Pinjaman peribadi Kakitangan GLC

Pinjaman peribadi untuk kakitangan Syarikat Berkaitan Kerajaan (Government Linked Companies) atau GLC loan adalah pelan pinjaman dan pembiayaan yang ditawarkan khusus kepada individu yang berkhidmat dengan syarikat berstatus GLC.

Kelebihan kakitangan syarikat GLC ialah kebanyakan pinjaman peribadi yang ditawarkan mempunyai ciri dan kelayakan pinjaman yang sama dengan pinjaman untuk kakitangan kerajaan. Dalam erti kata lain, kebanyakan pinjaman untuk kakitangan sektor awam merangkumi pinjaman untuk kakitangan kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan dan badan-badan berkanun.

Pinjaman peribadi kakitangan GLC (Syarikat Berkaitan Kerajaan)

Boleh dikatakan hampir kesemua GLC personal loan menawarkan jumlah pinjaman dan pembiayaan yang tinggi dan juga tempoh pinjaman yang panjang. Ada pinjaman peribadi kakitangan GLC yang membenarkan pembiayaan sehingga RM400,000 dengan tempoh pembiayaan sehingga 10 tahun. Caj kadar faedah atau caj perkongsian kadar keuntungan juga adalah lebih rendah berbanding pinjaman peribadi kakitangan swasta atau pinjaman untuk individu yang bekerja sendiri. Walau bagaimanapun, caj kadar faedah atau keuntungan ini sentiasa berubah – oleh pastikan anda rujuk dahulu dengan institusi kewangan yang terlibat sebelum mohon.

Syarat kelayakan yang diperlukan untuk mohon juga tidak terlalu ketat. Kebanyakan pinjaman peribadi untuk kakitangan syarikat berkaitan kerajaan mengenakan syarat kelayakan yang mudah seperti kelayakan gaji yang rendah dan tempoh berkhidmat yang tidak terlalu panjang. Begitu juga dokumen untuk mohon yang perlu disediakan. Majoriti pinjaman GLC memerlukan penyediaan dokumen yang ringkas daripada pemohon.

Pinjaman peribadi yang disenaraikan di bawah adalah daripada institusi kewangan seperti bank, koperasi dan kredit komuniti, dahulunya dikenali sebagai pemberi pinjaman wang berlesen atau pinjaman berlesen. Pilih pelan pinjaman peribadi yang sesuai dengan keperluan anda dan klik pada pinjaman peribadi tersebut untuk maklumat lanjut dan bagaimana untuk mohon secara atas talian (online).

share-nodes
Kongsi

Agrobank AgroCash-i

Agrobank AgroCash-i
square-dollar
Jumlah pinjaman

RM1000 - RM200000

calendar-range
Tempoh bayaran

12 - 120 bulan

badge-percent
Kadar faedah/keuntungan

6.80% p.a

Agrobank AgroCash-i adalah pinjaman Islamik patuh Syariah dengan konsep Tawarruq. Dapatkan jumlah pembiayaan dari serendah RM1,000 hingga mencecah RM200,000 dengan tempoh pembiayaan sehingga 10 tahun. Pinjaman ini hanya ditawarkan kepada kakitangan kerajaan dan kakitangan GLC.

Affin Islamic Personal Financing-i

Affin Islamic Personal Financing-i
square-dollar
Jumlah pinjaman

RM2500 - RM250000

calendar-range
Tempoh bayaran

24 - 120 bulan

badge-percent
Kadar faedah/keuntungan

3.50% p.a

Affin Islamic Personal Financing-i adalah antara pelan pembiayaan peribadi yang ditawarkan kepada semua jenis sektor pekerjaan, termasuk anggota Angkatan Tentera Malaysia. Dengan jumlah pembiayaan yang tinggi, tempoh pembiayaan yang panjang dan kadar keuntungan yang rendah, ini adalah pinjaman yang sangat menarik untuk dimohon.

AEON iCash Personal Financing

aeon icash personal financing
square-dollar
Jumlah pinjaman

RM1000 - RM100000

calendar-range
Tempoh bayaran

6 - 84 bulan

badge-percent
Kadar faedah/keuntungan

7.92% p.a

AEON iCash Personal Financing adalah pelan pembiayaan peribadi Islamik yang sangat fleksibel dan antara pinjaman yang mudah lulus. Ditawarkan kepada semua sektor pekerjaan dengan syarat kelayakan dan dokumen yang ringkas dan tidak membebankan.