagaimanapun, Maybank (Malayan Banking Berhad) mungkin memerlukan kriteria tambahan untuk permohonan pertama anda.

Boleh sekiranya anda mencukupi syarat-syarat kelayakan untuk mohon. Untuk pengetahuan anda, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan seseorang individu hanya boleh memiliki maksimum 2 kad kredit sekiranya pendapatan tahunan anda adalah kurang dari RM36,000.

Had kredit atau credit limit akan ditentukan oleh Maybank (Malayan Banking Berhad) berdasarkan faktor-faktor seperti sejarah kredit, pendapatan bulanan, dan sejarah perbelanjaan. Anda boleh mohon had kredit tertentu semasa permohonan, tetapi keputusan akhir masih terletak di tangan Maybank (Malayan Banking Berhad).

Ya, anda boleh buat pendahuluan tunai (cash advance) dengan kad ini. Tetapi anda mungkin akan dikenakan caj tambahan seperti yang dinyatakan di bahagian Caj dan Yuran pada maklumat di atas. Anda juga perlu pertimbangkan kadar faedah untuk pendahuluan tunai adalah lebih tinggi daripada kadar faedah tahunan.

Ya, anda boleh guna kad kredit Maybank FC Barcelona Visa Signature untuk transaksi dalam talian dengan syarat pedagang atau laman e-Dagang (e-Commerce) tersebut menyokong skim bayaran Visa.

Ya, anda boleh mohon kad ini untuk tujuan pindahan baki. Walaubagaimanapun, pastikan had kredit anda mencukupi untuk menampung jumlah baki yang ingin dipindahkan. Bandingkan juga pelan pindahan baki (kadar faedah dan caj pengendalian) dengan kad kredit sedia ada.

Anda boleh cuba untuk mohon, tetapi peluang lulus mungkin rendah jika anda mempunyai skor kredit yang rendah, atau sejarah kredit yang buruk. Maybank (Malayan Banking Berhad) kebiasaannya menilai kelayakan kredit anda berdasarkan faktor-faktor seperti skor kredit, pendapatan, nisbah hutang kepada pendapatan, dan sejarah kredit. Anda mungkin perlu meningkatkan skor kredit anda terlebih dahulu sebelum mohon kad kredit Maybank FC Barcelona Visa Signature

Maaf anda tak boleh mohon sebarang kad kredit sekiranya anda di bawah selaan atau pengawasan AKPK.

Ada soalan tambahan berhubung Maybank FC Barcelona Visa Signature?

Guna tab “Pertanyaan” di atas untuk bertanyakan soalan anda dan dapatkan jawapan dalam masa terdekat.

Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

0 Comments
Terbaru
Terakhir

Penafian:

Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi atau hubungi Maybank (Malayan Banking Berhad) untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.

Sumber Tambahan

Jelajahi dunia kad kredit di Malaysia dengan sumber-sumber ini membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

Ketahui Lebih Lanjut Tentang Maybank (Malayan Banking Berhad)

Maybank Malayan Banking Berhad
Maybank (Malayan Banking Berhad), ditubuhkan pada 1960, kini adalah bank terbesar di Malaysia dengan rangkaian luas pejabat dan ATM di seluruh negara, serta kehadiran antarabangsa di 20 negara. Mengamalkan konsep Universal Banking, Maybank dan Maybank Islamic menawarkan rangkaian komprehensif produk dan perkhidmatan perbankan konvensional dan Islamik untuk memenuhi pelbagai keperluan kewangan individu dan perniagaan.
Baca Selanjutnya

Teroka Dunia Kad Kredit di Malaysia

Panduan Lengkap Kad Kredit

Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakannya dengan bijak.
Baca sekarang

Cari Kad Kredit Terbaik

Guna sistem cari kad kredit kami yang mudah untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
Cari & bandingkan

Glosari Kad Kredit

Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
Lihat Glosari

Soalan Lazim Kad Kredit

Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
Dapatkan Jawapan

Anda Juga Mungkin Berminat

Citi Business Platinum Mastercard

Kad Kredit Citi Business Platinum Mastercard adalah kad khusus untuk pemilik perniagaan yang inginkan keistimewaan…

Kad Kredit Public Bank Platinum MasterCard

Kad kredit Public Bank Platinum MasterCard menawarkan keistimewaan mata ganjaran VIP tanpa bagi mereka yang…

Kad kredit Singapore Airlines KrisFlyer American Express Gold

Kad kredit Singapore Airlines KrisFlyer American Express Gold daripada Maybank menawarkan keistimewaan eksklusif KrisFlyer, penjimatan…

Kad kredit UOB Basic Card

Kad kredit UOB Basic Card adalah sebuah kad kredit asas yang ringkas, menjimatkan, dan menawarkan…