Akan dibuka dalam tab baharu

Public Islamic Bank Visa Gold Credit Card-i

Public Islamic Bank Visa Gold Credit Card-i
badge-percent
Kadar Faedah Tahunan
15% p.a
money-bill-1-wave
Yuran Tahunan
150
wallet
Kelayakan Gaji Bulanan
RM2000
square-dollar
Pelan Kewangan
Bayaran Ansuran Mudah, Pindahan Baki
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
Visa PayWave
list
Ciri Menarik
Pulangan Tunai

Kad kredit Visa Gold Credit Card-i daripada Public Islamic Bank sesuai untuk individu yang inginkan sebuah kad kredit asas yang tidak membebankan. Kad ini adalah kad kredit Islamik yang menawarkan ganjaran dalam bentuk pulangan rebat tunai (cashback) dan ciri yuran tahunan percuma seumur hidup.

Pulangan rebat tunai yang ditawarkan adalah dalam bentuk “Hibah Performance Bonus” yang patuh Syariah. Anda akan diberikan pulangan 0.1% daripada setiap RM1 yang anda belanjakan untuk pembelian runcit dalam dan luar negara. Jumlah rebat tunai ini adalah tanpa had, jadi lebih banyak anda berbelanja dengan kad Public Islamic Bank Visa Gold, lebih banyak pulangan yang terkumpul.

Pihak Public Bank Islamic juga menawarkan pelan pindahan baki dan pelan bayaran ansuran mudah bersama kad ini. Kedua-dua pelan ini adalah pelan tanpa faedah (zero interest). Anda boleh buat pemindahan baki dengan pelan Public Bank Balance Transfer serendah RM1,000 tanpa caj faedah dengan tempoh bayaran balik sehingga 36 bulan.

Untuk pelan Easy Payment pula, anda boleh pilih dari pelan Public Bank Flexipay atau pelan Public Bank Zero Interest Installment. Kedua-dua pelan ini mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Pelan Flexipay mengenakan caj faedah manakala pelan Zero Interest Installment tidak mengenakan sebarang caj faedah. Rujuk maklumat lengkap kedua-dua pelan ini pada bahagian pelan ansuran mudah di bawah.

Kad Public Islamic Bank Visa Gold Credit Card-i ditawarkan kepada sesiapa sahaja yang layak untuk mohon. Syarat kelayakan yang dikenakan untuk mohon ialah anda perlu berpendapatan bulanan tidak kurang daripada RM2,000. Syarat ini tidak membebankan dan buat kad ini boleh dimohon oleh mereka yang baru bekerja atau yang berpendapatan rendah.

Berminat untuk mohon kad ini? Baca lebih lanjut tentang ciri pulangan rebat tunai yang ditawarkan, syarat kelayakan mohon yang lengkap, caj yang dikenakan, dan bagaimana untuk mohon kad ini secara atas-talian (online).

Kelebihan & Ciri Kad Kredit Public Islamic Bank Visa Gold Credit Card-i

Pulangan tunai (cashbacks)

Dapatkan pulangan rebat tunai dengan program Hibah Performance Bonus daripada Public Islamic Bank. Anda akan menerima pulangan 0.1% daripada perbelanjaan anda dengan setiap RM1 yang anda belanjakan. Pulangan rebat tunai ini sah untuk semua perbelanjaan runcit di dalam dan luar negara. Pulangan ini juga adalah tanpa had, jadi anda boleh kumpul seberapa banyak mata yang anda ingini.

Jenis Rebat Tunai Kadar Rebat Tunai Had Bulanan Perbelanjaan
Perbelanjaan runcit dalam dan luar negara 0.1% Tiada RM1 ke atas

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon
Sesiapa sahaja
Kelayakan Gaji
Gaji kasar RM2000 sebulan atau RM24000 setahun
Kelayakan Umur
21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal)
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary)

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Card)
150
Percuma untuk tahun pertama. Tahun berikutnya yuran diketepikan sekiranya anda guna kad lebih dari 12 kali setahun.
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card)
RM100
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan)
Bayaran Bulanan Minimum
RM50 atau 5% daripada baki tertunggak.
Caj Lewat Bayar
RM10 atau 1% daripada amaun tertunggak.
Had Pendahuluan Tunai Harian
Tiada
Caj Pendahuluan Tunai
RM20 atau 5% daripada amaun pengeluaran (yang lebih tinggi)
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai
18%

Pelan Pembiayaan

Public Bank Balance Transfer
Public Bank Balance Transfer

Pindahkan baki kad kredit anda ke Public Bank dengan pelan Public Bank Balance Transfer. Pindahan serendah RM1,000 tanpa caj faedah dengan tempoh bayaran semula sehingga 36 bulan.

Maklumat Lanjut
Public Bank Flexipay Plan
Public Bank Flexipay Plan

Inginkan barangan idaman anda tapi kesempitan modal? Mudah dengan pelan Flexipay dari Public Bank. Pembelian serendah RM1,000 dengan tempoh bayaran sehingga 36 bulan.

Maklumat Lanjut
Public Bank Zero Interest Installment Plan (ZIIP)
Public Bank Zero Interest Installment Plan (ZIIP)

Tiada caj kadar faedah sehingga 36 bulan, tiada caj pengendalian (upfront management fee), tempoh bayaran dari 3 bulah hingga 36 bulan untuk pembelian serendah RM500 – ini adalah pelan Easy Payment yang paling fleksibel.

Maklumat Lanjut

Cara Mohon Public Islamic Bank Visa Gold Credit Card-i

Tip sebelum mohon

Sebelum anda mohon, pastikan anda telah meneliti Syarat Kelayakan Memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tiada guna anda mohon jika anda tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk kad kredit ini.

Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berkaitan kad kredit Public Islamic Bank Visa Gold Credit Card-i

Ya, anda boleh cuba mohon sekiranya anda mencukupi syarat kelayakan seperti yang dinyatakan pada maklumat di atas, iaitu status kerakyatan dan pendapatan minimum. Walau bagaimanapun, Public Bank Berhad mungkin memerlukan kriteria tambahan untuk permohonan pertama anda.

Boleh sekiranya anda mencukupi syarat-syarat kelayakan untuk mohon. Untuk pengetahuan anda, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan seseorang individu hanya boleh memiliki maksimum 2 kad kredit sekiranya pendapatan tahunan anda adalah kurang dari RM36,000.

Had kredit atau credit limit akan ditentukan oleh Public Bank Berhad berdasarkan faktor-faktor seperti sejarah kredit, pendapatan bulanan, dan sejarah perbelanjaan. Anda boleh mohon had kredit tertentu semasa permohonan, tetapi keputusan akhir masih terletak di tangan Public Bank Berhad.

Ya, anda boleh buat pendahuluan tunai (cash advance) dengan kad ini. Tetapi anda mungkin akan dikenakan caj tambahan seperti yang dinyatakan di bahagian Caj dan Yuran pada maklumat di atas. Anda juga perlu pertimbangkan kadar faedah untuk pendahuluan tunai adalah lebih tinggi daripada kadar faedah tahunan.

Ya, anda boleh guna kad kredit Public Islamic Bank Visa Gold Credit Card-i untuk transaksi dalam talian dengan syarat pedagang atau laman e-Dagang (e-Commerce) tersebut menyokong skim bayaran Visa.

Ya, anda boleh mohon kad ini untuk tujuan pindahan baki. Walaubagaimanapun, pastikan had kredit anda mencukupi untuk menampung jumlah baki yang ingin dipindahkan. Bandingkan juga pelan pindahan baki (kadar faedah dan caj pengendalian) dengan kad kredit sedia ada.

Anda boleh cuba untuk mohon, tetapi peluang lulus mungkin rendah jika anda mempunyai skor kredit yang rendah, atau sejarah kredit yang buruk. Public Bank Berhad kebiasaannya menilai kelayakan kredit anda berdasarkan faktor-faktor seperti skor kredit, pendapatan, nisbah hutang kepada pendapatan, dan sejarah kredit. Anda mungkin perlu meningkatkan skor kredit anda terlebih dahulu sebelum mohon kad kredit Public Islamic Bank Visa Gold Credit Card-i

Maaf anda tak boleh mohon sebarang kad kredit sekiranya anda di bawah selaan atau pengawasan AKPK.

Ada soalan tambahan berhubung Public Islamic Bank Visa Gold Credit Card-i?

Guna tab “Pertanyaan” di atas untuk bertanyakan soalan anda dan dapatkan jawapan dalam masa terdekat.

Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

0 Comments
Terbaru
Terakhir

Penafian:

Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi atau hubungi Public Bank Berhad untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.

Sumber Tambahan

Jelajahi dunia kad kredit di Malaysia dengan sumber-sumber ini membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

Ketahui Lebih Lanjut Tentang Public Bank Berhad

Public Bank Berhad
Public Bank Berhad, ditubuhkan pada 1966 dengan moto 'bank untuk rakyat', kini adalah salah satu kumpulan perbankan terbesar di Malaysia. Dengan rangkaian luas 259 cawangan dan lebih 2000 terminal di seluruh negara serta kehadiran antarabangsa, Public Bank (bersama Public Islamic Bank) menawarkan pelbagai perkhidmatan perbankan konvensional dan Islamik yang komprehensif untuk memenuhi keperluan individu dan…
Baca Selanjutnya

Teroka Dunia Kad Kredit di Malaysia

Panduan Lengkap Kad Kredit

Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakannya dengan bijak.
Baca sekarang

Cari Kad Kredit Terbaik

Guna sistem cari kad kredit kami yang mudah untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
Cari & bandingkan

Glosari Kad Kredit

Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
Lihat Glosari

Soalan Lazim Kad Kredit

Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
Dapatkan Jawapan

Anda Juga Mungkin Berminat

Maybank Shopee Visa Platinum

Kad kredit Maybank ini menawarkan keistimewaan mata ganjaran (reward points) dalam bentuk Shopee Coin dan…

Citi Simplicity

Rebat tunai sehingga 10%? Tidak ada masalah dengan kad kredit ini. Dapatkan rebat tunai sehingga…

Kad kredit AFFIN Islamic Platinum Mastercard-i 

Nikmati pulangan mata ganjaran dan tebus untuk penerbangan percuma, di samping perlindungan Takaful dan Khairat…

Kad kredit AFFIN DUO MasterCard Rewards

Kad kredit AFFIN DUO MasterCard Rewards menawarkan sehingga 3x mata ganjaran, pelan kredit lengkap, dan…