Public Bank Flexipay Plan

Public Bank Flexipay Plan adalah pelan bayaran ansuran mudah (Easy Payment Plan) yang ditawarkan oleh Public Bank Berhad. Pelan ini adalah antara pelan bayaran ansuran yang fleksibel dengan tempoh pembayaran dari 6 bulan hingga 36 bulan.

Pelan ini ditawarkan kepada semua pembelian anda. Public Bank tidak menghadkan pelan ini kepada sesetengah peniaga. Anda cuba perlu buat pembelian minimum sebanyak RM1,000 untuk melayakkan anda menyertai program ini.

Pelan ini tidak mengenakan sebarang caj faedah (zero interest). Public Bank cuma mengenakan caj pengendalian (upfront handling fee). Caj ini hanya dikenakan sekali sahaja, bermula dari 1% hingga 7% – bergantung tempoh bayaran bulanan pilihan anda.

Sekiranya anda sukar untuk buat bayaran ansuran bulanan penuh, anda boleh memilih untuk buat bayaran minimum sebanyak RM50 atau 5% daripada baki (yang mana yang lebih tinggi). Walau bagaimanapun, anda akan dikenakan caj kadar faedah 15% p.a hingga 18% p.a sekiranya anda hanya buat bayaran bulanan minimum.

Anda juga akan dikenakan caj lewat bayar (late charges) sebanyak 1% dari baki tertunggak atau RM10 – yang mana yang lebih tinggi. Caj ini dihadkan kepada RM100. Caj ini dikenakan sehingga anda menyelesai baki tertunggak dan mula buat bayaran penuh bulanan.

Public Bank tidak mengenakan sebarang caj penamatan awal (early settlement fee) untuk Public Bank Flexipay Plan. Jadi anda tidak perlu risau sekiranya anda ingin menyelesaikan baki anda lebih awal dari tempoh yang dipersetujui.

Public Bank Flexipay Plan
Pembelian Minimum RM1000
Tempoh bayaran 6 bulan hingga 36 bulan
Kadar faedah Tiada kadar faedah (Zero Interest)
Caj pengendalian 1% hingga 7%
Bayaran minimum (bulanan) RM50 atau 5% daripada baki (yang mana yang lebih tinggi)
Caj penamatan awal Tiada
share-nodes
Kongsi

Jadual pelan Public Bank Flexipay Plan

Inginkan barangan idaman anda tapi kesempitan modal? Mudah dengan pelan Flexipay dari Public Bank. Pembelian serendah RM1,000 dengan tempoh bayaran sehingga 36 bulan.

Tempoh Bayaran (Bulan) Caj Pengendalian (%) Kadar Faedah (% p.a) Pembelian Minimum (RM)
6 1% Tiada RM1,000
9 2% Tiada RM2,000
12 3% Tiada RM1,000
24 5.5% Tiada RM2,000
36 7% Tiada RM3,000

Cara mohon Public Bank Flexipay Plan

Pilih salah satu daripada kaedah di bawah untuk mohon:

  • Hubungi pihak Public Bank di talian 03-21768000 dan maklumkan ingin menukar transaksi pembelian kepada pelan bayaran ansuran mudah.
  • Tulis surat dan faks ke nombor 03-21739400.
  • Lengkapkan borang permohonan Public Bank Flexipay Plan dan hantar kepada pihak Public Bank.
  • SMS “PBFP<space>16-digit credit card no.<space>first 6 characters of merchant name<space>amount<space>flexipay tenure” ke 66300

Kad kredit Public Bank Flexipay Plan

Berikut adalah senarai kad kredit yang menawarkan pelan Public Bank Flexipay Plan. Pilih dari senarai kad kredit berikut untuk info lengkap dan bagaimana anda boleh mohon secara online.

Public Bank MasterCard Standard

Kad kredit Public Bank MasterCard Standard

Nikmati pengalaman menggunakan kad kredit tanpa masalah dengan yuran tahunan percuma pada tahun pertama.

Public Bank World MasterCard

Kad kredit Public Bank World MasterCard 

Kad kredit Public Bank World MasterCard menawarkan sehingga 3x ganjaran Air Miles bersama perlindungan insurans perjalanan lengkap dan ciri keistimewaan yang memudahkan perjalanan anda. Kad ini juga percuma seumur hidup.

Public Bank Platinum MasterCard

Kad Kredit Public Bank Platinum MasterCard

Kad kredit Public Bank Platinum MasterCard menawarkan keistimewaan mata ganjaran VIP tanpa bagi mereka yang gemar membeli-belah dalam talian dan luar talian.

Public Islamic Bank MasterCard Platinum Credit Card-i

Public Islamic Bank MasterCard Platinum Credit Card-i

Kad kredit Islamik ini menawarkan ganjaran pulangan tunai sehingga 4% setiap bulan dengan perlindungan pembelian e-Dagang sehingga USD200. Dapatkan kad Public Islamic Bank MasterCard Platinum Credit Card-i.

Public Bank Gold MasterCard

Kad kredit Public Bank Gold MasterCard

Kad kredit unlimited CashBack daripada Public Bank dan MasterCard ini menawarkan rebat tunai tanpa had setiap bulan untuk perbelanjaan di dalam dan luar negara. Dapatkan ganjaran PBE MegaBonus hanya dengan transaksi RM1. Yuran tahunan percuma dengan kelayakan memohon yang tidak membebankan.

Public Bank Gold Visa

Public Bank Gold Visa

Ingin ganjaran pulangan rebat tunai tanpa had setiap bulan? Kad kredit Public Bank Gold Visa ini mungkin pilihan terbaik. Dapatkan unlimited cashback dengan setiap perbelanjaan RM1 di dalam dan luar negara. Ciri yuran tahunan percuma juga buat kad ini sesuai dimohon sebagai kad kredit pertama anda.

Public Islamic Bank MasterCard Gold Credit Card-i

Public Islamic Bank MasterCard Gold Credit Card-i

Public Islamic Bank MasterCard Gold Credit Card-i menawarkan pulangan rebat tunai tanpa had setiap bulan. Nikmati juga yuran tahunan percuma pada tahun pertama, dan tahun berikutnya apabila anda menggunakan kad ini lebih daripada 12 kali setiap tahun.

Public Islamic Bank Visa Gold Credit Card-i

Public Islamic Bank Visa Gold Credit Card-i

Kad kredit Public Islamic Bank Visa Gold Credit Card-i adalah kad kredit Islamik yang patuh Syariah sepenuhnya dan menawarkan ciri pulangan rebat tunai (cashback) tanpa had setiap bulan. Kad ini juga didatangkan dengan pelan pemindahan baki dan juga dua pelan bayaran ansuran mudah.

Public Bank Petron Visa Gold

Public Bank Petron Visa Gold

Public Bank Petron Visa Gold menawarkan ciri pulangan rebat tunai setiap kali anda berbelanja di Stesen Minyak Petron seluruh negara. Ganjaran cashback ini diberikan untuk isian minyak dan juga perbelanjaan di Petron Mart. Dapatkan juga perlindungan Insurans kemalangan peribadi sehingga RM20,000. Kad ini juga tidak mengenakan yuran tahunan – percuma seumur hidup.

Public Bank Quantum MasterCard

Public Bank Quantum MasterCard

Kad kredit Public Bank Quantum MasterCard menawarkan yuran tahunan percuma untuk kad kredit utama (principal) dan tambahan (supplementary). Dapatkan juga ciri pulangan rebat tunai, ganjaran reward points, pelan bayaran ansuran mudah dan pelan pindahan baki dengan kad ini. Anda juga akan menerima kad kredit percuma sekiranya permohonan anda lulus.

Public Bank Quantum Visa

Public Bank Quantum Visa

Kad kredit Public Bank Quantum Visa menawarkan pulangan rebat tunai dan juga ganjaran mata untuk mereka yang gemar membeli belah. Anda juga boleh menukar belian anda kepada bayaran ansuran melalui pelan bayaran ansuran mudah Public Bank Flexipay. Yang membuatkan kad ini sangat istimewa ialah tiada yuran tahunan yang dikenakan untuk kad utama dan kad tambahan.