Akan dibuka dalam tab baharu

BSN EasyCash

BSN EasyCash adalah pelan ansuran tunai (cash instalment plan – CIP) yang ditawarkan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN). Pelan ini ditawarkan kepada semua pemegang kad kredit utama (principal cardholder) BSN.

Walaupun pelan ini ditawarkan kepada semua pemegang kad utama, anda perlu mempunyai rekod kredit yang baik dengan BSN untuk meningkatkan peluang lulus anda.

Pelan BSN EasyCash menawarkan pinjaman serendah RM500 sehingga 80% daripada had kredit (credit limit) kad kredit anda. Anda juga boleh memilih tempoh bayaran dari 6 bulan hingga 48 bulan. Ciri-ciri ini menjadikan pinjaman BSN EasyCash antara pelan pinjaman tunai yang fleksibel berbanding pelan pinjaman tunai dari bank lain.

Pelan ini menawarkan 5 kategori pinjaman, iaitu dinamakan pelan A, B, C, D, E dan F. Pelan A dan F menawarkan pinjaman tanpa faedah (zero interest), manakala pelan lain pula menawarkan kadar faedah berpatutan dari 6.60% p.a hingga 7.80% p.a. Anda boleh rujuk jadual di bawah untuk maklumat lanjut.

BSN membenarkan anda untuk buat bayaran bulanan minimum sekiranya anda tidak dapat buat bayaran bulanan penuh. Tetapi, caj kadar faedah akan dinaikkan kepada 18% p.a. Oleh itu elakkan daripada bayaran tertunggak untuk mengelak faedah yang tinggi.

Walau bagaimanapun, pihak BSN tidak akan mengenakan sebarang caj sekiranya anda ingin membayar semua baki pinjaman lebih awal daripada tempoh yang dipersetujui. Dalam erti kata lain, tiada caj penamatan awal (early settlement fee).

BSN EasyCash
calendar-range
Tempoh Pinjaman
6 bulan hingga 48 bulan
money-bill-1-wave
Jumlah Pinjaman
RM500 hingga 80% daripada had kredit (credit limit)
badge-percent
Kadar Faedah
0% p.a hingga 7.8% p.a
square-dollar
Caj Lewat Bayar
Kadar faedah dinaikkan kepada 18% p.a
square-dollar
Caj Penamatan Awal
Tiada
share-nodes
Kongsi

Jadual BSN EasyCash

Pinjam dari RM500 hingga 80% had kredit (credit limit) kad kredit BSN anda tanpa faedah (zero interest). Pilih tempoh bayaran dari 6 bulan hingga 48 bulan.

Kategori Pelan Tempoh Bayaran (Bulan) Kadar Faedah (% p.a) Jumlah Pembiayaan Minimum (RM) Bayaran Tunai Pendahuluan (%)
A 6 – RM500 3.68%
B 12 6.60% p.a RM500 –
C 24 6.60% p.a RM1,000 –
D 36 7.20% p.a RM2,000 –
E 48 7.80% p.a RM3,000 –
F 12 – RM1,000 2%

Cara mohon BSN EasyCash

Anda boleh mohon BSN EasyCash melalui kaedah-kaedah berikut.

  1. Isi dan lengkap borang permohonan BSN EasyCash – muat turun di laman web BSN.
  2. E-Mel kepada [email protected]; atau pos ke alamat Customer Service Unit, BSN Credit Card Centre, Level 1, Block A, 117, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur.

Anda juga boleh terus menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan (Kad Kredit) BSN di talian 03-20286610.

Kad kredit BSN EasyCash

Berikut adalah senarai kad kredit yang menawarkan pelan BSN EasyCash. Pilih dari senarai kad kredit berikut untuk info lengkap dan bagaimana anda boleh mohon secara online.

BSN Classic

Kad Kredit BSN Classic
Kad Kredit BSN Visa Classic menawarkan mata ganjaran (rewards points) dengan setiap perbelanjaan RM1. 1 point untuk perbelanjaan dalam negara, dan 2 points untuk luar negara. Dengan kadar faedah tahunan yang rendah antara 11% p.a hingga 13.5% p.a dan yuran tahunan percuma - ini adalah kad kredit yang sesuai untuk penjimatan hebat.
Info Lanjut

BSN Platinum

BSN Platinum Visa MasterCard
Kad kredit BSN Platinum Visa atau MasterCard menawarkan kadar faedah terendah, yuran tahun percuma seumur hidup, mata ganjaran hebat, perlindungan perjalanan, dan khidmat bantuan kelas pertama.
Info Lanjut

BSN Gold

BSN Gold Visa MasterCard
Dapatkan kad kredit BSN Gold Visa atau BSN Gold MasterCard dan nikmati pulangan mata ganjaran dan kadar faedah terendah. Tidak lupa juga yuran tahunan percuma seumur hidup.
Info Lanjut

BSN G-Card Visa

BSN G-Card Visa
Kad kredit BSN G-Card Visa dan G-Card VIsa Credit Card-i menawarkan kadar faedah terendah dan yuran tahunan percuma. Kad ini ditawarkan khusus kepada kakitangan kerajaan.
Info Lanjut

BSN 1 TeachersCard MasterCard

BSN 1 TeachersCard MasterCard
Nikmati ganjaran istimewa, kadar faedah terendah, dan perlindungan insurans perjalanan percuma dengan BSN 1 TeachersCard MasterCard, khas untuk tenaga pengajar.
Info Lanjut

BSN Al-Aiman Klasik

Kad kredit BSN Al-Aiman Klasik
Kad kredit BSN Al-Aiman Klasik menawarkan penjimatan berganda. Tidak hanya menawarkan yuran tahunan percuma, kad ini juga datang dengan caj pengurusan yang rendah.
Info Lanjut

BSN-UUM Al-Aiman MasterCard Platinum

Kad kredit BSN-UUM Al-Aiman MasterCard Platinum
Kad Kredit BSN-UUM Al-Aiman Platinum direka khas untuk komuniti UUM. Nikmati yuran tahunan percuma, perlindungan takaful, dan pelbagai manfaat lain.
Info Lanjut

BSN Al-Aiman Emas

Kad kredit BSN Al-Aiman Emas
Kad Kredit BSN Al-Aiman Emas menawarkan kebebasan daripada fi tahunan seumur hidup, perlindungan takaful percuma, dan ganjaran Happy Points. Sesuai untuk mereka yang mencari kad kredit Islamik dengan pelbagai manfaat.
Info Lanjut

Penafian:

Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi atau menghubungi khidmat pelanggan untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.