BSN Balance Transfer Programme adalah pelan pindahan baki kad kredit yang ditawarkan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN). Pelan ini menawarkan tempoh pemindahan baki dari 3 bulan hingga 36 bulan dengan jumlah pindahan serendah RM500 hingga RM2,000. Had maksimum pemindahan baki yang dibenarkan untuk pelan ini ialah 80% daripada had kredit (credit limit) kad kredit BSN anda.
Caj kadar faedah yang dikenakan bermula dari 0% p.a sehingga 4.5% p.a. Tiada kadar faedah dikenakan pada tahun pertama untuk tempoh bayaran antara 12 bulan sehingga 24 bulan. Pihak BSN juga tidak mengenakan sebarang caj pengendalian (upfront handling fee) dengan pelan ini.
Anda boleh memilih untuk buat bayaran bulanan minimum sebanyak 5% dari baki tunggakan sekiranya anda berasa sukar untuk buat bayaran penuh setiap bulan. Walau bagaimanapun, sekiranya anda hanya buat bayaran bulanan minimum – baki yang tertunggak akan dikenakan kadar faedah kad kredit semasa.
Pelan BSN Balance Transfer Programme tidak mengenakan sebarang caj penamatan awal (early settlement fee) sekiranya anda berhasrat untuk menyelesaikan tunggakan anda sebelum tarikh yang dipersetujui.
Pelan pindahan baki BSN ini ditawarkan kepada pemegang kad kredit utama (principal), dan juga pemegang kad kredit tambahan (supplementary). Pemegang kad kredit tambahan perlu mendapatkan kebenaran dari pemegang kad utama sebelum menggunakan pelan ini.










