Akan dibuka dalam tab baharu

Maybank Manchester United Visa Infinite

Maybank Manchester United Visa Infinite
badge-percent
Kadar Faedah Tahunan
15% p.a
money-bill-1-wave
Yuran Tahunan
RM800
wallet
Kelayakan Gaji Bulanan
RM8333
square-dollar
Pelan Kewangan
Ansuran Tunai, Bayaran Ansuran Mudah, Pindahan Baki
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
Visa PayWave
list
Ciri Menarik
Ganjaran Perjalanan, Ganjaran Petrol, Mata Ganjaran, Premium

Kad kredit Maybank Manchester United Visa Infinite adalah kad khusus untuk peminat tegar kelab bola sepak Manchester United. Sebagai sebuah kad kredit premium, kad kredit Maybank ini menawarkan pelbagai keistimewaan, terutama sekali kepada penyokong Manchester United yang sedang mencari kad dengan kelebihan tambahan.

Sudah pasti ciri utama yang ditawarkan oleh kad Maybank Manchester United Visa Infinite adalah berkaitan dengan pasukan bola sepak popular ini. Antara keistimewaan yang ditawarkan ialah diskaun sebanyak 20% untuk lawatan Stadium dan Muzium Manchester United. Anda juga akan menerima diskaun sebanyak 10% untuk menjamu selera di Red Cafe di Old Trafford, dan setiap kali anda membeli belah di United Direct Online Megastore & Outlet. Selain itu anda juga berpeluang untuk menikmati pengalaman bermain golf dengan legenda Manchester United di Kuala Lumpur, termasuk sesi menjamu selera bersama mereka.

Sekiranya anda berpeluang untuk melawat Old Trafford, anda akan menikmati layanan VIP. Bukan sahaja anda berpeluang untuk terbang dengan tiket kelas perniagaan, malah anda akan diambil dari lapangan terbang dan tinggal di hotel terbaik yang disediakan. Lawatan ke stadium Old Trafford akan ditemani oleh legenda MU dan diberikan layanan peribadi.

Pihak Manchester United juga akan menandatangani cenderamata pilihan anda, dan jika anda hadir pada hari perlawanan pasukan MU, anda akan pulang dengan jersi yang dipakai oleh pemain MU yang ditandatangani dengan mesej peribadi, istimewa untuk anda. Keistimewaan-keistimewaan ini hanya ditawarkan oleh kad kredit Maybank Manchester United Visa Infinite.

Kad ini juga menawarkan pulangan mata ganjaran dalam bentuk Maybank TreatPoints. Sebaik sahaja anda melakukan transaksi pertama dengan kad ini, anda akan menerima 10,000 mata TreatPoints sebagai bonus. Perbelanjaan seterusnya membolehkan anda menerima sehingga 10 mata ganjaran TreatPoints. Baca lebih lanjut bahagian mata ganjaran di bawah untuk mengetahui ciri lengkap mata ganjaran yang ditawarkan.

Kad Maybank Manchester United Visa Infinite juga didatangkan dengan perlindungan insurans perjalanan sehingga RM2 juga, termasuk akses percuma ke Plaza Premium Lounges di seluruh dunia. Tidak lupa juga layanan istimewa di 79 kelab golf di 15 negara, dan keistimewaan dan kelebihan Visa Infinite.

Pihak Maybank menawarkan pelan kad kredit lengkap bersama kad Maybank Manchester United Visa Infinite. Buat pemindahan baki dengan Pelan Maybankard Balance Transfer Program, atau beli barang idaman anda dengan pelan bayaran ansuran mudah Maybankard EzyPay dan EzyPay Plus. Pelan pinjaman kad kredit Maybankard Cash Treats pula boleh membantu sekiranya anda perlu tunai segera.

Kad ini ditawarkan kepada warganegara Malaysia dan ekspatriat berumur 21 ke atas dengan pendapatan tahunan tidak kurang daripada RM100,000. Yuran tahunan kad adalah percuma untuk tahun pertama. Tahun berikutnya anda perlu bayar RM800 setahun sebagai yuran. Walau bagaimanapun, yuran tahunan akan diketepikan sekiranya berbelanja lebih daripada RM80,000 untuk tahun tersebut.

Kad kredit Maybank Manchester United Visa Infinite adalah pilihan terbaik jika anda adalah peminat pasukan bola sepak Manchester United dan sedang mencari sebuah kad kredit premium yang menawarkan kelebihan berbanding kad kredit lain. Baca lebih lanjut maklumat di bawah untuk ciri lengkap kad ini, dan bagaimana untuk mohon.

Kelebihan & Ciri Kad Kredit Maybank Manchester United Visa Infinite

Mata ganjaran (reward points)

Dapatkan mata ganjaran Maybank TreatPoints setiap kali anda berbelanja dengan kad Maybank Manchester United Visa Infinite. Sebaik sahaja anda buat transaksi pertama dengan kad ini, anda akan menerima 10,000 mata TreatPoints sebagai bonus.

Untuk transaksi berikutnya pula, anda akan menerima 10x TreatPoints bagi setiap RM1 untuk perbelanjaan di United Direct Online Megastore. 5x mata untuk perbelanjaan runcit dan luar negara, 2x mata untuk perbelanjaan lain di dalam dan luar negara. 1x mata pula dihadiahkan untuk perbelanjaan utiliti, petrol, pembelajaran, insurans, dan bayaran bulanan Maybank EzyPay.

Tebus mata ganjaran terkumpul untuk barangan, perkhidmatan, atau diskaun melalui katalog Maybank. Anda juga boleh tebus mata TreatPoints untuk AirMiles dari AirAsia, KrisFlyer, dan Enrich.

Mata ganjaran Maybank TreatPoints anda sah selama 3 tahun. Jadi kumpul sebanyak mana mata yang diingini untuk ganjaran hebat.

JUMLAH MATA GANJARAN (POINT) JUMLAH PERBELANJAAN (RM) JENIS PERBELANJAAN
10 RM1 Perbelanjaan di United Direct Online Megastore
5 RM1 Perbelanjaan runcit setiap kali Manchester United memenangi perlawanan Premier League
5 RM1 Perbelanjaan runcit dan luar negara
2 RM1 Perbelanjaan dalam negara dan luar negara
1 RM1 Utiliti, petrol, pembelajaran, insurans, dan bayaran bulanan Maybank EzyPay

ganjaran perjalanan

Nikmati perlindungan insurans perjalanan sehingga RM2 juga setiap kali anda buat tempahan tiket kapal terbang dengan kad kredit Maybank Manchester United Visa Infinite. Tidak lupa juga 5 kali akses percuma ke Plaza Premium Lounges di seluruh dunia.

Ganjaran petrol

Terima 1 mata Maybank TreatPoints setiap RM1 untuk isian minyak di mana-mana stesen minyak pilihan anda, seluruh negara.

Ciri premium

Kad kredit premium Maybank ini didatangkan dengan pelbagai keistimewaan premium.

  • 10% diskaun untuk perbelanjaan di United Direct Online Megastore & Outlet.
  • 10% diskaun di Red Cafe, Old Trafford.
  • 20% diskaun bagi lawatan ke Stadium dan Muzium Manchester United.
  • Layanan VIP apabila anda dijemput ke Old Trafford. Tiket kelas perniagaan, perkhidmatan pemandu, hotel terbaik, dan peluang untuk menjamu selera bersama legenda MU.
  • Layanan peribadi daripada legenda MU untuk lawatan ke Stadium Manchester United.
  • Cenderamata eksklusif yang ditandatangani.
  • Jersi yang dipakai dan ditandatangani oleh pemain MU bersama mesej peribadi.
  • Peluang untuk bermain golf dan menjamu selera bersama legenda MU di Kuala Lumpur.
  • Keistimewaan Visa Infinite seperti perkhidmatan Concierge 24 jam, diskaun dan akses ke 79 kelab golf di 15 negara, dan Visa Airport Speed Pass.

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon
Warganegara Malaysia dan Ekspatriat
Kelayakan Gaji
Gaji kasar RM8333 sebulan atau RM100000 setahun
Kelayakan Umur
21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal)
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary)

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Card)
RM800
Tahun pertama adalah percuma. Tahun berikutnya yuran diketepikan untuk transaksi lebih daripada RM80,000
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card)
Percuma
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan)
Bayaran Bulanan Minimum
RM25 atau 5% daripada baki tertunggak.
Caj Lewat Bayar
RM10 atau 1% daripada amaun tertunggak.
Had Pendahuluan Tunai Harian
Tiada
Caj Pendahuluan Tunai
RM10 atau 5% daripada amaun pengeluaran (yang lebih tinggi)
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai
18%

Pelan Pembiayaan

Maybankard Balance Transfer Program
Maybankard Balance Transfer Program

Buat pindahan baki ke kad kredit Maybank dengan pindahan serendah RM1,000 tanpa caj pengendalian dan kadar faedah yang rendah. Tempoh bayaran semula sehingga 36 bulan.

Maklumat Lanjut
Maybankard EzyPay PLUS
Maybankard EzyPay PLUS

Tukar sebarang pembelian anda yang bernilai RM500 ke atas kepada pelan bayaran ansuran Maybank EzyPay Plus. Tempoh bayaran fleksibel dari 6 bulan hingga 24 bulan.

Maklumat Lanjut
Maybankard EzyPay
Maybankard EzyPay

Gunakan pelan bayaran ansuran Maybank EzyPay untuk pembelian serendah RM50 dengan tempoh bayaran selama 36 bulan tanpa caj faedah dan tiada caj pengendalian.

Maklumat Lanjut
Maybankard CashTreats
Maybankard CashTreats

Pinjaman tunai daripada Maybank serendah RM1,000 dengan tempoh pinjaman sehingga 36 bulan. Kadar faedah tetap dan proses permohonan yang ringkas.

Maklumat Lanjut

Cara Mohon Maybank Manchester United Visa Infinite

Tip sebelum mohon

Sebelum anda mohon, pastikan anda telah meneliti Syarat Kelayakan Memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tiada guna anda mohon jika anda tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk kad kredit ini.

Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berkaitan kad kredit Maybank Manchester United Visa Infinite

Ya, anda boleh cuba mohon sekiranya anda mencukupi syarat kelayakan seperti yang dinyatakan pada maklumat di atas, iaitu status kerakyatan dan pendapatan minimum. Walau bagaimanapun, Maybank (Malayan Banking Berhad) mungkin memerlukan kriteria tambahan untuk permohonan pertama anda.

Boleh sekiranya anda mencukupi syarat-syarat kelayakan untuk mohon. Untuk pengetahuan anda, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan seseorang individu hanya boleh memiliki maksimum 2 kad kredit sekiranya pendapatan tahunan anda adalah kurang dari RM36,000.

Had kredit atau credit limit akan ditentukan oleh Maybank (Malayan Banking Berhad) berdasarkan faktor-faktor seperti sejarah kredit, pendapatan bulanan, dan sejarah perbelanjaan. Anda boleh mohon had kredit tertentu semasa permohonan, tetapi keputusan akhir masih terletak di tangan Maybank (Malayan Banking Berhad).

Ya, anda boleh buat pendahuluan tunai (cash advance) dengan kad ini. Tetapi anda mungkin akan dikenakan caj tambahan seperti yang dinyatakan di bahagian Caj dan Yuran pada maklumat di atas. Anda juga perlu pertimbangkan kadar faedah untuk pendahuluan tunai adalah lebih tinggi daripada kadar faedah tahunan.

Ya, anda boleh guna kad kredit Maybank Manchester United Visa Infinite untuk transaksi dalam talian dengan syarat pedagang atau laman e-Dagang (e-Commerce) tersebut menyokong skim bayaran Visa.

Ya, anda boleh mohon kad ini untuk tujuan pindahan baki. Walaubagaimanapun, pastikan had kredit anda mencukupi untuk menampung jumlah baki yang ingin dipindahkan. Bandingkan juga pelan pindahan baki (kadar faedah dan caj pengendalian) dengan kad kredit sedia ada.

Anda boleh cuba untuk mohon, tetapi peluang lulus mungkin rendah jika anda mempunyai skor kredit yang rendah, atau sejarah kredit yang buruk. Maybank (Malayan Banking Berhad) kebiasaannya menilai kelayakan kredit anda berdasarkan faktor-faktor seperti skor kredit, pendapatan, nisbah hutang kepada pendapatan, dan sejarah kredit. Anda mungkin perlu meningkatkan skor kredit anda terlebih dahulu sebelum mohon kad kredit Maybank Manchester United Visa Infinite

Maaf anda tak boleh mohon sebarang kad kredit sekiranya anda di bawah selaan atau pengawasan AKPK.

Ada soalan tambahan berhubung Maybank Manchester United Visa Infinite?

Guna tab “Pertanyaan” di atas untuk bertanyakan soalan anda dan dapatkan jawapan dalam masa terdekat.

Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

0 Comments
Terbaru
Terakhir

Penafian:

Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi atau hubungi Maybank (Malayan Banking Berhad) untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.

Sumber Tambahan

Jelajahi dunia kad kredit di Malaysia dengan sumber-sumber ini membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

Ketahui Lebih Lanjut Tentang Maybank (Malayan Banking Berhad)

Maybank Malayan Banking Berhad
Maybank (Malayan Banking Berhad), ditubuhkan pada 1960, kini adalah bank terbesar di Malaysia dengan rangkaian luas pejabat dan ATM di seluruh negara, serta kehadiran antarabangsa di 20 negara. Mengamalkan konsep Universal Banking, Maybank dan Maybank Islamic menawarkan rangkaian komprehensif produk dan perkhidmatan perbankan konvensional dan Islamik untuk memenuhi pelbagai keperluan kewangan individu dan perniagaan.
Baca Selanjutnya

Teroka Dunia Kad Kredit di Malaysia

Panduan Lengkap Kad Kredit

Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakannya dengan bijak.
Baca sekarang

Cari Kad Kredit Terbaik

Guna sistem cari kad kredit kami yang mudah untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
Cari & bandingkan

Glosari Kad Kredit

Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
Lihat Glosari

Soalan Lazim Kad Kredit

Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
Dapatkan Jawapan

Anda Juga Mungkin Berminat

Standard Chartered JustOne Platinum MasterCard

Kad kredit Standard Chartered JustOne Platinum MasterCard menawarkan pulangan rebat tunai bertingkat (tiered cashback rate)…

Kad kredit Affin MasterCard Basic-i

Kad Kredit AFFIN Mastercard Basic-i menawarkan kemudahan tanpa yuran tahunan seumur hidup, sesuai untuk mereka…

Public Bank Quantum MasterCard

Kad kredit Public Bank Quantum MasterCard menawarkan yuran tahunan percuma untuk kad kredit utama (principal)…

Affinbank World MasterCard

Dapatkan kelebihan servis Concierge daripada MasterCard dan 6 kali akses ke lounge lapangan terbang setiap…