Akan dibuka dalam tab baharu

Maybank 2 Platinum Cards

Maybank 2 Platinum Cards
badge-percent
Kadar Faedah Tahunan
15% p.a
money-bill-1-wave
Yuran Tahunan
Percuma seumur hidup
wallet
Kelayakan Gaji Bulanan
RM5000
square-dollar
Pelan Kewangan
Ansuran Tunai, Bayaran Ansuran Mudah, Pindahan Baki
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
Visa PayWave, MasterCard PayPass, Amex Contactless
list
Ciri Menarik
Ganjaran Perjalanan, Ganjaran Petrol, Mata Ganjaran, Pulangan Tunai, Tanpa Yuran Tahunan

Maybank 2 Platinum Cards adalah sebuah kad kredit American Express, atau AMEX yang menawarkan pelbagai ganjaran dan pulangan, terutama bagi mereka yang gemar berbelanja dan melancong. Apa yang buat kad kredit Maybank ini menarik ialah anda akan menerima kad kredit tambahan. Kad Maybank 2 Platinum Visa atau Maybank 2 Platinum MasterCard ini diberikan percuma dengan setiap kad Maybank 2 Platinum American Express.

Antara kelebihan utama yang ditawarkan oleh kad kredit Maybank ini ialah pulangan mata ganjaran dan rebat tunai. Pemegang kad kredit Maybank 2 Platinum Cards akan menerima ganjaran dalam bentuk mata Maybank TreatPoints. Anda akan diberikan sehingga 5x mata TreatPoints untuk perbelanjaan dalam negara dan luar negara. Pulangan rebat tunai yang ditawarkan juga tidak kurang hebatnya, dengan 5% cashback untuk semua perbelanjaan setiap hujung minggu.

Bagi yang gemar melancong pula, anda tidak perlu risau jika anda buat tempahan tiket kapal terbang dengan kad Maybank 2 Platinum kerana anda akan dilindungi oleh insurans sehingga RM700,000. Perlindungan ini merangkumi dari insurans perjalanan, penerbangan lewat, terlepas penerbangan, kehilangan bagasi, dan kelewatan bagasi.

Selain daripada pulangan hebat dan perlindungan insurans perjalanan, kad kredit Maybank ini juga menawarkan pelan kad kredit yang lengkap. Gunakan pelan pemindahan baki Maybank Balance Transfer Program untuk buat pindahan baki dari kad kredit lama anda dengan caj kadar faedah yang berpatutan.

Atau dapatkan barangan idaman anda dengan pelan ansuran mudah Maybankard EzyPay dan Maybankard EzyPay PLUS. Easy payment plan Maybank ini menawarkan pembelian serendah RM50 dengan zero interest sehinggalah kepada pembelian RM30,000 dengan kadar faedah yang rendah.

Jika anda ingin wang tunai segera, pelan ansuran tunai kad kredit Maybankard Cash Treats boleh membantu. Gunakan pelan ini untuk situasi kecemasan kerana proses permohonan adalah ringkas dengan kelulusan segera.

Anda juga tidak perlu risau dengan yuran tahunan kerana kad kredit Maybank 2 Platinum Cards didatangkan dengan yuran tahunan percuma, untuk kad utama dan juga kad tambahan. Hanya bayar caj SST sebanyak RM25 setiap tahun. Anda juga boleh pilih untuk bayaran minimum serendah RM25 atau 5% daripada baki tertunggak jika anda tidak dapat buat bayaran penuh pada hujung bulan.

Walaubagaimanapun, anda dinasihatkan untuk buat bayaran bulanan penuh kerana caj kadar faedah tahunan akan dinaikkan kepada 18% daripada 15% sekiranya anda lewat buat bayaran lebih daripada 10 kali setiap tahun.

Kad kredit Maybank ini ditawarkan kepada warganegara Malaysia dan ekspatriat dengan pendapatan bulanan tidak kurang daripada RM5,000. Baca lebih lanjut maklumat di bawah untuk ciri lengkap kad ini, dan bagaimana untuk mohon.

Kelebihan & Ciri Kad Kredit Maybank 2 Platinum Cards

Pulangan tunai (cashbacks)

Dapatkan pulangan tunai sebanyak 5% untuk perbelanjaan runcit pada hujung minggu. Rebat tunai dihadkan kepada RM50 setiap bulan, dan perbelanjaan berkaitan badan kerajaan dan utiliti dikecualikan.

JENIS REBAT TUNAI KADAR REBAT TUNAI HAD BULANAN PERBELANJAAN
Perbelanjaan runcit pada hujung minggu (kecuali badan kerajaan dan utiliti) 5% RM50 Sebarang perbelanjaan

Mata ganjaran (reward points)

Nikmati 5x mata Maybank TreatPoints dengan setiap RM1 yang anda belanjakan untuk perbelanjaan runcit pada hari bekerja, atau 1x TreatPoints untuk utiliti, pembelajaran, insurans, dan bayaran ansuran EzyPay dengan kad Maybank 2 American Express anda. Mata TreatPoints juga akan diberikan jika anda berbelanja menggunakan kad Maybank2 MasterCard atau Maybank2 Visa.

JUMLAH MATA GANJARAN (POINT) JUMLAH PERBELANJAAN (RM) JENIS PERBELANJAAN
5 RM1 Perbelanjaan runcit dengan kad Maybank 2 American Express pada hari bekerja
1 RM1 Perbelanjaan dalam negara dengan kad Maybank 2 Visa atau Maybank 2 MasterCard
1 RM1 Utiliti, pembelajaran, insurans, bayaran ansuran Maybank EzyPay dengan kad Maybank 2 American Express

ganjaran perjalanan

Buat tempahan tiket kapal terbang dengan salah satu kad Maybank 2 Platinum anda dan nikmati perlindungan perjalanan sehingga RM700,000.

JENIS PERLINDUNGAN JUMLAH PERLINDUNGAN (RM)
Kemalangan Peribadi Sehingga RM700,000
Penerbangan tertunda Sehingga RM800
Terlepas penerbangan Sehingga RM800
Kelewatan Bagasi Sehingga RM2,500
Kehilangan Bagasi Sehingga RM800

Ganjaran petrol

Isi petrol dengan kad kredit Maybank 2 American Express anda dan dapatkan 5x mata Maybank TreatPoints. Atau guna kad Maybank 2 MasterCard atau Visa untuk 1x mata TreatPoints.

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon
Warganegara Malaysia atau ekspatriat
Kelayakan Gaji
Gaji kasar RM5000 sebulan atau RM60000 setahun
Kelayakan Umur
21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal)
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary)

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Card)
Percuma seumur hidup
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card)
Percuma
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan)
Bayaran Bulanan Minimum
RM25 atau 5% daripada baki tertunggak.
Caj Lewat Bayar
RM10 atau 1% daripada amaun tertunggak.
Had Pendahuluan Tunai Harian
Tiada
Caj Pendahuluan Tunai
RM18 atau 5% daripada amaun pengeluaran (yang lebih tinggi)
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai
18%

Pelan Pembiayaan

Maybankard Balance Transfer Program
Maybankard Balance Transfer Program

Buat pindahan baki ke kad kredit Maybank dengan pindahan serendah RM1,000 tanpa caj pengendalian dan kadar faedah yang rendah. Tempoh bayaran semula sehingga 36 bulan.

Maklumat Lanjut
Maybankard EzyPay
Maybankard EzyPay

Gunakan pelan bayaran ansuran Maybank EzyPay untuk pembelian serendah RM50 dengan tempoh bayaran selama 36 bulan tanpa caj faedah dan tiada caj pengendalian.

Maklumat Lanjut
Maybankard EzyPay PLUS
Maybankard EzyPay PLUS

Tukar sebarang pembelian anda yang bernilai RM500 ke atas kepada pelan bayaran ansuran Maybank EzyPay Plus. Tempoh bayaran fleksibel dari 6 bulan hingga 24 bulan.

Maklumat Lanjut
Maybankard CashTreats
Maybankard CashTreats

Pinjaman tunai daripada Maybank serendah RM1,000 dengan tempoh pinjaman sehingga 36 bulan. Kadar faedah tetap dan proses permohonan yang ringkas.

Maklumat Lanjut

Cara Mohon Maybank 2 Platinum Cards

Tip sebelum mohon

Sebelum anda mohon, pastikan anda telah meneliti Syarat Kelayakan Memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tiada guna anda mohon jika anda tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk kad kredit ini.

Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berkaitan kad kredit Maybank 2 Platinum Cards

Ya, anda boleh cuba mohon sekiranya anda mencukupi syarat kelayakan seperti yang dinyatakan pada maklumat di atas, iaitu status kerakyatan dan pendapatan minimum. Walau bagaimanapun, Maybank (Malayan Banking Berhad) mungkin memerlukan kriteria tambahan untuk permohonan pertama anda.

Boleh sekiranya anda mencukupi syarat-syarat kelayakan untuk mohon. Untuk pengetahuan anda, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan seseorang individu hanya boleh memiliki maksimum 2 kad kredit sekiranya pendapatan tahunan anda adalah kurang dari RM36,000.

Had kredit atau credit limit akan ditentukan oleh Maybank (Malayan Banking Berhad) berdasarkan faktor-faktor seperti sejarah kredit, pendapatan bulanan, dan sejarah perbelanjaan. Anda boleh mohon had kredit tertentu semasa permohonan, tetapi keputusan akhir masih terletak di tangan Maybank (Malayan Banking Berhad).

Ya, anda boleh buat pendahuluan tunai (cash advance) dengan kad ini. Tetapi anda mungkin akan dikenakan caj tambahan seperti yang dinyatakan di bahagian Caj dan Yuran pada maklumat di atas. Anda juga perlu pertimbangkan kadar faedah untuk pendahuluan tunai adalah lebih tinggi daripada kadar faedah tahunan.

Ya, anda boleh guna kad kredit Maybank 2 Platinum Cards untuk transaksi dalam talian dengan syarat pedagang atau laman e-Dagang (e-Commerce) tersebut menyokong skim bayaran American Express, MasterCard, Visa.

Ya, anda boleh mohon kad ini untuk tujuan pindahan baki. Walaubagaimanapun, pastikan had kredit anda mencukupi untuk menampung jumlah baki yang ingin dipindahkan. Bandingkan juga pelan pindahan baki (kadar faedah dan caj pengendalian) dengan kad kredit sedia ada.

Anda boleh cuba untuk mohon, tetapi peluang lulus mungkin rendah jika anda mempunyai skor kredit yang rendah, atau sejarah kredit yang buruk. Maybank (Malayan Banking Berhad) kebiasaannya menilai kelayakan kredit anda berdasarkan faktor-faktor seperti skor kredit, pendapatan, nisbah hutang kepada pendapatan, dan sejarah kredit. Anda mungkin perlu meningkatkan skor kredit anda terlebih dahulu sebelum mohon kad kredit Maybank 2 Platinum Cards

Maaf anda tak boleh mohon sebarang kad kredit sekiranya anda di bawah selaan atau pengawasan AKPK.

Ada soalan tambahan berhubung Maybank 2 Platinum Cards?

Guna tab “Pertanyaan” di atas untuk bertanyakan soalan anda dan dapatkan jawapan dalam masa terdekat.

Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

0 Comments
Terbaru
Terakhir

Penafian:

Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi atau hubungi Maybank (Malayan Banking Berhad) untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.

Sumber Tambahan

Jelajahi dunia kad kredit di Malaysia dengan sumber-sumber ini membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

Ketahui Lebih Lanjut Tentang Maybank (Malayan Banking Berhad)

Maybank Malayan Banking Berhad
Maybank (Malayan Banking Berhad), ditubuhkan pada 1960, kini adalah bank terbesar di Malaysia dengan rangkaian luas pejabat dan ATM di seluruh negara, serta kehadiran antarabangsa di 20 negara. Mengamalkan konsep Universal Banking, Maybank dan Maybank Islamic menawarkan rangkaian komprehensif produk dan perkhidmatan perbankan konvensional dan Islamik untuk memenuhi pelbagai keperluan kewangan individu dan perniagaan.
Baca Selanjutnya

Teroka Dunia Kad Kredit di Malaysia

Panduan Lengkap Kad Kredit

Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakannya dengan bijak.
Baca sekarang

Cari Kad Kredit Terbaik

Guna sistem cari kad kredit kami yang mudah untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
Cari & bandingkan

Glosari Kad Kredit

Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
Lihat Glosari

Soalan Lazim Kad Kredit

Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
Dapatkan Jawapan

Anda Juga Mungkin Berminat

Bank Rakyat Kad Muslimah

Bank Rakyat Kad Muslimah khusus untuk wanita yang meminati fesyen dan gemar berbelanja. Dapatkan mata…

Kad kredit OCBC Great Eastern Platinum MasterCard

Nikmati pulangan tunai 2.5% untuk premium insurans Great Eastern dan 0.1% untuk setiap perbelanjaan runcit,…

Alliance Bank Visa Platinum

Alliance Bank Visa Platinum menawarkan mata ganjaran dalam bentuk Timeless Bonus Points (TBP) tanpa had…

Kad kredit AFFIN DUO Visa Cash Back

Kad kredit AFFIN DUO Visa Cash Back sangat sesuai untuk kaki shopping online, atau mereka…