Akan dibuka dalam tab baharu

Maybankard Balance Transfer Program

Maybankard Balance Transfer Program adalah pelan pindahan baki yang ditawarkan oleh Maybank. Pelan pemindahan baki ini menawarkan tempoh bayaran dari 6 bulan hingga 36 bulan apabila anda memindahkan baki serendah RM1,000. Pelan balance transfer ini hanya ditawarkan kepada pemegang kad utama (principal) dan tidak ditawarkan kepada pemegang kad tambahan (supplementary).

Kadar faedah dan caj pengendalian (upfront handling fee) pula bergantung kepada tempoh bayaran dan jumlah pindahan baki yang dilakukan. Kadar faedah yang dikenakan adalah dari 4.5% p.a sehingga 9% p.a dan caj pengendalian (upfront handling fee) pula adalah dari 1.88% hingga 3%.

Anda boleh pindahkah jumlah baki minimum dari RM1,000 manakala jumlah maksimum pula akan ditentukan oleh pihak Maybank berdasarkan had kredit (credit limit) kad kredit dan rekod kredit anda. Maybank juga membenarkan anda memindahkan baki daripada 3 bank yang berlainan melalui pelan Maybankard Balance Transfer Program.

Bayaran bulanan minimum adalah 5% daripada baki tertunggak. Maybank tidak mengenakan sebarang caj penamatan awal (early termination fee) sekiranya anda berhasrat untuk melangsaikan baki tertunggak anda lebih awal.

Maybankard Balance Transfer Program
calendar-range
Tempoh Bayaran
6 bulan hingga 36 bulan
badge-percent
Kadar Faedah
Tiada kadar faedah (0% p.a)
0 % p.a higga 9% p.a
square-dollar
Caj Pengendalian
1.88% hingga 3%
money-bill-1-wave
Jumlah Pindahan
RM1000 hingga bergantung kepada pihak Maybank
square-dollar
Bayaran Minimum (Bulanan)
5% dari baki tunggakan
square-dollar
Caj Penamatan Awal
Tiada
share-nodes
Kongsi

Jadual Maybankard Balance Transfer Program

Buat pindahan baki ke kad kredit Maybank dengan pindahan serendah RM1,000 tanpa caj pengendalian dan kadar faedah yang rendah. Tempoh bayaran semula sehingga 36 bulan.

Tempoh Bayaran (Bulan) Caj Pengendalian (%) Kadar Faedah (% p.a) Jumlah Pindahan Minimum (RM)
6 1.88% Tiada RM1,000
9 Tiada 9% p.a RM1,000
12 3% Tiada RM1,000
24 Tiada 4.5% p.a RM2,000
36 Tiada 4.95% p.a RM2,000

Cara mohon Maybankard Balance Transfer Program

Anda boleh mohon pelan pindahan baki kad kredit Maybank melalui salah-satu daripada kaedah berikut.

  • Mohon melalui pilihan “Apply Balance Transfer” pada sistem Maybank2u.
  • Hubungi pusat khidmat pelanggan Maybank di talian 1-300-88-6688.
  • Dapatkan borang permohonan Maybankard Balance Transfer Program, lengkapkan dan E-Mail kepada [email protected]

Kad kredit Maybankard Balance Transfer Program

Berikut adalah senarai kad kredit yang menawarkan pelan Maybankard Balance Transfer Program. Pilih dari senarai kad kredit berikut untuk info lengkap dan bagaimana anda boleh mohon secara online.

Maybank Shopee Visa Platinum

Maybank Shopee Visa Platinum
Kad kredit Maybank ini menawarkan keistimewaan mata ganjaran (reward points) dalam bentuk Shopee Coin dan TreatPoints. Pulangan Shopee Coin dan TreatPoints ini bukan sahaja untuk perbelanjaan di Shopee, tetapi juga untuk perbelanjaan lain menggunakan kad ini.
Info Lanjut

Maybank 2 Gold Cards

Maybank 2 Gold Cards
Kad Kredit Maybank 2 Gold ini adalah kad kredit American Express (Amex) yang unik kerana dengan setiap kelulusan kad ini, anda akan menerima satu kad kredit Maybank 2 MasterCard atau Visa dengan percuma.
Info Lanjut

Maybank Manchester United Visa Card

Maybank Manchester United Visa Card
Peminat tegar Manchester United? Kad kredit Maybank Manchester United Visa Card dicipta khusus untuk anda. Dapatkan mata ganjaran Maybank TreatPoints setiap kali anda berbelanja. Anda juga akan menerima diskaun hebat untuk produk dan perkhidmatan berkaitan Manchester United.
Info Lanjut

Petronas Maybank Visa Gold

Petronas Maybank Visa Gold
Peminat tegar jenama Petronas? Kad kredit Petronas Maybank Visa Gold adalah untuk anda. Dapatkan ganjaran mata TreatPoints setiap kali anda berbelanja di Petronas dan tebus untuk petrol percuma, mata air miles dan juga barangan idaman anda.
Info Lanjut

Maybank American Express Cash Back Gold

Maybank American Express Cash Back Gold
Maybank American Express Cash Back Gold menawarkan ciri rebat tunai (Cash Back) tanpa belanja minimum dan tanpa had dengan setiap transaksi kad ini. Dapatkan seberapa banyak rebat tunai yang anda ingini. Kad ini juga didatangkan dengan pelan pindahan baki (Balance Transfer Plan), pelan bayaran ansuran mudah (Easy Payment Plan), dan juga pelan ansuran tunai (Cash…
Info Lanjut

Maybank Visa Signature

Maybank Visa Signature
Kad kredit Maybank Visa Signature menawarkan ciri premium dengan kelebihan pulangan tunai, mata ganjaran, ganjaran petrol, perlindungan insurans perjalanan, dan keistimewaan perkhidmatan Visa Concierge.
Info Lanjut

Petronas Maybank Visa Platinum

Petronas Maybank Visa Platinum
Kad kredit Petronas Maybank Visa Platinum menawarkan yuran tahunan percuma, ganjaran Treatpoints yang tinggi untuk perbelanjaan di Stesen Minyak Petronas, sama ada isian minyak atau kedai Mesra, dan pelbagai keistimewaan eksklusif untuk memudahkan pengurusan kewangan anda.
Info Lanjut

Maybank FC Barcelona Visa Signature

Maybank FC Barcelona Visa Signature
Maybank FC Barcelona Visa Signature ditawarkan khusus kepada penyokong tegar FC Barcelona dan Spanish la liga. Dapatkan keistimewaan pulangan tunai, ciri premium, perlindungan perjalanan dan pelan kredit lengkap dengan kad ini.
Info Lanjut

Maybank 2 Platinum Cards

Maybank 2 Platinum Cards
Mohon kad kredit Maybank 2 Platinum American Express dan dapatkan kad Maybank 2 Visa atau MasterCard dengan percuma. Nikmati pulangan rebat tunai, mata ganjaran Maybank TreatPoints, perlindungan insurans perjalanan, dan pelan kad kredit lengkap.
Info Lanjut

Maybank Manchester United Visa Infinite

Maybank Manchester United Visa Infinite
Kad kredit Maybank Manchester United Visa Infinite ditawarkan khusus kepada peminat tegar pasukan bola sepak Manchester United. Dapat diskaun dan layanan VIP daripada MU, dan mata ganjaran Maybank TreatPoints dengan kad ini.
Info Lanjut

Maybank Visa Infinite

Maybank Visa Infinite
Kad kredit Maybank Visa Infinite menawarkan pulangan mata ganjaran Maybank TreatPoints dan keistimewaan eksklusif Visa Infinite.
Info Lanjut

Maybank 2 Cards Premier

Maybank 2 Cards Premier
Mohon kad Maybank 2 Cards Premier dan dapatkan 2 kad kredit dengan satu penyata. Nikmati ganjaran Maybank TreatPoints, perlindungan insurans perjalanan sehingga RM1 juta, dan yuran hijau golf percuma.
Info Lanjut

Maybank American Express Platinum

Maybank American Express Platinum
Kad kredit Maybank American Express Platinum menawarkan sehingga 5x pulangan mata ganjaran Maybank TreatPoints untuk setiap ringgit yang anda belanjakan.
Info Lanjut

Maybank World MasterCard

Maybank World MasterCard
Kad kredit Maybank World MasterCard menawarkan kelebihan mata ganjaran Treats AirMiles yang boleh anda tebus untuk Enrich Miles. Nikmati juga ganjaran perjalanan dan ciri premium istimewa dengan kad ini.
Info Lanjut

Maybank Grab MasterCard Platinum

Maybank Grab MasterCard Platinum
Pengguna tegar aplikasi Grab? Mohon kad kredit Maybank Grab MasterCard Platinum dan dapatkan mata ganjaran GrabRewards dengan setiap perbelanjaan anda
Info Lanjut

Singapore Airlines KrisFlyer American Express Gold

Kad kredit Singapore Airlines KrisFlyer American Express Gold
Kad kredit Singapore Airlines KrisFlyer American Express Gold daripada Maybank menawarkan keistimewaan eksklusif KrisFlyer, penjimatan berganda, dan diskaun untuk Plaza Premium Lounge di dalam dan luar negara
Info Lanjut

Singapore Airlines KrisFlyer American Express Platinum

Kad kredit Singapore Airlines KrisFlyer American Express Platinum
Kad kredit Singapore Airlines KrisFlyer American Express Platinum dicipta untuk kaki travel yang inginkan pengalaman perjalanan eksklusif dengan layanan istimewa.
Info Lanjut

Penafian:

Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi  atau menghubungi khidmat pelanggan  untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.