Akan dibuka dalam tab baharu

Maybank American Express Platinum

Maybank American Express Platinum
badge-percent
Kadar Faedah Tahunan
15% p.a
money-bill-1-wave
Yuran Tahunan
RM800
wallet
Kelayakan Gaji Bulanan
RM5000
square-dollar
Pelan Kewangan
Ansuran Tunai, Bayaran Ansuran Mudah, Pindahan Baki
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
Amex Contactless
list
Ciri Menarik
Ganjaran Perjalanan, Ganjaran Petrol, Mata Ganjaran, Premium

Maybank American Express Platinum adalah kad kredit Maybank yang menawarkan gaya hidup eksklusif dengan pelbagai keistimewaan dan ganjaran. Kad ini menawarkan pulangan mata ganjaran, perlindungan insurans perjalanan, ciri premium, dan pelan kad kredit yang lengkap.

Keistimewaan pulangan Mata Ganjaran dalam bentuk Maybank TreatPoints diberikan untuk setiap Ringgit yang anda belanjakan untuk barangan runcit, bil utiliti, petrol, buku, pendidikan, insurans, dan bayaran ansuran Maybank EzyPay.

Anda juga akan mendapat perlindungan insurans perjalanan percuma sehingga RM700,000 jika anda tempah tiket kapal terbang dengan kad kredit Maybank American Express Platinum anda. Perlindungan ini termasuk perlindungan untuk terlepas penerbangan, kelewatan bagasi atau kehilangan bagasi.

Sebagai pemegang kad Maybank American Express Platinum, anda juga akan menikmati keistimewaan eksklusif di lebih 4,000 pedagang yang mengambil bahagian, bukan sahaja di Malaysia, tetapi di seluruh Asia. Hanya gunakan kad Maybank American Express Platinum anda ketika buat pembelian.

Kad kredit premium Maybank ini juga menawarkan perlindungan bagi pembelian barangan sehingga RM15,000 untuk setiap barang, atau RM100,000 untuk setiap kad. Anda juga boleh menikmati manfaat jaminan pulangan untuk pertukaran item atau bayaran balik

Maybank American Express Platinum juga menawarkan pelan kad kredit Maybank yang lengkap. Anda boleh memindahkan baki dari kad lama anda dengan pelan Maybankard Balance Transfer Program, atau dapatkan barangan idaman dengan pelan Maybankard EzyPay atau EzyPay PLUS dan buat bayaran ansuran bulanan sehingga 36 bulan. Kedua-dua pelan kredit ini mengenakan caj kadar faedah yang berpatutan. Jika anda terdesak dan perlu wang tunai segera, pelan ansuran tunai Maybankard Cash Treats boleh membantu.

Anda tidak perlu risau tentang yuran tahunan kad kredit dengan kad Maybank American Express Platinum kerana yuran adalah percuma untuk tahun pertama. Anda juga akan menerima dua kad tambahan percuma bersama kad ini. Kad tambahan berikutnya pula akan dikenakan yuran tahunan RM550.

Dengan ciri-ciri terbaik dan keistimewaan hebat, kad kredit Maybank American Express Platinum adalah antara pilihan utama jika anda ingin sebuah kad premium yang dipenuhi ganjaran. Jadi, jangan lepaskan peluang anda untuk memohon kad ini jika anda layak dan ingin menikmati gaya hidup eksklusif dengan ganjaran yang menarik.

Baca lebih lanjut maklumat di bawah untuk ciri lengkap dan syarat mohon.

Kelebihan & Ciri Kad Kredit Maybank American Express Platinum

Mata ganjaran (reward points)

Dapatkan sehingga 5x mata ganjaran Maybank TreatPoints dengan setiap RM1 yang anda belanjakan. Kumpul mata TreatPoints anda dan tebus dengan barangan, perkhidmatan, atau hadiah hebat daripada pihak Maybank.

JUMLAH MATA GANJARAN (POINT) JUMLAH PERBELANJAAN (RM) JENIS PERBELANJAAN
5 RM1 Perbelanjaan runcit, panggung wayang terpilih, petrol, kedai buku terpilih, caj telekomunikasi
2 RM1 Perbelanjaan runcit dalam dan luar negara.
1 RM1 Utiliti, insurans, pembelajaran, dan bayaran bulanan Maybank EzyPay

ganjaran perjalanan

Nikmati perjalanan yang lancar dengan perlindungan insurans perjalanan sehingga RM700,000. Jika anda perlukan bantuan sepanjang perjalanan, guna kemudahan bantuan telefon yang disediakan walau di mana sahaja anda berada.

Ganjaran petrol

Isi minyak petrol di stesen minyak pilihan anda dengan kad kredit Maybank American Express Platinum dan dapatkan pulangan mata ganjaran Maybank TreatPoints.

Ciri premium

Sebagai pemegang kad kredit American Express (AMEX), anda layak untuk menggunakan perkhidmatan American Express Global Assist untuk perkhidmatan atau bantuan di saat kecemasan.

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon
Warganegara Malaysia dan Ekspatriat
Kelayakan Gaji
Gaji kasar RM5000 sebulan atau RM60000 setahun
Kelayakan Umur
21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal)
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary)

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Card)
RM800
Tahun pertama adalah percuma
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card)
RM550
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan)
Bayaran Bulanan Minimum
RM25 atau 5% daripada baki tertunggak.
Caj Lewat Bayar
RM10 atau 1% daripada amaun tertunggak.
Had Pendahuluan Tunai Harian
Tiada
Caj Pendahuluan Tunai
RM10 atau 5% daripada amaun pengeluaran (yang lebih tinggi)
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai
18%

Pelan Pembiayaan

Maybankard Balance Transfer Program
Maybankard Balance Transfer Program

Buat pindahan baki ke kad kredit Maybank dengan pindahan serendah RM1,000 tanpa caj pengendalian dan kadar faedah yang rendah. Tempoh bayaran semula sehingga 36 bulan.

Maklumat Lanjut
Maybankard EzyPay
Maybankard EzyPay

Gunakan pelan bayaran ansuran Maybank EzyPay untuk pembelian serendah RM50 dengan tempoh bayaran selama 36 bulan tanpa caj faedah dan tiada caj pengendalian.

Maklumat Lanjut
Maybankard EzyPay PLUS
Maybankard EzyPay PLUS

Tukar sebarang pembelian anda yang bernilai RM500 ke atas kepada pelan bayaran ansuran Maybank EzyPay Plus. Tempoh bayaran fleksibel dari 6 bulan hingga 24 bulan.

Maklumat Lanjut
Maybankard CashTreats
Maybankard CashTreats

Pinjaman tunai daripada Maybank serendah RM1,000 dengan tempoh pinjaman sehingga 36 bulan. Kadar faedah tetap dan proses permohonan yang ringkas.

Maklumat Lanjut

Cara Mohon Maybank American Express Platinum

Tip sebelum mohon

Sebelum anda mohon, pastikan anda telah meneliti Syarat Kelayakan Memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tiada guna anda mohon jika anda tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk kad kredit ini.

Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berkaitan kad kredit Maybank American Express Platinum

Ya, anda boleh cuba mohon sekiranya anda mencukupi syarat kelayakan seperti yang dinyatakan pada maklumat di atas, iaitu status kerakyatan dan pendapatan minimum. Walau bagaimanapun, Maybank (Malayan Banking Berhad) mungkin memerlukan kriteria tambahan untuk permohonan pertama anda.

Boleh sekiranya anda mencukupi syarat-syarat kelayakan untuk mohon. Untuk pengetahuan anda, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan seseorang individu hanya boleh memiliki maksimum 2 kad kredit sekiranya pendapatan tahunan anda adalah kurang dari RM36,000.

Had kredit atau credit limit akan ditentukan oleh Maybank (Malayan Banking Berhad) berdasarkan faktor-faktor seperti sejarah kredit, pendapatan bulanan, dan sejarah perbelanjaan. Anda boleh mohon had kredit tertentu semasa permohonan, tetapi keputusan akhir masih terletak di tangan Maybank (Malayan Banking Berhad).

Ya, anda boleh buat pendahuluan tunai (cash advance) dengan kad ini. Tetapi anda mungkin akan dikenakan caj tambahan seperti yang dinyatakan di bahagian Caj dan Yuran pada maklumat di atas. Anda juga perlu pertimbangkan kadar faedah untuk pendahuluan tunai adalah lebih tinggi daripada kadar faedah tahunan.

Ya, anda boleh guna kad kredit Maybank American Express Platinum untuk transaksi dalam talian dengan syarat pedagang atau laman e-Dagang (e-Commerce) tersebut menyokong skim bayaran American Express.

Ya, anda boleh mohon kad ini untuk tujuan pindahan baki. Walaubagaimanapun, pastikan had kredit anda mencukupi untuk menampung jumlah baki yang ingin dipindahkan. Bandingkan juga pelan pindahan baki (kadar faedah dan caj pengendalian) dengan kad kredit sedia ada.

Anda boleh cuba untuk mohon, tetapi peluang lulus mungkin rendah jika anda mempunyai skor kredit yang rendah, atau sejarah kredit yang buruk. Maybank (Malayan Banking Berhad) kebiasaannya menilai kelayakan kredit anda berdasarkan faktor-faktor seperti skor kredit, pendapatan, nisbah hutang kepada pendapatan, dan sejarah kredit. Anda mungkin perlu meningkatkan skor kredit anda terlebih dahulu sebelum mohon kad kredit Maybank American Express Platinum

Maaf anda tak boleh mohon sebarang kad kredit sekiranya anda di bawah selaan atau pengawasan AKPK.

Ada soalan tambahan berhubung Maybank American Express Platinum?

Guna tab “Pertanyaan” di atas untuk bertanyakan soalan anda dan dapatkan jawapan dalam masa terdekat.

Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

2 Comments
Terbaru
Terakhir

Penafian:

Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi atau hubungi Maybank (Malayan Banking Berhad) untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.

Sumber Tambahan

Jelajahi dunia kad kredit di Malaysia dengan sumber-sumber ini membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

Ketahui Lebih Lanjut Tentang Maybank (Malayan Banking Berhad)

Maybank Malayan Banking Berhad
Maybank (Malayan Banking Berhad), ditubuhkan pada 1960, kini adalah bank terbesar di Malaysia dengan rangkaian luas pejabat dan ATM di seluruh negara, serta kehadiran antarabangsa di 20 negara. Mengamalkan konsep Universal Banking, Maybank dan Maybank Islamic menawarkan rangkaian komprehensif produk dan perkhidmatan perbankan konvensional dan Islamik untuk memenuhi pelbagai keperluan kewangan individu dan perniagaan.
Baca Selanjutnya

Teroka Dunia Kad Kredit di Malaysia

Panduan Lengkap Kad Kredit

Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakannya dengan bijak.
Baca sekarang

Cari Kad Kredit Terbaik

Guna sistem cari kad kredit kami yang mudah untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
Cari & bandingkan

Glosari Kad Kredit

Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
Lihat Glosari

Soalan Lazim Kad Kredit

Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
Dapatkan Jawapan

Anda Juga Mungkin Berminat

AmBank BonusLink Visa Signature

Kad kredit AmBank BonusLink Visa Signature adalah kad 2-dalam-1, kad kredit dan juga kad BonusLink.…

Kad kredit CIMB PETRONAS Visa Infinite-i 

Kad Kredit CIMB PETRONAS Visa Infinite-i khusus untuk pelanggan utama PETRONAS dengan program pulangan tunai…

Standard Chartered Platinum MasterCard Basic

Kad kredit Standard Chartered Platinum MasterCard Basic sesuai bagi mereka yang baru berjinak dengan kad…

Citi PremierMiles Mastercard

Kad kredit terbaik untuk mereka yang gemar “travel” dan dalam masa yang sama inginkan keselesaan…