Akan dibuka dalam tab baharu

StashAway Memperkenalkan ETF Bitcoin dan Ethereum di Platform Pelaburan Mereka

calendar-check
Dikirim pada: 24/01/2025
alarm-clock
StashAway Memperkenalkan ETF Bitcoin dan Ethereum

Pelabur Malaysia kini boleh melabur dalam mata wang kripto utama melalui platform yang dikawal selia.

StashAway, platform pelaburan digital yang popular di Malaysia, dengan sukacitanya mengumumkan penambahan Dana Dagangan Bursa (ETF) Bitcoin (BTC) dan Ethereum (ETH) ke dalam pilihan portfolio pelaburan mereka.

Langkah ini membolehkan pelabur di Malaysia untuk melabur dalam dua mata wang kripto terbesar di dunia melalui platform yang dikawal selia dan dipercayai.

Pengenalan ETF ini berlaku pada masa yang agak penting bagi pasaran mata wang kripto, dengan penerimaan institusi yang semakin meningkat, dan harga Bitcoin yang telah melepasi tahap USD 100,000. Sokongan pentadbiran Presiden Amerika Syarikat yang baru terhadap peraturan mesra kripto telah meningkatkan lagi minat pelabur dalam kelas aset yang baru muncul ini.

“Ramai pelanggan kami telah menyatakan minat terhadap potensi jangka panjang mata wang kripto utama seperti Bitcoin, tetapi mereka teragak-agak kerana kebimbangan keselamatan atau kerumitan yang dihadapi berhubung bursa kripto,” kata Wong Wai Ken, Pengurus Negara StashAway Malaysia.

“Kami kini menawarkan mereka cara yang biasa dan selamat untuk mempelbagaikan portfolio mereka dengan memasukkan kripto melalui platform yang mereka sudah kenali dan percayai,” katanya lagi.

Walaupun penggunaan mata wang kripto semakin meningkat, cabaran masih kekal bagi ramai pelabur, terutamanya berkaitan kerumitan memiliki dan menjamin aset digital. Isu-isu seperti potensi kehilangan dana, serta struktur yuran bursa kripto yang berubah-ubah dan seringkali tidak telus, telah menghalang sesetengah pihak daripada menyertai pasaran ini.

Dengan menawarkan ETF BTC dan ETH, StashAway berharap dapat memudahkan akses pelabur kepada mata wang kripto disamping menangani kebimbangan ini.

Pengenalan ETF kripto oleh StashAway merupakan satu langkah positif ke arah menjadikan pelaburan kripto lebih mudah diakses oleh pelabur Malaysia. Walaupun begitu, pelabur perlu memahami risiko yang terlibat sebelum melabur dalam mana-mana aset kripto.

Pelaburan dalam kripto masih dianggap berisiko tinggi dan pelabur dinasihatkan untuk melakukan kajian yang teliti dan hanya melabur jumlah yang mereka mampu rugi. Pengurusan kewangan yang bijak adalah penting dalam apa jua jenis pelaburan.

Kajian menunjukkan bahawa penggabungan peruntukan kecil Bitcoin ke dalam portfolio yang pelbagai boleh meningkatkan pulangan jangka panjang tanpa meningkatkan turun naik secara ketara. Kajian mencadangkan bahawa peruntukan 5% kepada Bitcoin dalam portfolio tradisional 60/40 boleh meningkatkan nisbah risiko-kepada-ganjaran dari semasa ke semasa.

Portfolio Fleksibel StashAway membolehkan pelanggan memasukkan ETF BTC dan ETH bersama kelas aset lain, seperti ekuiti, bon, dan emas.

Untuk maklumat lanjut tentang tawaran ETF mata wang kripto Stashaway, anda boleh melayari laman web Stashaway berhubung ciri ini. Klik untuk ke laman web Stashaway.

share-nodes
Kongsi
Pasukan Editorial Pinjaman Peribadi Malaysia

Pasukan Editorial Pinjaman Peribadi Malaysia

Kami adalah pakar dalam menyaring maklumat kewangan peribadi yang kompleks seperti pinjaman, kad kredit, pelaburan ASB, dan pengurusan kewangan, dan menyajikannya dalam bentuk panduan yang tepat dan mudah difahami untuk setiap lapisan masyarakat. Fokus kami adalah penyediaan maklumat, bukan nasihat kewangan peribadi. Setiap artikel dihasilkan melalui penyelidikan yang teliti daripada sumber rasmi dan sentiasa dikemaskini untuk memberikan maklumat yang tepat dan terkini, selari dengan misi kami untuk membantu anda untuk membuat keputusan kewangan yang bijak.
Tinggalkan Komencomments

Penafian: Maklumat yang diberikan di laman ini adalah bertujuan sebagai maklumat umum dan bukan nasihat kewangan khusus. Pihak kami bukan institusi kewangan atau pemberi pinjaman dan tidak menyebelahi sebarang produk kewangan tertentu.

Tinggalkan soalan, mesej & komen

Ada sebarang soalan, mesej atau nak komen? Tanya atau tinggalkan mesej anda di bawah.

0 Comments
Terbaru
Terakhir