Akan dibuka dalam tab baharu

Public Bank Zero Interest Installment Plan (ZIIP)

Public Bank Zero Interest Installment Plan (ZIIP) adalah pelan bayaran ansuran mudah kad kredit (Easy Payment Plan) daripada Public Bank Berhad. Seperti namanya, pelan ini tidak mengenakan sebarang caj faedah (zero interest). Pelan ini juga tidak mengenakan caj pengendalian (upfront handling fee). Dua ciri ini sahaja menjadikan pelan ini antara pelan EPP yang menarik untuk pembelian anda.

Anda boleh memilih untuk buat bayaran ansuran sesingkat 3 bulan sehingga menjangkau 36 bulan tanpa caj faedah atau caj pengendalian. Anda cuma perlu buat pembelian minimum RM500 untuk melayakkan anda menyertai program ini.

Walau bagaimanapun, anda perlu buat bayaran penuh setiap bulan kerana pelan Public Bank Zero Interest Installment Plan ini tidak membenarkan anda buat bayaran bulanan minimum. Sekiranya anda gagal buat bayaran ansuran penuh, caj kadar faedah bertingkat bermula dari 15% p.a sehingga 18% p.a akan dikenakan. Caj ini dikenakan sehingga anda menyelesaikan segala baki yang tertunggak.

Tetapi, sekiranya anda berhasrat untuk menyelesaikan baki bayaran ansuran anda lebih awal daripada tempoh yang dipersetujui, Public Bank tidak akan mengenakan sebarang caj – tiada caj penamatan awal (early settlement fee).

Public Bank Zero Interest Installment Plan ZIIP
money-bill-1-wave
Pembelian Minimum
RM500
calendar-range
Tempoh Bayaran
3 bulan hingga 36 bulan
badge-percent
Kadar Faedah
Tiada kadar faedah (Zero Interest)
square-dollar
Caj Pengendalian
Tiada caj upfront
square-dollar
Bayaran Minimum (Bulanan)
Bayaran ansuran penuh
square-dollar
Caj Penamatan Awal
Tiada
share-nodes
Kongsi

Jadual Public Bank Zero Interest Installment Plan (ZIIP)

Tiada caj kadar faedah sehingga 36 bulan, tiada caj pengendalian (upfront management fee), tempoh bayaran dari 3 bulah hingga 36 bulan untuk pembelian serendah RM500 – ini adalah pelan Easy Payment yang paling fleksibel.

Tempoh Bayaran (Bulan) Caj Pengendalian (%) Kadar Faedah (% p.a) Pembelian Minimum (RM)
3 Tiada Tiada RM500
6 Tiada Tiada RM500
9 Tiada Tiada RM500
12 Tiada Tiada RM500
18 Tiada Tiada RM500
24 Tiada Tiada RM500
30 Tiada Tiada RM500
36 Tiada Tiada RM500

Cara mohon Public Bank Zero Interest Installment Plan (ZIIP)

  1. Buat transaksi pembelian dengan kad kredit Public Bank di pedagang yang mengambil bahagian.
  2. Hubungi pihak Public Bank di talian 03-21768000 dan maklumkan anda ingin menukar pembelian anda kepada pelan bayaran ansuran mudah.
  3. Pilih tempoh bayaran ansuran yang anda ingini.

Kad kredit Public Bank Zero Interest Installment Plan (ZIIP)

Berikut adalah senarai kad kredit yang menawarkan pelan Public Bank Zero Interest Installment Plan (ZIIP). Pilih dari senarai kad kredit berikut untuk info lengkap dan bagaimana anda boleh mohon secara online.

Public Islamic Bank Visa Gold Credit Card-i

Public Islamic Bank Visa Gold Credit Card-i
Kad kredit Public Islamic Bank Visa Gold Credit Card-i adalah kad kredit Islamik yang patuh Syariah sepenuhnya dan menawarkan ciri pulangan rebat tunai (cashback) tanpa had setiap bulan. Kad ini juga didatangkan dengan pelan pemindahan baki dan juga dua pelan bayaran ansuran mudah.
Info Lanjut

Public Islamic Bank MasterCard Gold Credit Card-i

Public Islamic Bank MasterCard Gold Credit Card-i
Public Islamic Bank MasterCard Gold Credit Card-i menawarkan pulangan rebat tunai tanpa had setiap bulan. Nikmati juga yuran tahunan percuma pada tahun pertama, dan tahun berikutnya apabila anda menggunakan kad ini lebih daripada 12 kali setiap tahun.
Info Lanjut

Public Bank Gold Visa

Public Bank Gold Visa
Ingin ganjaran pulangan rebat tunai tanpa had setiap bulan? Kad kredit Public Bank Gold Visa ini mungkin pilihan terbaik. Dapatkan unlimited cashback dengan setiap perbelanjaan RM1 di dalam dan luar negara. Ciri yuran tahunan percuma juga buat kad ini sesuai dimohon sebagai kad kredit pertama anda.
Info Lanjut

Public Bank Gold MasterCard

Kad kredit Public Bank Gold MasterCard
Kad kredit unlimited CashBack daripada Public Bank dan MasterCard ini menawarkan rebat tunai tanpa had setiap bulan untuk perbelanjaan di dalam dan luar negara. Dapatkan ganjaran PBE MegaBonus hanya dengan transaksi RM1. Yuran tahunan percuma dengan kelayakan memohon yang tidak membebankan.
Info Lanjut

Penafian:

Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi  atau menghubungi khidmat pelanggan untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.