Akan dibuka dalam tab baharu

BSN EasyPay

BSN EasyPay adalah pelan bayaran ansuran mudah kad kredit (Easy Payment Plan) yang ditawarkan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN). Pelan ini membolehkan anda menukar semua pembelian anda di pasaraya dan peruncit yang membenarkan pelan ini.

Anda cuma perlu buat pembelian untuk barangan berharga RM500 ke atas pada satu resit untuk melayakkan anda menggunakan pelan bayaran mudah ini.

Tempoh bayaran ansuran yang dibenarkan ialah 3 bulan dan 36 bulan, untuk pembelian minimum RM500 ke atas. Yang menariknya, Bank Simpanan Nasional tidak mengenakan sebarang kadar faedah (interest rate) mahupun caj pengendalian (upfront handling fee).

Pelan BSN EasyPay ini hanya ditawarkan kepada pemegang kad kredit utama (principal card holder) Bank Simpanan Nasional. Jadi jika anda adalah pemegang kad tambahan (supplementary card holder), anda tidak layak untuk menggunakan pelan ini.

Selain tiada caj kadar faedah dan tiada caj upfront, BSN juga tidak mengenakan caj penamatan awal (early settlement fee) jika anda berhasrat untuk membayar baki yang tertunggak untuk pelan ini.

BSN EasyPay
money-bill-1-wave
Pembelian Minimum
RM500
calendar-range
Tempoh Bayaran
3 bulan hingga 36 bulan
badge-percent
Kadar Faedah
Tiada kadar faedah (Zero Interest)
square-dollar
Caj Pengendalian
Tiada caj upfront
square-dollar
Bayaran Minimum (Bulanan)
Bayaran ansuran penuh
square-dollar
Caj Penamatan Awal
Tiada
share-nodes
Kongsi

Jadual BSN EasyPay

Inginkan pelan bayaran ansuran mudah (EPP) tanpa caj faedah dan tiada caj upfront? Dapatkan pelan ini. Pembelian serendah RM500 dengan tempoh bayaran sehingga 36 bulan.

Tempoh Bayaran (Bulan) Caj Pengendalian (%) Kadar Faedah (% p.a) Pembelian Minimum (RM)
3 Tiada Tiada RM500
36 Tiada Tiada RM500

Cara mohon BSN EasyPay

  1. Lakukan transaksi pembelian tidak kurang daripada RM500 dalam satu resit dengan kad kredit BSN anda.
  2. Maklumkan kepada juruwang/pedagang anda ingin menggunakan skim BSN EasyPay untuk transaksi tersebut.

Sekiranya berjaya bayaran ansuran pertama akan dipaparkan di penyata kad kredit seterusnya.

Kad kredit BSN EasyPay

Berikut adalah senarai kad kredit yang menawarkan pelan BSN EasyPay. Pilih dari senarai kad kredit berikut untuk info lengkap dan bagaimana anda boleh mohon secara online.

BSN Platinum

BSN Platinum Visa MasterCard
Kad kredit BSN Platinum Visa atau MasterCard menawarkan kadar faedah terendah, yuran tahun percuma seumur hidup, mata ganjaran hebat, perlindungan perjalanan, dan khidmat bantuan kelas pertama.
Info Lanjut

BSN G-Card Visa

BSN G-Card Visa
Kad kredit BSN G-Card Visa dan G-Card VIsa Credit Card-i menawarkan kadar faedah terendah dan yuran tahunan percuma. Kad ini ditawarkan khusus kepada kakitangan kerajaan.
Info Lanjut

BSN Classic

Kad Kredit BSN Classic
Kad Kredit BSN Visa Classic menawarkan mata ganjaran (rewards points) dengan setiap perbelanjaan RM1. 1 point untuk perbelanjaan dalam negara, dan 2 points untuk luar negara. Dengan kadar faedah tahunan yang rendah antara 11% p.a hingga 13.5% p.a dan yuran tahunan percuma - ini adalah kad kredit yang sesuai untuk penjimatan hebat.
Info Lanjut

BSN Visa Cash Back

Kad kredit BSN Visa Cash Back
Kad kredit BSN Visa Cash Back menawarkan pulangan ganjaran tunai tanpa had dan tidak mengenakan sebarang caj yuran tahunan. Dapatkan lebih penjimatan dengan setiap perbelanjaan anda.
Info Lanjut

BSN 1 TeachersCard MasterCard

BSN 1 TeachersCard MasterCard
Nikmati ganjaran istimewa, kadar faedah terendah, dan perlindungan insurans perjalanan percuma dengan BSN 1 TeachersCard MasterCard, khas untuk tenaga pengajar.
Info Lanjut

BSN-UUM Al-Aiman MasterCard Gold

Kad kredit BSN-UUM Al-Aiman MasterCard Gold 
BSN-UUM Al-Aiman MasterCard Gold, khas untuk komuniti UUM menawarkan fi pengurusan rendah, yuran tahunan percuma, pulangan mata ganjaran, dan perlindungan takaful perjalanan.
Info Lanjut

BSN Al-Aiman Klasik

Kad kredit BSN Al-Aiman Klasik
Kad kredit BSN Al-Aiman Klasik menawarkan penjimatan berganda. Tidak hanya menawarkan yuran tahunan percuma, kad ini juga datang dengan caj pengurusan yang rendah.
Info Lanjut

BSN Al-Aiman Emas

Kad kredit BSN Al-Aiman Emas
Kad Kredit BSN Al-Aiman Emas menawarkan kebebasan daripada fi tahunan seumur hidup, perlindungan takaful percuma, dan ganjaran Happy Points. Sesuai untuk mereka yang mencari kad kredit Islamik dengan pelbagai manfaat.
Info Lanjut

Penafian:

Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi  atau menghubungi khidmat pelanggan untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.