Akan dibuka dalam tab baharu

Maybank Shopee Visa Platinum

Maybank Shopee Visa Platinum
badge-percent
Kadar Faedah Tahunan
15% p.a
money-bill-1-wave
Yuran Tahunan
Percuma
wallet
Kelayakan Gaji Bulanan
RM3000
square-dollar
Pelan Kewangan
Ansuran Tunai, Bayaran Ansuran Mudah, Pindahan Baki
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
Visa PayWave
list
Ciri Menarik
Ganjaran Petrol, Mata Ganjaran, Pulangan Tunai

Maybank Shopee Visa Platinum adalah sebuah kad kredit daripada Malayan Banking Berhad (Maybank). Kad ini khusus buat mereka yang gemar membeli belah secara atas talian (online) menerusi Shopee.

Kad kredit Maybank ini menawarkan keistimewaan mata ganjaran (reward points) dalam bentuk Shopee Coin dan TreatPoints. Pulangan Shopee Coin dan TreatPoints ini bukan sahaja untuk perbelanjaan di Shopee, tetapi juga untuk perbelanjaan lain menggunakan kad ini. Antaranya ialah perbelanjaan makan, transaksi menggunakan payWave, perbelanjaan pelajaran, insurans dan pelbagai lagi.

Selain itu, pemegang kad ini juga layak untuk menerima diskaun dan rebat untuk kempen promosi istimewa yang dilancarkan dari masa ke masa oleh pedagang yang menjual produk mereka di Shopee.

Pihak Maybank juga menawarkan pelan pindahan baki dalam bentuk Maybankard Balance Transfer Program. Pelan pemindahan baki ini melayakkan anda buat pindahan baki serendah RM1,000 dengan tempoh bayaran semula sehingga 36 bulan.

Tidak lupa juga pelan bayaran ansuran mudah (Easy Payment Plan) untuk pemilik kad ini. Maybank menawarkan dua jenis pelan EPP, iaitu pelan Maybankard EzyPay dan pelan Maybankard Ezypay Plus. Anda boleh pembelian serendah RM50 dengan bayaran ansuran sehingga 36 bulan.

Jika anda inginkan wang segera, pelan ansuran tunai Maybankard Ezycash dan Maybankard Cash Treats akan memudahkan anda. Anda boleh pinjam dari serendah RM1,000 sehingga had kredit kad Shopee Visa Platinum anda. Bayaran balik pula boleh dilanjutkan sehingga 36 bulan.

Sempena pelancaran kad ini, anda akan diberikan 5000 mata Shopee Coin percuma apabila anda berbelanja lebih dari RM300 (terkumpul) dalam masa 60 hari – jika anda mohon dalam masa terdekat.

Baca lebih lanjut tentang ciri-ciri menarik yang ditawarkan oleh kad kredit Maybank Shopee Visa Platinum, syarat kelayakan lengkap untuk mohon, caj dan yuran yang dikenakan, dan bagaimana anda boleh mohon kad ini secara atas talian (online) dengan mudah.

Kelebihan & Ciri Kad Kredit Maybank Shopee Visa Platinum

Pulangan tunai (cashbacks)

Walaupun kad kredit Maybank ini tidak diletakkan dalam kategori Rebat Tunai (Cashbacks), mata ganjaran Shopee Coin yang diterima boleh dikatakan adalah sangat hampir dengan ciri Cashback. Rujuk maklumat terperinci tentang Shopee Coins pada bahagian ganjaran di bawah.

Mata ganjaran (reward points)

Dapatkan sehingga 5x Shopee Coins setiap kali anda membeli belah di Shopee pada hari istimewa. Hari istimewa ini adalah pada 28hb setiap bulan, 9.9, 11.11, 12.12, kempen Tahun Baru Cina dan Kempen Hari Raya. Pada hari lain pula anda akan mendapat ganjaran sebanyak 2x Shopee Coins.

Untuk perbelanjaan lain menggunakan kad ini, anda akan diberikan antara 4x hingga 1x mata Shopee Coins.

Mata Shopee Coins ini dihadkan kepada 5,000 mata setiap bulan. Lebihan mata Shopee Coins ini akan ditukar kepada Maybank TreatPoints.

Jumlah Mata Ganjaran (Shopee Coins) Jumlah Perbelanjaan (RM) Jenis Perbelanjaan
5 RM1 Perbelanjaan di Shopee pada hari Istimewa
2 RM1 Perbelanjaan di Shopee pada hari biasa (selain hari istimewa)
4 RM1 Perbelanjaan makan, payWave dan hiburan pada hari Istimewa
2 RM1 Perbelanjaan makan, payWave dan hiburan pada hari biasa (selain hari istimewa)
1 RM1 Sebarang perbelanjaan lain
1 RM1 Perbelanjaan utiliti, pelajaran, EzyPay dan Insurans.

Ganjaran petrol

Pemilik kad kredit Maybank Shopee Visa Platinum akan mendapat 1x mata Shopee Coins setiap kali anda mengisi petrol menggunakan kad ini.

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon
Sesiapa sahaja
Kelayakan Gaji
Gaji kasar RM3000 sebulan atau RM36000 setahun
Kelayakan Umur
21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal)
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary)

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Card)
Percuma
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card)
Percuma
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan)
Bayaran Bulanan Minimum
RM25 atau 5% daripada baki tertunggak.
Caj Lewat Bayar
RM10 atau 1% daripada amaun tertunggak.
Had Pendahuluan Tunai Harian
Tiada
Caj Pendahuluan Tunai
RM18 atau 5% daripada amaun pengeluaran (yang lebih tinggi)
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai
18%

Pelan Pembiayaan

Maybankard Balance Transfer Program
Maybankard Balance Transfer Program

Buat pindahan baki ke kad kredit Maybank dengan pindahan serendah RM1,000 tanpa caj pengendalian dan kadar faedah yang rendah. Tempoh bayaran semula sehingga 36 bulan.

Maklumat Lanjut
Maybankard EzyPay
Maybankard EzyPay

Gunakan pelan bayaran ansuran Maybank EzyPay untuk pembelian serendah RM50 dengan tempoh bayaran selama 36 bulan tanpa caj faedah dan tiada caj pengendalian.

Maklumat Lanjut
Maybankard EzyPay PLUS
Maybankard EzyPay PLUS

Tukar sebarang pembelian anda yang bernilai RM500 ke atas kepada pelan bayaran ansuran Maybank EzyPay Plus. Tempoh bayaran fleksibel dari 6 bulan hingga 24 bulan.

Maklumat Lanjut
Maybankard EzyCash / EzyCash-i
Maybankard EzyCash / EzyCash-i

Pelan ansuran tunai kad kredit tanpa caj faedah (zero interest) dengan pinjaman minimum serendah RM2,000 dan tempoh pinjaman selama 6 bulan.

Maklumat Lanjut
Maybankard CashTreats
Maybankard CashTreats

Pinjaman tunai daripada Maybank serendah RM1,000 dengan tempoh pinjaman sehingga 36 bulan. Kadar faedah tetap dan proses permohonan yang ringkas.

Maklumat Lanjut

Cara Mohon Maybank Shopee Visa Platinum

Tip sebelum mohon

Sebelum anda mohon, pastikan anda telah meneliti Syarat Kelayakan Memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tiada guna anda mohon jika anda tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk kad kredit ini.

Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berkaitan kad kredit Maybank Shopee Visa Platinum

Ya, anda boleh cuba mohon sekiranya anda mencukupi syarat kelayakan seperti yang dinyatakan pada maklumat di atas, iaitu status kerakyatan dan pendapatan minimum. Walau bagaimanapun, Maybank (Malayan Banking Berhad) mungkin memerlukan kriteria tambahan untuk permohonan pertama anda.

Boleh sekiranya anda mencukupi syarat-syarat kelayakan untuk mohon. Untuk pengetahuan anda, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan seseorang individu hanya boleh memiliki maksimum 2 kad kredit sekiranya pendapatan tahunan anda adalah kurang dari RM36,000.

Had kredit atau credit limit akan ditentukan oleh Maybank (Malayan Banking Berhad) berdasarkan faktor-faktor seperti sejarah kredit, pendapatan bulanan, dan sejarah perbelanjaan. Anda boleh mohon had kredit tertentu semasa permohonan, tetapi keputusan akhir masih terletak di tangan Maybank (Malayan Banking Berhad).

Ya, anda boleh buat pendahuluan tunai (cash advance) dengan kad ini. Tetapi anda mungkin akan dikenakan caj tambahan seperti yang dinyatakan di bahagian Caj dan Yuran pada maklumat di atas. Anda juga perlu pertimbangkan kadar faedah untuk pendahuluan tunai adalah lebih tinggi daripada kadar faedah tahunan.

Ya, anda boleh guna kad kredit Maybank Shopee Visa Platinum untuk transaksi dalam talian dengan syarat pedagang atau laman e-Dagang (e-Commerce) tersebut menyokong skim bayaran Visa.

Ya, anda boleh mohon kad ini untuk tujuan pindahan baki. Walaubagaimanapun, pastikan had kredit anda mencukupi untuk menampung jumlah baki yang ingin dipindahkan. Bandingkan juga pelan pindahan baki (kadar faedah dan caj pengendalian) dengan kad kredit sedia ada.

Anda boleh cuba untuk mohon, tetapi peluang lulus mungkin rendah jika anda mempunyai skor kredit yang rendah, atau sejarah kredit yang buruk. Maybank (Malayan Banking Berhad) kebiasaannya menilai kelayakan kredit anda berdasarkan faktor-faktor seperti skor kredit, pendapatan, nisbah hutang kepada pendapatan, dan sejarah kredit. Anda mungkin perlu meningkatkan skor kredit anda terlebih dahulu sebelum mohon kad kredit Maybank Shopee Visa Platinum

Maaf anda tak boleh mohon sebarang kad kredit sekiranya anda di bawah selaan atau pengawasan AKPK.

Ada soalan tambahan berhubung Maybank Shopee Visa Platinum?

Guna tab “Pertanyaan” di atas untuk bertanyakan soalan anda dan dapatkan jawapan dalam masa terdekat.

Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

30 Comments
Terbaru
Terakhir

Penafian:

Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi atau hubungi Maybank (Malayan Banking Berhad) untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.

Sumber Tambahan

Jelajahi dunia kad kredit di Malaysia dengan sumber-sumber ini membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

Ketahui Lebih Lanjut Tentang Maybank (Malayan Banking Berhad)

Maybank Malayan Banking Berhad
Maybank (Malayan Banking Berhad), ditubuhkan pada 1960, kini adalah bank terbesar di Malaysia dengan rangkaian luas pejabat dan ATM di seluruh negara, serta kehadiran antarabangsa di 20 negara. Mengamalkan konsep Universal Banking, Maybank dan Maybank Islamic menawarkan rangkaian komprehensif produk dan perkhidmatan perbankan konvensional dan Islamik untuk memenuhi pelbagai keperluan kewangan individu dan perniagaan.
Baca Selanjutnya

Teroka Dunia Kad Kredit di Malaysia

Panduan Lengkap Kad Kredit

Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakannya dengan bijak.
Baca sekarang

Cari Kad Kredit Terbaik

Guna sistem cari kad kredit kami yang mudah untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
Cari & bandingkan

Glosari Kad Kredit

Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
Lihat Glosari

Soalan Lazim Kad Kredit

Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
Dapatkan Jawapan

Anda Juga Mungkin Berminat

AmBank BonusLink Visa Signature

Kad kredit AmBank BonusLink Visa Signature adalah kad 2-dalam-1, kad kredit dan juga kad BonusLink.…

Kad kredit CIMB PETRONAS Visa Infinite-i 

Kad Kredit CIMB PETRONAS Visa Infinite-i khusus untuk pelanggan utama PETRONAS dengan program pulangan tunai…

Standard Chartered Priority Banking Visa Infinite

Kad kredit Standard Chartered Priority Banking Visa Infinite menawarkan mata ganjaran AirMiles, akses tanpa had…

Citi PremierMiles Mastercard

Kad kredit terbaik untuk mereka yang gemar “travel” dan dalam masa yang sama inginkan keselesaan…