Soalan Lazim Laman Sesawang

Laman ini menyediakan jawapan kepada soalan-soalan yang sering ditanyakan berkaitan laman sesawang ini, seperti tujuan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak kami. Anda juga boleh dapatkan jawapan umum tentang proses permohonan pinjaman peribadi, kad kredit, atau pinjaman ASB.

Apakah tujuan laman sesawang Pinjaman Peribadi Malaysia?

chevron-down

Laman sesawang ini dibina untuk memberikan dan berkongsi maklumat dan panduan kewangan yang tepat dan praktikal kepada rakyat Malaysia khususnya. Antara topik kewangan yang tersedia ialah berhubung pinjaman dan pembiayaan peribadi, kad kredit, pembiayaan ASB, pengurusan kewangan dan berita terkini berhubung kewangan.

Adakah laman ini sebuah institusi kewangan?

chevron-down

Tidak, pihak kami dan laman web ini bukan sebuah institusi kewangan, iaitu bank, koperasi kredit atau syarikat kredit komuniti (pinjaman berlesen). Pihak kami tidak menawarkan sebarang produk atau perkhidmatan kewangan secara langsung. Laman web ini hanya menyediakan sumber maklumat dan informasi yang bertujuan untuk membantu anda buat keputusan kewangan yang lebih baik.

Siapakah yang sesuai untuk laman web ini?

chevron-down

Laman web ini disasarkan kepada rakyat Malaysia yang sedang mencari maklumat berhubung pinjaman peribadi, kad kredit, pembiayaan ASB, dan pengurusan kewangan, tanpa mengira had umur, status sosial, dan pekerjaan.

Adakah maklumat di laman web ini sentiasa dikemaskini?

chevron-down

Ya, pihak kami sentiasa berusaha untuk memastikan semua maklumat di laman web Pinjaman Peribadi Malaysia sentiasa dikemaskini dengan informasi semasa.

Bagaimana untuk saya ingin mencari maklumat tertentu di laman web ini?

chevron-down

Anda boleh menggunakan fungsi carian yang disediakan atau terokai menu untuk mencari maklumat yang anda ingini.

Dari manakah sumber maklumat yang dipaparkan di laman web ini diperolehi?

chevron-down

Maklumat dan informasi yang dipaparkan di laman web ini adalah daripada sumber yang sahih dan boleh dipercayai, termasuk laman sesawang rasmi institusi kewangan, laman berita semasa, kertas kerja, kajian akademik, dan sebagainya. Pihak kami juga sentiasa mengemaskini maklumat yang dipaparkan.

Saya berminat untuk memohon pinjaman peribadi, kad kredit, atau pembiayaan ASB. Bagaimanakah caranya?

chevron-down

Anda boleh rujuk secara terus kepada laman pinjaman peribadi, kad kredit, atau pembiayaan ASB yang disediakan di laman web. Pada laman tersebut dipaparkan cara untuk memohon pinjaman atau kad kredit berkaitan.

Bagaimana sekiranya saya memerlukan bantuan tambahan atau mempunyai soalan khusus?

chevron-down

Sekiranya soalan anda berkaitan dengan akaun kredit (pinjaman/kad kredit/pembiayaan ASB) yang aktif, adalah lebih baik anda rujuk terus dengan institusi kewangan terlibat. Sekiranya anda memerlukan bantuan atau mempunyai soalan umum, anda boleh bertanya melalui ruangan maklum balas yang disediakan di laman khusus pinjaman, kad kredit, atau pembiayaan ASB. Anda juga boleh guna borang hubungi kami yang disediakan.