Penafian: Maklumat yang diberikan di laman ini adalah bertujuan sebagai maklumat umum dan bukan nasihat kewangan khusus. Pihak kami bukan institusi kewangan atau pemberi pinjaman dan tidak menyebelahi sebarang produk kewangan tertentu.
Pinjaman Peribadi Islamik – Sebuah Panduan Lengkap
Pinjaman Peribadi Patuh Syariah Sebagai Pilihan Bijak untuk Kewangan Peribadi Anda

Di Malaysia, Perbankan Islamik telah menyaksikan perkembangan pesat dengan menawarkan pelbagai produk kewangan yang sesuai dengan prinsip dan keperluan masyarakat. Pembiayaan peribadi Islamik adalah satu daripada pilihan tersebut, membolehkan individu memperolehi dana untuk pelbagai tujuan sambil mematuhi prinsip Islam.
Panduan ini akan menyelami dunia pinjaman peribadi Islamik di Malaysia, dengan menjelaskan konsep asas, kelebihan, dan jenis-jenis pembiayaan yang ditawarkan.
Memahami Pembiayaan Peribadi Islamik
Pembiayaan peribadi Islamik, juga dikenali sebagai pinjaman patuh Syariah, mematuhi prinsip undang-undang Syariah yang melarang faedah (riba) atau unsur-unsur yang meragukan. Sebaliknya menggunakan konsep perkongsian keuntungan, pajakan, atau perjanjian jual beli semula.
Prinsip Utama Kewangan Islamik
Berikut adalah antara prinsip-prinsip yang diterapkan di dalam kewangan Islamik.
- Larangan Riba: Tidak boleh mengenakan caj faedah. Keuntungan diperolehi melalui perkongsian atau perkhidmatan.
- Larangan Spekulasi (Gharar): Tidak boleh berpunca daripada unsur yang meragukan atau tidak diketahui punca sehingga menimbulkan syak.
- Perkongsian Keuntungan: Untung dan rugi dikongsi antara pihak yang terlibat (peminjam dan pemberi pinjaman).
- Pelaburan dalam Aktiviti Halal: Dana yang digunakan perlu berpunca daripada aktiviti yang halal.
Jenis-Jenis Pembiayaan Peribadi Islamik di Malaysia
Terdapat beberapa jenis konsep pembiayaan Islamik yang digunakan di negara kita.
1. Murabahah (Pembiayaan Kos Tokok)
Murabahah melibatkan pemberi pinjaman membeli aset dan menjualnya semula kepada peminjam dengan margin keuntungan yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Peminjam kemudiannya membayar semula dengan tempoh yang dipersetujui.
2. Ijarah (Pajakan)
Bank membeli aset dan memajakkannya kepada pelanggan dalam tempoh tertentu. Pelanggan membayar kos sewaan, dengan pilihan untuk membeli aset tersebut pada akhir tempoh pembayaran.
3. Tawarruq (Komoditi Murabahah)
Bank membeli komoditi dan menjual kepada pelanggan dengan harga yang lebih tinggi. Pelanggan menjual semula komoditi tersebut kepada pihak ketiga untuk mendapatkan tunai. Konsep ini kebiasaannya digunakan dalam pembiayaan peribadi dan kad kredit Islamik.
4. Wakalah
Pelanggan melantik bank sebagai ejen untuk menguruskan proses pembiayaan. Pelanggan menyediakan modal, dan bank akan menggunakan modal tersebut untuk membeli aset bagi pihak anda. Bank menerima upah dengan jumlah yang dipersetujui hasil daripada perkhidmatan tersebut.
Sekiranya anda berminat untuk tahu lebih lanjut berkaitan prinsip yang digunakan, anda boleh baca artikel Konsep Perbankan Islam di Malaysia.
Perbandingan Antara Pinjaman Peribadi Islamik dan Konvensional
| Ciri-ciri | Pembiayaan Islamik | Pinjaman Konvensional |
|---|---|---|
| Caj Faedah | Tidak dikenakan | Dikenakan |
| Perkongsian Risiko | Ya | Terhad |
| Aset | Diperlukan | Kebiasaannya tidak diperlukan |
| Penalti Lewat Bayar | Terhad kepada kos sebenar | Boleh di kompaun |
| Penyelesaian Awal | Tidak mengenakan penalti. Ibra’ (rebat) akan diberikan. | Mungkin terdapat tempoh ‘lock-in’. Penyelesaian awal pada tempoh ini mungkin dikenakan penalti. |
Jadual: Perbezaan antara pembiayaan Islamik dan Pinjaman Konvensional
Kelebihan Pembiayaan Peribadi Islamik
Pembiayaan peribadi Islamik menawarkan beberapa kelebihan.
- Beretika dan Patuh Syariah: Produk pembiayaan adalah sejajar dengan prinsip Islam, menawarkan ketenangan minda kepada individu yang mencari pembiayaan yang berpegang sepenuhnya kepada gaya hidup Islamik.
- Telus dan Adil: Semua syarat dan terma dinyatakan dengan jelas, menggalakkan proses pembiayaan yang telus dan adil.
- Fleksibiliti: Kebanyakan produk pembiayaan Islamik menawarkan pilihan bayaran balik yang fleksibel untuk memudahkan pengurusan kewangan.
- Perkongsian Risiko: Risiko dikongsi bersama antara peminjam dan pemberi pinjaman.
Cara Memohon Pembiayaan Peribadi Islamik
Sekiranya anda berminat untuk mohon pinjaman peribadi Islamik, anda perlu mempertimbangkan faktor-faktor berikut.
Kriteria Kelayakan
Walaupun kelayakan adalah berbeza antara produk pembiayaan yang ditawarkan, kebiasaannya pemohon perlu mempunyai kelayakan seperti:
- Warganegara Malaysia atau Pemastautin Tetap.
- Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun ke atas.
- Mempunyai sumber pendapatan yang stabil dan tetap.
- Mempunyai rekod kredit yang baik.
Tip Memilih Produk Pembiayaan Peribadi Islamik Terbaik
Ikuti petua berikut untuk memilih produk pembiayaan terbaik berdasarkan keperluan dan situasi kewangan anda.
- Kenal Pasti Keperluan Kewangan: Fahamkan betul-betul keperluan kewangan anda. Dalam erti kata lain, pilih produk pinjaman yang sesuai dengan matlamat kewangan dan keupayaan anda untuk buat bayaran balik.
- Bandingkan Produk Pembiayaan: Dengan pelbagai tawaran pembiayaan Islamik yang ditawarkan di Malaysia, penting untuk anda membandingkan pelan-pelan untuk mendapatkan produk pembiayaan terbaik. Kenal pasti ciri-ciri seperti caj kadar keuntungan, tempoh pembiayaan, dan caj dan yuran pemprosesan yang dikenakan.
- Semak Syarat dan Terma: Baca dan fahami syarat dan terma pinjaman terutama di bahagian yuran dan caj. Jangan teragak-agak untuk bertanya kepada pegawai bank sekiranya terdapat syarat yang kurang jelas atau meragukan.
Proses Permohonan
Setelah anda mengenal pasti pelan pembiayaan yang ingin dimohon, ikut langkah berikut untuk melancarkan proses permohonan pembiayaan peribadi Islamik.
- Sediakan semua dokumen yang diperlukan dokumen pengenalan diri, bukti pendapatan, penyata bank, dan sebagainya. Pastikan dokumen jelas dan tepat.
- Mohon secara dalam talian atau dengan mengunjungi institusi kewangan atau pemberi pinjaman.
- Sertakan dokumen bersama permohonan. Kebanyakan proses permohonan dalam talian menyediakan kemudahan untuk anda muat naik dokumen bersama borang permohonan online.
- Hantar permohonan dan tunggu maklum balas daripada pemberi pinjaman.
Kesimpulan
Pembiayaan peribadi Islamik menawarkan alternatif kepada pinjaman konvensional bagi rakyat Malaysia yang ingin meminjam tetapi ingin berpegang sepenuhnya kepada prinsip Syariah. Dengan memahami jenis-jenis pembiayaan yang sedia ada dan membandingkan produk pembiayaan dengan teliti, anda boleh mencari penyelesaian yang akan memenuhi keperluan kewangan anda.
Sedia untuk memilih produk pembiayaan peribadi Islamik di Malaysia? Rujuk bahagian di bawah untuk senarai produk yang ditawarkan daripada institusi kewangan terpilih. Guna sistem saringan yang kami sediakan untuk memudahkan anda buat pilihan.
Senarai Produk Pembiayaan Peribadi Islamik di Malaysia
Saringan
BSN SKAN (Skim Kakitangan Awam Negeri)

RM5000 - RM200000
24 - 120 bulan
4.6% p.a
RM1500
BSN SKAN ditawarkan khusus kepada mereka yang berkhidmat sebagai kakitangan awam negeri. Dengan jumlah pembiayaan yang tinggi sehingga RM200,000 dan tempoh bayaran balik yang panjang sehingga 10 tahun, pelan pembiayaan ini adalah antara pilihan utama bagi mereka yang layak.
Baca Lebih LanjutBSN SKAP (Skim Kakitangan Awam Persekutuan)

RM5000 - RM200000
24 - 120 bulan
4.6% p.a
RM1500
BSN SKAP ditawarkan khusus kepada mereka yang berkhidmat sebagai kakitangan awam persekutuan. Dengan jumlah pembiayaan yang tinggi sehingga RM200,000 dan tempoh bayaran balik yang panjang sehingga 10 tahun, pelan pembiayaan ini adalah antara pilihan utama bagi mereka yang layak.
Baca Lebih LanjutAmBank Islamic Personal Financing-i

RM5000 - RM200000
24 - 120 bulan
4.35% p.a
RM1500
Jumlah pembiayaan yang tinggi, tempoh bayaran balik yang panjang, syarat kelayakan yang tidak membebankan, dokumen yang ringikas, dan caj kadar keuntungan yang rendah - ini adalah ciri-ciri menarik yang ditawarkan oleh pelan pembiayaan peribadi daripada AmBank ini.
Baca Lebih LanjutAl Rajhi Personal Financing-i

RM10000 - RM250000
24 - 96 bulan
3.88% p.a
RM3500
Al-Rajhi menawarkan pelan pembiayaan peribadi ini kepada mereka yang ingin pembiayaan Islamik 100% patuh Syariah. Sebagai Bank Islam bertaraf dunia, anda tidak perlu ragu-ragu untuk mohon pembiayaan ini. Keputusan permohonan juga sangat pantas. Anda hanya perlu tunggu antara 24 hingga 48 jam untuk tahu anda lulus atau tidak.
Baca Lebih LanjutAlliance Bank CashVantage Personal Financing-i

RM5000 - RM200000
12 - 84 bulan
4.99% p.a
RM3000
Pelan pembiayaan peribadi Islamik daripada Alliance Bank ini ditawarkan kepada semua sektor pekerjaan dengan kadar keuntungan yang rendah. Jumlah pembiayaan yang tinggi sehingga RM150,000 membuatkan Alliance CashVantage menjadi popular.
Baca Lebih LanjutAgrobank AgroCash-i

RM1000 - RM200000
12 - 120 bulan
6.80% p.a
RM1000
Agrobank AgroCash-i adalah pinjaman Islamik patuh Syariah dengan konsep Tawarruq. Dapatkan jumlah pembiayaan dari serendah RM1,000 hingga mencecah RM200,000 dengan tempoh pembiayaan sehingga 10 tahun. Pinjaman ini hanya ditawarkan kepada kakitangan kerajaan dan kakitangan GLC.
Baca Lebih LanjutAffin Islamic Personal Financing-i

RM2500 - RM250000
24 - 120 bulan
3.50% p.a
RM1500
Affin Islamic Personal Financing-i adalah antara pelan pembiayaan peribadi yang ditawarkan kepada semua jenis sektor pekerjaan, termasuk anggota Angkatan Tentera Malaysia. Dengan jumlah pembiayaan yang tinggi, tempoh pembiayaan yang panjang dan kadar keuntungan yang rendah, ini adalah pinjaman yang sangat menarik untuk dimohon.
Baca Lebih LanjutCIMB Xpress Cash Financing-i

RM3000 - RM50000
12 - 60 bulan
18% p.a
RM800
CIMB Xpress Cash ditawarkan khusus kepada mereka yang berpendapatan rendah. Hanya dengan pendapatan bulanan tidak kurang dari RM800, anda layak untuk mohon pinjaman ini. Mohon serendah RM3,000 dengan bayaran balik sehingga 5 tahun.
Baca Lebih LanjutAEON iCash Personal Financing

RM1000 - RM100000
6 - 84 bulan
7.92% p.a
RM1500
AEON iCash Personal Financing adalah pelan pembiayaan peribadi Islamik yang sangat fleksibel dan antara pinjaman yang mudah lulus. Ditawarkan kepada semua sektor pekerjaan dengan syarat kelayakan dan dokumen yang ringkas dan tidak membebankan.
Baca Lebih Lanjut