Maybankard EzyPay PLUS adalah pelan bayaran ansuran mudah kad kredit (Easy Payment Plan) daripada Maybank. Maybank menawarkan dua pelan bayaran ansuran mudah, iaitu Maybank EzyPay dan EzyPay Plus.
Perbezaan utama antara Maybank EzyPay dan EzyPay Plus ialah EzyPay Plus membenarkan anda menggunakan program ini untuk setiap belian anda, tidak seperti EzyPay yang hanya menghadkan pembelian anda kepada peniaga yang mengambil bahagian.
Baca lebih lanjut tentang Maybank EzyPay
Anda cuma perlu buat pembelian dengan nilai minimum RM500 untuk melayakkan anda menyertai pelan daripada Maybank ini. Anda juga boleh memilih untuk buat bayaran ansuran dari 6 bulan hingga 24 bulan.
Maybank mengenakan caj faedah untuk pelan Maybankard EzyPay Plus ini. Caj kadar faedah (interest rate) yang dikenakan ada dari 4.5% p.a hingga 9% p.a. Tiada caj pengendalian (upfront handling fee) yang dikenakan.
Sekiranya anda tidak dapat buat bayaran ansuran penuh setiap bulan, pelan ini membenarkan anda untuk buat bayaran bulanan minimum sebanyak RM25 atau 5% daripada baki, yang mana yang lebih tinggi. Tetapi, jika anda hanya dapat buat bayaran bulanan minimum, caj kadar faedah yang dikenakan akan berubah kepada 18% p.a.
Pelan ini tidak mengenakan sebarang caj jika anda berhasrat membayar semua baki yang tinggal lebih awal daripada tempoh yang dipersetujui. Dalam erti kata lain, tiada caj penamatan awal (early settlement fee).