Akan dibuka dalam tab baharu

Singapore Airlines KrisFlyer American Express Platinum

Nikmati keistimewaan perjalanan eksklusif dan dapatkan KrisFlyer miles dengan setiap transaksi

Kad kredit Singapore Airlines KrisFlyer American Express Platinum
badge-percent
Kadar Faedah Tahunan
15% p.a
money-bill-1-wave
Yuran Tahunan
RM300
wallet
Kelayakan Gaji Bulanan
RM5000
square-dollar
Pelan Kewangan
Bayaran Ansuran Mudah, Pindahan Baki
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
Amex Contactless
list
Ciri Menarik
KrisFlyer miles, insurans perjalanan, akses ke Plaza Premium Lounge

Kad kredit Singapore Airlines KrisFlyer American Express Platinum daripada Maybank dicipta khusus untuk kaki ‘travel’ dengan menawarkan pelbagai kelebihan, termasuk KrisFlyer miles dengan setiap transaksi kad anda. Tidak lupa juga akses percuma kepada ruang legar Premium di lapangan terbang seluruh dunia, perlindungan insurans perjalanan, dan diskaun eksklusif untuk golf dan menjamu selera.

Kelebihan & Ciri Kad Kredit Singapore Airlines KrisFlyer American Express Platinum

  • 7,000 KrisFlyer miles percuma untuk transaksi pertama.
  • 1x KrisFlyer miles bagi setiap RM2.50 yang dibelanjakan di dalam negara.
  • 1x KrisFlyer miles bagi setiap RM2 untuk transaksi dalam talian dan transaksi di luar negara.
  • 1x KrisFlyer miles bagi setiap RM1 yang dibelanjakan untuk Singapore Airlines, Scoot, dan laman web KrisShop.
  • 5x akses percuma ke Plaza Premium Lounge di lapangan terbang seluruh dunia setiap tahun.
  • Perlindungan insurans perjalanan sehingga RM750,000.
  • Kelebihan kereta sewa dengan keahlian Hertz Gold Plus Rewards®, status Platinum Sixt-Rent-A-Car, dan Avis – termasuk diskaun, naik taraf, dan kelebihan eksklusif.
  • Diskaun menjamu selera sehingga 50% di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur, atau sehingga 40% di Hotel & Resort Marriot Bonvoy yang mengambil bahagian.
  • 4x Yuran hijau percuma dan diskaun sehingga 10% di kelab golf terpilih.
  • Keahlian SilverSmith Mr & Mrs Smith yang menawarkan pelbagai kelebihan eksklusif.

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon
Sesiapa sahaja
Kelayakan Gaji
Gaji kasar RM5000 sebulan atau RM60000 setahun
Kelayakan Umur
21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal)
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary)

Dokumen Yang Diperlukan

  • Dokumen pengenalan diri (MyKad/Pasport).
  • Bukti pendapatan (slip gaji/resit bayaran cukai/penyata komisen).
  • Penyata akaun bank terkini.
  • Dokumen-dokumen lain yang diperlukan oleh Maybank.

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Card)
RM300
Percuma tahun pertama
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card)
RM150
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan)
Bayaran Bulanan Minimum
RM25 atau 5% daripada baki tertunggak. Yang mana lebih tinggi
Caj Lewat Bayar
RM10 atau 1% daripada amaun tertunggak. Dihadkan kepada RM100
Had Pendahuluan Tunai Harian
Tiada
Caj Pendahuluan Tunai
RM10 atau 5% daripada amaun pengeluaran (yang lebih tinggi)
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai
18%

Pelan Pembiayaan

Maybankard Balance Transfer Program
Maybankard Balance Transfer Program

Buat pindahan baki ke kad kredit Maybank dengan pindahan serendah RM1,000 tanpa caj pengendalian dan kadar faedah yang rendah. Tempoh bayaran semula sehingga 36 bulan.

Maklumat Lanjut
Maybankard EzyPay
Maybankard EzyPay

Gunakan pelan bayaran ansuran Maybank EzyPay untuk pembelian serendah RM50 dengan tempoh bayaran selama 36 bulan tanpa caj faedah dan tiada caj pengendalian.

Maklumat Lanjut
Maybankard EzyPay PLUS
Maybankard EzyPay PLUS

Tukar sebarang pembelian anda yang bernilai RM500 ke atas kepada pelan bayaran ansuran Maybank EzyPay Plus. Tempoh bayaran fleksibel dari 6 bulan hingga 24 bulan.

Maklumat Lanjut

Cara Mohon Singapore Airlines KrisFlyer American Express Platinum

Tip sebelum mohon

Sebelum anda mohon, pastikan anda telah meneliti Syarat Kelayakan Memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tiada guna anda mohon jika anda tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk kad kredit ini.

Anda boleh mohon kad kredit Maybank Singapore Airlines KrisFlyer American Express Platinum melalui kaedah berikut:

Mohon dalam talian:

  1. Lawati laman web Maybank2u.
  2. Klik butang “Apply Now.”
  3. Isi borang permohonan dan hantar.

Klik untuk ke laman web Maybank2u.

Kunjungi cawangan Maybank:

  1. Kunjungi cawangan Maybank terdekat.
  2. Dapatkan borang permohonan kad kredit.
  3. Lengkapkan borang permohonan dan hantar kepada pegawai yang bertugas.

Klik untuk melihat senarai cawangan Maybank di Malaysia.

Khidmat Pelanggan

Anda boleh menghubungi pihak melalui saluran berikut sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berhubung kad kredit Maybank Singapore Airlines KrisFlyer American Express Platinum.

Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berkaitan kad kredit Singapore Airlines KrisFlyer American Express Platinum

Anda boleh menebus KrisFlyer miles untuk penerbangan, naik taraf, dan tawaran berkaitan perjalanan melalui laman web KrisFlyer.

Keahlian SilverSmith Mr & Mrs Smith menawarkan 2% loyalty money untuk tempahan hotel, diskaun untuk 600 ruang legar lapangan terbang, tempahan utama untuk tawaran eksklusif Smith, dan bantuan perjalanan daripada pakar 24 jam sehari 7 hari seminggu.

Ya, kad kredit ini menawarkan pelan pindahan baki Maybankard Balance Transfer Program, dan pelan bayaran ansuran mudah iaitu Maybankard EzyPay dan Maybankard EzyPay PLUS.

Ya, anda boleh cuba mohon sekiranya anda mencukupi syarat kelayakan seperti yang dinyatakan pada maklumat di atas, iaitu status kerakyatan dan pendapatan minimum. Walau bagaimanapun, Maybank (Malayan Banking Berhad) mungkin memerlukan kriteria tambahan untuk permohonan pertama anda.

Had kredit atau credit limit akan ditentukan oleh Maybank (Malayan Banking Berhad) berdasarkan faktor-faktor seperti sejarah kredit, pendapatan bulanan, dan sejarah perbelanjaan. Anda boleh mohon had kredit tertentu semasa permohonan, tetapi keputusan akhir masih terletak di tangan Maybank (Malayan Banking Berhad).

Ya, anda boleh buat pendahuluan tunai (cash advance) dengan kad ini. Tetapi anda mungkin akan dikenakan caj tambahan seperti yang dinyatakan di bahagian Caj dan Yuran pada maklumat di atas. Anda juga perlu pertimbangkan kadar faedah untuk pendahuluan tunai adalah lebih tinggi daripada kadar faedah tahunan.

Ya, anda boleh guna kad kredit Singapore Airlines KrisFlyer American Express Platinum untuk transaksi dalam talian dengan syarat pedagang atau laman e-Dagang (e-Commerce) tersebut menyokong skim bayaran American Express.

Ya, anda boleh mohon kad ini untuk tujuan pindahan baki. Walaubagaimanapun, pastikan had kredit anda mencukupi untuk menampung jumlah baki yang ingin dipindahkan. Bandingkan juga pelan pindahan baki (kadar faedah dan caj pengendalian) dengan kad kredit sedia ada.

Anda boleh cuba untuk mohon, tetapi peluang lulus mungkin rendah jika anda mempunyai skor kredit yang rendah, atau sejarah kredit yang buruk. Maybank (Malayan Banking Berhad) kebiasaannya menilai kelayakan kredit anda berdasarkan faktor-faktor seperti skor kredit, pendapatan, nisbah hutang kepada pendapatan, dan sejarah kredit. Anda mungkin perlu meningkatkan skor kredit anda terlebih dahulu sebelum mohon kad kredit Singapore Airlines KrisFlyer American Express Platinum

Ada soalan tambahan berhubung Singapore Airlines KrisFlyer American Express Platinum?

Guna tab “Pertanyaan” di atas untuk bertanyakan soalan anda dan dapatkan jawapan dalam masa terdekat.

Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

0 Comments
Terbaru
Terakhir

Penafian:

Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi atau hubungi Maybank (Malayan Banking Berhad) untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.

Sumber Tambahan

Jelajahi dunia kad kredit di Malaysia dengan sumber-sumber ini membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

Ketahui Lebih Lanjut Tentang Maybank (Malayan Banking Berhad)

Maybank Malayan Banking Berhad
Maybank (Malayan Banking Berhad), ditubuhkan pada 1960, kini adalah bank terbesar di Malaysia dengan rangkaian luas pejabat dan ATM di seluruh negara, serta kehadiran antarabangsa di 20 negara. Mengamalkan konsep Universal Banking, Maybank dan Maybank Islamic menawarkan rangkaian komprehensif produk dan perkhidmatan perbankan konvensional dan Islamik untuk memenuhi pelbagai keperluan kewangan individu dan perniagaan.
Baca Selanjutnya

Teroka Dunia Kad Kredit di Malaysia

Panduan Lengkap Kad Kredit

Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakannya dengan bijak.
Baca sekarang

Cari Kad Kredit Terbaik

Guna sistem cari kad kredit kami yang mudah untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
Cari & bandingkan

Glosari Kad Kredit

Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
Lihat Glosari

Soalan Lazim Kad Kredit

Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
Dapatkan Jawapan

Anda Juga Mungkin Berminat

Citi PremierMiles Visa Signature

Kad kredit terbaik untuk mereka yang gemar “travel” dan dalam masa yang sama inginkan keselesaan…

Standard Chartered Platinum MasterCard Basic

Kad kredit Standard Chartered Platinum MasterCard Basic sesuai bagi mereka yang baru berjinak dengan kad…

Kad Kredit AFFIN Islamic World MasterCard

Kad kredit perjalanan elit yang memberikan anda mata ganjaran (rewards points) untuk aktiviti anda padang…

Kad kredit Ambank Islamic Visa Platinum Card-i

Kad kredit AmBank Islamic Visa Platinum-i sesuai jika anda selalu membeli-belah dan gemar melancong. Dapatkan…