Akan dibuka dalam tab baharu

Pinjaman Peribadi Tidak Bercagar

Pinjaman Peribadi Tanpa Cagaran - Penyelesaian Bijak untuk Keperluan Kewangan Anda

Pinjaman Peribadi Tidak Bercagar

Adakah anda sedang mencari dana tambahan untuk perbelanjaan peribadi? Pinjaman peribadi tidak bercagar mungkin menjadi pilihan yang sesuai. Laman ini akan membimbing anda memahami selok-belok pinjaman peribadi tidak bercagar di Malaysia, termasuk kebaikan, keburukan, syarat kelayakan, dan tips penting untuk membantu anda membuat keputusan kewangan yang bijak.

Apa itu Pinjaman Peribadi Tidak Bercagar?

Pinjaman peribadi tidak bercagar adalah jenis pinjaman yang tidak memerlukan sebarang cagaran aset, contohnya rumah atau kereta. Ini bermakna anda tidak perlu mencagarkan aset anda untuk mendapatkan pinjaman.

Oleh itu, kelulusan pinjaman adalah bergantung kepada sejarah kredit dan kemampuan pembayaran balik anda.

Kebaikan Pinjaman Peribadi Tidak Bercagar

  • Proses Permohonan yang Cepat dan Mudah: Kebanyakan bank dan institusi kewangan menawarkan permohonan dalam talian (online) yang mudah dan pantas.
  • Tiada Cagaran Diperlukan: Anda tidak perlu risau tentang kehilangan aset jika gagal membayar balik pinjaman.
  • Tidak Perlu Penjamin: Anda juga tidak perlu memperkenalkan penjamin untuk layak mohon.
  • Fleksibel: Sekiranya permohonan lulus, dana boleh digunakan untuk pelbagai tujuan, seperti perkahwinan, pendidikan, pengubahsuaian rumah, dan sebagainya.

Keburukan Pinjaman Peribadi Tidak Bercagar

  • Kadar Faedah Lebih Tinggi: Berbanding pinjaman bercagar, pinjaman jenis ini biasanya mengenakan kadar faedah yang lebih tinggi kerana risikonya yang ditanggung oleh pemberi pinjaman.
  • Had Pinjaman Lebih Rendah: Jumlah pinjaman yang diluluskan mungkin lebih rendah berbanding pinjaman bercagar.
  • Penalti Lewat Bayar: Kegagalan membayar balik pinjaman mengikut jadual akan dikenakan penalti lewat bayar yang boleh meningkatkan jumlah keseluruhan hutang anda.

Kelayakan Memohon Pinjaman Peribadi Tidak Bercagar

  • Warganegara Malaysia atau Pemastautin Tetap: Anda perlu mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.
  • Berumur 18 Tahun ke Atas: Had umur mungkin berbeza antara institusi kewangan.
  • Pendapatan Tetap: Anda perlu membuktikan kemampuan untuk membayar balik pinjaman dengan mengemukakan slip gaji atau penyata bank ketika mohon.

Tips Penting Sebelum Memohon

  • Bandingkan Kadar Faedah: Bandingkan kadar faedah pelan pinjaman yang ditawarkan oleh pelbagai bank dan institusi kewangan sebelum membuat keputusan.
  • Semak Terma dan Syarat: Pastikan anda memahami sepenuhnya terma dan syarat pinjaman, termasuk caj tersembunyi dan penalti yang dikenakan.
  • Kira Kemampuan Bayar Balik: Gunakan kalkulator pinjaman peribadi untuk mengira jumlah ansuran bulanan dan pastikan ianya sesuai dengan bajet dan kemampuan anda.
  • Jaga Skor Kredit Anda: Skor kredit yang baik akan meningkatkan peluang kelulusan pinjaman dan mendapatkan kadar faedah yang lebih rendah.
  • Guna Sistem Tapisan di Bawah: Sistem tapisan di bawah membolehkan anda membandingkan pelbagai jenis pinjaman peribadi tidak bercagar yang ditawarkan di Malaysia dengan mudah.
Jadual Perbandingan Kadar Faedah Pinjaman Peribadi Tanpa Cagaran
Bank Kadar Faedah Setahun (anggaran)
RHB Personal Loan 13% p.a hingga 20% p.a
Maybank Personal Financing-i 6.5% p.a hingga 8.0% p.a
AEON iCash 7.92% p.a hingga 18% p.a

Nota: Kadar faedah adalah sebagai rujukan dan tertakluk kepada terma dan syarat dan mungkin berubah dari semasa ke semasa.

Kesimpulan: Pinjaman peribadi tidak bercagar boleh menjadi penyelesaian kewangan yang berguna jika diuruskan dengan bijak. Dengan memahami sepenuhnya kebaikan, keburukan, dan tips penting yang dikongsikan di atas, anda boleh membuat keputusan yang tepat dan mengelakkan masalah kewangan di masa hadapan.

Gunakan maklumat dan sistem penapisan di bawah untuk membandingkan pelan pinjaman peribadi tanpa cagaran yang ditawarkan di Malaysia.

Senarai Pinjaman Peribadi Tidak Bercagar di Malaysia

Guna sistem penapisan di bawah untuk membandingkan pelbagai pilihan pinjaman peribadi tidak bercagar yang tersedia di Malaysia. Pilih mengikut kadar faedah, had pinjaman, dan ciri-ciri lain untuk mencari pinjaman yang paling sesuai dengan keperluan anda.

Saringan

Sektor Pekerjaan
Tapis - Kotak Semak
wallet
Pendapatan Bulanan
RM800RM7,000
badge-percent
Kadar Faedah
% p.a2% p.a18
money-bill-1-wave
Jumlah Pinjaman
Jumlah Minimum
RM500RM50000
Jumlah Maksimum
RM10000RM400000
calendar-range
Tempoh Pinjaman
Tempoh Minimum
bulan1bulan36
Tempoh Maksimum
bulan24bulan120
square-dollar
Kategori Pinjaman
Tapis - Kotak Semak
square-dollar
Cagaran/Tidak Bercagar
Tapis - Kotak Semak
Tapis - Kotak Semak
BSN Skap
money-bill-1-wave
Jumlah Pinjaman

RM5000 - RM200000

calendar-range
Tempoh Pinjaman

24 - 120 bulan

badge-percent
Kadar Faedah

4.6% p.a

wallet
Kelayakan Gaji

RM1500

BSN SKAP ditawarkan khusus kepada mereka yang berkhidmat sebagai kakitangan awam persekutuan. Dengan jumlah pembiayaan yang tinggi sehingga RM200,000 dan tempoh bayaran balik yang panjang sehingga 10 tahun, pelan pembiayaan ini adalah antara pilihan utama bagi mereka yang layak.

Baca Lebih Lanjut
Ambank Islamic Personal Financing-i
money-bill-1-wave
Jumlah Pinjaman

RM5000 - RM200000

calendar-range
Tempoh Pinjaman

24 - 120 bulan

badge-percent
Kadar Faedah

4.35% p.a

wallet
Kelayakan Gaji

RM1500

Jumlah pembiayaan yang tinggi, tempoh bayaran balik yang panjang, syarat kelayakan yang tidak membebankan, dokumen yang ringikas, dan caj kadar keuntungan yang rendah - ini adalah ciri-ciri menarik yang ditawarkan oleh pelan pembiayaan peribadi daripada AmBank ini.

Baca Lebih Lanjut
Al Rajhi Personal Financing-i
money-bill-1-wave
Jumlah Pinjaman

RM10000 - RM250000

calendar-range
Tempoh Pinjaman

24 - 96 bulan

badge-percent
Kadar Faedah

3.88% p.a

wallet
Kelayakan Gaji

RM3500

Al-Rajhi menawarkan pelan pembiayaan peribadi ini kepada mereka yang ingin pembiayaan Islamik 100% patuh Syariah. Sebagai Bank Islam bertaraf dunia, anda tidak perlu ragu-ragu untuk mohon pembiayaan ini. Keputusan permohonan juga sangat pantas. Anda hanya perlu tunggu antara 24 hingga 48 jam untuk tahu anda lulus atau tidak.

Baca Lebih Lanjut
Alliance Bank CashVantage Personal Financing-i
money-bill-1-wave
Jumlah Pinjaman

RM5000 - RM200000

calendar-range
Tempoh Pinjaman

12 - 84 bulan

badge-percent
Kadar Faedah

4.99% p.a

wallet
Kelayakan Gaji

RM3000

Pelan pembiayaan peribadi Islamik daripada Alliance Bank ini ditawarkan kepada semua sektor pekerjaan dengan kadar keuntungan yang rendah. Jumlah pembiayaan yang tinggi sehingga RM150,000 membuatkan Alliance CashVantage menjadi popular.

Baca Lebih Lanjut
Alliance Bank CashFirst Personal Loan
money-bill-1-wave
Jumlah Pinjaman

RM5000 - RM200000

calendar-range
Tempoh Pinjaman

12 - 84 bulan

badge-percent
Kadar Faedah

4.99% p.a

wallet
Kelayakan Gaji

RM3000

Pelan pinjaman peribadi Alliance CashFirst menawarkan caj kadar faedah tahunan yang sangat rendah. Tidak lupa juga jumlah pinjaman sehingga RM200,000 dengan tempoh bayaran sehingga 7 tahun membuatkan pinjaman ini antara pinjaman peribadi konvensional yang popular.

Baca Lebih Lanjut
Agrobank AgroCash-i
money-bill-1-wave
Jumlah Pinjaman

RM1000 - RM200000

calendar-range
Tempoh Pinjaman

12 - 120 bulan

badge-percent
Kadar Faedah

6.80% p.a

wallet
Kelayakan Gaji

RM1000

Agrobank AgroCash-i adalah pinjaman Islamik patuh Syariah dengan konsep Tawarruq. Dapatkan jumlah pembiayaan dari serendah RM1,000 hingga mencecah RM200,000 dengan tempoh pembiayaan sehingga 10 tahun. Pinjaman ini hanya ditawarkan kepada kakitangan kerajaan dan kakitangan GLC.

Baca Lebih Lanjut
Affin Islamic Personal Financing-i
money-bill-1-wave
Jumlah Pinjaman

RM2500 - RM250000

calendar-range
Tempoh Pinjaman

24 - 120 bulan

badge-percent
Kadar Faedah

3.50% p.a

wallet
Kelayakan Gaji

RM1500

Affin Islamic Personal Financing-i adalah antara pelan pembiayaan peribadi yang ditawarkan kepada semua jenis sektor pekerjaan, termasuk anggota Angkatan Tentera Malaysia. Dengan jumlah pembiayaan yang tinggi, tempoh pembiayaan yang panjang dan kadar keuntungan yang rendah, ini adalah pinjaman yang sangat menarik untuk dimohon.

Baca Lebih Lanjut
CIMB Xpress Cash Financing-i
money-bill-1-wave
Jumlah Pinjaman

RM3000 - RM50000

calendar-range
Tempoh Pinjaman

12 - 60 bulan

badge-percent
Kadar Faedah

18% p.a

wallet
Kelayakan Gaji

RM800

CIMB Xpress Cash ditawarkan khusus kepada mereka yang berpendapatan rendah. Hanya dengan pendapatan bulanan tidak kurang dari RM800, anda layak untuk mohon pinjaman ini. Mohon serendah RM3,000 dengan bayaran balik sehingga 5 tahun.

Baca Lebih Lanjut
CIMB Cash Plus Personal Loan
money-bill-1-wave
Jumlah Pinjaman

RM2000 - RM100000

calendar-range
Tempoh Pinjaman

24 - 84 bulan

badge-percent
Kadar Faedah

6.88% p.a

wallet
Kelayakan Gaji

RM2000

Nak dapatkan pinjaman dalam tempoh kurang dari 48 jam? CIMB Cash Plus adalah antara pilihan terbaik. Dapatkan keputusan permohonan anda hanya dalam tempoh 24-48 jam. Dengan proses permohonan yang ringkas dan memudahkan, ini adalah pinjaman pilihan mereka yang nak guna wang segera.

Baca Lebih Lanjut
aeon icash personal financing
money-bill-1-wave
Jumlah Pinjaman

RM1000 - RM100000

calendar-range
Tempoh Pinjaman

6 - 84 bulan

badge-percent
Kadar Faedah

7.92% p.a

wallet
Kelayakan Gaji

RM1500

AEON iCash Personal Financing adalah pelan pembiayaan peribadi Islamik yang sangat fleksibel dan antara pinjaman yang mudah lulus. Ditawarkan kepada semua sektor pekerjaan dengan syarat kelayakan dan dokumen yang ringkas dan tidak membebankan.

Baca Lebih Lanjut

Penafian: Maklumat yang diberikan di laman ini adalah bertujuan sebagai maklumat umum dan bukan nasihat kewangan khusus. Pihak kami bukan institusi kewangan atau pemberi pinjaman dan tidak menyebelahi sebarang produk kewangan tertentu.

Sumber Tambahan

Ingin maklumat tambahan berhubung pinjaman peribadi? Dapatkan melalui sumber berikut.

Panduan Lengkap Pinjaman Peribadi

Segalanya yang anda perlu tahu tentang pinjaman peribadi di Malaysia.
Baca Sekarang

Semak Kelayakan Pinjaman Peribadi

Cari dan bandingkan pilihan pinjaman peribadi di Malaysia daripada institusi kewangan terpilih. 
Semak Sekarang

Soalan Lazim (FAQs)

Ada soalan tentang pinjaman peribadi? Dapatkan jawapan di laman Soalan Lazim Pinjaman Peribadi.
Dapatkan Jawapan

Glosari Pinjaman Peribadi

Keliru dengan terminologi pinjaman? Layari laman glosari untuk mengetahui apakah maksud sebenar istilah-istilah tersebut.
Lihat Glosari

Artikel & berita Pinjaman Peribadi

Kekal di hadapan dengan berita dan artikel pinjaman peribadi terkini di Malaysia.
Baca sekarang