Akan dibuka dalam tab baharu

Maybank Islamic Petronas Ikhwan Visa Gold Card-i

Maybank Islamic Petronas Ikhwan Visa Gold Card-i
badge-percent
Kadar Faedah Tahunan
15% p.a
money-bill-1-wave
Yuran Tahunan
Percuma
wallet
Kelayakan Gaji Bulanan
RM2500
square-dollar
Pelan Kewangan
Ansuran Tunai, Bayaran Ansuran Mudah, Pindahan Baki
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
Visa PayWave
list
Ciri Menarik
Ganjaran Petrol, Islamik, Mata Ganjaran, Pulangan Tunai

Maybank Islamic Petronas Ikhwan Visa Gold Card-i adalah kad kredit daripada Maybank Islamic, cawangan Maybank yang menyediakan produk dan perkhidmatan berasaskan perbankan Islam. Kad ini menawarkan ciri rebat tunai (cashback) dan mata ganjaran (reward points).

Anda boleh menebus mata ganjaran dalam bentuk Maybank TreatPoints dan juga rebat tunai setiap kali anda buat isian petrol menggunakan kad Petronas Ikhwan Visa Gold Card-i ini. Rebat tunai yang diberikan adalah sehingga 8% untuk setiap isian minyak anda. Anda juga akan menerima 1 mata ganjaran untuk setiap RM1 yang anda belanjakan setiap kali anda mengisi minyak di stesen minyak Petronas.

Anda juga akan menerima mata ganjaran untuk perbelanjaan lain selain daripada isian minyak, di dalam dan luar negara. Mata ganjaran ini boleh anda tebus untuk pelbagai barangan yang ditawarkan oleh program Maybank TreatPoints, atau tebus untuk baucar petrol percuma daripada Petronas.

Bagi yang ingin buat pindahan baki ke kad kredit Maybank Islamic Petronas Ikhwan Visa Gold Card-i, anda boleh menggunakan pelan pindahan baki Maybankard Balance Transfer Islamic Ikhwan Card. Anda boleh buat pemindahan serendah RM1,000 dengan bayaran semula sehingga 36 bulan.

Sebagai pemilik kad ini, anda juga layak untuk menggunakan pelan ansuran mudah (Easy Payment Plan) Maybank. Pihak Maybank menawarkan dua pelan ansuran mudah, iaitu Maybankard Ezypay dan Maybankard EzyPay Plus. Anda hanya perlu buat pembelian serendah RM50 untuk melayakkan anda menggunakan pelan ini. Bayaran ansuran pula sehingga 36 bulan.

Baca lebih lanjut tentang ciri-ciri istimewa yang ditawarkan oleh kad kredit Maybank Islamic Petronas Ikhwan Visa Gold Card-i, syarat kelayakan lengkap untuk mohon, caj dan yuran yang dikenakan, dan bagaimana anda boleh mohon kad ini secara atas talian (online) dengan mudah.

Kelebihan & Ciri Kad Kredit Maybank Islamic Petronas Ikhwan Visa Gold Card-i

Pulangan tunai (cashbacks)

Dapatkan rebat tunai sehingga 8% untuk setiap isian petrol di stesen Petronas seluruh Malaysia pada hujung minggu (Sabtu-Ahad), dan rebat tunai 1% pada hari bekerja (Isnin-Jumaat). Jumlah rebat tunai ini dihadkan kepada RM50 setiap bulan.

Jenis Rebat Tunai Kadar Rebat Tunai Had Bulanan Perbelanjaan
Perbelanjaan Petronas hujung minggu 8% RM50 Sebarang amaun pada hari Sabtu-Ahad
Perbelanjaan Petronas hari bekerja 1% RM50 Sebarang amaun pada hari Isnin-Jumaat

Mata ganjaran (reward points)

Nikmati mata ganjaran Maybank TreatPoints dengan perbelanjaan runcit, pembelajaran, utiliti, insurans dan Maybank Ezypay – di dalam dan luar negara. Anda akan dapat 1 mata ganjaran untuk setiap perbelanjaan RM1 dengan kad ini. Mata ganjaran ini tidak akan tamat sepanjang tempoh anda memiliki kad kredit Petronas Ikhwan Visa Gold Card-i.

Jumlah Mata Ganjaran (Point) Jumlah Perbelanjaan (RM) Jenis Perbelanjaan
1 RM1 Semua perbelanjaan runcit
1 RM1 Semua perbelanjaan dalam kategori utiliti, pembelajaran, insurans dan ansuran EzyPay

Ganjaran petrol

Sebagai kad kredit Petronas, anda akan dapat rebat tunai dan juga mata ganjaran Maybank TreatPoints setiap kali anda mengisi minyak di stesen Petronas seluruh Malaysia. Mata TreatPoint ini boleh anda tebus untuk baucar petrol percuma. Pihak Maybank juga menawarkan kad Touch n Go Zing Card percuma.

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon
Sesiapa sahaja
Kelayakan Gaji
Gaji kasar RM2500 sebulan atau RM30000 setahun
Kelayakan Umur
21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal)
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary)

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Card)
Percuma
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card)
Percuma
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan)
Bayaran Bulanan Minimum
RM25 atau 5% daripada baki tertunggak.
Caj Lewat Bayar
RM10 atau 1% daripada amaun tertunggak.
Had Pendahuluan Tunai Harian
Tiada
Caj Pendahuluan Tunai
RM18 atau 5% daripada amaun pengeluaran (yang lebih tinggi)
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai
18%

Pelan Pembiayaan

Maybankard Balance Transfer Islamic Ikhwan Card
Maybankard Balance Transfer Islamic Ikhwan Card

Buat pindahan baki ke kad kredit Maybank dengan pindahan serendah RM1,000 tanpa caj pengendalian dan kadar faedah yang rendah. Tempoh bayaran semula sehingga 36 bulan.

Maklumat Lanjut
Maybankard EzyPay
Maybankard EzyPay

Gunakan pelan bayaran ansuran Maybank EzyPay untuk pembelian serendah RM50 dengan tempoh bayaran selama 36 bulan tanpa caj faedah dan tiada caj pengendalian.

Maklumat Lanjut
Maybankard EzyPay PLUS
Maybankard EzyPay PLUS

Tukar sebarang pembelian anda yang bernilai RM500 ke atas kepada pelan bayaran ansuran Maybank EzyPay Plus. Tempoh bayaran fleksibel dari 6 bulan hingga 24 bulan.

Maklumat Lanjut
Maybankard EzyCash / EzyCash-i
Maybankard EzyCash / EzyCash-i

Pelan ansuran tunai kad kredit tanpa caj faedah (zero interest) dengan pinjaman minimum serendah RM2,000 dan tempoh pinjaman selama 6 bulan.

Maklumat Lanjut
Maybankard CashTreats
Maybankard CashTreats

Pinjaman tunai daripada Maybank serendah RM1,000 dengan tempoh pinjaman sehingga 36 bulan. Kadar faedah tetap dan proses permohonan yang ringkas.

Maklumat Lanjut

Cara Mohon Maybank Islamic Petronas Ikhwan Visa Gold Card-i

Tip sebelum mohon

Sebelum anda mohon, pastikan anda telah meneliti Syarat Kelayakan Memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tiada guna anda mohon jika anda tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk kad kredit ini.

Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berkaitan kad kredit Maybank Islamic Petronas Ikhwan Visa Gold Card-i

Ya, anda boleh cuba mohon sekiranya anda mencukupi syarat kelayakan seperti yang dinyatakan pada maklumat di atas, iaitu status kerakyatan dan pendapatan minimum. Walau bagaimanapun, Maybank (Malayan Banking Berhad) mungkin memerlukan kriteria tambahan untuk permohonan pertama anda.

Boleh sekiranya anda mencukupi syarat-syarat kelayakan untuk mohon. Untuk pengetahuan anda, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan seseorang individu hanya boleh memiliki maksimum 2 kad kredit sekiranya pendapatan tahunan anda adalah kurang dari RM36,000.

Had kredit atau credit limit akan ditentukan oleh Maybank (Malayan Banking Berhad) berdasarkan faktor-faktor seperti sejarah kredit, pendapatan bulanan, dan sejarah perbelanjaan. Anda boleh mohon had kredit tertentu semasa permohonan, tetapi keputusan akhir masih terletak di tangan Maybank (Malayan Banking Berhad).

Ya, anda boleh buat pendahuluan tunai (cash advance) dengan kad ini. Tetapi anda mungkin akan dikenakan caj tambahan seperti yang dinyatakan di bahagian Caj dan Yuran pada maklumat di atas. Anda juga perlu pertimbangkan kadar faedah untuk pendahuluan tunai adalah lebih tinggi daripada kadar faedah tahunan.

Ya, anda boleh guna kad kredit Maybank Islamic Petronas Ikhwan Visa Gold Card-i untuk transaksi dalam talian dengan syarat pedagang atau laman e-Dagang (e-Commerce) tersebut menyokong skim bayaran Visa.

Ya, anda boleh mohon kad ini untuk tujuan pindahan baki. Walaubagaimanapun, pastikan had kredit anda mencukupi untuk menampung jumlah baki yang ingin dipindahkan. Bandingkan juga pelan pindahan baki (kadar faedah dan caj pengendalian) dengan kad kredit sedia ada.

Anda boleh cuba untuk mohon, tetapi peluang lulus mungkin rendah jika anda mempunyai skor kredit yang rendah, atau sejarah kredit yang buruk. Maybank (Malayan Banking Berhad) kebiasaannya menilai kelayakan kredit anda berdasarkan faktor-faktor seperti skor kredit, pendapatan, nisbah hutang kepada pendapatan, dan sejarah kredit. Anda mungkin perlu meningkatkan skor kredit anda terlebih dahulu sebelum mohon kad kredit Maybank Islamic Petronas Ikhwan Visa Gold Card-i

Maaf anda tak boleh mohon sebarang kad kredit sekiranya anda di bawah selaan atau pengawasan AKPK.

Ada soalan tambahan berhubung Maybank Islamic Petronas Ikhwan Visa Gold Card-i?

Guna tab “Pertanyaan” di atas untuk bertanyakan soalan anda dan dapatkan jawapan dalam masa terdekat.

Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

20 Comments
Terbaru
Terakhir

Penafian:

Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi atau hubungi Maybank (Malayan Banking Berhad) untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.

Sumber Tambahan

Jelajahi dunia kad kredit di Malaysia dengan sumber-sumber ini membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

Ketahui Lebih Lanjut Tentang Maybank (Malayan Banking Berhad)

Maybank Malayan Banking Berhad
Maybank (Malayan Banking Berhad), ditubuhkan pada 1960, kini adalah bank terbesar di Malaysia dengan rangkaian luas pejabat dan ATM di seluruh negara, serta kehadiran antarabangsa di 20 negara. Mengamalkan konsep Universal Banking, Maybank dan Maybank Islamic menawarkan rangkaian komprehensif produk dan perkhidmatan perbankan konvensional dan Islamik untuk memenuhi pelbagai keperluan kewangan individu dan perniagaan.
Baca Selanjutnya

Teroka Dunia Kad Kredit di Malaysia

Panduan Lengkap Kad Kredit

Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakannya dengan bijak.
Baca sekarang

Cari Kad Kredit Terbaik

Guna sistem cari kad kredit kami yang mudah untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
Cari & bandingkan

Glosari Kad Kredit

Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
Lihat Glosari

Soalan Lazim Kad Kredit

Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
Dapatkan Jawapan

Anda Juga Mungkin Berminat

AmBank BonusLink Visa Signature

Kad kredit AmBank BonusLink Visa Signature adalah kad 2-dalam-1, kad kredit dan juga kad BonusLink.…

Kad kredit CIMB PETRONAS Visa Infinite-i 

Kad Kredit CIMB PETRONAS Visa Infinite-i khusus untuk pelanggan utama PETRONAS dengan program pulangan tunai…

Standard Chartered Priority Banking Visa Infinite

Kad kredit Standard Chartered Priority Banking Visa Infinite menawarkan mata ganjaran AirMiles, akses tanpa had…

Citi PremierMiles Mastercard

Kad kredit terbaik untuk mereka yang gemar “travel” dan dalam masa yang sama inginkan keselesaan…