Pinjaman peribadi Islamik

Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan pinjaman peribadi Islamik? Pinjaman Islamik atau juga dikenali sebagai pinjaman patuh Syariah adalah jenis pembiayaan yang ditawarkan oleh bank yang mengamalkan Sistem Perbankan Islam (SPI). Terdapat juga institusi kewangan bukan bank seperti Koperasi Berdaftar dan Kredit Komuniti atau Pemberi Pinjaman Berlesen yang menawarkan pelan pembiayaan Islamik sebagai salah satu produk kewangan mereka.

Pinjaman peribadi Islamik

Sekilas pandang, mungkin tidak ada perbezaan antara pinjaman peribadi konvensional dan pinjaman peribadi Islamik. Walau bagaimanapun, jika kita lihat dengan lebih mendalam, terdapat banyak yang membezakan kedua-dua produk pembiayaan ini. Perbezaan yang paling utama sudah pasti lah konsep atau prinsip kewangan yang digunakan.

Pinjaman Islamik secara ringkas perlu patuh Syariah. Prinsip ini dicapai dengan mengelak daripada perniagaan yang mempunyai unsur haram seperti Riba, Gharar (meragukan), Zuml (zalim), Ikhtikar (tidak jelas) dan Maisir (judi). Oleh kerana institusi kewangan tidak mengenakan riba, mereka memperoleh keuntungan dengan urusan jual-beli aset, di mana di dalam pinjaman Islam wang adalah aset yang digunakan sebagai pembiayaan.

Pinjaman peribadi Islamik mempunyai beberapa kelebihan berbanding pinjaman peribadi konvensional, seperti kadar keuntungan tetap yang rendah, tiada caj proses dan tiada caj penamatan awal (early settlement fee). Kebanyakan pelan pembiayaan ini juga akan memberi rebat atau Ibra’ sekiranya anda membayar baki pinjaman lebih awal daripada tempoh yang dipersetujui.

Seperti juga pinjaman peribadi konvensional, pembiayaan peribadi Islamik ditawarkan untuk kakitangan swasta, kakitangan sektor awam dan juga mereka yang bekerja sendiri.

Pilih pelan pinjaman peribadi Islamik segera yang anda ingini dan klik pada pinjaman tersebut untuk maklumat lanjut seperti syarat kelayakan, jumlah pinjaman, tempoh pembiayaan, dan ketahui bagaimana anda boleh mohon secara atas talian (online).

share-nodes
Kongsi

AEON iCash Personal Financing

aeon icash personal financing
square-dollar
Jumlah pinjaman

RM1000 - RM100000

calendar-range
Tempoh bayaran

6 - 84 bulan

badge-percent
Kadar faedah/keuntungan

7.92% p.a

AEON iCash Personal Financing adalah pelan pembiayaan peribadi Islamik yang sangat fleksibel dan antara pinjaman yang mudah lulus. Ditawarkan kepada semua sektor pekerjaan dengan syarat kelayakan dan dokumen yang ringkas dan tidak membebankan.