Akan dibuka dalam tab baharu

BSN Instalment-Pay

BSN Instalment-Pay adalah pelan bayaran ansuran (Easy Payment Plan) daripada Bank Simpanan Nasional. Pelan ini menawarkan tempoh bayaran semula dari 6 bulan hingga 24 bulan tanpa kadar faedah (zero interest).

Anda cuba perlu membayar caj pengendalian (upfront handling fee) serendah 3% hingga 5% bergantung kepada tempoh bayaran ansuran pilihan anda. Caj ini hanya dikenakan sekali sahaja dan tidak berulang.

Pelan bayaran ansuran dari BSN ini dibenarkan untuk setiap pembelian anda tanpa sebarang pilihan kedai. Dalam erti kata lain anda cuma perlu buat pembelian minimum RM500 dengan kad kredit anda, dan anda boleh menukar pembelian tersebut kepada pelan bayaran mudah BSN Instalment-Pay.

Hubungi pihak BSN selepas 3 hari anda buat pembelian, atau sebelum penyata kad kredit seterusnya dan maklumkan kepada mereka anda ingin menukar pembelian anda kepada pelan Instalment-Pay dan pilih tempoh bayaran balik yang anda ingini.

Sekiranya anda ingin menyelesaikan baki tunggakan anda lebih awal daripada tempoh yang dipersetujui, pihak BSN tidak akan mengenakan sebarang caj penamatan awal (early settlement fee) seperti kebanyakan pelan bayaran ansuran daripada kad kredit bank lain.

BSN Instalment-Pay
money-bill-1-wave
Pembelian Minimum
RM500
calendar-range
Tempoh Bayaran
6 bulan hingga 24 bulan
badge-percent
Kadar Faedah
Tiada kadar faedah (Zero Interest)
square-dollar
Caj Pengendalian
3% hingga 5%
square-dollar
Bayaran Minimum (Bulanan)
Bayaran ansuran penuh
square-dollar
Caj Penamatan Awal
Tiada
share-nodes
Kongsi

Jadual BSN Instalment-Pay

Buat sebarang pembelian serendah RM500 dengan kad kredit BSN anda untuk melayakkan anda menggunakan pelan Easy Payment dari BSN ini. Bayar semula sehingga 24 bulan tanpa caj faedah.

Tempoh Bayaran (Bulan) Caj Pengendalian (%) Kadar Faedah (% p.a) Pembelian Minimum (RM)
6 3% Tiada RM500
12 4% Tiada RM1,000
24 5% Tiada RM2,000

Cara mohon BSN Instalment-Pay

  1. Lakukan transaksi pembelian tidak kurang daripada RM500 dalam satu resit dengan kad kredit BSN anda.
  2. Hubungi pihak BSN di talian 1300 885 855 tidak lebih daripada 3 hari selepas tarikh pembelian atau sebelum penyata kad kredit dikeluarkan (yang mana lebih awal).

Sekiranya lulus bayaran ansuran pertama akan dipaparkan di penyata kad kredit terbaru.

Kad kredit BSN Instalment-Pay

Berikut adalah senarai kad kredit yang menawarkan pelan BSN Instalment-Pay. Pilih dari senarai kad kredit berikut untuk info lengkap dan bagaimana anda boleh mohon secara online.

BSN Classic

Kad Kredit BSN Classic
Kad Kredit BSN Visa Classic menawarkan mata ganjaran (rewards points) dengan setiap perbelanjaan RM1. 1 point untuk perbelanjaan dalam negara, dan 2 points untuk luar negara. Dengan kadar faedah tahunan yang rendah antara 11% p.a hingga 13.5% p.a dan yuran tahunan percuma - ini adalah kad kredit yang sesuai untuk penjimatan hebat.
Info Lanjut

BSN Platinum

BSN Platinum Visa MasterCard
Kad kredit BSN Platinum Visa atau MasterCard menawarkan kadar faedah terendah, yuran tahun percuma seumur hidup, mata ganjaran hebat, perlindungan perjalanan, dan khidmat bantuan kelas pertama.
Info Lanjut

BSN Gold

BSN Gold Visa MasterCard
Dapatkan kad kredit BSN Gold Visa atau BSN Gold MasterCard dan nikmati pulangan mata ganjaran dan kadar faedah terendah. Tidak lupa juga yuran tahunan percuma seumur hidup.
Info Lanjut

BSN G-Card Visa

BSN G-Card Visa
Kad kredit BSN G-Card Visa dan G-Card VIsa Credit Card-i menawarkan kadar faedah terendah dan yuran tahunan percuma. Kad ini ditawarkan khusus kepada kakitangan kerajaan.
Info Lanjut

BSN Visa Cash Back

Kad kredit BSN Visa Cash Back
Kad kredit BSN Visa Cash Back menawarkan pulangan ganjaran tunai tanpa had dan tidak mengenakan sebarang caj yuran tahunan. Dapatkan lebih penjimatan dengan setiap perbelanjaan anda.
Info Lanjut

BSN 1 TeachersCard MasterCard

BSN 1 TeachersCard MasterCard
Nikmati ganjaran istimewa, kadar faedah terendah, dan perlindungan insurans perjalanan percuma dengan BSN 1 TeachersCard MasterCard, khas untuk tenaga pengajar.
Info Lanjut

BSN-UUM Al-Aiman MasterCard Gold

Kad kredit BSN-UUM Al-Aiman MasterCard Gold 
BSN-UUM Al-Aiman MasterCard Gold, khas untuk komuniti UUM menawarkan fi pengurusan rendah, yuran tahunan percuma, pulangan mata ganjaran, dan perlindungan takaful perjalanan.
Info Lanjut

BSN Al-Aiman Klasik

Kad kredit BSN Al-Aiman Klasik
Kad kredit BSN Al-Aiman Klasik menawarkan penjimatan berganda. Tidak hanya menawarkan yuran tahunan percuma, kad ini juga datang dengan caj pengurusan yang rendah.
Info Lanjut

BSN-UUM Al-Aiman MasterCard Platinum

Kad kredit BSN-UUM Al-Aiman MasterCard Platinum
Kad Kredit BSN-UUM Al-Aiman Platinum direka khas untuk komuniti UUM. Nikmati yuran tahunan percuma, perlindungan takaful, dan pelbagai manfaat lain.
Info Lanjut

BSN Al-Aiman Emas

Kad kredit BSN Al-Aiman Emas
Kad Kredit BSN Al-Aiman Emas menawarkan kebebasan daripada fi tahunan seumur hidup, perlindungan takaful percuma, dan ganjaran Happy Points. Sesuai untuk mereka yang mencari kad kredit Islamik dengan pelbagai manfaat.
Info Lanjut

Penafian:

Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi  atau menghubungi khidmat pelanggan untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.