Akan dibuka dalam tab baharu

Maybankard CashTreats

Maybankard CashTreats adalah pelan pelan ansuran tunai kad kredit (Cash Instalment Plan – CIP) daripada Maybank Malaysia. Pinjaman ini ditawarkan kepada pemegang kad kredit utama (principal card holder) Maybank dan Maybank Islamic.

Sekiranya anda adalah pemegang kad kredit ini, anda boleh mohon pelan Maybankard CashTreats dan buat pinjaman dari serendah RM1,000 hingga mencecah 90% daripada had kredit (credit limit) kad anda.

Pilih tempoh pinjaman dari 6 bulan hingga 36 bulan dengan pelan ini. Maybank mengenakan caj kadar faedah tetap sebanyak 8.88% p.a. Oleh itu anda tidak perlu peningkan kepada dengan jumlah kadar faedah yang naik turun.

Selain caj kadar faedah, Maybank akan mengenakan caj pendahuluan (advance fee) sebanyak RM100. Anda tidak perlu bayar tunai caj ini kerana caj ini akan dicaj ke akaun kad kredit anda. Caj ini juga hanya dikenakan sekali sahaja dan tidak berulang.

Anda dinasihatkan untuk buat bayaran ansuran penuh setiap bulan untuk pelan Maybankard CashTreats. Walau bagaimanapun, jika anda kesempitan wang dan tidak dapat buat bayaran penuh, Maybank membenarkan anda buat bayaran bulanan minimum. Jumlah minimum yang dibenarkan ialah 5% daripada pinjaman.

Tetapi, jika anda hanya buat bayaran bulanan minimum, caj kadar faedah normal iaitu sebanyak 18% p.a akan dikenakan ke akaun anda.

Maybank tidak mengenakan sebarang caj sekiranya anda ingin menyelesaikan semua baki pinjaman anda lebih awal daripada tempoh yang dipersetujui. Tiada caj penamatan awal (early settlement fee) dikenakan.

Maybankard CashTreats
calendar-range
Tempoh Pinjaman
6 bulan hingga 36 bulan
money-bill-1-wave
Jumlah Pinjaman
RM1000 hingga 90% daripada had kredit (credit limit)
badge-percent
Kadar Faedah
8.88% p.a (kadar tetap)
square-dollar
Caj Lewat Bayar
Kadar faedah dinaikkan kepada 18% p.a
square-dollar
Caj Penamatan Awal
Tiada
share-nodes
Kongsi

Jadual Maybankard CashTreats

Pinjaman tunai daripada Maybank serendah RM1,000 dengan tempoh pinjaman sehingga 36 bulan. Kadar faedah tetap dan proses permohonan yang ringkas.

Tempoh Pinjaman (Bulan) Kadar Faedah (% p.a)
6 8.88% p.a
12 8.88% p.a
18 8.88% p.a
24 8.88% p.a
30 8.88% p.a
36 8.88% p.a

Cara mohon Maybankard CashTreats

Anda boleh mohon pelan ansuran tunai Maybank ini melalui dua kaedah yang ringkas.

  1. Hubungi pihak Maybank di talian 03-58914756 dan maklumkan yang anda ingin mohon pelan pinjaman ini. Atau;
  2. Isi borang permohonan secara atas-talian (online) melalui laman web Maybank2u.

Sekiranya permohonan anda lulus, wang pinjaman akan dikreditkan ke akaun Maybank anda tak lebih daripada 48 jam hari bekerja.

Kad kredit Maybankard CashTreats

Berikut adalah senarai kad kredit yang menawarkan pelan Maybankard CashTreats. Pilih dari senarai kad kredit berikut untuk info lengkap dan bagaimana anda boleh mohon secara online.

Maybank Shopee Visa Platinum

Maybank Shopee Visa Platinum
Kad kredit Maybank ini menawarkan keistimewaan mata ganjaran (reward points) dalam bentuk Shopee Coin dan TreatPoints. Pulangan Shopee Coin dan TreatPoints ini bukan sahaja untuk perbelanjaan di Shopee, tetapi juga untuk perbelanjaan lain menggunakan kad ini.
Info Lanjut

Maybank 2 Gold Cards

Maybank 2 Gold Cards
Kad Kredit Maybank 2 Gold ini adalah kad kredit American Express (Amex) yang unik kerana dengan setiap kelulusan kad ini, anda akan menerima satu kad kredit Maybank 2 MasterCard atau Visa dengan percuma.
Info Lanjut

Maybank Manchester United Visa Card

Maybank Manchester United Visa Card
Peminat tegar Manchester United? Kad kredit Maybank Manchester United Visa Card dicipta khusus untuk anda. Dapatkan mata ganjaran Maybank TreatPoints setiap kali anda berbelanja. Anda juga akan menerima diskaun hebat untuk produk dan perkhidmatan berkaitan Manchester United.
Info Lanjut

Petronas Maybank Visa Gold

Petronas Maybank Visa Gold
Peminat tegar jenama Petronas? Kad kredit Petronas Maybank Visa Gold adalah untuk anda. Dapatkan ganjaran mata TreatPoints setiap kali anda berbelanja di Petronas dan tebus untuk petrol percuma, mata air miles dan juga barangan idaman anda.
Info Lanjut

Maybank American Express Cash Back Gold

Maybank American Express Cash Back Gold
Maybank American Express Cash Back Gold menawarkan ciri rebat tunai (Cash Back) tanpa belanja minimum dan tanpa had dengan setiap transaksi kad ini. Dapatkan seberapa banyak rebat tunai yang anda ingini. Kad ini juga didatangkan dengan pelan pindahan baki (Balance Transfer Plan), pelan bayaran ansuran mudah (Easy Payment Plan), dan juga pelan ansuran tunai (Cash…
Info Lanjut

Maybank Islamic MasterCard Ikhwan Gold Card

Maybank Islamic MasterCard Ikhwan Gold Card
Kad Kredit Maybank Islamic MasterCard Ikhwan Gold Card menawarkan keistimewaan dalam bentuk rebat tunai (cashback) dan mata ganjaran Maybank TreatPoints. Pihak Maybank juga akan menyumbang 0.1% daripada perbelanjaan kad anda kepada badan amal. Pemilik kad ini juga berpeluang untuk mendapat pakej Umrah percuma daripada pihak Maybank Islamic.
Info Lanjut

Maybank Islamic Petronas Ikhwan Visa Gold Card-i

Maybank Islamic Petronas Ikhwan Visa Gold Card-i
Kad kredit Maybank Islamic Petronas Ikhwan Visa Gold Card-i menawarkan ganjaran petrol dalam bentuk rebat tunai dan juga mata ganjaran TreatPoints Maybank. Dapatkan cashback dan reward points setiap kali anda mengisi minyak di stesen minyak Petronas seluruh Malaysia, dan juga untuk sebarang perbelanjaan menggunakan kad kredit ini.
Info Lanjut

Maybank Visa Signature

Maybank Visa Signature
Kad kredit Maybank Visa Signature menawarkan ciri premium dengan kelebihan pulangan tunai, mata ganjaran, ganjaran petrol, perlindungan insurans perjalanan, dan keistimewaan perkhidmatan Visa Concierge.
Info Lanjut

Petronas Maybank Visa Platinum

Petronas Maybank Visa Platinum
Kad kredit Petronas Maybank Visa Platinum menawarkan yuran tahunan percuma, ganjaran Treatpoints yang tinggi untuk perbelanjaan di Stesen Minyak Petronas, sama ada isian minyak atau kedai Mesra, dan pelbagai keistimewaan eksklusif untuk memudahkan pengurusan kewangan anda.
Info Lanjut

Maybank Islamic Petronas Ikhwan Visa Platinum Card-i

Maybank Islamic Petronas Ikhwan Visa Platinum Card-i
Kad kredit Maybank Islamic Petronas Ikhwan Visa Platinum Card-i menawarkan pulangan rebat tunai, mata ganjaran, dan pelan kad kredit lengkap. Sangat sesuai jika anda sering berbelanja di Stesen Minyak Petronas, untuk mengisi minyak atau berbelanja di Kedai Mesra Petronas.
Info Lanjut

Maybank FC Barcelona Visa Signature

Maybank FC Barcelona Visa Signature
Maybank FC Barcelona Visa Signature ditawarkan khusus kepada penyokong tegar FC Barcelona dan Spanish la liga. Dapatkan keistimewaan pulangan tunai, ciri premium, perlindungan perjalanan dan pelan kredit lengkap dengan kad ini.
Info Lanjut

Maybank Islamic World MasterCard Ikhwan

Maybank Islamic World MasterCard Ikhwan
Kad kredit Maybank Islamic World MasterCard Ikhwan menawarkan mata ganjaran TreatPoints dan keisitimewaan perjalanan, termasuk kelebihan plaza premium dan perlindungan insurans perjalanan. Dapatkan juga kelebihan premium dari Word MasterCard.
Info Lanjut

Maybank 2 Platinum Cards

Maybank 2 Platinum Cards
Mohon kad kredit Maybank 2 Platinum American Express dan dapatkan kad Maybank 2 Visa atau MasterCard dengan percuma. Nikmati pulangan rebat tunai, mata ganjaran Maybank TreatPoints, perlindungan insurans perjalanan, dan pelan kad kredit lengkap.
Info Lanjut

Maybank Manchester United Visa Infinite

Maybank Manchester United Visa Infinite
Kad kredit Maybank Manchester United Visa Infinite ditawarkan khusus kepada peminat tegar pasukan bola sepak Manchester United. Dapat diskaun dan layanan VIP daripada MU, dan mata ganjaran Maybank TreatPoints dengan kad ini.
Info Lanjut

Maybank Visa Infinite

Maybank Visa Infinite
Kad kredit Maybank Visa Infinite menawarkan pulangan mata ganjaran Maybank TreatPoints dan keistimewaan eksklusif Visa Infinite.
Info Lanjut

Maybank 2 Cards Premier

Maybank 2 Cards Premier
Mohon kad Maybank 2 Cards Premier dan dapatkan 2 kad kredit dengan satu penyata. Nikmati ganjaran Maybank TreatPoints, perlindungan insurans perjalanan sehingga RM1 juta, dan yuran hijau golf percuma.
Info Lanjut

Maybank American Express Platinum

Maybank American Express Platinum
Kad kredit Maybank American Express Platinum menawarkan sehingga 5x pulangan mata ganjaran Maybank TreatPoints untuk setiap ringgit yang anda belanjakan.
Info Lanjut

Maybank World MasterCard

Maybank World MasterCard
Kad kredit Maybank World MasterCard menawarkan kelebihan mata ganjaran Treats AirMiles yang boleh anda tebus untuk Enrich Miles. Nikmati juga ganjaran perjalanan dan ciri premium istimewa dengan kad ini.
Info Lanjut

Maybank Grab MasterCard Platinum

Maybank Grab MasterCard Platinum
Pengguna tegar aplikasi Grab? Mohon kad kredit Maybank Grab MasterCard Platinum dan dapatkan mata ganjaran GrabRewards dengan setiap perbelanjaan anda
Info Lanjut

Maybank Islamic Ikhwan Visa Infinite Card-i

Maybank Islamic Ikhwan Visa Infinite Card-i
Kad kredit Maybank Islamic Ikhwan Visa Infinite Card-i menawarkan mata ganjaran TreatPoints, perlindungan perjalanan sehingga RM2 juta, dan juga tawaran hebat untuk peminat sukan Golf.
Info Lanjut

Maybank Islamic Ikhwan MasterCard Platinum Card-i

Kad Kredit Maybank Islamic Ikhwan MasterCard Platinum Card-i
Kad kredit Maybank Islamic Ikhwan MasterCard Platinum Card-i menawarkan pulangan tunai, mata ganjaran, dan pelan kad kredit lengkap tanpa yuran tahunan.
Info Lanjut

Maybank Islamic Ikhwan American Express Platinum Card-i 

Kad kredit Maybank Islamic Ikhwan American Express Platinum Card-i
Kad kredit Maybank Islamic Ikhwan American Express Platinum Card-i menawarkan ganjaran dan pulangan berganda sepanjang bulan Ramadan dan Syawal.
Info Lanjut

Singapore Airlines KrisFlyer American Express Gold

Kad kredit Singapore Airlines KrisFlyer American Express Gold
Kad kredit Singapore Airlines KrisFlyer American Express Gold daripada Maybank menawarkan keistimewaan eksklusif KrisFlyer, penjimatan berganda, dan diskaun untuk Plaza Premium Lounge di dalam dan luar negara
Info Lanjut

Penafian:

Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi atau menghubungi khidmat pelanggan untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.