Pinjaman peribadi Tidak Bercagar

Pinjaman tidak bercagar adalah antara pelan pinjaman yang sering dimohon. Jenis pinjaman ini sangat popular kerana syarat kelayakan yang ringkas dan proses permohonan yang tidak peningkan kepala. Secara ringkas, maksud pinjaman tidak bercagar ialah jenis pinjaman di mana pemohon tidak perlu menyediakan cagaran untuk mohon. Pemohon juga tidak perlu memperkenalkan penjamin untuk menguatkan permohonan. Dua faktor ini buat kategori pinjaman ini sangat sesuai dimohon jika anda memerlukan wang segera.

Pinjaman tidak bercagar

Contoh pinjaman tidak bercagar yang paling mudah ialah pinjaman dan pembiayaan peribadi. Boleh dikatakan hampir semua pelan pinjaman dan pembiayaan peribadi yang ditawarkan di Malaysia adalah pinjaman jenis ini.

Pinjaman peribadi tidak bercagar mempunyai beberapa kelebihan berbanding pinjaman peribadi bercagar. Selain daripada tidak memerlukan cagaran atau penjamin, pinjaman di dalam kategori ini mengenakan syarat kelayakan mohon yang longgar, dokumen ringkas, dan keputusan yang pantas. Walau bagaimanapun, kebanyakan pinjaman ini menawarkan jumlah dan tempoh pembiayaan adalah lebih rendah berbanding pinjaman peribadi bercagar.

Di bawah ialah senarai pinjaman peribadi tak bercagar di Malaysia. Pelan dan skim pembiayaan ini adalah daripada institusi kewangan terpilih seperti bank, koperasi berdaftar dan pemberi pinjaman wang berlesen (PPW), atau Kredit Komuniti yang berdaftar.

Pilih pelan pinjaman yang anda ingini dan klik pada pelan tersebut untuk maklumat lengkap ciri-ciri pinjaman. Ketahui juga syarat kelayakan lengkap untuk mohon, jumlah yang boleh dimohon, tempoh pembiayaan, dokumen diperlukan, caj dikenakan dan ketahui bagaimana anda boleh mohon secara atas talian (online).

share-nodes
Kongsi

CIMB Xpress Cash Financing-i

CIMB Xpress Cash Financing-i
square-dollar
Jumlah pinjaman

RM3000 - RM50000

calendar-range
Tempoh bayaran

12 - 60 bulan

badge-percent
Kadar faedah/keuntungan

18% p.a

CIMB Xpress Cash ditawarkan khusus kepada mereka yang berpendapatan rendah. Hanya dengan pendapatan bulanan tidak kurang dari RM800, anda layak untuk mohon pinjaman ini. Mohon serendah RM3,000 dengan bayaran balik sehingga 5 tahun.

CIMB Cash Plus

CIMB Cash Plus Personal Loan
square-dollar
Jumlah pinjaman

RM2000 - RM100000

calendar-range
Tempoh bayaran

24 - 84 bulan

badge-percent
Kadar faedah/keuntungan

6.88% p.a

Nak dapatkan pinjaman dalam tempoh kurang dari 48 jam? CIMB Cash Plus adalah antara pilihan terbaik. Dapatkan keputusan permohonan anda hanya dalam tempoh 24-48 jam. Dengan proses permohonan yang ringkas dan memudahkan, ini adalah pinjaman pilihan mereka yang nak guna wang segera.

AEON iCash Personal Financing

aeon icash personal financing
square-dollar
Jumlah pinjaman

RM1000 - RM100000

calendar-range
Tempoh bayaran

6 - 84 bulan

badge-percent
Kadar faedah/keuntungan

7.92% p.a

AEON iCash Personal Financing adalah pelan pembiayaan peribadi Islamik yang sangat fleksibel dan antara pinjaman yang mudah lulus. Ditawarkan kepada semua sektor pekerjaan dengan syarat kelayakan dan dokumen yang ringkas dan tidak membebankan.