Public Bank Balance Transfer

Public Bank Balance Transfer adalan pelan pindahan baki kad kredit yang ditawarkan oleh Public Bank Berhad. Pelan ini adalah antara pelan pemindahan baki kad kredit yang fleksibel dengan tempoh bayaran dari 6 bulan hingga 36 bulan. Public Bank tidak mengenakan sebarang kadar faedah untuk pelan ini (zero interest rate). Anda cuma perlu membayar caj pengendalian (one time upfront handling fee).

Anda boleh memindahkan baki dengan jumlah minimum sebanyak RM1,000 sehingga 80% daripada had kredit (credit limit) anda. Jumlah bayaran bulanan minimum yang ditetapkan pula ialah RM50 atau 5% – yang mana yang lebih tinggi. Walau bagaimanapun, jika anda gagal untuk buat bayaran bulanan, pihak Public Bank akan mengenakan caj pengurusan/faedah antara 15% p.a sehingga 18% p.a.

Anda juga akan dikenakan caj lewat bayar (late payment penalty/fee) sebanyak 1% dari baki tertunggak atau RM10 (yang mana yang lebih tinggi). Caj lewat bayar maksimum dihadkan kepada RM100. Jadi pastikan anda tidak “miss” untuk menjelaskan bayaran bulanan anda.

Pihak Public Bank juga mengenakan caj penamatan awal (early termination/settlement fee) sebanyak RM100 untuk pelan Public Bank Balance Transfer ini sekiranya anda berhasrat untuk menyelesaikan segala hutang anda lebih awal dari tempoh yang dipersetujui.

Public Bank Balance TRansfer
Tempoh bayaran 6 bulan hingga 36 bulan
Kadar faedah Tiada kadar faedah (0% p.a)
Caj pengendalian 1% hingga 7%
Jumlah pindahan RM1000 hingga 80% daripada had kredit
Bayaran minimum (bulanan) RM50 atau 5% dari baki tunggakan
Caj penamatan awal RM100
share-nodes
Kongsi

Jadual pelan Public Bank Balance Transfer

Pindahkan baki kad kredit anda ke Public Bank dengan pelan Public Bank Balance Transfer. Pindahan serendah RM1,000 tanpa caj faedah dengan tempoh bayaran semula sehingga 36 bulan.

Tempoh Bayaran (Bulan) Caj Pengendalian (%) Kadar Faedah (% p.a) Jumlah Pindahan Minimum (RM)
6 1% Tiada RM1,000
12 3% Tiada RM2,000
24 5.5% Tiada RM3,000
36 7% Tiada RM6,000

Cara mohon Public Bank Balance Transfer

Anda boleh mohon pelan pindahan baki kad kredit daripada Public Bank ini melalui kaedah berikut.

  1. Muatturun (download) borang permohonan Pubic Bank Balance Transfer di laman web PBB.
  2. Lengkapkan dan hantar melalui salah-satu saluran berikut:-
    – Email kepada [email protected]
    – Faks ke nombor 03-2163 9400
    – Pos ke alamat Perkhidmatan Kad PB, Tingkat 10, Menara Public Bank, 146, Jalan Ampang, Peti Surat 11722, 50754 Kuala Lumpur.

Kad kredit Public Bank Balance Transfer

Berikut adalah senarai kad kredit yang menawarkan pelan Public Bank Balance Transfer. Pilih dari senarai kad kredit berikut untuk info lengkap dan bagaimana anda boleh mohon secara online.

Public Bank MasterCard Standard

Kad kredit Public Bank MasterCard Standard

Nikmati pengalaman menggunakan kad kredit tanpa masalah dengan yuran tahunan percuma pada tahun pertama.

Public Bank World MasterCard

Kad kredit Public Bank World MasterCard 

Kad kredit Public Bank World MasterCard menawarkan sehingga 3x ganjaran Air Miles bersama perlindungan insurans perjalanan lengkap dan ciri keistimewaan yang memudahkan perjalanan anda. Kad ini juga percuma seumur hidup.

Public Bank Platinum MasterCard

Kad Kredit Public Bank Platinum MasterCard

Kad kredit Public Bank Platinum MasterCard menawarkan keistimewaan mata ganjaran VIP tanpa bagi mereka yang gemar membeli-belah dalam talian dan luar talian.

Public Islamic Bank MasterCard Platinum Credit Card-i

Public Islamic Bank MasterCard Platinum Credit Card-i

Kad kredit Islamik ini menawarkan ganjaran pulangan tunai sehingga 4% setiap bulan dengan perlindungan pembelian e-Dagang sehingga USD200. Dapatkan kad Public Islamic Bank MasterCard Platinum Credit Card-i.

Public Bank Gold MasterCard

Kad kredit Public Bank Gold MasterCard

Kad kredit unlimited CashBack daripada Public Bank dan MasterCard ini menawarkan rebat tunai tanpa had setiap bulan untuk perbelanjaan di dalam dan luar negara. Dapatkan ganjaran PBE MegaBonus hanya dengan transaksi RM1. Yuran tahunan percuma dengan kelayakan memohon yang tidak membebankan.

Public Bank Gold Visa

Public Bank Gold Visa

Ingin ganjaran pulangan rebat tunai tanpa had setiap bulan? Kad kredit Public Bank Gold Visa ini mungkin pilihan terbaik. Dapatkan unlimited cashback dengan setiap perbelanjaan RM1 di dalam dan luar negara. Ciri yuran tahunan percuma juga buat kad ini sesuai dimohon sebagai kad kredit pertama anda.

Public Islamic Bank MasterCard Gold Credit Card-i

Public Islamic Bank MasterCard Gold Credit Card-i

Public Islamic Bank MasterCard Gold Credit Card-i menawarkan pulangan rebat tunai tanpa had setiap bulan. Nikmati juga yuran tahunan percuma pada tahun pertama, dan tahun berikutnya apabila anda menggunakan kad ini lebih daripada 12 kali setiap tahun.

Public Islamic Bank Visa Gold Credit Card-i

Public Islamic Bank Visa Gold Credit Card-i

Kad kredit Public Islamic Bank Visa Gold Credit Card-i adalah kad kredit Islamik yang patuh Syariah sepenuhnya dan menawarkan ciri pulangan rebat tunai (cashback) tanpa had setiap bulan. Kad ini juga didatangkan dengan pelan pemindahan baki dan juga dua pelan bayaran ansuran mudah.

Public Bank Petron Visa Gold

Public Bank Petron Visa Gold

Public Bank Petron Visa Gold menawarkan ciri pulangan rebat tunai setiap kali anda berbelanja di Stesen Minyak Petron seluruh negara. Ganjaran cashback ini diberikan untuk isian minyak dan juga perbelanjaan di Petron Mart. Dapatkan juga perlindungan Insurans kemalangan peribadi sehingga RM20,000. Kad ini juga tidak mengenakan yuran tahunan – percuma seumur hidup.

Public Bank Quantum MasterCard

Public Bank Quantum MasterCard

Kad kredit Public Bank Quantum MasterCard menawarkan yuran tahunan percuma untuk kad kredit utama (principal) dan tambahan (supplementary). Dapatkan juga ciri pulangan rebat tunai, ganjaran reward points, pelan bayaran ansuran mudah dan pelan pindahan baki dengan kad ini. Anda juga akan menerima kad kredit percuma sekiranya permohonan anda lulus.

Public Bank Quantum Visa

Public Bank Quantum Visa

Kad kredit Public Bank Quantum Visa menawarkan pulangan rebat tunai dan juga ganjaran mata untuk mereka yang gemar membeli belah. Anda juga boleh menukar belian anda kepada bayaran ansuran melalui pelan bayaran ansuran mudah Public Bank Flexipay. Yang membuatkan kad ini sangat istimewa ialah tiada yuran tahunan yang dikenakan untuk kad utama dan kad tambahan.