BSN Classic Visa/MasterCard Credit Card/i

Kad Kredit BSN Classic
Bank Simpanan Nasional
Kad kredit daripada
share-nodes
Kongsi
badge-percent
Kadar faedah
11% p.a
money-bill-1-wave
Yuran tahunan
Percuma seumur hidup
wallet
Kelayakan Pendapatan
RM2000
stars
Ciri utama
Ganjaran Perjalanan, Islamik, Kadar Faedah Rendah, Mata Ganjaran, Tanpa Yuran Tahunan
square-list
Pelan kad kredit
Ansuran Tunai, Bayaran Ansuran Mudah, Pindahan Baki
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
Visa PayWave, MasterCard PayPass

Kad kredit BSN Classic adalah salah satu kad daripada siri Classic Credit Card yang ditawarkan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN). Kad ini ditawarkan dengan skim bayaran Visa atau MasterCard, dan juga kad kredit konvensional atau Islamik sebagai BSN Classic Visa Credit Card/i dan BSN Classic MasterCard Credit Card/i. Walaupun ini adalah kad kredit asas, terdapat banyak kelebihan dan ciri-ciri menarik yang ditawarkan oleh kad ini.

Kelebihan utama yang anda dapat dengan kad ini ialah caj kadar faedah tahunan yang rendah. Pemilik kad ini hanya dikenakan kadar faedah tahunan 13.5% p.a. Jika anda adalah kakitangan sektor awam, anda hanya dikenakan caj 11% p.a.

Ciri lain yang ditawarkan oleh kad kredit ini ialah mata ganjaran, atau rewards point. BSN menawarkan mata ganjaran bernilai 1 point dengan setiap RM1 yang anda belanjakan dengan kad ini. Ini adalah untuk perbelanjaan dalam negara. Untuk perbelanjaan luar negara pula anda akan dihadiahkan dengan 2 mata ganjaran untuk setiap perbelanjaan RM1.

Mata ganjaran ini boleh anda tebus untuk produk dan juga baucar yang disediakan oleh pihak BSN.

Anda juga akan menerima kad BSN Zing PLUSMiles percuma. Kad BSN Zing ini bersambung terus dengan kad kredit BSN Classic anda, dan didatangkan dengan pelbagai keistimewaan seperti rebat tol, diskaun di pedagang yang mengambil bahagian, dan mata PLUSMiles.

BSN juga menawarkan pelan-pelan kad kredit yang lengkap untuk kad BSN Visa Klasik ini. Lakukan pemindahan baki dengan pelan pindahan baki BSN Balance Transfer Programme. Atau, dapatkan barangan idaman anda dengan pelan BSN EasyPay atau pelan BSN Instalment-Pay – pilih yang sesuai untuk pembelian anda.

Jika anda kesempitan wang dan ingin wang tunai segera, anda boleh gunakan pelan BSN EasyCash untuk buat ansuran tunai tanpa sebarang caj faedah.

Baca lebih lanjut tentang maklumat lengkap kad kredit BSN Visa Classic, dan bagaimana anda boleh mohon kad ini secara online dengan mudah.

Kelebihan & Ciri Kad Kredit BSN Classic Visa/MasterCard Credit Card/i

Mata ganjaran (reward points)

Dapatkan dari 1 hingga 2 mata ganjaran (Happy Rewards Point) setiap kali anda swipe kad anda. 1 point setiap RM1 untuk transaksi dalam negara, dan 2 points setiap RM1 untuk transaksi luar negara. Tebus mata ganjaran ini melalui produk, baucar dan hadiah yang disediakan dalam katalog BSN.

Jumlah Mata Ganjaran Jumlah Perbelanjaan (RM) Jenis Perbelanjaan
1 RM1 Perbelanjaan dalam negara
2 RM1 Perbelanjaan luar negara

ganjaran perjalanan

Dapatkan kad BNS Zing PLUSMiles percuma yang menawarkan pelbagai kelebihan berbanding kad TNG biasa. Antara keistimewaan kad ini ialah:

  • 1x BSN Happy Reward Points setiap kali anda tambah nilai kad Zing PLUSMiles anda.
  • 1x mata ganjaran PLUSMiles dengan setiap RM1.
  • Diskaun sehingga 30% di pedagang PLUSMiles yang mengambil bahagian.
  • 5% rebat tol di lebuhraya LINKEDUA, BKE, ELITE, dan PLUS.

Pelan Kad Kredit BSN Classic Visa/MasterCard Credit Card/i

Pelan pemindahan baki (balance transfer)

BSN Balance Transfer Programme
Buat pindahan baki kad kredit anda ke BSN Balance Transfer Programme. Pindahan dari serendah RM500 dengan tempoh bayaran semula sehingga 36 bulan.
Tempoh Bayaran (Bulan) Caj Pengendalian (%) Kadar Faedah (% p.a) Jumlah Pindahan Minimum (RM)
3 Tiada 3.6 % p.a RM500
6 Tiada 3.6% p.a RM1,000
9 Tiada 3.6% p.a RM1,000
12 Tiada Tiada RM1,000
24 Tiada Tiada RM1,000
36 Tiada 4.5% p.a RM2,000

Pelan bayaran ansuran (easy payment plan)

BSN Instalment-Pay
Buat sebarang pembelian serendah RM500 dengan kad kredit BSN anda untuk melayakkan anda menggunakan pelan Easy Payment dari BSN ini. Bayar semula sehingga 24 bulan tanpa caj faedah.
Tempoh Bayaran (Bulan) Caj Pengendalian (%) Kadar Faedah (% p.a) Pembelian Minimum (RM)
6 3% Tiada RM500
12 4% Tiada RM1,000
24 5% Tiada RM2,000
BSN EasyPay
Inginkan pelan bayaran ansuran mudah (EPP) tanpa caj faedah dan tiada caj upfront? Dapatkan pelan ini. Pembelian serendah RM500 dengan tempoh bayaran sehingga 36 bulan.
Tempoh Bayaran (Bulan) Caj Pengendalian (%) Kadar Faedah (% p.a) Pembelian Minimum (RM)
3 Tiada Tiada RM500
36 Tiada Tiada RM500

Pelan ansuran tunai (cash instalment plan)

BSN EasyCash

Pinjam dari RM500 hingga 80% had kredit (credit limit) kad kredit BSN anda tanpa faedah (zero interest). Pilih tempoh bayaran dari 6 bulan hingga 48 bulan.

Kategori PelanTempoh Bayaran (Bulan)Kadar Faedah (% p.a)Jumlah Pembiayaan Minimum (RM)Bayaran Tunai Pendahuluan (%)
A6-RM5003.68%
B126.60% p.aRM500-
C246.60% p.aRM1,000-
D367.20% p.aRM2,000-
E487.80% p.aRM3,000-
F12-RM1,0002%

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon Warganegara Malaysia
Kelayakan Gaji Gaji kasar RM2000 Sebulan atau RM24000 Setahun
Kelayakan Umur 21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal).
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary).

Tak layak?

Sekiranya anda tak cukup syarat untuk mohon kad kredit ini, anda boleh cari kad yang sesuai dengan kelayakan anda melalui Sistem Cari Kad Kredit yang kami sediakan.

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Cardholder) Percuma seumur hidup
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card) Percuma
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan).
Bayaran Bulanan Minimum RM50 atau 5% dari amaun tertunggak.
Caj Lewat Bayar RM10 atau 1% dari amaun tertunggak.
Had Pendahuluan Tunai Harian 75% dari jumlah keseluruhan.
Caj Pendahuluan Tunai RM10 atau 5% dari amaun pengeluaran (yang lebih tinggi).
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai 18%

Cara Mohon BSN Classic Visa/MasterCard Credit Card/i

Tip sebelum mohon

Sebelum anda mohon, pastikan anda telah meneliti Syarat Kelayakan Memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tiada guna anda mohon jika anda tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk kad kredit ini.

Anda boleh mohon BSN Classic Visa/MasterCard Credit Card/i dengan mengunjungi mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berdekatan anda.

Anda juga boleh mohon secara atas talian (online) melalui laman web Bank Simpanan Nasional (BSN).

Soalan Lazim Kad Kredit BSN Classic Visa/MasterCard Credit Card/i

Berikut adalah jawapan untuk soalan-soalan yang sering ditanyakan berkaitan kad kredit BSN Classic Visa/MasterCard Credit Card/i
Apakah kad Kredit BSN Classic Visa/MasterCard Credit Card/i?
chevron-down

Kad kredit BSN Classic Visa/MasterCard Credit Card/i adalah kad kredit yang ditawarkan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN).

Apakah kelebihan kad Kredit ini berbanding kad kredit yang lain?
chevron-down

Kad kredit BSN Classic Visa/MasterCard Credit Card/i menawarkan ciri-ciri menarik seperti Ganjaran Perjalanan, Islamik, Kadar Faedah Rendah, Mata Ganjaran, Tanpa Yuran Tahunan dan Ansuran Tunai, Bayaran Ansuran Mudah, Pindahan Baki. Untuk maklumat lanjut sila rujuk bahagian Ciri-Ciri Kad Kredit di atas.

Siapakah yang boleh mohon kad kredit ini?
chevron-down

Kad ini boleh dimohon oleh Warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas dengan pendapatan bulanan RM2000 ke atas atau pendapatan tahunan RM24000 ke atas. Untuk maklumat lanjut sila rujuk bahagian Syarat Kelayakan di atas.

Saya tidak pernah mempunyai sebarang kad kredit sebelum ini, bolehkah saya mohon Kad Kredit BSN Classic Visa/MasterCard Credit Card/i?
chevron-down

Boleh, tiada masalah untuk anda mohon Kad Kredit ini sekiranya ini kali pertama anda ingin mohon Kad Kredit dan anda mencukupi syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan untuk mohon.

Saya adalah pemegang kad kredit Bank Simpanan Nasional (BSN) yang sedang aktif, bolehkah saya mohon kad kredit ini?
chevron-down

Boleh sekiranya anda mencukupi syarat-syarat kelayakan untuk mohon. Untuk pengetahuan anda, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan seseorang individu hanya boleh memiliki maksimum 2 kad kredit sekiranya pendapatan tahunan anda adalah kurang dari RM36,000.

Saya adalah pemegang kad kredit dari bank lain, bolehkah saya mohon kad kredit BSN Classic Visa/MasterCard Credit Card/i?
chevron-down

Boleh sekiranya anda mencukupi syarat-syarat kelayakan untuk mohon. Untuk pengetahuan anda, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan seseorang individu hanya boleh memiliki maksimum 2 kad kredit sekiranya pendapatan tahunan anda adalah kurang dari RM36,000.

Berapakah kadar faedah (interest rate) yang dikenakan untuk kad kredit ini?
chevron-down

Bank Simpanan Nasional (BSN) mengenakan kadar faedah tahunan sebanyak 11% p.a.

Berapakah had kredit (credit limit) yang dibenarkan?
chevron-down

Had kredit atau credit limit akan ditentukan oleh pihak bank berdasarkan sejarah kredit dan pendapatan bulanan anda.

Apakah caj atau fi yang dikenakan untuk kad kredit ini?
chevron-down

Sila rujuk pada bahagian Caj dan Yuran yang Dikenakan di atas.

Bolehkah saya keluarkan wang tunai melalui mesin ATM dengan kad ini?
chevron-down

Ya, anda boleh buat pendahuluan tunai (cash advance) dengan kad ini. Tetapi anda akan dikenakan caj tambahan seperti yang dinyatakan di bahagian Caj dan Yuran pada maklumat di atas.

Bolehkah saya mohon kad kredit ini semata-mata untuk pindahan baki (balance transfer)?
chevron-down

Boleh. Tetapi pastikan had kredit anda mencukupi untuk menampung jumlah baki yang ingin dipindahkan.

Bolehkah saya mohon kad kredit ini sekiranya saya ada rekod senarai hitam (blacklist) di laporan CTOS saya?
chevron-down

Soalan ini adalah sangat subjektif apabila memohon kad kredit. Faktor yang memainkan peranan utama ialah skor kredit, bukannya jumlah senarai hitam anda. Dalam erti kata lain, lulus atau tidak adalah bergantung sepenuhnya kepada pihak bank. Anda boleh rujuk dengan pihak Bank Simpanan Nasional (BSN) sekiranya anda layak atau tidak untuk mohon dengan mengemukakan laporan CTOS anda.

Bolehkah saya mohon kad kredit ini sekiranya rekod kredit saya tidak cantik di laporan CCRIS saya?
chevron-down

Seperti juga jawapan untuk soalan tentang senarai hitam di laporan CTOS. Keputusan permohonan adalah bergantung kepada skor kredit anda, dan faktor-faktor lain seperti pendapatan, risiko, rekod kredit, dan sebagainya. Anda boleh rujuk dengan pihak Bank Simpanan Nasional (BSN) sekiranya anda layak atau tidak untuk mohon dengan mengemukakan laporan CCRIS anda.

Bolehkah saya mohon kad kredit ini sekiranya saya di bawah selaan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)?
chevron-down

Maaf anda tak boleh mohon sebarang kad kredit sekiranya anda di bawah selaan atau pengawasan AKPK.

Bagaimana saya nak mohon kad kredit BSN Classic Visa/MasterCard Credit Card/i?
chevron-down

Sila rujuk bahagian Cara Memohon di atas.

Ada soalan tambahan?

Tinggalkan soalan anda pada ruangan Soalan & Pertanyaan di bawah. 

Ada Soalan Tentang BSN Classic Visa/MasterCard Credit Card/i?

Atau sekadar ingin berkongsi pengalaman? Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.
Subscribe
Notify of

15 Comments
Inline Feedbacks
View all comments